Dengar... Lihat... Hayati...

....dan zizi hashim pun menulis  


Kolaborasi Altimet bersama bakat baharu Adam Nuqris yang berjudul 'Pegang Tangan' bakal dilengkapi visualiser rasmi pada 14 Julai 2026, jam 12.00 tengah hari menerusi saluran YouTube rasmi Altimet. Berasal daripada arkib penulisan peribadi Altimet, karya hip-hop mellow ini muncul secara organik sebelum secara tidak sengaja “terlepas” dalam temu bual radio pada 8 Mei lalu. Ditulis oleh Altimet dan digubah Mas Dewangga, lagu tersebut mengangkat hubungan ibu dan anak, daripada fasa dipimpin ketika kecil hingga saat peranan berubah apabila usia dan kesihatan menguji kehidupan. Bukan sebuah comeback yang dirancang secara besar-besaran, 'Pegang Tangan' mempertemukan dua generasi dalam karya minimalis, reflektif dan jujur yang membiarkan lirik serta emosi menjadi pusat kepada keseluruhan penceritaannya yang dekat dengan pengalaman manusia...

Read More  

Empat dekad Anugerah Juara Lagu bukan sekadar tentang siapa yang membawa pulang trofi, tetapi tentang karya, suara dan manusia yang menghidupkan muzik Malaysia. Menjelang AJL40, Muzik Lab diperkenalkan buat julung kali sebagai ruang yang mendekatkan peminat dengan sisi sebenar industri. Bertempat di McDonald’s Pantai Sentral Park, acara ini menghimpunkan AG Coco, Dato’ Acis, Ziana Zain, Shila Amzah, Ajai dan Shiha Zikir dalam sesi perkongsian mengenai penciptaan lagu, vokal, emosi serta seni persembahan. Pentas turut dihangatkan oleh Amir Masdi dan Khai Bahar menerusi deretan lagu yang pernah mewarnai sejarah AJL. Lebih daripada sebuah acara sampingan, Muzik Lab membuka jendela baharu untuk memahami perjalanan panjang sebuah karya sebelum akhirnya sampai ke telinga dan hati pendengar merentas pelbagai generasi...

Read More  

Fenomena Wattpad Yes! Captain Zul Aaryan kini beralih ke kaca televisyen menerusi slot Akasia TV3 selepas meraih lebih 2.48 juta bacaan dan jualan melebihi 40,000 naskhah. Dibintangi Anna Jobling sebagai Zara Andrea dan Jazmy Juma sebagai Zul Aaryan, drama 30 episod arahan Nizam Zakaria ini membawa penonton menyusuri hubungan dua individu yang sering bertentangan sebelum tekanan keluarga menyatukan mereka dalam ikatan tidak terduga. Dunia penerbangan menjadi latar penting dengan penggambaran di kokpit, pesawat, hangar dan lapangan terbang bagi mencipta pengalaman lebih realistik. Turut dibintangi Natasha Sass, Nafiz Muaz dan Daniel Fong, drama ini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 serta tersedia di iQIYI sejam kemudian...

Read More  

Di sebalik 24 episod Jasmine Project Love Musim Ketiga, ada kehidupan sebenar yang tidak berakhir apabila kamera berhenti merakam. Program CSR 8TV yang disokong sepenuhnya oleh Jasmine Food ini menyalurkan RM192,000 menerusi 8TV Project Love Fund bagi membantu 24 keluarga, dengan setiap keluarga menerima RM8,000. Menjelajah pelbagai negeri bersama enam hos, program ini mendekati keluarga yang berdepan cabaran dan membawa kisah mereka kepada penonton seluruh Malaysia. Majlis Apresiasi di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar by IHG menjadi penutup bermakna buat musim ketiga, sambil menghargai pertubuhan kebajikan dan semua pihak yang bekerja di sebalik tabir. Lebih daripada sebuah rancangan televisyen, Jasmine Project Love terus membuktikan bahawa penceritaan mampu membuka ruang empati, menghubungkan manusia dan menerjemahkan kepedulian kepada bantuan yang nyata...

Read More  

Sempena sambutan Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40), siri Meet & Greet Yang Ke-40 memulakan jelajahnya di Ipoh dengan membawa barisan finalis lebih dekat kepada peminat. Program yang berlangsung pada 12 Julai 2026 di McDonald's Greentown Drive-Thru ini menampilkan Amir Masdi, Dayang Nurfaizah, Hazama dan Ryenald Guntabid dalam persembahan mini, sesi ramah mesra serta pelbagai aktiviti interaktif. Pengunjung turut berpeluang menyertai permainan menarik, memenangi hadiah serta membawa pulang cenderamata eksklusif. Penganjuran ini menjadi sebahagian daripada usaha AJL40 mendekatkan pentas muzik paling berprestij negara dengan masyarakat, selain membolehkan peminat merasai sendiri kemeriahan AJL40 sebelum malam kemuncak berlangsung...

Read More  

Bliss Juice, Smoothie & Dessert mengumumkan kerjasama strategik bersama penyanyi, pelakon dan usahawan Nabila Razali bagi memperkukuhkan pertumbuhan jenama serta menggalakkan amalan gaya hidup lebih sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai, kedua-dua pihak akan bekerjasama melaksanakan kempen pemasaran, program komuniti, inisiatif kesedaran kesihatan dan pelbagai aktiviti berteraskan gaya hidup. Ditubuhkan pada 2023, Bliss terkenal dengan produk jus, smoothie dan pencuci mulut yang dihasilkan menggunakan 100 peratus buah-buahan segar dan kini menawarkan lebih 50 pilihan menu. Bliss turut merancang membuka cawangan baharu di Tropicana Avenue, Shah Alam dan Ara Damansara sebagai sebahagian daripada strategi pengembangan jenama di Malaysia...

Read More  

Tiket Sehala, filem survival thriller terbaharu terbitan Key Billions Sdn. Bhd., bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 6 Ogos 2026. Diarahkan dan diterbitkan Rahila Ali, filem ini mengangkat realiti penipuan pekerjaan atau job scam serta pemerdagangan manusia menerusi kisah sekumpulan rakyat Malaysia yang terperangkap ketika mencari rezeki di Korea Selatan. Dibintangi Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Ainee Mustafa serta pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia, pembikinannya turut berlangsung di Malaysia dan Korea Selatan. Di sebalik ketegangan sebuah kisah survival, Tiket Sehala membawa persoalan tentang harapan, pengorbanan dan nilai kebebasan, sambil mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada sebelum menerima tawaran pekerjaan di luar negara yang meragukan...

Read More  

Golden Screen Cinemas (GSC) bakal membuka dewan IMAX® with Laser terbaharu di GSC IOI Mall Damansara pada 16 Julai 2026, sekali gus menjadikannya lokasi IMAX® keenam kendalian rangkaian pawagam itu di Malaysia. Teknologi generasi baharu ini menawarkan unjuran laser 4K, imej lebih tajam, kecerahan lebih tinggi, kontras lebih mendalam, warna lebih kaya serta sistem bunyi 12 saluran untuk pengalaman sinematik yang lebih imersif. Sempena pembukaan, tiket ditawarkan pada harga promosi RM28.50 berbanding RM36.50, selain manfaat eksklusif untuk ahli GSC Rewards dan ganjaran tiga kali ganda GSCoins kepada 3,000 pelanggan pertama. Penonton The Odyssey turut berpeluang mendapatkan poster IMAX edisi terhad serta pin logam eksklusif, tertakluk kepada syarat dan ketersediaan stok...

Read More  

Resorts World Genting (RWG) membawa kemeriahan Football Fever 2026 ke seluruh resort sehingga 20 Julai menerusi tayangan langsung perlawanan akhir, hiburan, permainan, makanan dan hadiah bernilai lebih RM25,000. Kemuncak sambutan berlangsung di SkyAvenue menerusi Final Kick Off Party yang menampilkan tiga DJ termasuk Ms Puiyi, sebelum perlawanan akhir disiarkan secara langsung di SkySymphony Wonderwall. Pengunjung turut boleh meneroka Kickoff Zone, menyertai aktiviti Keep It Street: Football Fever, menikmati persembahan perarakan bertemakan bola sepak serta membawa keluarga ke Funtopia x Genting Football Park 2026. Dengan aktiviti untuk peminat tegar hingga keluarga, RWG mengubah musim kejohanan menjadi pesta bola sepak menyeluruh dalam suasana nyaman tanah tinggi Genting...

Read More  

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dan Canon Marketing Malaysia memeterai kerjasama strategik selama lima tahun bagi memperkukuhkan pemuliharaan, dokumentasi biodiversiti dan kesedaran alam sekitar di Rizab Biosfera Bukit Bendera. Sebagai Rakan Pengimejan Rasmi PBBPP, Canon akan menyediakan teknologi kamera profesional, lensa dan kepakaran pengimejan untuk menyokong Projek Dokumentasi Burung serta membina arkib visual jangka panjang. Kerjasama ini turut merangkumi bengkel fotografi dan videografi tahunan, pameran fotografi burung serta pengenalan lima lokasi khas pemerhatian burung. Diiktiraf sebagai Rizab Biosfera UNESCO sejak 2021, kawasan seluas 12,481 hektar itu menjadi habitat kepada lebih 2,000 spesies flora dan 500 spesies fauna, sekali gus menjadikannya khazanah ekologi penting Malaysia yang perlu dipelihara untuk generasi mendatang...

Read More  

Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) membuka lembaran baharu menerusi tema "Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia" serta mesej "Love Your Legacy, Elevate Your Future". Antara pengumuman terbesar ialah pelantikan Aubrey Suwito sebagai Pengarah Muzik AJL40, selain pengiktirafan Anugerah Ikon AJL40 kepada Faizal Tahir dan Hael Husaini atas sumbangan besar mereka kepada industri muzik tempatan. AJL40 turut memperkenalkan Muzik Lab, menganjurkan siri jelajah Meet & Greet Yang Ke-40, serta mengekalkan Naz Rahman dan Sissy Imann sebagai hos utama. Malam kemuncak AJL40 akan berlangsung pada 15 Ogos 2026 secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil menerusi TV3 dan Tonton...

