Hanya Namamu Dalam Doaku: Ketika Cinta Di Uji Sakit, Tekad Berjuang Bersama Meski Sulit

Bukan kisah cinta biasa, melainkan perjalanan batin yang diuji sakit ALS. Filem ini tidak menawarkan konflik yang meledak-ledak, sebaliknya merangkul kesunyian yang lirih dan perlahan meresap ke jiwa. Melalui visual lembut serta pencahayaan hangat, penonton dibawa menyelami ruang paling rapuh dalam hubungan manusia. Vino G. Bastian dan Nirina Zubir tampil dengan kejujuran emosi yang menyentuhh, disokong kehadiran Naysila Mirdad, Ge Pamungkas dan Dinda Kanya Dewi yang menghidupkan suasana keluarga. Lebih daripada sekadar kisah tentang penyakit, naskhah ini adalah renungan tentang cinta, ketabahan, dan penerimaan. Siapkan hati, kerana setiap detik akan mengingatkan bahawa cinta sejati tidak pernah tunduk pada sakit...

Read More  

Keperluan Atau Keinginan? Kontradiksi Segitiga Cinta 'Materialists' Cabar Untuk Jujur

Dalam hiruk pikuk kota, Lucy menjalani hidup sebagai pencari jodoh profesional. Dia bijaksana menyulam bahagia untuk orang lain, namun hatinya sendiri kerap dibiarkan kosong. Pertemuan dengan Harry si 'unicorn' kaya yang sempurna dan menepati semua kriterianya memberi cahaya baru, tetapi hadir pula bekas kekasihnya, John yang membangkitkan luka dan rindu lama. Di antara janji manis masa depan dan gema kenangan silam, Lucy terjebak pada pertanyaan abadi, apakah cinta sejati terletak pada kestabilan yang ditawarkan, atau pada jiwa yang pernah membuatnya marak menyala kembali? Cinta kadang memilih yang logik, kadang menuntun kita ke arah paling genting. Jalan mana satu yang akan Lucy genggam?

Read More  

Tentang Hati Yang Patah, Hijrah Dan Pasrah Bertemu Dalam 'Assalamualaikum Baitullah'

Amira berdiri di tepi jurang hidup, hampir menyerah pada nasib yang begitu kelam dan redup. Takdir menghadirkan penyelamat misteri, membuka pintu hijrah, menyalakan cahaya yang tulus. Bersama sahabatnya Ica, dia mula belajar agama, bertemu Amel dan Barra yang membawa ujian cinta. Namun jalan hati tidak semudah doa, kerana Barra rupanya telah dijodohkan keluarga dengan Amel yang setia. Konflik segitiga penuh dilema, antara redha, ikhlas, dan makna doa yang nyata. Disutradarai Hadrah Daeng Ratu, adaptasi novel Asma Nadia ini mengalir, menyulam luka, cinta, dan kerinduan getir menuju Tanah Suci. Apakah Amira akan menemukan damai di Baitullah, atau air mata akan terus menjadi bahasa pasrah?

Read More  

Kehebatan 'Abah Saya, Uncle Mike' Filem Keluarga Paling Menyentuh Sehingga Raih Gemuruh Tepukan Dan Standing Ovation

Menelusuri lorong kehidupan yang penuh luka dan kasih, diinspirasikan daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, lelaki Cina yang membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu. Lakonan Andy Teh sebagai Uncle Mike begitu hidup hingga membuat kita terlupa siapa dirinya yang sebenar, sementara Idan Aedan sebagai Rafei menyerlahkan duka yang begitu raw hingga menikam dada. Setiap air mata, setiap jeritan, menjadi saksi betapa kasih sayang mampu merobohkan batas. Lagu "Lelah" nyanyian Mark Adam dan "7 Huruf" oleh Teeya Nasution menambah getar halus pada setiap babak, menjadikan pengalaman menonton semakin menghunjam jiwa. Usai tayangan, satu persoalan menggema di benak saya, masihkah kita berani mencintai tanpa melihat warna kulit dan agama?

Read More  

Penatnya Ketawa Tonton Filem Seram Komedi Paling Kelakar 'ParaXnormal' Sampai Cramp Pipi!

