Seribu Perjalanan Duka Ketika Mengusung Ayah, Catatan Pengalaman Dalam ‘Angkat’

Selepas kematian Pak Gani, seorang tukang kayu dihormati di kampung, 3 beradik yang lama terpisah iaitu Ibrahim, Yusuf dan Karim dipanggil pulang untuk memenuhi permintaan terakhir ibu mereka. Bersama pemandu van bernama Mia, mereka membawa pulang jenazah ayah dari Kuala Lumpur. Namun, van rosak 30 kilometer sebelum sampai, memaksa mereka mengusung keranda melalui jalan kampung yang berliku, licin, dan gelap. Perjalanan itu membuka ruang untuk rahsia lama terbongkar, termasuk sebab mereka dihantar jauh sejak kecil. Di kampung, kakak mereka Sara resah menunggu. ANGKAT menggabungkan drama dan komedi gelap, memaparkan bagaimana kematian boleh menjadi jalan untuk menyatukan kembali keluarga yang retak...

Read More  

Lubang Duka, Liang Trauma Dan Bisikan Masa Lalu Ayah Dan Anak Dalam Rintik Misteri 'Indera'

Seorang bapa tunggal, membawa anak perempuannya, Sofia yang bisu sejak kecil, berpindah ke kampung terpencil pada tahun 1985 tepat ketika Insiden Memali menyemarak di sekitarnya. Mereka tinggal dengan seorang wanita Jawa misteri dan beberapa kanak‑kanak pelik, sementara satu perigi tua yang sunyi menyimpan bisikan dan bayangan masa lalu. Suasana yang tenang menyembunyikan rahsia: trauma, rasa bersalah, dan tokokperi cerita dalam cerita ala filem Melayu 60-an yang muncul tanpa sari kata. Visual di siang hari yang menyentil rasa, naratif perlahan yang menguji pelanggan sinematik, semuanya menjalin misteri yang sukar dileraikan. Akhirnya, adakah 'rumah baru' ini benar‑benar selamat atau hanya selimut sunyi untuk bayangan masa silam?

Read More  

Liku-Liku Kehidupan Pencuri Yang Ingin Menjadi Baik, Bukan Mudah Dalam 'The Bad Guys 2'

Selepas insiden penuh aksi dalam filem pertama, kumpulan penjenayah terkenal, Mr. Wolf, Mr. Snake, Mr. Shark, Ms. Tarantula dan Mr. Piranha, kini berusaha menjalani kehidupan baharu sebagai ‘orang baik’. Namun, laluan untuk berubah tidak semudah yang disangka. Dalam sekuel ini, mereka berdepan cabaran moral, gangguan musuh lama, serta dilema dalaman yang menggugat tekad mereka untuk kekal di jalan lurus. Dengan misi baharu yang membingungkan, mereka perlu buktikan bahawa harimau pun boleh tukar belang kalau kena caranya. Penuh dengan aksi, humor dan detik menyentuh hati, The Bad Guys 2 mengupas makna sebenar perubahan dan penerimaan diri. Adakah mereka benar-benar sudah berubah, atau sekadar menyamar demi peluang kedua?

Read More  

Kisah Ngeri Di Sebalik Rahsia Rumah Sewa Yang Menuntut Nyawa Dalam 'Rego Nyowo'

Ketika Lena, seorang mahasiswi dari Jakarta, berpindah ke Malang untuk tinggal bersama abangnya Benhur di sebuah rumah sewa murah milik pasangan tua, Bu Astri dan Pak Wiryo, segalanya tampak terlalu sempurna. Rumah sewa itu tenang, makan malam disediakan setiap minggu, dan sewa pun tidak membebankan. Namun suasana mula berubah ketika seorang penghuni lain mengalami mimpi-mimpi aneh, dan berita tentang pocong gantung mula tersebar. Seram semakin nyata dan mengancam nyawa. Lena, yang awalnya skeptikal, terperangkap dalam pusaran ilmu hitam yang menjadikan setiap penghuni sebagai "bayaran". Diadaptasi dari thread viral “Kosan Berdarah”, Rego Nyowo menghidangkan kisah seram psikologi yang menyentuh soal pengorbanan, dendam dan sisi gelap manusia dalam keheningan rumah tumpangan yang penuh rahsia...

