Terus berdiri megah merentasi zaman, tiga nama besar rock tanah air iaitu XPDC, Search dan Wings menjajah pentas Konsert 3 Veto bersaksikan 4,000 fanatika yang memenuhi MegaStar Arena KL pada tanggal 1 Ogos 2026 yang lalu. Menggabungkan tiga perjalanan, tiga identiti dan tiga kekuatan dalam satu pentas yang meraikan legasi muzik tanpa mengira generasi. Daripada dentuman dram, bingit riff distorsi yang membakar jiwa sehingga laungan ribuan khalayak yang mengiringi setiap bait lagu, malam itu menjadi bukti bahawa rock Malaysia masih teguh bernyawa. Ia tidak pernah hilang arah. Ia hanya terus terbang, mencari sayap baharu untuk ekspidisi menawan langit yang sama...
Read More