Read More  

Bakal meraikan ulang tahun ke-30 album sulung ikonik 1.2 Milligrams menerusi dua showcase eksklusif di Odeon KL Event Hall pada 8 dan 9 Ogos 2026, Butterfingers akan memainkan keseluruhan album yang dilancarkan pada 1996, selain mempersembahkan beberapa rakaman demo yang tidak pernah dimainkan secara langsung sebelum ini. Selepas kejayaan produksi berskala besar seperti Transcendence 20, Malayneum 23 dan Peristiwa Angkasa Jio, Butterfingers memilih kembali kepada konsep gig yang lebih intim bagi menghidupkan semula semangat era 90-an. Showcase ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, tetapi sebuah penghormatan kepada album yang membesar bersama perjalanan hidup peminat dan terus menjadi antara karya paling penting dalam sejarah muzik alternatif Malaysia...

Read More  

Masih Teguh Carta Teratas Seorang Bintang, 'M. N47IR Cipta 4' Tetap Buat Bulu Roma Meremang!

Percaya atau tidak, malam yang paling indah selalunya bukan malam yang dirancang dengan sempurna. Sebaliknya, malam spontan yang membiarkan takdir menulis jalan ceritanya sendiri. Itulah yang berlaku sepanjang hampir empat jam berdansa di Konsert DATO' M.N47IR CIPTA 4. Lagu-lagu hadir mengikut susunan. Namun kenangan lahir tanpa amaran. Satu demi satu. Sedikit demi sedikit. Kemunculan Awie, Melly Goeslaw, Siti Nurhaliza dan Ziana Zain menjadikan malam itu semakin istimewa. Pada akhirnya khalayak sedar, yang akan dibawa pulang bukan sekadar melodi, tetapi detik-detik spontan yang tidak mungkin berulang lagi...

Read More  

Aishah Pegang 'Janji' Di Satu Malam Penuh Kemanisan, Rai 40 Tahun Yang Terindah

Empat puluh tahun tidak hadir sebagai angka yang mudah dipeluk. Ia lahir daripada perjalanan yang dipenuhi jatuh bangun, kehilangan, harapan dan kesetiaan yang tidak pernah berpenghujung. Menerusi 'Aishah 40 Chapters of Love', Megastar Arena menjadi saksi bagaimana seorang legenda membuka semula helaian hidupnya melalui lagu-lagu yang membesarkan namanya. Setiap segmen terasa seperti sepucuk surat kepada peminat yang tidak pernah meninggalkan perjalanan seninya. Sebuah malam yang tidak mengejar sensasi, namun cukup kaya dengan rasa, sehingga setiap tepukan, nyanyian dan air mata seolah-olah menjadi bahasa cinta yang difahami oleh semua yang hadir...

Read More  

Saat Langit Bukit Jalil Menjadi Rumah Kita, Hujan Hidupkan Semula Dua Dekad Sebuah Generasi

Dua puluh tahun bukan angka kecil buat sebuah band indie yang lahir daripada mimpi anak muda. Konsert Hujan XX: #Hujan20Tahun bukan sekadar meraikan usia, tetapi menjadi sebuah pertemuan besar antara ribuan Raingers dengan lagu-lagu yang membesarkan jiwa mereka. Selama hampir empat jam, Hujan menghidangkan 45 buah lagu merentasi seluruh era perjalanan muzik mereka dengan produksi yang kemas, emosi yang tulus dan tenaga yang tidak pernah surut. Pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai konsert solo band indie dengan kehadiran penonton terbesar pula menjadikan malam itu lebih bermakna—malam apabila sejarah dan kenangan bertemu pada pentas yang sama...

Read More  

Pertempuran Hitam Dan Putih, 'Black On White: Cromok x Barbarik' Bukti Legenda Tak Pernah Hilang Taring

Malam yang menghimpunkan dua nama besar rock dan thrash metal tempatan ini bukan sekadar mempertemukan Cromok dan Barbarik di atas satu pentas, malah menghidupkan semula denyut nadi muzik berat yang telah membentuk sejarah generasi peminat sejak puluhan tahun lalu. Black On White di Idea Live Arena menjadi sebuah perjalanan yang sarat dengan riff tajam, solo gitar bertaraf dunia, emosi yang sukar diterjemahkan dan semangat profesionalisme yang luar biasa. Daripada ledakan awal Cromok sehingga luahan jiwa Barbarik, konsert ini membuktikan muzik keras masih mempunyai jiwa, maruah dan kelompok peminat yang tidak pernah berpaling meninggalkan legasi...

Read More  

Bahasa Enam Tali Jadi Nadi, 'The Grand Slam Unplugged 2' Kembalikan Magis Sebuah Sejarah Yang Pernah Tercipta

Dua dekad selepas mencipta sejarah menerusi persembahan unplugged yang menjadi antara kenangan paling manis dalam perjalanan muzik tempatan, Slam kembali menghidupkan magis tersebut menerusi The Grand Slam Unplugged 2. Berlangsung dalam suasana yang sarat nostalgia, konsert ini menyatukan semula peminat yang membesar bersama lagu-lagu seperti Gerimis Mengundang, Tak Mungkin Berpaling dan Kembali Terjalin. Diperkukuhkan dengan susunan muzik akustik yang lebih matang, permainan gitar bertaraf tinggi serta vokal Zamani yang masih menyimpan keajaiban tersendiri, malam itu menjadi sebuah perayaan cinta, kenangan dan legasi yang terus hidup merentasi generasi...

Read More  

Mengaum Dalam Kenangan: 'Disney's The Lion King Live in Concert' Menakluk Hati Kuala Lumpur

Membawa penonton menyelami semula keajaiban filem animasi ikonik Disney menerusi gabungan tayangan layar gergasi dan persembahan orkestra secara langsung. 'Disney's The Lion King Live in Concert' dipimpin oleh Konduktor Residen Eric Lee bersama 72 pemuzik National Symphony Orchestra Malaysia, karya agung ciptaan Hans Zimmer, Elton John, Tim Rice dan Lebo M dihidupkan kembali dengan penuh gemilang. Dari "Circle of Life" hingga "Can You Feel The Love Tonight", setiap melodi membangkitkan nostalgia yang merentasi generasi. Persembahan ini bukan sekadar meraikan sebuah filem klasik, tetapi turut mengangkat bakat muzik Malaysia ke pentas bertaraf dunia...

Read More  

Nyalaan Obor Rock N Roll Disambut Tangan-Tangan Generasi Baharu, 'RockHauz Vol. 1' Bukti Rock Masih Bernyawa

Berlangsung di BE KL, Cheras pada 13 Jun 2026 mempertemukan generasi lama dan baharu dalam sebuah malam yang sarat dengan semangat Rock N Roll. 'RockHauz Volume 1' menampilkan Suav, The Alif, BigTones, Edrie Hashim's Experience dan The Rudean, showcase ini menjadi pentas untuk meraikan bakat muda sambil menghubungkan warisan rock tempatan dengan suara generasi masa kini. Melalui persembahan bertenaga, setlist yang pelbagai dan sokongan legenda gitar Edrie Hashim, RockHauz membuka lembaran baharu buat scene muzik tempatan yang dahagakan ruang untuk berkembang dan terus bernyawa...

Read More  

Kerana Masih Ada 'Cinta Yang Tertinggal', Dewa 19 Buat Baladewa & Baladewi Tak Mahu Pulang

Konsert Dewa 19 “Cintaku Tertinggal Di Malaysia” di Unifi Arena menjadi sebuah perayaan nostalgia yang menghimpunkan ribuan peminat muzik Nusantara. Menampilkan Ari Lasso, Virzha, Ello dan Ahmad Dhani, malam itu dipenuhi lagu-lagu malar segar seperti Arjuna, Pupus, Roman Picisan, Kangen dan Separuh Nafas. Pembukaan mantap daripada Padi Reborn menambah kemeriahan sebelum Dewa 19 mengambil alih pentas selama hampir tiga jam. Dengan visual elegan, tata cahaya yang memukau serta lautan nyanyian bersama, konsert ini menjadi perjalanan emosional yang menghubungkan kenangan lama dengan rasa cinta yang masih hidup hingga hari ini...

Read More  

Dari Runtuhan Yang Sama, .Feast Ajak Ribuan Kelelawar Belajar Berdamai Dengan 'Membangun & Menghancurkan'

Dua malam di Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi bagaimana Feast menerjemahkan album Membangun & Menghancurkan menjadi sebuah pengalaman yang melangkaui persembahan muzik biasa. Menerusi empat babak yang sarat emosi, kritik sosial dan refleksi kehidupan, kumpulan alternatif dari Indonesia itu membawa ribuan peminat menyelami tema tentang kehilangan, harapan, kehancuran dan proses membina semula diri. Lagu-lagu seperti Berita Kehilangan, Politrik, Menghancurkan dan Nina bergema dalam lautan suara para Kelelawar yang memenuhi dewan. Hasilnya, Zepp bukan sekadar venue konsert, tetapi ruang pertemuan antara luka, keberanian dan harapan yang terus bertumbuh...

Read More  

'Konsert For You Nourul' Meraikan Sebuah Legasi Perjalanan Yang Masih Jauh Dari Noktah

Malam 30 Mei 2026 menjadi detik istimewa apabila Nourul kembali ke pentas solo menerusi konsert For You Nourul di Zepp Kuala Lumpur. Selepas lebih tiga dekad mewarnai industri muzik tempatan, penyanyi yang dikenali menerusi lagu-lagu seperti Kerana Terluka, Keliru, Cinta Azali dan Aku Cinta Aku Rindu meraikan perjalanan seni yang panjang bersama kira-kira 1,000 peminat. Dibantu Saka Band di bawah arahan muzik Eddie Slam, konsert ini turut menampilkan Mimi Fly, Zachery Depp, duet bersama peminat bertuah serta pelancaran semula lagu Andai Ku Kenali Ku, menjadikan malam itu sarat nostalgia, emosi dan penghargaan terhadap sebuah perjalanan seni yang masih berterusan...

Read More  

Zepp KL Tenggelam Dalam Demam Centyl, Naykilla Cipta Malam Yang Sukar Padam

Konsert solo Naykilla, Centyl in My Playground di Zepp Kuala Lumpur membuktikan bahawa fenomena Hip Dut bukan lagi sekadar trend media sosial. Dengan hampir 2,000 peminat memenuhi ruang dewan, Naykilla bersama DJ JEMSII menghadirkan malam penuh warna, kebebasan dan energi muda yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Disokong kemunculan RYO, Yung Caters dan Sophia Razak, konsert ini bergerak seperti sebuah pesta muzik moden yang meraikan persahabatan, ekspresi diri dan identiti generasi baharu. Daripada Bahasa Tubuhmu hingga Garam dan Madu, setiap lagu menjadi jambatan yang menyatukan ribuan suara dalam satu malam yang sukar dilupakan...