Read More  

Obsesi Dan Duka Kehilangan Seorang Ibu Dalam 'Bring Her Back' Bikin Stress, Gelisah Dan Marah

Selepas kematian tragik bapa mereka, Andy dan adik perempuannya Piper dihantar ke rumah seorang wanita misteri bernama Laura. Pada mulanya tampak mesra, Laura menyembunyikan luka jiwa yang dalam, seorang ibu yang enggan melepaskan anaknya yang telah tiada. Dalam rumah yang penuh rahsia dan bisikan, Andy mula merasakan sesuatu yang ganjil. Piper yang buta juga menangkap keanehan dengan naluri halusnya. Perlahan-lahan, realiti mula bergeser: kehilangan, rasa bersalah, dan obsesi bersatu dalam mimpi ngeri yang sukar ditentukan sempadannya. Bring Her Back kisah menyayat tentang cinta yang enggan mati, dan bahaya jika manusia terlalu ingin menghidupkan semula apa yang telah diambil oleh takdir. Sebuah kehilangan yang enggan reda...

Read More  

'Munajjim: Sekutu Iblis' Cerminan Akidah Dan Seruan Menolak Khurafat Untuk Kembali Ke Jalan Lurus

Tatkala akal gagal mencari keadilan, jalan hitam dipilih. Memilih jalan syirik apabila menggunakan sihir untuk membalas dendam terhadap bekas kekasih isterinya yang mengganggu rumah tangga mereka. Namun, sihir itu berpatah balik dan menjadi mimpi ngeri apabila ‘pendamping’ yang dipanggil membawa bala kepada seluruh isi rumah. Filem ini bukan rekaan kosong, ia diinspirasikan dari kisah benar masyarakat kita yang masih mencari jalan mudah melalui bomoh dan khurafat. Dibarisi pelakon hebat seperti Farid Kamil dan Uqasha Senrose, Munajjim: Sekutu Iblis tampil dengan visual sinematik dan keseraman yang menyentuh iman. Sebuah naskhah yang mengajak penonton berfikir: sampai bila kita mahu berpaut pada kegelapan, sedang cahaya agama jelas di hadapan?

Read More  

Cekal Dan Tulus, Langkah Pertama Membentuk Nadi 'Fantastic Four: First Steps'

Empat insan fantastik, Reed Richards, Sue Storm, Ben Grimm dan Johnny Storm menjejak kaki di semesta Earth-828 yang serba asing namun menawan, lantas memulakan langkah pertama sebagai keluarga adiwira yang ditakdirkan mengubah takdir dunia. Berbekalkan kuasa luar biasa dan ikatan emosi yang diuji, mereka harus menghadapi ancaman dari Galactus dan Silver Surfer yang mengintai kehancuran Bumi. Di sebalik pertarungan epik dan visual retro-futuristik yang memikat mata, tersembunyi naratif mendalam tentang cinta, kasih sayang, kehilangan, dan harapan. Tatkala babak akhir berlabuh dengan ledakan emosi, penonton dihanyutkan bukan sekadar oleh aksi, tetapi oleh persoalan yang lebih mendalam: apakah ini benar-benar titik mula, atau ada sesuatu yang lebih besar sedang menanti di sebalik tabir waktu?

Read More  

Apabila Cinta Melekat Terlalu Erat, 'Together' Buat Satu Panggung Menggelupur Tenat

Cinta itu indah, hingga ia menuntut terlalu banyak. Bila 2 jiwa berpaut terlalu erat, yang tinggal cuma tubuh yang mula menolak. Tim dan Millie lari ke desa, mahu menambat retak, namun yang datang ialah mimpi ngeri tanpa wajah. Dalam sejuk gua dan sunyi belantara, cinta berubah menjadi obsesi, lalu menjelmakan diri dalam bentuk paling grotesk. Satu tubuh, dua roh, tiada jalan pulang. Together bukan kisah cinta biasa. Ia menghidang ngeri dengan rasa jijik, dan asmara yang perlahan-lahan membunuh. Alison Brie dan Dave Franco bersinar sebagai pasangan yang terlampau serasi hingga menakutkan. Filem ini menggamit emosi dan logik sekaligus, tentang batas cinta, ketakutan berpisah, dan erti kehilangan diri dalam nama 'kita'. Cinta yang terlalu erat, bukan lagi rahmat. Tubuh saling menelan, jiwa jadi kabur...

