My Boo 2: Kisah Cinta Lintas Dunia Manusia Dan Hantu Di Setiap Takdir Yang Terikat Karma

Cinta yang terus berdegup meskipun jarak antara dunia nyata dan alam roh memisahkan Jo dan Anong. Sekuel garapan Khomkrit Treewimol ini mengikuti perjalanan Jo menembusi kehidupan lampau: terkadang sebagai perajurit, terkadang sebagai penyiasat, hanya untuk bertemu semula dengan Anong di setiap takdir yang terikat karma. Filem berdurasi 117 minit ini mengadun komedi, seram, nostalgia dan drama dengan gaya ringan khas Thailand. Ketika kebenaran kematian Anong terbongkar, cinta mereka diuji antara harapan untuk terus bersama atau keperluan melepaskan. My Boo 2, tayang di Malaysia mulai 4 Disember 2025, merakam cinta lintas dunia yang pahit, manis, dan menghantui hati penonton lama selepas kredit terakhir meredup...

Read More  

Air Mata Mualaf: Tafsir Sunyi Mencari Makna Diri Di Antara Iman, Keluarga Dan Trauma Luka

Anggie, seorang wanita Indonesia di Sydney yang melarikan diri dari hubungan penuh kekerasan. Saat tersungkur di hadapan sebuah masjid, suara lantunan Al-Quran dan kasih seorang pengurus masjid membuka pintu baru dalam hatinya sehingga Anggie mengambil keputusan memeluk Islam. Kepulangan ke kampung halaman bukan membawa damai, melainkan ujian: penolakan keluarga, bisik-bisik jiran, dan jurang antara identiti lama dan pilihan baru. Dengan visual yang menautkan pantai Sydney dan lorong sempit Jakarta, filem ini menyelami luka, penebusan, dan kekuatan iman yang tumbuh perlahan. Perjalanan Anggie adalah refleksi tentang bagaimana perubahan personal boleh memecah tetapi juga mengubahkan hati yang paling rapuh...

Read More  

Memoir Gelap Pizzeria Lama Kembali Hantui Seluruh Nafas Cerita 'Five Nights At Freddy’s 2'

Satu tahun berlalu selepas insiden ngeri di Freddy Fazbear’s Pizza, namun bayang-bayangnya tetap menghantui hidup Mike, Vanessa dan Abby. Kini, tempat itu hanya tinggal legenda gelap: lokasi kosong yang diselubungi khabar angin dan bisikan misteri. Namun ketenangan rapuh itu hancur apabila Abby diam-diam kembali ke bangunan usang tersebut dan menemukan semula Chica. Tindakannya mencetuskan rangkaian seram baharu, membuka rahsia masa lalu yang jauh lebih kelam daripada apa yang pernah dibayangkan. Menyusuri hubungan rumit antara manusia dan animatronik, filem ini mengungkapkan sisi cinta, kehilangan, dendam dan penebusan. Five Nights at Freddy’s 2 mengukuhkan dunianya dengan emosi lebih mendalam, sambil mempertahankan kejutan dan lore yang disukai peminat tegar...

Read More  

Sepuluh Peluang Buka Rahsia Telefon Bimbit Bongkar Jenayah Kelam Dalam 'Ten Chances'

Satu telefon bimbit yang terselamat daripada nahas meragut nyawa tunangnya menyeret Simon ke lorong gelap sebuah kebenaran yang enggan mati. Ten Chances mengikuti lelaki itu yang hanya memiliki 10 peluang untuk membuka kunci telefon tersebut sebelum semua data terhapus selama-lamanya. Setiap percubaan membongkar rahsia, menelanjangi perangkap pengubahan wang haram, kerakusan manusia dan sisi tersembunyi cinta yang pernah kelihatan suci. Dengan 3 peluang terakhir menjadi taruhan hidupnya, Simon terperangkap antara meleraikan misteri dan menerima bahawa cinta juga mampu meninggalkan bayang yang menyakitkan. Filem drama-romantis-thriller Taiwan–Malaysia ini menyingkap batas kepercayaan, pengkhianatan dan moral dalam dunia yang digoyang godaan wang dan kuasa...

