M3GAN 2.0: Ketika Boneka Android Kembali Bernyawa, Lebih Pintar Dan Merbahaya

Membawa kembali boneka AI yang ikonik, M3GAN 2.0 kini lebih pintar, lebih berperasaan dan lebih berbahaya. Selepas teknologi asal M3GAN disalah guna oleh pihak ketenteraan untuk mencipta senjata robotik bernama Amelia, Gemma—pencipta M3GAN—terpaksa menghidupkan kembali ciptaannya dengan versi yang ditingkatkan. Cady, anak saudaranya, yang kini remaja dan obses dengan teknologi, menjadi penghubung emosi kepada M3GAN. Filem ini sarat aksi, humor gelap, dan sindiran sosial tentang dunia yang terlalu bergantung pada mesin. M3GAN, walaupun sebuah robot, menjadi watak yang paling manusiawi. Dengan visual futuristik dan naratif yang tajam, M3GAN 2.0 adalah sebuah naskhah aksi-sains fiksyen yang menyeronokkan, cerdas dan mengganggu, mengukuhkan kedudukan M3GAN sebagai ikon dalam genre thriller teknologi moden...

Read More  

Dendam Malam Kelam: Medan Pemburuan Rasa Bersalah, Karma Dan Rahsia Silam

Sofia sudah mati. Tetapi jenazahnya hilang. 'Dendam Malam Kelam' menyulap ruang forensik menjadi medan pemburuan rasa bersalah, karma dan rahsia silam. Jefri, suami yang terikat cinta gelap dengan Sarah, cuba menyembunyikan kejahatannya namun hadirnya Detektif Arya membuka lembar kebenaran yang ingin diketahui. Dalam atmosfera filem noir yang dingin dan membakar perlahan, setiap watak berjuang melawan bayang-bayang sendiri. Adaptasi dari filem The Body, versi Indonesia ini hadir dengan nuansa lokal yang menghantui meski tiada hantu, tiada jeritan hanya keheningan, rasa bersalah, dan karma yang perlahan datang menyapa. Bila cinta menyimpang dari jalan yang benar, maka yang tinggal cuma kehancuran. Dan dendam… yang enggan mati...

Read More  

Kaset Berdarah Dan Dosa Lama: Menyelami Konflik Trauma Dalam 'Misteri Rumah Darah'

Ketika Shafeera, seorang pengacara muda rancangan realiti mistik 'Percaya Nggak Percaya', menemui sebuah kaset lama bertajuk “Rumah Darah” yang tidak pernah disiarkan, dia tidak menyangka penemuannya akan membuka pintu kepada misteri gelap yang selama ini tersembunyi. Bersama kru dan seorang paranormal, penyiasatan mereka membawa ke sebuah rumah terbiar yang sarat kisah ngeri dan perlahan-lahan mereka mula diganggu entiti tidak kelihatan. Filem ini menggunakan gaya dokumentari dan visual ala found footage, dengan suasana seram yang meresap dan kesan bunyi mengganggu jiwa. Misteri yang tersimpan dalam kaset itu akhirnya membawa kepada plot twist menyayat hati, menggabungkan seram dengan trauma, psikologi dan tragedi manusia. Misteri Rumah Darah bukan hanya filem seram, ia sebuah perjalanan menyingkap dosa masa lalu yang enggan dilupakan...

Read More  

Sitaare Zameen Par: Kisah Cabar Minda, Cermin Diri Dan Cetusan Cinta Yang Buat Kita Celik Cahaya Jiwa

Jurulatih bola keranjang yang ego dan keras hati, diberi tanggungjawab melatih sekumpulan pemain muda dengan Syndrome Down. Apa yang mulanya dianggap tugas remeh, berubah menjadi perjalanan menyentuh yang menggugat persepsi dan membuka mata Gulshan terhadap makna sebenar kehidupan. Diterajui Aamir Khan dan diarahkan RS Prasanna, filem ini menggabungkan humor tulus, emosi mendalam dan lakonan autentik daripada pelakon neurodivergen. Dengan sokongan padu Genelia Deshmukh dan skor muzik menyentuh oleh Shankar-Ehsaan-Loy, Sitaare Zameen Par menjulang mesej inklusiviti, empati dan keberanian menjadi diri sendiri. Lebih dari sekadar drama sukan, ia adalah kisah transformasi yang menyentuh kalbu dan menjadikan anak-anak ‘berbeza’ sebagai cahaya yang mengajar kita melihat dunia dengan jiwa yang lebih terbuka...