Read More  

Tentang Sisa-Sisa 'Memori' Ayah Dan Anak Di Skenario Waktu Yang Masih Tertinggal Sebelum Usai

Apabila Dr. Hassan, seorang doktor bersara, mula menunjukkan tanda-tanda awal Alzheimer, anak lelakinya Imran pulang ke kampung untuk menjaganya. Meski hubungan mereka telah lama renggang. Imran, yang sedang melalui krisis rumah tangga dan beban kerja di Singapura, terpaksa berdepan bukan sahaja dengan bapanya yang semakin lupa, tetapi juga dengan luka lama yang belum sembuh. Dalam usaha untuk membantu bapanya mengingati masa silam, Imran dibantu oleh sahabat lama, Mamat, yang memiliki memori fotografik. Di sebalik pantai Terengganu yang indah, mereka cuba menyulam semula hubungan keluarga yang pernah terputus. Memori ialah sebuah kisah menyentuh tentang pengampunan, kasih yang tertangguh, dan perjuangan menjaga insan yang kian kehilangan dirinya sedikit demi sedikit...

Read More  

'Gerbang Setan' Yang Seram Tetapi Lebih Banyak Ketawa Dari Takut

Lima sahabat kampus menyangka mereka bakal nikmati percutian seram yang hebat, namun segalanya berubah apabila mereka menjejak kaki ke Desa Lawase Urip, sebuah perkampungan terpencil yang menyimpan rahsia purnama merah dan korban nyawa. Apa yang bermula dengan gelak ketawa bertukar ngeri apabila ritual, roh pendendam dan makhluk halus mula muncul satu demi satu. Namun dalam ketegangan, muncul kelucuan. Komedi selamba daripada Cak Lontong, Komeng dan pelawak lagenda lain mencairkan ketakutan, menjadikan filem ini unik dalam genre seram-komedi. Gerbang Setan menghibur dengan gaya tersendiri, seramnya cukup menggigit, jenakanya cukup menyengat. Filem ini bukan hanya tentang ketakutan, tetapi juga tawa yang menyelamatkan. Tonton di pawagam Malaysia mulai 7 Ogos 2025!

Read More  

Filem Seram-Heist 'Gundik' Bikin Penonton Ketawa, Takut Dan Gementar Dalam Satu Nafas

Sebuah rompakan yang dirancang rapi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Otto, bekas tentera yang baru dibebaskan, mengumpulkan geng lamanya untuk merompak rumah seorang gundik misteri bernama Nyai. Di sebalik dinding rumah kolonial yang megah, tersembunyi rahsia mistik dan kuasa gelap yang tidak terjangkau logik. Nyai bukan sekadar wanita simpanan; dia jelmaan penjaga Pantai Selatan yang membawa malapetaka kepada mereka yang melangkah tanpa izin. Dibumbui humor gelap, visual memukau dan mitos budaya tempatan, Gundik menggabungkan elemen heist, seram dan komedi dalam satu naratif mendebarkan. Ketawa, jerit dan jantung berdegup, semuanya bersatu dalam naskhah arahan Anggy Umbara ini. Satu malam, satu rumah, satu rahsia... mampukah mereka keluar hidup-hidup?

Read More  

Luka Lama Ditabur Garam Jadi Trauma Gelap Di 'Jalan Pulang'

Seorang ibu bernama Lastini bergelut dengan waktu dan takdir demi menyelamatkan anak perempuannya, Arum, daripada gangguan roh Marsinah, entiti ghaib yang merampas sedikit demi sedikit nyawa anak itu pada ulang tahunnya. Didorong oleh kasih sayang dan ketakutan, Lastini bersama 2 anak lain menjelajah ke pelosok nusantara mencari dukun dan ritual penyembuhan yang mampu menghentikan sumpahan. Namun semakin jauh mereka melangkah, semakin kabur batas antara realiti, trauma dan kepercayaan. Jalan Pulang adalah ratapan sunyi tentang kehilangan, dendam keluarga, dan warisan budaya yang penuh makna. Berbalut sinematografi kelam dan lakonan menusuk jiwa, filem ini menyentuh sisi terdalam jiwa dan menyoal semula makna ‘pulang’...

Read More