Menyingkap Jiwa Seorang Peter Parker Di Sebalik Topeng 'Spider-Man: Brand New Day'

Menyelami sisi paling rapuh Peter Parker selepas dunia melupakan kewujudannya, memaksanya membina semula hidup tanpa sesiapa yang pernah menjadi tempat bergantung. Kekuatan sebenar seorang adiwira tidak pernah terletak pada sut yang dipakainya atau kuasa yang dimilikinya, ia lahir daripada keberanian untuk terus bangkit setiap kali hidup meruntuhkan segala-galanya. Dengan naratif yang lebih intim, sinematografi memukau, aksi yang terasa nyata dan persembahan cemerlang Tom Holland, filem ini berkembang menjadi kisah tentang kehilangan, identiti, harapan dan keberanian untuk terus melangkah walaupun segala-galanya telah berubah...

Read More  

Impian Cari Rezeki Jadi Mimpi Ngeri, 'Tiket Sehala' Perjalanan Tanpa Jaminan Untuk Pulang

Impian mencari rezeki di bumi asing menjadi titik mula kepada sebuah mimpi ngeri dalam Tiket Sehala. Alif, Putri dan Taqy menerima tawaran pekerjaan lumayan di Korea Selatan dengan harapan dapat mengubah nasib hidup. Namun, sebaik tiba di sana, mereka menyedari segala janji hanyalah perangkap sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia. Dipaksa bekerja di sebuah ladang bawang terpencil di bawah kawalan individu yang kejam, mereka berdepan pilihan yang mustahil. Terus menjadi mangsa atau melakukan apa sahaja demi terus hidup. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem arahan Rahila Ali ini mengangkat perjuangan, harapan dan harga sebenar sebuah kebebasan...

Read More  

Menyingkap Pesona Teater Kabuki, 'Kokuho' Fenomena Epik Jepun Rangkul 10 Anugerah

Mengajak penonton menyelami dunia Kabuki yang sarat disiplin, tradisi dan pengorbanan menerusi perjalanan hidup Tachibana Kikuo, anak kepada ketua yakuza yang menemui takdir baharu selepas diambil sebagai anak angkat oleh maestro Kabuki. Bersama Shunsuke, pewaris sah keluarga seni itu, mereka membesar sebagai sahabat, pesaing dan cerminan kepada dua takdir yang saling bertembung. Merentasi lima dekad kehidupan, filem arahan Lee Sang-il ini mempersoalkan makna bakat, darah keturunan, obsesi serta harga yang perlu dibayar demi mencapai kesempurnaan. Sebuah karya sinematik yang memuliakan seni, tetapi pada masa sama mengungkap kesunyian paling dalam seorang seniman...

Read More  

Membuang Elemen Dewa, 'The Odyssey' Kisah Epik Seorang Lelaki Biasa Mengajak Kita Cari Jalan 'Pulang'

Setelah Perang Trojan berakhir, Odysseus memulakan pelayaran pulang ke Ithaca, namun perjalanan itu bertukar menjadi pengembaraan yang menguji keberanian, kesetiaan dan jiwanya sendiri. Sepanjang perjalanan, dia berdepan Cyclops Polyphemus, Sirens, Calypso serta pelbagai cabaran yang mengubah dirinya sebagai seorang suami, ayah dan pemimpin. Sementara itu, anaknya Telemachus pula membesar dalam penantian yang panjang, mencari makna seorang ayah yang hampir tidak pernah dikenalinya. Menerusi sentuhan Christopher Nolan, kisah epik karya Homer ini diterjemahkan menjadi sebuah pengalaman sinematik yang megah, emosional dan meninggalkan kesan yang sukar dipadam daripada ingatan...

Read More  

Semakin Dewasa Tapi Rasa Itu Masih Sama, 'Dilan ITB 1997' Menulis Babak Kehidupan Yang Lebih Bermakna

Selepas menamatkan zaman persekolahan, Dilan melangkah ke alam kampus sebagai mahasiswa Institut Teknologi Bandung (ITB). Pulang daripada program di Kuba, dia meneruskan kehidupan sebagai pelajar seni, pemuzik bebas dan aktivis mahasiswa ketika Indonesia berada di ambang Reformasi 1998. Hubungannya bersama Ancika semakin utuh, namun kehadiran semula Milea serta pertemuan dengan Hana menguji kematangan yang sedang dibinanya. Berlatarkan Bandung tahun 1997 yang direka dengan teliti, Dilan ITB 1997 mengangkat kisah cinta, idealisme dan proses pendewasaan dengan sentuhan nostalgia, humor halus serta emosi yang terasa dekat dengan perjalanan hidup ramai orang...

Read More  

Mojoku Hilang! Satu Perlis Kecoh! Filem Komedi Romantik Tentang Cinta, Komuniti Dan Harapan

Seekor lembu bernama Mojo menjadi pencetus kepada sebuah kisah yang menggabungkan cinta, komedi dan perjuangan mempertahankan warisan. Adi, wakil sebuah syarikat, menyamar sebagai penduduk kampung untuk mendapatkan semula Mojo yang "diculik" penduduk bagi menghalang pengambilalihan tanah. Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada Ayu, gadis yang paling lantang mempertahankan kampungnya. Berlatarbelakangkan keindahan Perlis, Mojoku Hilang menghidangkan kisah ringan yang disulami humor, dialek tempatan dan nilai kekeluargaan, sambil mengingatkan bahawa tanah, kenangan dan kasih sayang adalah warisan yang tidak ternilai harganya...