4 sahabat lama iaitu Yasin, Asri, Fateh dan Anas, kembali bersatu selepas 30 tahun terpisah, kali ini dengan satu misi gila: merompak Vila Casablanca yang dikatakan berhantu tetapi menyimpan harta bernilai jutaan ringgit. Apa yang bermula sebagai rancangan licik berubah menjadi siri kejadian pelik, penuh dengan adegan seram yang tak sempat menakutkan kerana lebih dahulu membuat penonton ketawa pecah perut. Dari hantu yang tak menjadi menakutkan, hingga gelagat watak yang luar biasa sengal, setiap babak mencampurkan unsur komedi dan seram dengan cara segar. ParaXnormal bukan sekadar kisah rompakan atau hantu, tetapi tentang persahabatan, keberanian luar jangka, dan kelucuan hidup yang tak dirancang. Tak mudah dan tak susah! Berjayakah mereka?

Read More  

Budaya Buli Membunuh, 'Attack 13' Kupas Realiti Yang Tak Pernah Sembuh

Di sebuah sekolah, aura persaingan di gelanggang bola tampar bertukar menjadi medan penindasan. Jindahra, pelajar yang baru berpindah cuba mencari ruang baharu, segera berdepan sengketa dengan Bussaba, si ratu sekolah yang disanjung guru tetapi menzalimi rakan sekelas. Dibantu geng setianya, Bussaba menjadikan buli sebagai senjata kekuasaan. Namun, segalanya berubah bila Bussaba ditemui mati tergantung di gimnasium. Dari saat itu, satu demi satu kejadian aneh menghantui sekolah, roh Bussaba kembali menuntut dendam. Jindahra dan rakan-rakannya diberi tempoh 3 hari untuk mencari siapa yang membangkitkan roh itu sebelum mereka menjadi mangsa. Attack 13 gabungkan seram, thriller dan drama sosial, mempersoalkan bagaimana budaya buli yang dibiarkan mampu berubah menjadi keganasan paling menggerunkan...

Read More  

Tidak Sedih Tetapi Sangat Marah, 'La Tahzan' Cinta Dosa Luka Yang Membakar Darah

Membuka tabir sebuah rumah tangga yang kelihatan harmoni, namun sebenarnya sarat retak yang tersembunyi. Alina (Marshanda) hidup bersama suaminya, Reza (Deva Mahenra), dan dua anak mereka, Rere serta Malik. Dari luar, keluarga ini tampak bahagia, tetapi kesibukan kerja membuat Alina sering tidak ada di rumah. Kehadiran Asih (Ariel Tatum), pengasuh baru yang diharapkan menjadi penawar, justeru bertukar menjadi racun. Diam-diam, Reza mengkhianati rumah tangga dengan menjalin hubungan terlarang bersama Asih. Luka yang lahir bukan sekadar pada jiwa Alina, tetapi juga menggoncang seluruh keluarganya. Dibumbui tipu muslihat mistik dan syirik yang memesongkan, La Tahzan menampar penonton dengan realiti: bahagia kadangkala hanya topeng rapuh yang bisa hancur sekelip mata...

Read More  

'Legasi: Bomba The Movie' Tayangan Aksi Tentang Marabahaya Api, Konflik Emosi Dan Paparan Realiti Berani Mati

Menyelami dunia penuh cabaran pasukan bomba yang bukan sahaja berdepan dengan marabahaya api, tetapi juga konflik emosi, pengorbanan dan harga sebuah keberanian. Filem ini mengikuti kisah anggota bomba yang terpaksa memilih antara tanggungjawab terhadap keluarga dan sumpah setia pada profesi. Dengan aksi mendebarkan serta paparan realiti tugasan di lapangan, penonton dibawa menyaksikan keberanian yang sering tersembunyi di balik seragam merah. Lebih daripada sebuah filem aksi, ia adalah penghormatan kepada wira masyarakat yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain. Legasi Bomba The Movie menyerlahkan bahawa api boleh dipadam, namun legasi pengorbanan dan keberanian akan terus kekal membara...

