I Know What You Did Last Summer: Bayang Kelam Masa Silam Bangkit Semula Tanpa Rasa Dan Roh

Cuba menghidupkan semula nadi seram tahun 1997, tetapi tersasar arah sejak mula. Sekelompok remaja terlibat dalam kemalangan maut di Southport, lalu membentuk ikatan rahsia yang memburu mereka semula apabila nota ugutan tiba secara misteri. Kemunculan semula Fisherman, pembunuh bertopeng hujan dan bersenjata cangkuk, mengheret Ava mencari jawapan dengan bantuan 2 watak asal, Julie dan Ray. Namun naskhah ini dibebani skrip longgar, lakonan hambar, dan pandangan sinikal terhadap generasi baru. Walaupun cuba ‘meta’, ia gagal mencipta impak atau ketakutan. Sekadar mainan nostalgia yang kosong, filem ini akhirnya menjadi jenaka tragik yang membuktikan tidak semua kisah perlu dihidupkan semula...

Read More  

Gangguan Bunyi Dari Atas Dan Sebalik Dinding Bikin Sakit Otak Dalam 'Noise'

Selepas berpindah ke apartment baru bersama adiknya Joo Hee, Joo Young mendapati dirinya terperangkap dalam mimpi ngeri apabila Joo Hee tiba-tiba hilang tanpa jejak. Dalam usaha mencari, dia dibantu oleh Ki Hoon, teman lelaki adiknya. Namun, apa yang bermula sebagai pencarian biasa perlahan-lahan bertukar menjadi pengalaman seram yang meresap ke dalam minda dan jiwa. Gangguan bunyi misteri dari tingkat atas, nota ancaman jiran yang menakutkan, serta kehadiran lelaki pelik di tingkat bawah membuatkan segalanya menjadi kabur antara realiti dan halusinasi. Keadaan bertambah rumit apabila Joo Young, yang mengalami masalah pendengaran, mula mengalami perkara aneh yang pernah dialami adiknya. Noise mengupas sisi gelap kehidupan kota, menjadikan bunyi sebagai senjata paling mengerikan...

Read More  

Cinta Lintas Agama, Budaya Dan Variasi Nilai Masyarakat Dalam Filem Komedi Islamik 'Isan Nikah'

Mengisahkan cinta unik antara Sophia, gadis Muslim dari Pattani, dan Bak Kai, jejaka Buddha dari wilayah Isan. Demi menyunting Sophia, Bak Kai sanggup memeluk Islam dan mengorbankan kepercayaannya demi cinta sejati. Namun, jalan mereka tidak mudah apabila abang Sophia, Bang Lee, menentang keras perkahwinan itu kerana trauma lama. Ibunya dahulu meninggalkan keluarga demi lelaki Isan. Filem ini menggabungkan unsur komedi, budaya dan emosi dalam latar masyarakat Selatan Thailand yang jarang dipaparkan di layar perak. Dalam kehangatan kenduri, gelak tawa dan luka lama bertembung. Isan Nikah membawa penonton menyelusuri dilema antara kasih, kepercayaan dan penerimaan, dalam sebuah kisah yang menyentuh perasaan dan membuka mata terhadap keberanian mencintai di luar sempadan agama serta tradisi...

Read More  

Smurfs (2025): Sebuah Balada Biru Tentang Pencarian Identiti Diri Dan Erti Sebenar Sebuah Nama

Seorang Smurf tanpa nama mulai merasakan kekosongan dalam dirinya, siapakah dia sebenarnya di antara ratusan Smurf lain yang punya nama, peranan dan identiti tersendiri? Didorong oleh rasa ingin tahu dan krisis jati diri, No Name tiba-tiba terjebak menjelajah dunia manusia demi mencari jawapan. Bersama Smurfette, Brainy, Clumsy, dan Hefty, mereka menempuhi pelbagai cabaran ajaib, termasuk ancaman 2 penyihir bersaudara, Gargamel dan Razamel. Dalam perjalanannya, mereka menemui persahabatan yang lebih mendalam, keberanian yang tak terduga, dan pelbagai kejutan yang boleh mengubah dunia Smurf untuk selama-lamanya. Smurfs (2025) ialah kisah muzikal animasi yang menyentuh tentang pencarian identiti, kekuatan menjadi diri sendiri, dan erti sebenar sebuah nama...