Read More  

Dari CarPark Ke Pentas, 'Konsert Rock Car Park' Gegar Odeon KL, Malam Himpunan Jiwa Rock Kental

Bingit riffing gitar, suara serak legenda dan langit Kuala Lumpur yang seakan kembali ke era kegemilangan rock Melayu menjadi nadi Konsert Rock Car Park 2026 di Odeon, Jalan Dang Wangi. Menghimpunkan nama-nama otai seperti MAY, Bloodshed, Sofea, Shasha & The Boys, Wicitra, Stingray, The Fatalis serta Ammal Bellamy, konsert ini membawa penonton pulang ke zaman kaset, jaket kulit dan lagu-lagu yang pernah menjadi soundtrack hidup ramai orang. Walaupun lokasi asal terpaksa dipindahkan akibat cuaca, semangat peminat langsung tidak luntur. Malam itu menjadi ruang untuk headbang, bernyanyi beramai-ramai dan membuktikan satu perkara: rock kapak masih bernyawa dan belum pernah benar-benar pergi...

Read More  

Reunion Keluarga Jadi Seram Yang Kejam, 'Evil Dead Burn' Kembali Ganas Dalam Neraka Paling Panas

Kematian suami membawa Alice pulang ke rumah keluarga mertuanya dengan harapan dapat mencari sedikit ketenangan. Namun, pertemuan yang sepatutnya menjadi ruang untuk menyembuhkan luka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Necronomicon membebaskan sumpahan yang mengubah ahli keluarga satu demi satu menjadi Deadites. Terperangkap di dalam sebuah rumah terpencil, Alice terpaksa berjuang mempertahankan nyawa sambil berdepan rahsia lama, dendam yang terpendam dan keganasan yang semakin tidak terkawal. Dengan gabungan gore praktikal yang ekstrem, atmosfera mencengkam dan aksi tanpa henti, 'Evil Dead Burn' menghidangkan pengalaman seram yang kejam, liar dan sukar dilupakan...

Read More  

Sepucuk Surat, Seumur Hidup Rindu, 'Dear You' Ajar Tentang Erti Kasih Tak Pernah Kenal Sempadan

Hajat seorang cucu mencari harta pusaka membawa dirinya menjejaki Thailand untuk menelusuri misteri kehilangan datuk yang selama puluhan tahun dipercayai meninggalkan keluarga. Namun pencarian itu akhirnya membuka lembaran kisah yang jauh lebih besar daripada wang ringgit. Tentang surat kiriman qiaopi, penghijrahan masyarakat Teochew, pengorbanan, persahabatan dan cinta yang bertahan merentas sempadan serta zaman. Diarahkan Lam Hongchu, 'Dear You' ialah sebuah drama keluarga yang menyentuh hati, menggabungkan sejarah diaspora China dengan kisah kemanusiaan yang sarat emosi. Sebuah perjalanan tentang kehilangan, harapan dan kebaikan yang terus hidup meski masa terus berlalu...

Read More  

Akibat Cabaran Teknologi, 'Toy Story 5' Cari Gali Semula Kewujudan Imaginasi Zaman Kanak-Kanak

Perubahan zaman membawa cabaran baharu kepada Woody, Jessie, Buzz Lightyear dan seluruh geng apabila Bonnie semakin membesar serta mula menghabiskan lebih banyak masa bersama dunia digital berbanding alat permainan. Dipimpin oleh Jessie, mereka berusaha mencari semula makna kewujudan ketika imaginasi kanak-kanak semakin digantikan oleh skrin dan teknologi. Diarahkan oleh Andrew Stanton bersama Kenna Harris, Toy Story 5 menggabungkan pengembaraan, komedi dan emosi dalam sebuah kisah yang menyentuh tentang kasih sayang, memori, persahabatan dan perubahan zaman. Filem ini membuktikan legasi Toy Story masih mampu menyentuh hati generasi lama mahupun baharu...

Read More  

Ketika Doa Jadi Manipulasi Emosi, 'Obsession' Beri Amaran Hati-Hati Dengan Keinginan Sendiri

Sebuah permintaan atau doa yang lahir daripada cinta akhirnya bertukar menjadi sumpahan paling mengerikan. 'Obsession' mengisahkan Bear, pemuda pendiam yang menggunakan artifak misteri One Wish Willow untuk membuat Nikki jatuh cinta kepadanya. Namun keinginan itu menghapuskan kebebasan Nikki sehingga kasih sayang bertukar menjadi obsesi yang memusnahkan semua orang di sekeliling mereka. Di bawah arahan Curry Barker, filem thriller psikologi ini mengangkat persoalan tentang cinta, kebebasan, manipulasi dan rasa bersalah melalui naratif yang menyesakkan jiwa. Dengan bajet kecil tetapi impak luar biasa, Obsession muncul sebagai antara filem genre paling mengejutkan tahun 2026...

Read More  

Syaitan Haus Darah 'Phi Phong: The Blood Demon' Filem Seram Folklore Vietnam Terlaris

Lagenda lama sering lahir daripada ketakutan manusia terhadap sesuatu yang tidak mampu dijelaskan akal. Berlatarkan desa terpencil di pergunungan utara Vietnam, 'Phi Phong: The Blood Demon' mengangkat mitos roh peminum darah yang mampu menyamar sebagai manusia pada siang hari sebelum memburu mangsa menjelang malam. Namun di sebalik naskhah seram yang sarat ritual tradisional, terselit kisah tentang kasih seorang ibu, pengorbanan dua beradik dan hakikat bahawa kejahatan kadangkala lahir daripada hati manusia sendiri. Filem arahan Do Quoc Trung ini membuktikan bahawa folklor Asia Tenggara masih mempunyai banyak cerita yang layak diberi perhatian dunia...

Read More  

'The Undertaker 2: World After Death' Saji Kombinasi Drama Dan Komedi Kisah Pengurus Jenazah

Kematian sering dianggap penamat, namun 'The Undertaker 2: World After Death' memilih melihatnya sebagai permulaan kepada seribu persoalan yang tidak pernah mampu dijawab manusia. Menerusi gabungan elemen seram, komedi dan drama, filem arahan Thiti Srinuan membawa penonton menyelusuri sebuah desa yang digemparkan dengan kebangkitan semula Nenek Joy selepas dipanah petir. Di sebalik gelak tawa yang tidak putus, terselit kisah tentang kehilangan, penerimaan dan kerinduan yang sukar dilepaskan. Filem ini tidak memaksa kita mempercayai alam selepas mati, tetapi perlahan-lahan mengajar bahawa hidup yang masih berbaki jauh lebih berharga daripada mengejar sesuatu yang sudah tiada...

Read More  

Tiba Giliran 'Supergirl' Naik Panggung, Kara Zor-El Tidak Lahir Untuk Jadi Bayang Superman

Kembara Kara Zor-El dalam Supergirl membuka lembaran baharu buat DC Universe dengan kisah yang lebih intim, emosional dan sarat pencarian makna kehilangan. Selepas meninggalkan Krypton yang musnah, Kara terheret dalam misi memburu Krem of the Yellow Hills demi menyelamatkan Krypto serta menemani Ruthye menuntut keadilan atas kematian keluarganya. Di sebalik pengembaraan kosmik yang penuh warna, filem ini mengangkat trauma, identiti dan hubungan kekeluargaan yang membentuk seorang adiwira. Walaupun tidak menawarkan aksi luar biasa sepanjang masa, lakonan Milly Alcock memberi nyawa kepada Supergirl yang lebih matang, impulsif dan penuh kelemahan manusiawi...

Read More  

'The Bay' Buat Penonton Fikir Banyak Kali Sebelum Terjun Ke Laut Dalam Lagi

Percutian ke Thailand yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi perjuangan hidup dan mati dalam The Bay. Emma dan sahabatnya, Lani, menghadiri majlis perkahwinan destinasi sebelum menerima pelawaan seorang lelaki tempatan untuk menyertai lawatan ke kawasan perlindungan jerung. Malangnya, bot yang mereka naiki mengalami kerosakan dan mula karam di tengah lautan yang dipenuhi jerung harimau. Terperangkap tanpa bantuan, kedua-duanya terpaksa bergantung kepada naluri, keberanian dan harapan untuk terus hidup. Filem arahan Phil Volken ini menggabungkan elemen survival, thriller dan ketegangan psikologi dalam durasi 87 minit yang padat dan mendebarkan...

Read More  

Tiada Lagi Wira, 'The Death of Robin Hood' Hanya Kisah Seorang Lelaki Berdamai Dengan Dosanya

Berlatarkan penghujung hayat legenda paling terkenal England, The Death of Robin Hood menampilkan sisi Robin yang tidak pernah diceritakan sebelum ini. Setelah bertahun-tahun hidup sebagai pemberontak yang digeruni, Robin kini berdepan kecederaan parah, rasa bersalah dan bayangan dosa yang tidak pernah benar-benar meninggalkannya. Ketika berusaha mencari kedamaian di sebuah biara terpencil, masa lalunya kembali mengejar bersama dendam yang belum selesai. Dibintangi Hugh Jackman dan Jodie Comer, filem arahan Michael Sarnoski ini mengangkat persoalan tentang penyesalan, pengampunan dan harga sebenar sebuah legenda, dalam karya yang jauh lebih muram, matang serta menyentuh daripada kisah Robin Hood yang pernah kita kenali...

Read More  

Apabila Hutang Dibayar Jiwa, 'Riba' Bawa Amaran Menggentarkan, Sarat Luka Dan Pengajaran

Ketika kehidupan semakin menghimpit dan jalan keluar kelihatan semakin sempit, manusia sering diuji dengan pilihan yang memisahkan iman daripada keputusasaan. Itulah nadi utama Riba, filem seram Indonesia arahan Adhe Dharmastriya yang menggabungkan elemen mistik, drama keluarga dan pengajaran spiritual dalam sebuah naskhah yang meninggalkan kesan mendalam. Berinspirasikan kisah benar daripada thread viral Getih Anak, filem ini membawa penonton menyelami perjalanan seorang ayah yang sanggup menggadaikan segalanya demi menyelamatkan keluarganya daripada hutang. Hasilnya bukan sekadar pengalaman seram, tetapi sebuah renungan tentang harga sebenar sebuah ketamakan...