Read More  

War 2: Gema Pertempuran, Kehilangan Dan Persahabatan Di Ambang Kehancuran, Hrithik Roshan Jadi Magnet Layar

Hrithik Roshan kembali sebagai Major Kabir Dhaliwal dalam War 2, lanjutan kepada War (2019), arahan Ayan Mukerji dan sebahagian daripada YRF Spy Universe. Lima tahun selepas ‘belot’, Kabir kini menyamar sebagai upahan antarabangsa sambil menyusup ke dalam Kali Cartel, sindiket global berakar di pelbagai negara. RAW menghantar Vikram (Jr NTR), mantan rakan sepasukan, untuk menangkapnya. Dalam satu penghayatan penuh dramatik, Vikram mengaku sebagai Raghu, kawan zaman kecil Kabir dengan dendam dan agenda peribadi. Klimaks di Davos menyaksikan pertempuran dendam, tepat ketika rancangan pembunuhan terhadap Perdana Menteri digagalkan. Apakah Kabir dan Vikram akan bersatu dari bayang-bayang, membongkar lagi lapisan konspirasi dan tauhid mereka terhadap negara mereka?

Read More  

Ancaman Bahaya 'The Shadow's Edge' Paksa Hero Tua Kembali Ke Gelanggang Merbahaya

Di kota Macau yang berkilau cahaya tetapi sarat gelapnya rahsia, muncul ancaman baharu dari Shadow Order, organisasi kriminal berteknologi tinggi yang berjaya menundukkan sistem pengawasan AI, Sky Eye. Polis yang terdesak akhirnya memanggil Wong Tak-Chung (Jackie Chan), bekas pakar pengesanan yang sudah lama bersara, untuk kembali ke gelanggang berbahaya. Dalam usianya yang menua, Tak-Chung harus berpaut pada kecerdikan dan strategi, bukan lagi akrobatik, ketika berhadapan dengan dalang kejam Fu Longsheng (Tony Leung Ka-Fai). Bersama detektif muda Ho Qiuguo (Zhang Zifeng) dan anak angkatnya Hu Feng (Jun SEVENTEEN), Tak-Chung melangkah ke ambang bayang, di mana setiap langkahnya mungkin menjadi pertaruhan terakhir...

Read More  

Coolie: Riuh Gendang Malam, Kilau Emas Dan Apotheosis Seorang Legenda

Coolie mengisahkan Deva, bekas ketua kesatuan pekerja pelabuhan yang memilih hidup aman selepas meninggalkan dunia konflik. Namun, tragedi pembunuhan sahabat lamanya membangkitkan semula naluri perjuangan. Bersama Pretty, anak sahabatnya yang cekal, Deva menentang sindiket kejam yang menguasai pelabuhan. Dalam misi berbahaya ini, mereka berdepan pengkhianatan, rahsia gelap dan pertarungan sengit yang menguji kekuatan jiwa. Diterajui Superstar Padma Bhushan Rajinikanth di usia 74 tahun, filem arahan Lokesh Kanagaraj ini memadukan aksi mendebarkan, drama beremosi dan mesej kesetiaan. Dengan barisan pelakon mantap termasuk Shruti Haasan, Nagarjuna dan Aamir Khan, Coolie menjadi penghormatan istimewa bagi 50 tahun perjalanan karier Rajinikanth, sekali gus mencetuskan fenomena sinema Tamil di seluruh dunia...

Read More  

Cantuman Serpihan Mosaik Dalam 'Weapons' Rungkai Teka-Teki Ke Mana Pergi 17 Murid Yang Hilang Serentak

Pada 2:17 pagi, deretan rumah di pinggir bandar sunyi, tetapi 17 pelajar dari kelas yang sama melangkah keluar dari rumah masing-masing dan lenyap tanpa jejak. Tinggal Alex, satu-satunya, menjadi benang pertama misteri ini. Justine Gandy (Julia Garner), guru mereka, kini berdiri di tengah badai kecurigaan. Sutradara Zach Cregger memecah kisah ini menjadi 6 lensa berbeza: seorang guru, seorang bapa, anggota polis, hingga wajah-wajah yang jarang disentuh cahaya. Larkin Seiple, melalui kameranya, merakam rasa terkurung dan resah tanpa bergantung pada kejutan murahan. Dalam babak akhir, Gladys muncul, membawa seram sadis yang peliknya mengundang senyum kelam. Weapons bukan sekadar filem seram; ia adalah teka-teki jiwa yang menguji keberanian menatap kegelapan...

Read More