Read More  

Meruntun Hati Penonton, 'Jangan Buang Ibu' Menghadiahkan Sebuah Muhasabah

Setelah nekad berpisah dengan suami, Ristiana mengabdikan seluruh hidupnya demi membesarkan tiga orang anak dengan penuh kasih dan pengorbanan. Menjual donut, bekerja sebagai petugas kebersihan dan mengorbankan impian sendiri menjadi rutin hariannya demi memastikan anak-anak menikmati kehidupan yang lebih baik. Namun, apabila mereka dewasa, berjaya dan membina keluarga masing-masing, wanita yang pernah menjadi tulang belakang keluarga itu semakin dipinggirkan sehingga akhirnya ditempatkan di sebuah rumah jagaan warga emas. Diangkat daripada novel bestseller karya Wahyu Deyapriyangga, 'Jangan Buang Ibu' merupakan sebuah drama kekeluargaan yang menyentuh jiwa tentang kasih ibu, penyesalan dan penghargaan yang sering hadir apabila segalanya sudah terlambat...

Read More  

Reunion Keluarga Jadi Seram Yang Kejam, 'Evil Dead Burn' Kembali Ganas Dalam Neraka Paling Panas

Kematian suami membawa Alice pulang ke rumah keluarga mertuanya dengan harapan dapat mencari sedikit ketenangan. Namun, pertemuan yang sepatutnya menjadi ruang untuk menyembuhkan luka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Necronomicon membebaskan sumpahan yang mengubah ahli keluarga satu demi satu menjadi Deadites. Terperangkap di dalam sebuah rumah terpencil, Alice terpaksa berjuang mempertahankan nyawa sambil berdepan rahsia lama, dendam yang terpendam dan keganasan yang semakin tidak terkawal. Dengan gabungan gore praktikal yang ekstrem, atmosfera mencengkam dan aksi tanpa henti, 'Evil Dead Burn' menghidangkan pengalaman seram yang kejam, liar dan sukar dilupakan...

Read More  

Sepucuk Surat, Seumur Hidup Rindu, 'Dear You' Ajar Tentang Erti Kasih Tak Pernah Kenal Sempadan

Hajat seorang cucu mencari harta pusaka membawa dirinya menjejaki Thailand untuk menelusuri misteri kehilangan datuk yang selama puluhan tahun dipercayai meninggalkan keluarga. Namun pencarian itu akhirnya membuka lembaran kisah yang jauh lebih besar daripada wang ringgit. Tentang surat kiriman qiaopi, penghijrahan masyarakat Teochew, pengorbanan, persahabatan dan cinta yang bertahan merentas sempadan serta zaman. Diarahkan Lam Hongchu, 'Dear You' ialah sebuah drama keluarga yang menyentuh hati, menggabungkan sejarah diaspora China dengan kisah kemanusiaan yang sarat emosi. Sebuah perjalanan tentang kehilangan, harapan dan kebaikan yang terus hidup meski masa terus berlalu...

Read More  

Akibat Cabaran Teknologi, 'Toy Story 5' Cari Gali Semula Kewujudan Imaginasi Zaman Kanak-Kanak

Perubahan zaman membawa cabaran baharu kepada Woody, Jessie, Buzz Lightyear dan seluruh geng apabila Bonnie semakin membesar serta mula menghabiskan lebih banyak masa bersama dunia digital berbanding alat permainan. Dipimpin oleh Jessie, mereka berusaha mencari semula makna kewujudan ketika imaginasi kanak-kanak semakin digantikan oleh skrin dan teknologi. Diarahkan oleh Andrew Stanton bersama Kenna Harris, Toy Story 5 menggabungkan pengembaraan, komedi dan emosi dalam sebuah kisah yang menyentuh tentang kasih sayang, memori, persahabatan dan perubahan zaman. Filem ini membuktikan legasi Toy Story masih mampu menyentuh hati generasi lama mahupun baharu...

Read More  

Ketika Doa Jadi Manipulasi Emosi, 'Obsession' Beri Amaran Hati-Hati Dengan Keinginan Sendiri

Sebuah permintaan atau doa yang lahir daripada cinta akhirnya bertukar menjadi sumpahan paling mengerikan. 'Obsession' mengisahkan Bear, pemuda pendiam yang menggunakan artifak misteri One Wish Willow untuk membuat Nikki jatuh cinta kepadanya. Namun keinginan itu menghapuskan kebebasan Nikki sehingga kasih sayang bertukar menjadi obsesi yang memusnahkan semua orang di sekeliling mereka. Di bawah arahan Curry Barker, filem thriller psikologi ini mengangkat persoalan tentang cinta, kebebasan, manipulasi dan rasa bersalah melalui naratif yang menyesakkan jiwa. Dengan bajet kecil tetapi impak luar biasa, Obsession muncul sebagai antara filem genre paling mengejutkan tahun 2026...

Read More  

Syaitan Haus Darah 'Phi Phong: The Blood Demon' Filem Seram Folklore Vietnam Terlaris

Lagenda lama sering lahir daripada ketakutan manusia terhadap sesuatu yang tidak mampu dijelaskan akal. Berlatarkan desa terpencil di pergunungan utara Vietnam, 'Phi Phong: The Blood Demon' mengangkat mitos roh peminum darah yang mampu menyamar sebagai manusia pada siang hari sebelum memburu mangsa menjelang malam. Namun di sebalik naskhah seram yang sarat ritual tradisional, terselit kisah tentang kasih seorang ibu, pengorbanan dua beradik dan hakikat bahawa kejahatan kadangkala lahir daripada hati manusia sendiri. Filem arahan Do Quoc Trung ini membuktikan bahawa folklor Asia Tenggara masih mempunyai banyak cerita yang layak diberi perhatian dunia...

Read More