Read More  

Ketika Luka Jadi Dendam, Lahir 'Badut Gendong' Sang Mimpi Ngeri Dalam Qodrat Universe

Bayangkan seorang lelaki yang kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Isteri yang sedang sarat mengandung diragut takdir, manakala kehidupan yang serba daif terus menghimpit tanpa belas kasihan. Itulah permulaan perjalanan Darso dalam Badut Gendong, sebuah naskhah seram terbaharu arahan Charles Gozali yang memperluaskan dunia Qodrat Universe. Menggabungkan elemen tragedi, mitos, aksi dan seram psikologi, filem ini menelusuri bagaimana kesedihan yang dipendam mampu melahirkan sesuatu yang jauh lebih menggerunkan daripada makhluk halus. Berlatarkan desa terpencil era 1980-an, Badut Gendong menawarkan pengalaman sinematik yang menggabungkan emosi, gore dan kengerian dalam satu perjalanan yang sukar dilupakan...

Read More  

'Disclosure Day' Ajak Pertikai Kebenaran, Sci-Fi Thriller Konspirasi Spielberg Paling Berani

Misteri tidak pernah benar-benar hilang. Ia hanya menunggu masa untuk muncul semula. Itulah denyut utama 'Disclosure Day', karya fiksyen sains terbaharu arahan Steven Spielberg yang menggabungkan misteri, konspirasi, politik dan drama kemanusiaan dalam sebuah perjalanan sinematik yang memukau. Emily Blunt memimpin barisan pelakon sebagai Margaret Fairchild, seorang pembaca berita cuaca yang tanpa sengaja terheret ke dalam rangkaian fenomena luar biasa yang dikaitkan dengan kewujudan makhluk asing. Semakin hampir kepada kebenaran, semakin besar risiko yang menanti. Disclosure Day bukan sekadar kisah tentang alien, tetapi tentang manusia, kepercayaan dan keberanian menghadapi hakikat yang mungkin mengubah dunia selama-lamanya...

Read More  

Sensasi Padu 'The Running Man' Buat Penonton Tak Senang Duduk Sampai Penghujung

Membawa penonton ke dunia distopia di mana hiburan televisyen berubah menjadi permainan hidup dan mati. Kisahnya mengikuti Ben Richards, seorang lelaki yang difitnah dan dipaksa menyertai rancangan realiti paling popular di negara itu. Dalam permainan tersebut, peserta yang digelar “runners” perlu melarikan diri daripada pemburu profesional yang ditugaskan untuk membunuh mereka di hadapan jutaan penonton. Sambil cuba bertahan hidup, Richards juga berusaha membongkar manipulasi media dan sistem yang menindas. Filem ini menggabungkan aksi pantas dengan kritikan sosial tentang kuasa media, hiburan sensasi, dan bagaimana masyarakat boleh terpengaruh dengan tontonan yang mengeksploitasi penderitaan manusia...

Read More  

'Banduan' Tempuh Malam Panjang Penuh Peluru, Racun Dan Dilema Hidup Atau Mati

Dali, seorang bekas banduan yang baru dibebaskan dengan satu harapan iaitu bertemu anak perempuannya buat pertama kali. Namun, sebelum sempat menebus masa lalu, dia terperangkap dalam operasi polis yang bertukar menjadi malam penuh kekacauan. Dikejar sindiket dadah dan terpaksa bekerjasama dengan pihak berkuasa, Dali harus berjuang untuk terus hidup sambil melindungi nyawa yang tidak berdosa. Dalam satu malam yang panjang dan penuh bahaya, setiap keputusan membawa risiko antara hidup dan mati. Sebuah kisah tentang penebusan, keberanian dan kasih seorang ayah yang tidak pernah padam...

Read More  

One Battle After Another: Meditasi Tentang Harga idealisme, Konflik Generasi Dan Debat Kemanusiaan Ideologi Politik

Sekumpulan bekas revolusioner yang terpisah selama 16 tahun dipertemukan semula demi misi menyelamatkan anak seorang daripada mereka. Diadaptasi daripada novel Vineland karya Thomas Pynchon, filem ke-10 arahan Paul Thomas Anderson ini mengupas harga idealisme, konflik generasi dan pergelutan antara kemanusiaan dengan ideologi. Sean Penn tampil garang sebagai Colonel Lockjaw, Leonardo DiCaprio menyentuh jiwa sebagai ayah terdesak, manakala Benicio Del Toro menjadi penenang naratif. Diperkaya visual IMAX, skor memikat Johnny Greenwood dan kehadiran Teyana Taylor, filem hampir tiga jam ini menjadi tontonan emosional serta refleksi tajam tentang zaman kita...

Read More  

Apabila Manusia Bertuhankan Nafsu, Maka Anda Dilarang Tak Tengok 'Malam Terlarang'

Mengisahkan Mawar, seorang gadis muda yang terpaksa menangguhkan impiannya demi menjaga ibunya, Sarimah, selepas tragedi menimpa keluarga mereka. Namun segalanya berubah apabila kematian misteri kakaknya mencetuskan gangguan aneh yang semakin menghantui kehidupan mereka. Ketika bapanya sibuk dengan dunia politik, Mawar mula menyiasat rahsia di sebalik kejadian tersebut, tanpa menyedari dirinya semakin hampir dengan kuasa gelap yang tersembunyi. Dalam suasana penuh tekanan dan ketakutan, dia harus berdepan kebenaran yang mengancam segalanya, bahawa ancaman sebenar bukan hanya dari dunia ghaib, tetapi juga dari rahsia keluarganya sendiri...

Read More  

Pembunuhan Beramai-Ramai Nanjing Tragedi Sadis, 'Dead To Rights' Rakam Bukti Tragis

Menyingkap kembali tragedi Pembunuhan Beramai-Ramai Nanjing 1937 dengan ketelitian yang menggoncang jiwa. Dead To Rights merakam kengerian sebenar perang: darah, jeritan dan kehancuran yang tidak diselindungkan oleh romantik visual. Tentera Jepun digambarkan sebagai manusia yang menanggalkan nurani, menjadikan ribuan nyawa hanya angka kosong. Watak A-Chang, tukang pos yang menyamar sebagai jurugambar, menjadi mata penonton menatap kekejaman itu, sementara pertemuannya dengan Ito Hideo menambah lapisan konflik manusiawi. Melalui visual pedih dan emosi yang meruntun, filem ini mengingatkan bahawa sejarah tidak boleh dipadam dan luka masa silam wajib dikenang...

Read More  

Cantuman Serpihan Mosaik Dalam 'Weapons' Rungkai Teka-Teki Ke Mana Pergi 17 Murid Yang Hilang Serentak

Hadir sebagai filem misteri–seram yang membina ketegangan secara perlahan tetapi berkesan. Kisahnya bermula apabila sekumpulan kanak-kanak dari sebuah kelas tiba-tiba hilang pada malam yang sama, meninggalkan komuniti kecil itu dalam keadaan panik dan penuh persoalan. Naratif bergerak melalui beberapa sudut pandang: guru, ibu bapa dan penduduk setempat yang masing-masing menyimpan ketakutan serta rahsia sendiri. Setiap perspektif membuka lapisan baharu terhadap misteri kehilangan tersebut. Filem ini bukan sekadar menawarkan elemen seram, tetapi juga menyingkap tema trauma, rasa bersalah dan paranoia yang perlahan-lahan meretakkan hubungan dalam komuniti. Weapons terasa seperti teka-teki gelap tentang kehilangan dan ketakutan manusia...

Read More  

Apabila Cinta Melekat Terlalu Erat, 'Together' Buat Satu Panggung Menggelupur Tenat

Dalam sebuah dunia yang kelihatan biasa, Together (2025) perlahan-lahan menyelinap masuk sebagai kisah yang aneh dan mengganggu tentang hubungan yang semakin kehilangan sempadan. Mengisahkan pasangan yang berpindah ke kawasan terpencil untuk memulakan hidup baru, segalanya berubah apabila satu kejadian luar biasa mula meresap ke dalam rutin harian mereka. Apa yang bermula sebagai keintiman bertukar menjadi sesuatu yang lebih gelap, apabila tubuh, emosi dan identiti mula bercampur dalam cara yang sukar dijelaskan. Together bukan sekadar tentang cinta, tetapi tentang kehilangan diri, ketakutan untuk berpisah, dan harga yang perlu dibayar untuk benar-benar kekal bersama...

Read More  

Obsesi Dan Duka Kehilangan Seorang Ibu Dalam 'Bring Her Back' Bikin Stress, Gelisah Dan Marah

Ngeri psikologi yang berakar daripada duka dan obsesi seorang ibu yang gagal melepaskan kehilangan. Andy dan adiknya Piper dipindahkan ke rumah Laura, seorang wanita yang tampak penyayang, namun menyimpan luka lama yang membusuk menjadi keinginan berbahaya. Di sebalik senyuman lembut dan ritual aneh, rumah itu perlahan-lahan berubah menjadi ruang manipulasi emosi dan keganasan tersembunyi. Filem ini tidak bergantung pada kejutan murahan, sebaliknya menekan emosi penonton dengan suasana yang menghimpit dan rasa tidak selamat yang berpanjangan. 'Bring Her Back' ialah kisah tentang cinta yang rosak, rindu yang enggan dilepaskan, dan bagaimana kehilangan mampu melahirkan kengerian paling manusiawi...

Read More  

Superman (2025): Menyingkap Sisi Rapuh Dan Manusiawi Sang Dewa Terbang

Menampilkan tafsiran baharu terhadap wira ikonik dari Krypton yang cuba mencari keseimbangan antara asal-usul luar dunianya dan kehidupan sebagai manusia di Bumi. Clark Kent digambarkan bukan sekadar penyelamat dunia, tetapi juga individu yang bergelut memahami tempatnya dalam masyarakat yang sering ragu terhadap kuasa luar biasa. Ketika ancaman baharu muncul dan mencabar kepercayaan orang ramai, Superman terpaksa membuktikan bahawa harapan masih relevan dalam dunia yang sinis. Filem ini menggabungkan aksi berskala besar dengan sisi kemanusiaan seorang wira, sambil menghidupkan kembali semangat optimisme yang sejak lama menjadi nadi legenda Superman...