Read More  

Superman (2025): Menyingkap Sisi Rapuh Dan Manusiawi Sang Dewa Terbang

Membawa kita ke dalam semesta baharu yang penuh jiwa, di mana adiwira dari Krypton bukan sekadar lambang kekuatan, tetapi cerminan belas kasihan yang tulus. Dalam dunia yang porak peranda dan kehilangan arah, Clark Kent berdiri sebagai suara nurani, memilih empati meskipun dicemuh, memilih untuk menyelamat meski dirinya hancur. Di bawah sentuhan James Gunn, filem ini menyuntik semula jiwa kemanusiaan dalam adiwira, menghidupkan watak-watak seperti Lois, Lex dan Krypto dengan emosi yang mendalam. Lebih dari sekadar aksi, filem ini meresap ke hati, mengajak kita mempercayai bahawa kebaikan bukan lagi dongeng. Superman muncul semula sebagai penyelamat dan sebagai harapan yang tak pernah mati...

Read More  

Menggali Luka, Mencari Cinta, dan Menerima Takdir, Dilema Ibu Tunggal Dalam 'Tabayyun'

Zalina, seorang ibu tunggal yang cekal, membesarkan anak lelakinya, Arka, sambil berdepan stigma masyarakat dan rahsia silam yang membelenggu. Hidupnya berubah apabila Arlo, anak majikannya, jatuh cinta padanya. Namun cinta mereka diuji oleh jurang darjat, perjodohan yang telah diatur, dan tentangan keras daripada ibu Arlo, Samira. Ketika masa lalu Zalina mula terbongkar, mereka semua terpaksa berdepan kebenaran yang selama ini disembunyikan. Tabayyun bukan hanya kisah cinta, tetapi juga pelajaran tentang pengampunan, penerimaan, dan pentingnya mencari kebenaran sebelum menjatuhkan hukuman, terutama dalam dunia yang terlalu cepat menghakimi...

Read More  

Kembara Ngeri 'Ghost Train' Tanpa Destinasi Akhir, Terperangkap Derita Obsesi

Seorang YouTuber seram bernama Da-kyung memilih sebuah stesen kereta api terbengkalai untuk siaran langsung yang disangka akan viral. Namun sebaik kamera mula merakam, Gwanglim Station membuka sisi yang tak ingin ditemui manusia. Ghost Train, arahan Tak Se-woong, ialah sebuah kisah seram Korea yang menggabungkan mitos urban dan obsesi terhadap dunia digital. Dibintangi Joo Hyun-young, Jeon Bae-soo dan Choi Bo-min, filem ini menyusup perlahan-lahan ke bawah kulit dengan visual remang, sunyi yang berdengung dan jeritan yang tertinggal di lorong gelap. Lebih dari kisah hantu, ini tentang trauma, kehilangan dan ruang-ruang yang wajar dibiar sunyi. Sekali kau naik kereta api ini, tiada jalan untuk turun. Ghost Train kini menghantui layar dan memorimu...

Read More  

Ledakan Degup Adrenalin Sarat Aksi Drift Kereta Lumba, 'Impak Maksima 2' Lebih Menyala!

Bunyi deruman enjin kembali memecah sunyi. Bukan sekadar gegaran mekanikal, tapi gegaran nostalgia yang menghantam terus ke dada penonton, terutama mereka yang membesar dengan adrenalin Impak Maksima yang pertama, 18 tahun lalu. Kini, kisah itu bersambung. Bukan dengan langkah malu-malu, tapi dengan gegaran seribu kereta dan jiwa yang berkecamuk, mencipta semula satu fenomena 'Impak Maksima 2'. Bukan hanya tentang kereta, kelajuan atau perlumbaan. Ia tentang pilihan, tentang harga kematangan, tentang dendam lama yang perlu dileraikan agar masa depan boleh disambut. Dari trek ke jalanan, dari asap tayar ke genangan air mata, semuanya disusun rapi. Watak-watak lama hadir untuk menyerahkan obor kepada generasi baru...