Read More  

Seram Psikologi 'Mudborn' Rungkai Kegelapan Penuh Kejutan, Tidak Beri Ruang Bernafas

Rahsia bermula sehalus tanah liat yang retak. Hsu-Chuan, pereka permainan video realiti maya, tanpa sengaja membawa pulang sebuah boneka tanah liat retak dari rumah tinggal sewaktu membina permainan seram terbaharunya. Isterinya Muhua, penjaga artifak yang sedang hamil, menjadi semakin taksub memulihkan patung itu, seolah-olah bisikan purbanya meresap ke dalam tubuhnya sendiri. Ketika tubuh Muhua semakin lemah dan kelakuannya berubah seperti diseret sesuatu dari dunia lain, Hsu-Chuan mencari bantuan Ah-Sheng, seorang penghalau roh yang menyimpan kisah lampau tersendiri. Semakin rahsia patung itu terbuka, semakin keluarga ini dihimpit sumpahan lama, mantera terlarang dan roh yang enggan melepaskan mangsanya...

Read More  

Membawa Rahsia Yang Mengubah Ritma Keluarga, 'Ninavau' Buka Ruang Wacana Mendamaikan Perbezaan

Pulang ke Sabah untuk menghadiri perkahwinan adiknya setelah bertahun merantau di Kuala Lumpur. Kepulangannya kelihatan tenang, namun tersembunyi sebuah kenyataan berat yang belum pernah diungkapkan kepada keluarganya yang berpegang pada ajaran Kristian Katolik. Sepanjang berada di rumah, Ninavau bergelut dengan rahsia peribadi semasa hidup sendirian di perantauan. Keputusan yang lahir daripada pencarian diri, bukan desakan sesiapa. Filem ini mengikuti perjalanan sunyi seorang wanita bernama Ninavau bermaksud 'Cahaya' yang terperangkap antara kasih keluarga, identiti baharu, dan keberanian untuk tetap jujur. Ketika rahsia-rahsia terbuka satu persatu, Ninavau perlu memutuskan sama ada ingin mempertahankan kedamaian yang rapuh atau berdiri sebagai dirinya sendiri...

Read More  

Konon 'Azimat' Bawa Tuah Atau Penawar Nasib Malang, Sebaliknya Malah Undang Mimpi Ngeri

Hanna, dihimpit luka silam dan malang yang berulangkali, terjumpa seorang bomoh Iban lantas diberikan seutas rantai azimat sebagai harapan merubah nasibnya. Awalnya, seolah cahaya muncul: nasib Hanna berubah. Tetapi, perlahan-lahan, gelap mula meresap ke dalam jiwanya, membawa lebih dari sekadar ketenangan. Ia membangkit mimpi ngeri, trauma yang terpendam, dan bisikan arwah yang menuntut pembalasan. Azimat mengajak penonton selami konflik antara kepercayaan, keinginan melepaskan diri dari derita, dan kegelapan yang tersembunyi di balik harapan. Pilihan itu mungkin pelindung, tapi bayaran untuknya lebih tinggi dari yang disangka...

Read More  

Kalau Tak Nak Kena 'Klepet', Tonton Sendiri Komedi-Chaos Huru Hara Buat Satu Panggung Ketawa

Berputar sekitar 3 sahabat, Paly, Jany dan Wady yang menjelajah Melaka dengan motorhome 'Mendam Berahiy', mengejar saat-saat bebas sebelum hidup kembali memanggil mereka pulang ke realiti. Perjalanan yang tampak ringan itu jadi huru-hara apabila Lola, gadis Ukraine yang penuh teka-teki, muncul tanpa amaran. Sejak detik itu, mereka dihanyutkan ke dalam rangkaian kejaran, Hitman yang menuntut haknya, wang berkepuk, dan persahabatan yang diuji melalui keputusan-keputusan impulsif. Gabungan komedi spontan, visual eksentrik, dan elemen animasi mencipta dunia yang lincah serta menyenangkan. Gandingan Aedy Ashraf, Meerqeen dan Nadhir Nasar menghidupkan dinamika yang segar, sementara arahan Indra Putra menjadikan KLEPET naskhah komedi-chaos yang meriah, ringkas, dan penuh tenaga...