Read More  

'F1: The Movie' Papar Panorama Litar, Lumba Kereta, Adrenalin Laju Dan Langkah Berani Kembali Ke Garis Mula

Sonny Hayes, bekas pelumba Formula Satu era 1990-an yang terpaksa bersara selepas kemalangan ngeri menamatkan kariernya. Tiga dekad kemudian, dia dipujuk kembali ke dunia perlumbaan oleh sahabat lamanya untuk membantu pasukan APXGP yang sedang bergelut. Sonny bukan sahaja perlu membimbing pelumba muda berbakat, Joshua Pearce, tetapi juga berdepan persaingan sengit, tekanan media dan bayang-bayang masa silamnya sendiri. Dirakam di litar Grand Prix sebenar dengan visual mendebarkan, filem ini memadukan aksi kelajuan tinggi dan drama emosi tentang peluang kedua, keberanian serta semangat untuk kembali ke garis mula...

Read More  

Trilogi Apokalips Paling Brutal '28 Years Later' Zombi Lebih Liar, Pantas Dan Tiada Belas Kasihan

Menyusuri kisah kelangsungan manusia selepas wabak maut yang hampir memusnahkan dunia. Berlatar masa 28 tahun selepas kejadian, filem ini membawa penonton menyelami dunia yang sunyi, di mana kemanusiaan teruji di tengah-tengah kehancuran sosial. Watak-watak utama bergelut dengan dilema moral, konflik kuasa, dan cabaran bertahan hidup dalam realiti yang penuh bahaya. Elemen ketegangan dan psikologi digarap dengan mendalam, menggabungkan aksi dengan refleksi emosi dan hubungan manusia. Sinematografi gelap dan muzik latar yang tegang menekankan kesuraman dunia pasca-apokaliptik. Filem ini bukan sekadar cerita seram atau aksi, tetapi juga peringatan tentang sifat manusia, kehilangan, dan harapan yang masih wujud walau di tengah kehancuran...

Read More  

'Jangan Panggil Mama Kafir' Kisah Tentang Bertahan Kasih Meski Langit Runtuh Sekalipun

Mengisahkan Maria, seorang wanita Kristian yang jatuh cinta dengan Fafat, lelaki Muslim dari latar keluarga beragama kuat. Walaupun berdepan tentangan dan perbezaan kepercayaan, mereka memilih untuk bersama dan membina keluarga, dikurniakan seorang anak perempuan, Laila. Namun tragedi mengubah segalanya apabila Fafat meninggal dunia, meninggalkan Maria dengan amanah untuk membesarkan Laila mengikut ajaran Islam. Dalam usaha memenuhi janji tersebut, Maria berdepan tekanan, prejudis dan konflik identiti, sambil mempertahankan kasih seorang ibu. Sebuah kisah menyentuh tentang cinta, pengorbanan dan kekuatan melangkaui batas agama...

Read More  

Sunway Putra Hotel Tawar Diskaun Sehingga 30%, Staycation Kuala Lumpur Kini Lebih Berbaloi

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur memperkenalkan pelbagai tawaran eksklusif sempena kempen Melawat Malaysia, termasuk diskaun sehingga 30 peratus untuk kadar bilik, peningkatan taraf bilik percuma serta ganjaran Double DISCOVERY Dollars (D$) kepada ahli GHA DISCOVERY. Tawaran ini sah bagi tempahan sehingga 31 Julai 2026 untuk tempoh penginapan sehingga 30 September 2026. Hotel ini turut memperkenalkan promosi bufet "From Sunrise to Lunchtime" di Kopi Haus, dengan Sarapan Pagi Bufet bermula RM28 bersih dan Bufet Tengah Hari pada harga RM48 bersih seorang. Terletak di atas Sunway Putra Mall dan berhadapan WTCKL, hotel ini menawarkan pengalaman penginapan, gastronomi dan percutian bandar yang lebih berpatutan sepanjang Julai...

Read More  

Tune Talk Hapuskan Keperluan Beli Roaming, 500GB Data Kini Boleh Diguna Di 13 Negara

Tune Talk memperkenalkan E-Roaming (Enhanced Roaming), yang didakwa sebagai pelan prabayar rayauan pertama seumpamanya di dunia, membolehkan pelanggan menggunakan keseluruhan 500GB data domestik di 13 negara tanpa membeli pas roaming atau eSIM tambahan. Disepadukan terus ke dalam pelan Epik+ 50 bernilai RM50 sebulan, perkhidmatan ini menawarkan sambungan automatik pada kelajuan penuh sebaik pelanggan tiba di destinasi pilihan. Negara yang disokong termasuk Singapura, Thailand, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, India, Arab Saudi, Australia dan New Zealand. Tune Talk menyifatkan inovasi ini sebagai satu anjakan paradigma dalam industri telekomunikasi yang menghapuskan konsep roaming sebagai perkhidmatan premium dan menjadikan pengalaman digital di luar negara semudah berada di rumah...

Read More  

Google Pixel Bawa Plushie Paling Rare Ke Malaysia, Hanya 200 Unit Untuk Peminat Bertuah

Google Pixel buat pertama kalinya membawa Google Pixel Plushie Edisi Bola Sepak ke Malaysia menerusi Kempen Bola Sepak Google Pixel yang berlangsung sehingga 31 Julai 2026. Menjadi antara merchandise Google Pixel paling sukar dimiliki di dunia, plushie edisi khas ini hanya ditawarkan kepada 200 penebusan pertama yang berjaya membeli peranti Google Pixel terpilih dan melengkapkan proses penebusan. Selain tampil dengan rekaan jersi bola sepak berinspirasikan warna ikonik Google, kempen ini turut memperkenalkan Pixel Spotter Challenge, permainan interaktif yang menawarkan peluang memenangi Google Pixel 10a, Pixel Watch 4 dan Pixel Buds 2a. Inisiatif ini menggabungkan inovasi teknologi, semangat bola sepak dan budaya koleksi eksklusif untuk komuniti Google Pixel di Malaysia...

Read More  

Sunway Putra Hotel Perkenal Club Lounge Baharu, Penginapan Suite Kini Lebih Eksklusif

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur memperkenalkan The Club Lounge, ruang eksklusif di Tingkat 34 yang menawarkan pengalaman penginapan premium menerusi layanan diperibadikan, pemandangan panorama Kuala Lumpur serta pelbagai kemudahan istimewa. Tetamu menikmati daftar masuk peribadi, sarapan eksklusif, koktel petang, snek sepanjang hari, akses ke pusat perniagaan dan penggunaan bilik mesyuarat. Semua kategori suite kini disertakan akses percuma ke Club Lounge bersama minibar percuma, manakala tetamu bilik lain boleh menaik taraf penginapan mereka. Sempena pelancarannya, hotel turut menawarkan Family Suite bermula RM500+ semalam sehingga 30 September 2026. Inisiatif ini mengukuhkan komitmen Sunway Putra Hotel dalam memberikan pengalaman hospitaliti yang lebih eksklusif dan diperibadikan kepada setiap tetamu...

Read More  

Tresor Monde.H Buka Butik Baharu, Ubah Barang Kemas Jadi Warisan Penuh Makna

Tresor Monde.H meraikan pembukaan butik rasminya di KLGCC Mall, memperkenalkan sebuah destinasi baharu bagi pencinta barang kemas mewah yang mengutamakan seni pertukangan, layanan diperibadikan dan rekaan penuh makna. Diserikan dengan kehadiran pelakon legenda Hong Kong, Nancy Sit Ka Yin, majlis tersebut mengetengahkan falsafah "When Treasure Meets the World", yang melihat barang kemas sebagai simbol kisah kehidupan dan warisan keluarga. Selain koleksi berlian, jed, mutiara dan batu permata premium, Tresor Monde.H turut menawarkan perkhidmatan tempahan khas yang membolehkan pelanggan mereka cipta rekaan eksklusif mengikut identiti serta detik bermakna mereka. Jenama ini komited menghasilkan karya yang bukan sahaja indah dipakai, malah terus dihargai dan diwarisi merentas generasi...

Read More  

Putrajaya Kini Lebih Daripada Bandar Pentadbiran, IOI Resort City Ubah Wajah Pelancongan Negara

IOI Resort City sedang mengubah persepsi Putrajaya daripada sekadar pusat pentadbiran negara kepada destinasi pelancongan, hospitaliti dan MICE bertaraf antarabangsa. Menerusi gabungan Le Méridien Putrajaya, Palm Garden Hotel Putrajaya dan Moxy Putrajaya, pengunjung kini menikmati pengalaman lengkap merangkumi penginapan premium, gastronomi, majlis perkahwinan, acara korporat, staycation serta aktiviti riadah dalam satu destinasi. Le Méridien menawarkan kemudahan bertaraf antarabangsa dan restoran ikonik, Palm Garden mengangkat warisan Peranakan menerusi pengalaman kulinari autentik, manakala Moxy tampil dengan konsep moden yang lebih santai dan berjiwa sosial. Perkembangan ini mengukuhkan Putrajaya sebagai destinasi gaya hidup baharu yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa sepanjang tahun...

Read More  

Amazing Thailand Fest 2026 Tamatkan Jelajah Dunia Di Malaysia, Central i-City Jadi Tuan Rumah

Amazing Thailand Fest 2026 memilih Malaysia sebagai destinasi penutup siri jelajah globalnya selepas singgah di London, Berlin dan Amsterdam, dengan Central i-City, Shah Alam menjadi tuan rumah pertama di Asia Tenggara. Berlangsung dari 26 hingga 28 Jun 2026, festival anjuran Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) dan Central i-City ini menampilkan pengalaman budaya Thailand menerusi Thai Food Bazaar, persembahan tradisional, bengkel Muay Thai, urutan Thai, aktiviti keluarga serta penampilan eksklusif pelakon dan penyanyi popular Third Lapat. Pengunjung juga berpeluang menikmati promosi menarik termasuk Teh Ais Thai ChaTraMue percuma dan peluang memenangi percutian ke Phuket, sekali gus membawa suasana Thailand lebih dekat kepada rakyat Malaysia...