Read More  

Tersesat Ketakutan Di Jantung Hutan 'HalaBala' Yang Bernafas Keliru

Polis yang cuai dan dikenali sebagai “Dan the Hundred Corpses” selepas satu insiden tragik ingin menebus kesilapannya, Dia dihantar ke wilayah terpencil untuk memburu ketua geng gila, Tup Ta Fai, yang dipercayai bersembunyi dalam hutan HalaBala. Namun, misi itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila dia berdepan dengan suku kanibal purba bernama Batow. Di samping isterinya yang sedang hamil besar, Dan mula menyedari kewujudan misteri yang lebih dalam, menggugat kewarasan mereka. Diarah oleh Eakasit Thairaat, filem ini menggabungkan elemen seram psikologi, budaya lokal dan body horror. Meski menawarkan suasana unik dan efek praktikal yang memukau, jalan ceritanya yang berbelit serta runut bunyi yang mengganggu menjadikan pengalaman menonton agak mengelirukan dan meletihkan...

Read More  

Trilogi Apokalips Paling Brutal '28 Years Later' Zombi Lebih Liar, Pantas Dan Tiada Belas Kasihan

Membawa kesinambungan emosi kepada dunia pasca-wabak ciptaan Danny Boyle dan Alex Garland, 28 Years Later mengikuti kisah Spike, seorang budak lelaki berusia 12 tahun yang buat kali pertama meninggalkan komuniti terasingnya di Holy Island bersama ayahnya, Jamie, untuk menjejak dunia luar yang kini dihuni makhluk dijangkiti Rage versi baharu. Di sebalik ketegangan dan bahaya, filem ini mengungkap rasa kehilangan, warisan ketakutan, dan keberanian yang tumbuh dari cinta seorang anak. Visual yang memukau dan naratif yang mendalam menjadikan karya ini lebih daripada sekadar filem zombi. Ia adalah renungan tentang kemanusiaan, trauma dan pengorbanan. Saya yang biasanya membenci genre ini, akhirnya menitiskan air mata buat kali pertama menonton zombi bukan kerana takut, tetapi kerana terlalu memahami rasa perpisahan yang tidak sempat diungkapkan...

Read More  

Misteri Fraser 1910: Terperangkap Dalam Ruang Kehilangan Antara Sejarah Dan Halusinasi

Mengangkat kisah kehilangan Louis James Fraser, peneroka Scotland yang membangunkan Bukit Fraser sebelum ghaib secara misteri pada tahun 1910. Filem ini menyulam sejarah, unsur mistik dan drama emosi dalam latar era kolonial yang mendalam. Diterbitkan oleh Millionaire Film Production dan diarahkan Elani Aidid, ia membina naratif fiksyen berasaskan fakta, dibimbing panel FINAS bagi menjaga ketulenan cerita. Dibintangi Josiah Hogan, Amai Kamarudin, Isyariana dan ramai lagi, filem ini membawa penonton menyusuri gangguan di banglo Fraser yang penuh tragedi. Dengan tata produksi kemas, bahasa baku lama, busana klasik dan atmosfer sinematik yang mendalam, ia menawarkan lebih dari sekadar seram. Misteri Fraser 1910 ialah pengalaman sinema yang membangkitkan persoalan tentang sejarah, warisan dan kehilangan yang belum sembuh...

Read More  

Ummu Sibyan Datang Lagi Merasuk Anak-Anak Saat Mentari Tenggelam Dalam 'Waktu Maghrib 2'

Menjentik nostalgia paling mengerikan dan dalam masa yang sama mengingatkan: ada sebab kenapa orang tua dulu pesan jangan bermain saat matahari tenggelam. Senja bukan lagi waktu tenang, tetapi titik mula sebuah malapetaka. Sekumpulan remaja bermain sumpah saat azan maghrib berkumandang, tanpa sedar mereka telah membangkitkan kembali jin Ummu Sibyan yang penuh dendam. Kengerian bermula, kerasukan, kehilangan, dan bayang-bayang ghaib mula menghantui. Adi, yang pernah selamat dua dekad lalu, kembali untuk berhadapan dengan mimpi lamanya yang belum pulih. Meski masih menyimpan kekurangan dari segi mitologi, Waktu Maghrib 2 tetap sebuah pengalaman seram yang kuat, menyatu dengan budaya dan memperingatkan kita, maghrib bukan masa untuk bermain-main...