Read More  

Tak Ingin Usai Di Sini: Cinta Sejati Tak Pernah Mati, Meski Takdirnya Lain

Cinta diam-diam antara dua sahabat yatim piatu, K dan Cream, menjadi nadi kisah ini. Tinggal serumah sejak remaja, mereka saling bergantung, saling melindungi, namun enggan mengakui perasaan. K yang menghidap barah memilih menjauh, demi melihat Cream bahagia bersama orang lain. Dia mencarikan pasangan buat Cream tanpa memberitahu tentang penyakitnya, lalu lahirlah pengorbanan cinta yang paling sunyi. Dengan naratif yang perlahan namun menyentuh, filem ini mengajak kita menyelami makna cinta sejati. Cinta yang redha meski tak dimiliki. Diperkuatkan lakonan menyayat hati Bryan Domani dan Vanesha Prescilla, serta sinematografi hangat dan runut bunyi menggetar jiwa, Tak Ingin Usai di Sini adalah ode untuk mereka yang pernah mencintai dalam diam dan melepaskan dengan ikhlas...

Read More  

Terjerat Dalam Putaran Maut Di 'Citra Apartment' Terbiar, Terhukum Berulang Kali

Sekumpulan pelajar kolej, diketuai oleh Ilyana, pelajar jurusan fesyen, merancang sesi fotografi di sebuah pangsapuri terbengkalai sebagai tugasan akhir. Namun, sesi itu bertukar mimpi ngeri apabila mereka terperangkap dalam gelung masa misteri yang membuatkan mereka mati berulang kali, hanya untuk hidup semula dan mengulangi hari yang sama. Di tengah kekeliruan dan ketakutan, Ilyana menemui sebuah artifak purba yang dipercayai menjadi punca gangguan. Mereka perlu merungkai rahsia artifak tersebut sebelum semuanya terlambat. Citra Apartment menggabungkan elemen seram psikologi, mistik tempatan dan ketegangan masa yang membeku. Dalam ruang yang sempit dan waktu yang tidak bergerak, nyawa menjadi taruhan, dan masa menjadi musuh yang tidak pernah letih menagih korban...

Read More  

Kembalinya Ancaman Dinosaur Dalam 'Jurassic World Rebirth' Tetapi Dibalut Terlalu Tipis

Menghidupkan semula keajaiban lama dengan sentuhan moden yang bercampur rasa. Berlatarkan 5 tahun selepas Dominion, dunia kini sudah lali dengan kewujudan dinosaurus. Bukan lagi ancaman, cuma gangguan harian. Namun saat DNA hibrid menjadi rebutan, pasukan ekspedisi dihantar ke pulau rahsia yang menyimpan bahaya jauh lebih besar daripada yang dijangka. Scarlett Johansson, Mahershala Ali dan Jonathan Bailey membawa watak dengan penuh komitmen, tetapi dialog dan dinamika mereka agak hambar. Visualnya memukau, muziknya menggetar, dan beberapa adegan aksi mengingatkan semula detik kita jatuh cinta pada francais ini. Namun subplot yang lemah dan pacing yang lambat mencairkan impaknya. Rebirth hadir dengan serpihan nostalgia, tetapi magisnya… hanya sesekali terasa menyentuh...

Read More  

'F1: The Movie' Papar Panorama Litar, Lumba Kereta, Adrenalin Laju dan Langkah Berani Kembali ke Garis Mula

Saya bukan peminat F1. Tidak tahu nama pelumba, tidak kenal beza antara pit stop dan pole position. Tapi kerana Brad Pitt, saya datang. Dan dari detik pertama enjin berderum, saya dibawa menyusur dunia yang tak pernah saya peduli, sehingga jatuh cinta teruk. F1 The Movie bukan sekadar tentang kelajuan, ia tentang harga diri, luka silam, dan keberanian untuk kembali bertarung setelah semua orang berhenti percaya. Watak Sonny Hayes begitu hidup, seorang legenda yang mahu bangkit semula, dengan segala kekacauan dan ketegangan yang dirancangnya. Visual luar biasa, muzik Hans Zimmer yang menusuk, dan kisah mentor–protege yang menyentuh hati. Filem ini bukan sahaja menghibur, ia membuat saya faham, terkadang kita semua perlukan peluang kedua untuk membuktikan diri...

Read More