Read More  

Susu Percuma Setiap Hari, ATLAS Perkenal Sistem Pintar Perangi 'Hidden Hunger' Di Sekolah Malaysia

ATLAS Vending, cabang perniagaan mesin layan diri di bawah Etika Sdn. Bhd., melancarkan ATLAS Nutri Aid, sebuah inisiatif yang memanfaatkan teknologi mesin layan diri pintar bagi menyalurkan susu Goodday Charge secara percuma kepada murid sekolah rendah daripada keluarga kurang berkemampuan. Dilaksanakan bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS), program ini menyasarkan isu "hidden hunger" atau kelaparan tersembunyi yang menjejaskan tumbesaran dan pembelajaran kanak-kanak. Menggunakan sistem kad tap-and-go, bantuan nutrisi diagihkan secara telus dan sistematik sepanjang hari persekolahan. Selepas kejayaan projek perintis, 10 mesin layan diri Nutri Aid akan ditempatkan di sekolah terpilih bagi memastikan lebih ramai murid mendapat akses kepada nutrisi harian yang berkualiti...

Read More  

Che Puan Sarimah Ibrahim Jadi Wajah Labrich, Dua Produk Baharu Dilancar Serentak

Labrich terus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama kesihatan berasaskan sains menerusi pelancaran Labrich TriBio Women Wellness dan Labrich TriBio Kids dalam acara The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality di Kuala Lumpur. Pada majlis sama, Che Puan Sarimah Ibrahim diumumkan sebagai Duta Jenama Labrich, melambangkan aspirasi syarikat untuk memperkasa kesejahteraan setiap generasi. Berteraskan kepercayaan bahawa kesihatan bermula dari usus, kedua-dua produk baharu ini dibangunkan bagi menyokong kesihatan wanita moden serta tumbesaran kanak-kanak melalui formulasi prebiotik, probiotik dan postbiotik. Labrich turut menegaskan komitmennya untuk terus menghasilkan inovasi kesihatan yang membantu individu mencapai kehidupan lebih berkualiti, bertenaga dan seimbang pada setiap fasa usia...

Read More  

'Beyond Greatness' Bawa Lee Chong Wei Ke Pentas Inspirasi Julung Kali Untuk Rakyat Malaysia

Legenda badminton negara, Datuk Seri Lee Chong Wei bakal menjadi figura utama dalam acara sulung 'Beyond Greatness Inspirational Live Talk' yang dijadual berlangsung Oktober ini. Program anjuran AISEE LIFE dengan sokongan ASEAN Co-operatives Organization (ACO) itu bertujuan memperkasa rakyat Malaysia menerusi perkongsian mengenai ketabahan, pembangunan diri, kepimpinan dan impak positif kepada komuniti. Lee Chong Wei akan berkongsi pengalaman hidup serta cabaran yang membentuk perjalanan beliau sebagai antara ikon sukan paling disegani negara. Pada masa sama, acara tersebut turut menyaksikan pemeteraian kerjasama strategik antara AISEE LIFE dan ACO bagi memperkukuh pembangunan komuniti di Malaysia serta rantau ASEAN. Beyond Greatness diharap menjadi platform yang mengubah inspirasi kepada tindakan dan impak yang berpanjangan...

Read More  

PUSPAKOM Buka 100 Jawatan Baharu, Peluang Kerjaya Dengan Latihan Percuma Dan Gaji Kompetitif

PUSPAKOM Sdn. Bhd. menyasarkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (Vehicle Examiner) baharu di seluruh negara bagi memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan pemeriksaan kenderaan. Semua calon yang berjaya akan mengikuti Vehicle Examiner Intensive Programme (VEIP) yang menawarkan latihan komprehensif, pensijilan profesional serta semua kos latihan ditanggung sepenuhnya oleh PUSPAKOM, termasuk elaun bulanan RM750. Sejak diperkenalkan pada 2019, hampir 500 peserta telah menamatkan program tersebut. Pengambilan ini bertujuan mengurangkan tempoh menunggu pelanggan, meningkatkan kecekapan operasi dan memperkukuh keselamatan jalan raya. Selain menawarkan gaji kompetitif serta laluan kerjaya yang jelas, PUSPAKOM turut mengadakan sesi temuduga terbuka setiap Rabu di semua cawangannya bagi menarik lebih ramai bakat baharu menyertai industri automotif...

Read More  

Tune Talk Tak Lagi Jual Data Murah Semata-Mata, Kini Mahu Rakyat Malaysia Tukar Telco Tanpa Rasa Takut

Tune Talk memperkenalkan inisiatif “Port Masuk Nombor Mudah Alih Tanpa Rumit” bagi memudahkan pengguna bertukar rangkaian tanpa perlu berdepan proses yang kompleks. Langkah itu dilancarkan ketika syarikat telekomunikasi berasaskan teknologi cloud-native tersebut mencatat pertumbuhan pesat dengan jumlah pelanggan meningkat daripada kurang satu juta pada 2024 kepada 1.8 juta pelanggan pada pertengahan 2026. Menerusi pendekatan baharu itu, pengguna hanya perlu melalui proses digital tiga langkah yang ringkas termasuk pengesahan eKYC, SMS pengesahan dan pengaktifan SIM atau eSIM. Tune Talk turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan penting seperti WhatsApp, TAC perbankan dan kod OTP akan terus berfungsi sepanjang proses peralihan. Inisiatif ini mencerminkan fokus baharu syarikat terhadap pengalaman pengguna yang lebih lancar dan moden...

Read More  

Diam Diam Duduk Di 'Serambi TTDI', Healing Sambil Menikmati Masakan Kampung Citarasa Premium

Menghadirkan pengalaman menjamu selera yang terasa hangat, intim dan penuh rasa menerusi gabungan masakan warisan Melayu dan sentuhan moden dalam suasana kafe yang nyaman. Terletak di Jalan Aminuddin Baki, restoran milik Muhammad Fathi Ab Shukor ini menawarkan pelbagai menu menarik seperti Ayam Percik Meal, Nasi Lemuni Thai Aromatic Chicken, Laksa Serambi, Cili Padi Garlic Pasta Smoked Duck serta pencuci mulut seperti Koci Pulut Hitam dan Bingka Ubi. Dengan dekorasi moden Malaysia yang estetik, makanan yang kaya rasa serta layanan santai, Serambi TTDI menjadi lokasi sempurna untuk berkumpul, berehat dan menikmati rasa yang mengingatkan tentang rumah sendiri...

Read More  

Dari Meja Ke Pentas, 'Berbuka Puasa Bersama Hael Husaini' Di IRAMA Signature Sungguh Lazat!

Menghadirkan pengalaman yang lebih daripada sekadar hidangan Ramadan biasa. Acara eksklusif ini menghimpunkan sekitar 100 tetamu dalam suasana intim yang menggabungkan makanan, muzik dan interaksi peribadi bersama artis. Hidangan seperti ayam percik, masak lemak udang dan pais barramundi melengkapkan pengalaman berbuka yang seimbang antara tradisional dan moden. Selepas berbuka, Hael menghiburkan tetamu dengan lagu-lagu seperti “Jampi”, “Lagu Raya Untukmu”, serta persembahan spontan “Meriah Lain Macam” bersama peminat. Malam tersebut, yang dikenali sebagai “One Night Only”, turut diserikan dengan sesi ramah mesra yang mengeratkan hubungan antara artis dan peminat, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih bermakna dan sukar dilupakan...

Read More  

Berbuka Bersama Hael Husaini: IRAMA Signature Satukan Rasa Warisan Dan Pesona Muzik Ramadan

IRAMA Signature di IOI City Mall Putrajaya menganjurkan acara eksklusif “Berbuka Bersama Hael Husaini” pada 16 Mac 2026 sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan istimewa mereka. Seramai 100 tetamu bertuah yang terpilih melalui cabutan bertuah berpeluang menikmati pengalaman berbuka puasa bersama penyanyi terkenal Hael Husaini serta menyaksikan persembahan langsung daripadanya. Tetamu turut dihidangkan pelbagai menu popular IRAMA Signature seperti Ayam Percik, Pais Barramundi, Masak Lemak Udang dan Nasi Beringin. Acara ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada pelanggan setia restoran tersebut sejak pembukaannya pada Disember 2025. IRAMA Signature turut memperkenalkan pakej Rumah Terbuka Aidilfitri bermula hari ketiga Syawal dengan pilihan hidangan tradisional Malaysia dan kapasiti sehingga 150 tetamu...

Read More  

'Citarasa Orang Kita': Pengalaman Santapan Ramadan Yang Menyatu Rasa Di SACC

Kembali dengan bufet Ramadan bertemakan “Citarasa Orang Kita” yang berlangsung dari 19 Februari hingga 18 Mac. Lebih 100 hidangan tradisional pelbagai kaum disajikan oleh chef berpengalaman, termasuk Chong Qing Spicy Chicken, Thai Beef Green Curry, Kambing & Nasi Kebuli serta Sup Periuk SACC. Konsep ini mengangkat kepelbagaian budaya Malaysia sebagai simbol penyatuan rasa dalam pengalaman berbuka puasa. Gerai tambahan seperti Mee Kari Nyonya, Laksa Utara, Teppanyaki dan Shawarma turut melengkapkan pilihan. Harga ditawarkan pada RM106 nett bagi dewasa dan RM55 nett untuk kanak-kanak 6 hingga 12 tahun. Tempahan awal digalakkan bagi memastikan pengalaman berbuka yang selesa bersama keluarga dan rakan...

Read More  

Iftar Rumah Lauk Putrajaya Tampil 150 Menu Kampung Dan Rusa Golek Setiap Hari

Menawarkan lebih 150 hidangan kampung dengan harga di bawah RM100 sepanjang Ramadan. Keistimewaan utama ialah Rusa Golek setiap hari, berbeza daripada bufet biasa yang menampilkan kambing golek. Pengunjung turut menikmati persembahan buskers harian, kehadiran selebriti hujung minggu dan kemudahan surau. Cabutan bertuah pada 17 Mac 2026 menawarkan hadiah wang tunai dan emas. Marvelous Mama, pengeluar makanan sejuk beku yang mengeksport produk seperti rendang, lemang durian dan sata ke Dubai serta London, merancang pembukaan restoran tetap di Kuala Lumpur dan cawangan antarabangsa tahun ini. Pengalaman ini menggabungkan rasa warisan dan suasana Ramadan yang akrab...