Read More  

Ada 'Pemangsa' Yang Lebih Bahaya, Lebih Gila, Lebih Rakus Dari Haiwan Dalam 'Dangerous Animals'

Dalam laut yang kononnya tampak tenang, tersembunyi jiwa yang lebih buas daripada jerung. Mengisahkan tentang Bruce Tucker, seorang pemandu pelancong yang menyamar sebagai wira laut namun sebenarnya pembunuh bersiri yang menjadikan jerung sebagai senjata sadistik. Zephyr, gadis tabah pencinta ombak, menjadi sasaran terbarunya. Tetapi dia bukan mangsa biasa, dia adalah jiwa yang terbakar oleh masa silam, dan dia tahu bagaimana untuk bertahan. Filem ini bukan sekadar kisah ngeri, ia adalah renungan terhadap kegelapan naluri manusia. Di antara jeritan yang tenggelam dalam dentuman muzik pesta dan laut yang membisu, filem ini membawa kita menyelam ke dalam psikosis manusia, ke tempat di mana rakus dan kejam berselindung di sebalik senyuman. Siapa sebenarnya haiwan paling berbahaya?

Read More  

Martabat Misi Berdarah: Apabila Ekstra Dah Tak Mahu Jadi Pelakon Tambahan Sahaja, Huru Hara Jadinya!

Lima pelakon tambahan dengan impian kecil tiba di set penggambaran di sebuah pulau terpencil. Apa yang mereka sangka hanyalah peluang berlakon sebagai ‘ekstra’ berubah menjadi misi penuh huru-hara apabila insiden tak diduga menyebabkan pelakon utama cedera. Kekosongan itu diisi oleh Tok Batin misteri yang rupa-rupanya ketua penjenayah. Kekacauan bermula, meledakkan babak-babak jenaka, sindiran sinis industri dan realiti pahit di sebalik dunia lakon layar. Martabat: Misi Berdarah ialah sebuah naskhah komedi aksi yang menyentuh, merayakan insan-insan belakang tabir yang jarang diberi sorotan. Sebuah penghormatan buat mereka yang tak pernah berdiri di tengah pentas, tapi tetap menjadi nadi sebuah karya. Filem ini menjanjikan tawa, kejutan dan hati yang tersentuh...

Read More  

Keajaiban Air Mata Wanita: Kisah Pelangi Datang Selepas Hujan Hadiah Dari Iman Dan Percaya

Riwayat kisah Kiki, seorang isteri dan ibu yang hidupnya musnah sekelip mata selepas kematian suaminya. Hilang pekerjaan, harta, dan pegangan diri, Kiki bergelut dalam keputusasaan hingga kedatangan sahabat lamanya, Rahma, yang memperkenalkannya kepada ilmu Magnet Rezeki. Melalui amalan rohani dan kekuatan dalaman, Kiki perlahan-lahan bangkit, menyusun semula hidupnya, dan menemui cinta baharu yang tak disangka. Dibintangi Citra Kirana, Natasha Rizky dan Rezky Aditya, filem ini menyulam tema ketabahan wanita, kekuatan dalam air mata, dan harapan selepas gelap. Disulami visual melankolis dan lakonan penuh emosi, Keajaiban Air Mata Wanita adalah naskhah menyentuh tentang kehilangan, persahabatan, dan kebangkitan jiwa seorang wanita...

Read More  

Filem Seram Dramatik 'The TuTor' Buat Pelajar Tertekan, Trauma, Depresi Sampai Mati

Ketika tekanan pelajaran kian menghimpit, sekumpulan pelajar nekad menyertai kelas misteri yang dikatakan mampu menjamin kejayaan akademik. Di sebalik harapan itu tersembunyi kuasa ghaib: roh seorang tutor bernama Phi Wan yang memaksa mereka belajar hingga ke ambang kematian. Belle menjadi mangsa kerasukan, belajar secara kejam hingga adiknya, Best, mula mengesyaki sesuatu. Bersama Xiu, mereka cuba bongkar rahsia gelap pusat tuisyen tersebut. Namun semakin hampir mereka pada kebenaran, semakin dalam mereka tenggelam dalam kitaran pembelajaran ngeri yang tiada jalan keluar. Gabungkan elemen seram, drama dan emosi, 'The TuTor' sebuah amaran bahawa kejayaan yang dipaksa bukanlah kemenangan sebenar, terutamanya jika perlu dibayar dengan nyawa...

Read More