Bukan semua kemenangan dihasilkan di atas padang. Ada yang bermula jauh lebih awal, ketika sekumpulan sahabat berkumpul di restoran mamak, ketika sebuah keluarga sanggup berjaga hingga dini hari, atau ketika secawan kopi menjadi peneman setia sepanjang 90 minit penuh debaran. Di situlah lahirnya semangat bola sepak Malaysia yang sebenar, bukan hanya tentang siapa menjaringkan gol, tetapi tentang bagaimana jutaan hati berdenyut dalam rentak yang sama. Itulah semangat yang diraikan menerusi kempen terbaharu WONDA Coffee, "Semarakkan Sokongan Bersama WONDA."
Bersempena kemeriahan musim bola sepak dunia, WONDA Kopi Tarik, jenama kopi tempatan No. 1 Malaysia, memilih untuk memberi penghormatan kepada individu yang sering berada di belakang tabir setiap kejayaan pasukan iaitu para penyokong. Bagi WONDA, bola sepak bukan sekadar permainan yang berlangsung selama 90 minit, sebaliknya sebuah budaya yang menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira usia, latar belakang mahupun lokasi. Daripada sorakan di stadium hinggalah perbincangan hangat selepas perlawanan, semuanya menjadi sebahagian daripada identiti negara yang terus hidup dari satu generasi ke generasi berikutnya.

Menghidupkan lagi semangat itu, kempen ini digerakkan secara menyeluruh merentasi televisyen, radio, platform digital dan lokasi runcit di seluruh negara. Antara tarikan utamanya ialah sebuah iklan televisyen sinematik yang diterbitkan bersama Astro Shaw, menampilkan pemain kebangsaan Akhyar Rashid, Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid, di samping pelakon Amir Ahnaf yang kembali menghidupkan watak ikonik Kahar daripada Kahar: Kapla High Council. Gabungan dunia sukan dan hiburan ini memperlihatkan bagaimana bola sepak mampu menyatukan pelbagai lapisan masyarakat dalam satu naratif yang sama.
Bagi memperlihatkan sisi yang jarang disaksikan umum, WONDA turut memperkenalkan siri dokumentari "Kisah Di Sebalik Harimau" di Astro Arena. Siri lima episod ini membawa penonton mengenali perjalanan hidup pemain Harimau Malaya seperti Faisal Halim, Fergus Tierney dan Syafiq Ahmad, bukan sebagai bintang di padang, tetapi sebagai individu yang melalui pelbagai pengorbanan, cabaran dan perjuangan sebelum berjaya menyarung jersi kebangsaan. Melalui kisah-kisah ini, WONDA berharap penghargaan masyarakat terhadap para pemain dapat dipupuk dengan lebih mendalam.
Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan, kempen ini diwujudkan bagi meraikan detik-detik yang menjadikan bola sepak sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
"Bola sepak bukan sekadar permainan, tetapi satu wadah yang menyatukan rakyat Malaysia untuk dinikmati, dibincangkan dan disokong bersama. Sebagai rakan penaja setia bola sepak Malaysia, WONDA Coffee mahu menyemarakkan lagi semangat ini dengan menghargai para penyokong serta detik-detik yang menjadikan sukan ini begitu istimewa. Sama ada berjaga hingga lewat malam untuk menyaksikan perlawanan atau mengikuti sorotan aksi pada keesokan paginya, WONDA Coffee sentiasa bersama rakyat Malaysia bagi memastikan mereka kekal bertenaga dan segar sepanjang musim bola sepak."
Selain dokumentari, WONDA turut bekerjasama dengan FLYFM menerusi segmen harian "WONDA Football Line", yang membawakan ulasan ringkas mengenai aksi terbaik setiap perlawanan. Pendengar bukan sahaja boleh mengikuti sorotan gol dan prestasi pemain, malah berkongsi reaksi, berbincang mengenai keputusan perlawanan serta mendedikasikan lagu kepada pasukan pilihan mereka. Kempen ini diperkukuh lagi dengan kandungan digital bersama pencipta kandungan tempatan serta peraduan mingguan yang menawarkan jersi Harimau Malaya bertandatangan dan pelbagai barangan eksklusif WONDA x Harimau Malaya.

Keseronokan itu diteruskan menerusi kerjasama bersama myNEWS, di mana pelanggan yang membeli enam tin WONDA Coffee boleh menebus pemegang kad magnetik edisi terhad WONDA x Harimau Malaya melalui aplikasi myNEWS. Rekaan eksklusif tersebut diinspirasikan daripada semangat Pemain Ke-12, simbol kepada jutaan penyokong yang tidak pernah berhenti berdiri di belakang pasukan negara, sama ada ketika meraikan kemenangan mahupun menghadapi kekalahan.
Lebih daripada sebuah kempen jenama, Semarakkan Sokongan Bersama WONDA mengingatkan bahawa kekuatan bola sepak Malaysia tidak hanya terletak pada pemain yang berlari di atas padang. Ia juga lahir daripada setiap sorakan yang bergema di stadium, setiap perbincangan di kedai kopi dan setiap penyokong yang tidak pernah berhenti percaya. Kerana di sebalik setiap kemenangan, sentiasa ada jutaan hati yang setia menjadi nadi kepada permainan yang paling dicintai negara.