Read More  

Warisan Desa Buffet KLIH Tawar 100+ Juadah Tradisi Dan Peluang Menang RM10,000 Sepanjang Ramadan

berlangsung dari 27 Februari hingga 19 Mac 2026 dengan tawaran lebih 100 juadah tradisional Melayu. Pengalaman berbuka ini mengetengahkan hidangan seperti kambing golek, nasi berempah, sup gearbox dan pelbagai kuih klasik dalam suasana selesa dan mesra keluarga. Bufet ini diuruskan oleh Zaque’s Hotel (M) Sdn Bhd bersama Serai Group, dengan konsep yang mengangkat rasa kampung dalam persekitaran moden. Pengunjung turut berpeluang menyertai kempen “Dine & Win” dengan hadiah tunai keseluruhan RM10,000. Terletak di Chow Kit dengan kapasiti sehingga 250 tetamu, Warisan Desa menawarkan pengalaman berbuka yang sarat nostalgia dan kepelbagaian cita rasa tempatan...

Read More  

Semi Buffet Ramadan Eksklusif 'Gurindam Rasa' Di Irama Dining KL Buat Hati Terpaut

Mempersembahkan Semi Buffet Ramadan Eksklusif yang menampilkan dua set signature utama iaitu Wagyu Masak Lemak Cili Api dan Signature Kari Kepala Ikan. Konsep tempahan sahaja memastikan suasana lebih intim dan berkualiti, sesuai untuk kumpulan empat orang dan ke atas. Banglo kolonial dengan sentuhan moden serta pilihan tempat duduk luar yang menghadap Menara Kuala Lumpur mencipta pengalaman makan yang elegan dan santai. Layanan staf yang cermat dan perhatian terhadap perincian menambah nilai keseluruhan pengalaman. Gabungan rasa tradisional Melayu dengan persembahan sofistikated menjadikan semi buffet ini pilihan istimewa untuk berbuka puasa yang lebih bermakna sepanjang Ramadan...

Read More  

Pelita Ramadan Warisan Desa 2026: Berbuka Citarasa Kampung di De Palma Shah Alam

Mengangkat pengalaman berbuka puasa berteraskan nostalgia kampung dalam suasana hotel yang selesa dan mesra keluarga. Bufet ini menampilkan pelbagai hidangan tradisional berinspirasikan masakan desa, disediakan dengan teliti untuk mengekalkan cita rasa warisan masyarakat Malaysia. Ruang makan dihias dengan dekorasi bertemakan kampung, mewujudkan suasana tenang yang selari dengan semangat Ramadan. Kemudahan surau serta Solat Sunat Tarawih bersama imam turut disediakan bagi melengkapkan pengalaman ibadah. Persembahan artis jemputan ISMA (AF3) dan Sri Mawar bermula 2 Ramadan 2026 menambah kemeriahan malam berbuka. Dengan harga bermula RM98 dan promosi awal RM85 sehingga 18 Februari 2026, bufet ini menawarkan pengalaman Ramadan yang menyeluruh dan bermakna...

Read More  

Gurindam Rasa di IRAMA Signature: Malam Pratonton Ramadhan yang Mengusik Kenangan

Memperkenalkan bufet Ramadan 2026 bertemakan “Gurindam Rasa: Sebuah Perjalanan Kulinari Merentasi Warisan Melayu.” Pada pratonton 13 Februari 2026, lebih 50 hidangan diinspirasikan daripada resipi kampung lama dengan sentuhan moden diperkenalkan, termasuk Gulai Kepala Ikan Jenahak, Wagyu Masak Lemak dan Sotong Sambal Hijau Petai. Ruang restoran IRAMA Signature di IOI City Mall Putrajaya yang elegan menampilkan kapasiti 150 tetamu serta tiga bilik makan peribadi. Semi Buffet ditawarkan pada harga RM78+ dewasa dan RM58+ kanak-kanak sepanjang Ramadhan. IRAMA Signature, di bawah Irama Dining Group yang diasaskan pada 2015 di Pulau Pinang, mengangkat jiwa masakan Melayu dalam persembahan kontemporari yang relevan dengan cita rasa masa kini...

Read More  

Heritage Valley KL Bawa Citarasa Lomak Salai Tampin Di Ramadhan Feast Buffet 2026

Membawa kolaborasi eksklusif bersama Lomak Salai Tampin, menyajikan rasa Negeri Sembilan dalam bingkai kota. Pengalaman berbuka ini dihidupkan dengan dekorasi kampung, muzik busking, ruang mesra keluarga, parkir percuma serta ruang solat yang lapang. Menu utama menampilkan Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak, disertai ayam kampung, satey, kuih kampung, soto Betawi, bakso Indonesia, pasta Itali serta pilihan Barat. Berlangsung 20 Februari hingga 18 Mac 2026, 6.00 petang–10.00 malam, harga RM88 dewasa dan RM44 kanak-kanak. Hujung minggu diramaikan Ramadhan Night Market, manakala menjelang Syawal hadir aktiviti Raya yang mengikat nilai kebersamaan, warisan dan kesyukuran...

Read More  

Rasa Tradisi 'Citarasa Serantau' Bertemu Sentuhan Kontemporari Di De Palma Hotel Ampang

Di bawah pengurusan baharu The Blanket Collection, hotel menampilkan bufet berteraskan masakan Nusantara yang terdiri dari seleksi menu seperti Nasi Keraian, Kambing Bakar, Palma Mongolian Stall, gorengan klasik dan pencuci mulut tempatan. Suasana servis yang lebih teratur, susun atur stesen yang selesa, serta harga munasabah (early bird RM78; dewasa RM88; warga emas RM60; kanak-kanak RM58) menjadikan pengalaman ini praktikal untuk keluarga dan kumpulan. Refleksi emosi, menilai rasa, layanan dan suasana sebagai satu pengalaman berbuka yang seimbang antara nostalgia dan keselesaan moden yang dapat dinikmati sepenuhnya apabila berbuka puasa di De Palma Hotel Ampang yang bertemakan “Citarasa Serantau”...

Read More  

Menyulam Syukur Berkongsi Rezeki Dan Iftar Bersama 'Di Bawah Langit Yang Sama' Di Saloma Kuala Lumpur

Memperkenalkan Ramadan 2026 bertema “Di Bawah Langit Yang Sama”, menekankan kebersamaan, kesederhanaan dan kemanusiaan. Ruang berbuka luar restoran Saloma Kuala Lumpur dibuka untuk suasana lebih inklusif, lengkap dengan kemudahan solat dan tarawih agar ibadah tenang seiring jamuan. Kepelbagaian sajian Melayu, Cina, India, Arab dan Jepun diraikan di satu meja, diperkaya konsep live cooking dan live stall seperti kambing bakar serta hidangan panas segar. Menu istimewa merangkumi Nasi Kambing Kebuli, Udang Lemak Daun Chekur, Mee Udang Tergolek, Bubur Lambuk Rusuk Kiri dan ais “Teller” Pak Belalang, menyatukan rasa, nilai dan syukur Ramadan...

Read More  

Tiket Laris Dalam Masa 2 Jam, Konsert Kasih Kekasih Inteam Pindah Lokasi Lebih Besar

Konsert Kasih Kekasih 25 Tahun oleh kumpulan Inteam mendapat sambutan luar jangka, apabila tiket di lokasi asal habis dijual dalam masa dua jam. Demi menampung permintaan tinggi, konsert dipindahkan ke dewan lebih besar, IdeaLive, Petaling Jaya dan dijadualkan pada 28 September 2025. Lebih 5,000 tempat duduk disediakan untuk meraikan peminat yang telah setia bersama Inteam selama dua dekad setengah. Persembahan ini bakal menampilkan lebih 25 lagu serta penampilan khas anak Allahyarham Suhaimi Saad dan beberapa artis jemputan. Tiket baharu mula dijual pada 14 Jun 2025 menerusi Ticket Empire. Peminat yang membeli awal akan menerima tempat duduk eksklusif serta hadiah istimewa. Konsert ini turut disokong oleh MINAZ, radio Astro dan Aplikasi Khair, dan akan disusuli dengan Jelajah Kasih Kekasih di seluruh Malaysia...

Read More  

Balada Cinta Richard Marx Sambut Jubli Intan Ke-60 Di Puncak Genting Highlands 16 Ogos 2025 Ini

Langit Genting Highlands bakal diterangi pada malam 16 Ogos 2025 oleh suara abadi Richard Marx dalam konsert eksklusif sempena sambutan Jubli Intan ke-60 Resorts World Genting. Di Arena of Stars, peminat akan disapa semula oleh melodi-melodi yang pernah menjadi nadi cinta dan kenangan – Right Here Waiting, Now and Forever, Endless Summer Nights – dalam persembahan satu malam yang penuh emosi dan keindahan. Dengan lebih 30 juta album terjual, pemenang Grammy ini hadir bukan hanya untuk menyanyi, tetapi untuk membuka kembali pintu nostalgia dan menghubungkan hati-hati dari pelbagai generasi. Tiket dijual mulai 4 Jun untuk pra-jualan dan 9 Jun untuk umum. Sebuah malam yang bakal mengikat masa lalu, kini dan selamanya dalam satu harmoni abadi...

Read More  

Bakal Gempur Pentas Zepp KL, Awas Ledakan 'Peluru Cokelat' Barbarik 28 Jun 2025 Ini

Bakal menggempur Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, 28 Jun 2025, konsert utama Barbarik, 'Pentas Peluru Cokelat' dibarisi legenda rock seperti Muss, Jo Branko dan Karl Cromok. Konsert ini menandakan kemunculan rasmi album sulung mereka 'Peluru Cokelat'. Lebih 20 lagu akan dipersembahkan dalam durasi dua jam termasuk segmen khas Retro Akustika bersama gitaris ternama Shah Slam, Ujang Tukimon dan Muzza, diiringi string octet. Dikenali dengan persembahan bertenaga, Barbarik tampil berbekalkan pengalaman rock tulen yang matang dan beremosi. Tiket dijual bermula RM150 dan sesi Meet & Greet turut ditawarkan pada 29 Jun. Dibawakan oleh Karri Talk Production dan Pentas Barbarik Sdn Bhd, ini adalah malam di mana rock kembali meraung dengan penuh keberanian...

Read More  

Astro Shaw Perluas Lingkaran Sinema Serantau, 'Delivery Man' dan 'Fortune Seekers' Gerbang Baharu Filem Asia Tenggara ke Panggung Global

Melangkah ke pentas global, Astro Shaw berganding tenaga bersama syarikat produksi Thailand, Night Edge Pictures untuk menerbitkan 2 filem seram Asia Tenggara: Delivery Man dan Fortune Seekers. Kedua-dua filem ini diumumkan di pasaran filem antarabangsa, Berlin dan Cannes, sekali gus memperkukuh kehadiran Astro Shaw di arena global. Fortune Seekers mengisahkan seorang wanita yang menemui azimat tuah, namun tanpa sedar membebaskan roh jahat. Manakala Delivery Man pula menyelongkar sisi gelap obsesi seorang penghantar makanan terhadap pelanggannya. Dibarisi pelakon popular Thailand termasuk Aokbab Chutimon, projek ini mencerminkan komitmen Astro Shaw dalam menonjolkan kekayaan budaya dan genre seram Asia Tenggara. Kedua-dua filem dijangka tayang pada tahun 2026 dan disasar untuk pasaran serantau dan antarabangsa...

Read More  

Secawan Impian, Seteguk Kecewa: Pahitnya Realiti Kehidupan dalam “Bru”

Bukan sekadar kisah tentang kedai kopi, tetapi cerminan getir dunia perniagaan kecil yang sering dibayangi ilusi estetika dan impian kosong. Drama Tonton Original ini mengisahkan Shah (Shukri Yahaya) yang membuka kafe tanpa pengetahuan, strategi atau tanggungjawab, hingga membuat keputusan semberono dan menyalahgunakan kepercayaan rakan kongsinya, Hani (Siti Hariesa) dan Ajan (Amerul Affendi). Tindakannya yang tidak amanah mencetuskan konflik dan menggambarkan realiti sebenar: ramai pemilik bisnes gagal akibat kelemahan pengurusan dan hilangnya integriti. Bru membongkar sisi pahit yang sering disorok—tentang beban kewangan, penganiayaan pekerja dan kejatuhan impian indah. Dua episod terakhir akan menentukan nasib kedai kopi ini. Saksikan Bru di Tonton setiap Isnin dan Khamis, dan hayati kisah penuh pengajaran yang meninggalkan kesan lebih lama dari aroma secawan espresso...

Read More  

Filem 'Laknat' Menyentuh Ketakutan Paling Dalam Tentang Manusia yang Lupa Tuhannya

Mengangkat kisah gelap manusia yang tersesat dalam duka, lalu terperangkap dalam tipu daya iblis demi memenuhi harapan duniawi. Terinspirasi daripada kisah benar, ia mengisahkan Luth yang dihantui kematian adiknya, Laila. Dalam pencarian yang sia-sia, muncul sosok iblis bernama Laqqus, menyamar sebagai penyelamat, menawarkan jalan keluar – namun dengan harga yang mengorbankan akidah. Filem ini menyelongkar realiti menyayat: bagaimana duka boleh menjelma menjadi pintu kepada syirik dan kehancuran jiwa. Diarahkan oleh Saw Teong Hin, LAKNAT bukan sekadar menakutkan, tetapi menampar kesedaran kita akan batas iman yang mudah rapuh. Akan mula menghantui pawagam seluruh Malaysia pada 5 Jun 2025, ia menyampaikan peringatan bahawa tidak semua ‘bantuan’ datang dari cahaya. Ada yang membawa laknat, diam-diam...

Read More  

Juara 'Calpis Soda One In A Million' Marygrace Jadi Nadi Gawai & Kaamatan 2025

Terus mengukir nama dalam dunia hiburan apabila dipilih sebagai ikon utama mewakili Sabah untuk kempen Gawai & Kaamatan 2025 bersama Pepsi dan TV Sarawak, Marygrace, juara Calpis Soda One In A Million, bersama Belle Sisoski dan Rezza Shah, Marygrace menyumbangkan suara dalam lagu rasmi “Happy Gawai Kaamatan” yang meraikan semangat dan budaya masyarakat Borneo. Lagu ciptaan Belle itu menggabungkan elemen pop moden dan irama tradisional, memberi nafas baru kepada sambutan perayaan menuai. Rakaman lagu dan video muzik berlangsung di lokasi indah sekitar Kuching, memberikan pengalaman bermakna buat Marygrace. Selain kempen ini, beliau juga bakal tampil di pentas besar seperti Here I Am Concert bersama Rossa dan Festival Tentang Cinta di Sabah. Marygrace kini bersinar sebagai suara muda yang menyatukan budaya dan muzik...

Read More  

Menjelang Oktober, Filem Aksi Jenayah 'Caught Stealing' Tiba Di Pawagam Malaysia

Menyusuri kehidupan Hank Thompson, bekas bintang baseball yang kini hanya mahu hidup tenang sebagai bartender. Namun segalanya berubah apabila dia diminta menjaga seekor kucing milik jiran misteri, Russ. Dari situ, Hank tanpa sengaja terjebak dalam dunia gelap jenayah dan menjadi sasaran gengster berbahaya. 'Caught Stealing' bukan sekadar aksi dan kejar-mengejar, tetapi tentang manusia biasa yang dipaksa bertarung demi kelangsungan hidup dan penebusan masa silam. Diterajui Austin Butler, bersama Zoë Kravitz, Regina King dan Matt Smith, dengan pengarahan mendalam Darren Aronofsky, Caught Stealing tampil sebagai kisah gelap yang puitis dan emosional. Saksikan di pawagam Malaysia bermula 30 Oktober 2025 — satu kisah tentang kehilangan, kekacauan dan keberanian yang lahir dari tempat paling tak dijangka...

Read More  

Nyanyian Cinta Sederhana 'Cak Cak Cekuk' Sebuah Suara Realiti dari Hati Wani Kayrie

Gabungan elemen tradisional dengan susunan kontemporari, lagu “Cak Cak Cekuk”, sebuah lagu pop moden yang diinspirasikan daripada lagu rakyat “Cak Cekur Udang Gamit” ini menyentuh realiti pasangan muda yang ingin mendirikan rumah tangga namun berdepan kekangan kewangan. Wani menyalurkan mesej cinta yang jujur dan sederhana, menyeru agar ikatan dibina atas keikhlasan, bukan kemewahan. Lirik bersahaja dan melodi ceria menjadikan lagu ini sesuai untuk majlis perkahwinan dan acara cinta. Diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment, lagu ini mula dilancarkan pada 23 Mei 2025 dan kini boleh dinikmati di semua platform digital. “Cak Cak Cekuk” bukan sekadar hiburan, ia nyanyian realiti yang menyentuh rasa dan membangkitkan harapan...

Read More  

Balas Balik: Filem Detektif Penuh Saspens Tampilkan Shukri Yahya Singkap Dendam Silam

Tuan Roslan, CEO syarikat telekomunikasi Global Communication, ditemukan mati secara misteri di pejabatnya. Semua mengangguk, menyebut “serangan jantung”. Tapi Detektif Zul melihat lebih dalam. Bersama rakan setugas, Inspektor Jauhari, mereka menyiasat satu demi satu individu yang pernah tersilap langkah dengan si mati. Satu demi satu rahsia muncul. Satu demi satu motif dibuka. Ketika satu lagi mayat muncul, Tuan Kamal, rakan niaga Roslan, Zul menyedari semuanya berkait. Ini bukan kebetulan. Ini bukan kemalangan. Ini adalah tindak balas yang dirancang dengan teliti oleh seseorang yang sudah lama menyimpan luka, dan kini menuntut ganti. Tidak semua kematian adalah pengakhiran. Kadang, ia permulaan kepada kebenaran yang terlalu lama terkubur...

Read More  

Ejen Ali The Movie 2: Sebuah Misi Jiwa dan Jati Diri, Bukan Animasi Untuk Budak-Budak Sahaja

Sebuah kisah yang meresap ke jiwa, menjalin benang-benang emosi, aksi dan nilai persahabatan dalam dunia futuristik Cyberaya. 'Ejen Ali The Movie 2' dihasilkan selepas 5 tahun penantian dan perubahan besar akibat pandemik, filem ini membawa naratif yang lebih matang, penuh plot twist dan pembangunan watak mendalam. Di sebalik visual penuh warna dan aksi mendebarkan, tersimpan kisah pengorbanan dan semangat luar biasa pasukan WAU Animation yang tetap berkarya meski kekurangan tenaga kerja. Filem ini juga menjadi bukti bahawa animasi tempatan mampu berdiri sama tinggi dengan karya antarabangsa, menyentuh hati tanpa mengorbankan jati diri. Ia bukan saja untuk kanak-kanak, tetapi untuk sesiapa saja yang pernah rasa kehilangan, harapan dan perjuangan...

Read More  

Apabila Joey Daud Bicara Serius Dengan Nada Jenaka Dalam Irama Nakal 'Wamwamsam'

Kembali ke dunia muzik dengan single eksperimental bertajuk 'Wamwamsam', lagu bergenre komedi pop rock dari Joey Daud ini membawa sindiran sosial yang lucu tapi menyengat, mengangkat tema pendidikan dan wawasan sebagai tonggak perubahan. Dihasilkan bersama komposer muda Ilham dan Hidayat Nasir, serta menampilkan segmen rap dari A.D (Isohbatos, Sabah), Wamwamsam menjadi suara menyeluruh Malaysia. Lagu ini turut diiringi video muzik sinematik arahan Amen Khalid, anak Allahyarham Mamat Khalid, yang menjadi pembuka jalan kepada filem Daud M. Lebih dari hiburan, karya ini merupakan seruan kepada generasi muda untuk bangkit dengan ilmu dan semangat. Wamwamsam menegaskan Joey bukan sekadar penghibur, tetapi seniman yang berani bersuara dengan cara yang unik, jenaka dan penuh makna...

Read More  
Sekilas Pandang...
zizihashim.rocks ialah sumber rujukan anda untuk reviu setulus hati tentang dunia muzik, konsert, album, lagu, filem, drama dan semua tentang hiburan. Selami dunia media journalisma dengan liputan kami yang penuh semangat dan murni dari hati.

  • Kuala Lumpur, Malaysia

untuk sebarang jemputan media, sila whats app saya TQ



Zizi Hashim

Penulis

...menulis dari hati setiap apa yang didengar, dilihat dan dihayati...

Fenriz Shamudin

Intern

...belajar dari mama segalanya tentang penulisan kreatif dan dunia media...