Read More  

Menjejak Gunung Demi 'Pencarian Terakhir' Cetus Atmosfera Meremang Bulu Roma!

Drupadi, remaja yang kembali ke Gunung Sarangan untuk mencari jawapan atas kehilangan ibunya, Sita, tujuh tahun lalu. Perjalanan ini membawa dia bersama Raka dan rakan-rakannya ke dalam hutan berkabut yang menyimpan pantang larang, misteri dan bahaya supernatural. Konflik emosional antara Drupadi dan ayahnya, Tito, menjadi teras cerita, memperlihatkan trauma lama yang belum sembuh. Ketika masuk lebih jauh ke gunung, ancaman alam dan makhluk ghaib bergabung, menguji persahabatan, keberanian dan keyakinan mereka. Sinematografi memukau dan sound design menambah ngeri, menjadikan filem ini pengalaman horor emosional tentang cinta, kehilangan dan pencarian yang belum selesai...

Read More  

Menikam Jauh Ke Ruang Hati, 'Airmata Di Ujung Sajadah 2' Kembali Buat Penonton Tersedu-sedu

Meneroka kembali kisah Aqilla, wanita yang merindui anak kandungnya Baskara selepas menyerahkan hak penjagaan kepada Yumna dan Arif. Ketika media sosial keluarga angkat itu sunyi, Aqilla berangkat ke Solo bagi memastikan keselamatan anaknya. Namun kehadirannya mencetuskan pergeseran emosi dengan Yumna, yang sedang berjuang menghadapi suami sakit dan ketakutan kehilangan Baskara. Filem ini membentangkan perjalanan batin dua ibu yang sama-sama mencintai anak yang satu. Dengan lakonan kuat Titi Kamal dan Citra Kirana, serta soundtrack menyayat hati, karya ini menghadirkan naratif tentang kerinduan, pengorbanan, dan kesembuhan yang perlahan. Sebuah drama keluarga penuh kejujuran dan air mata...

Read More  

Transformasi Sang Yautja Menjadi Protagonis Dalam Kembara 'Predator: Badlands'

Menelusuri perjalanan Dek, seorang Yautja muda yang diusir daripada puaknya dan terpaksa membentuk identitinya di planet merbahaya bernama Badlands. Dalam pencarian musuh muktamad, dia bertemu Thia, seorang sintetik unik lakonan Elle Fanning yang membawa dua karektor berbeza. Pertemuan ini mencetuskan hubungan pelik namun menyentuh, membawa mereka ke dalam siri pertempuran menentang makhluk raksasa, mesin pemburu, dan ancaman Weyland-Yutani. Dengan hikayat Yautja yang mendalam, aksi menakjubkan dan visual epik, Badlands menyerlah sebagai karya baharu yang menggoncang francais Predator, sekaligus membuka ruang kepada kesinambungan lebih besar dalam semesta yang semakin meluas...

Read More  

Sosok Misteri Menghantui, 'Shutter' Remake Buat Penonton Serentak Seram Dan Simpati

Darwin, seorang jurugambar yang hidupnya runtuh selepas terlanggar seorang wanita misteri pada malam yang gelap. Sejak kejadian itu, sosok wanita ini muncul dalam setiap foto, mimpi dan ruang yang tidak dijangka, menghantui Darwin dan Pia tanpa henti. Herwin Novianto mencipta semula karya ikonik Thai 2004 dengan sentuhan emosi, menyuntik nuansa tempatan yang dekat dengan budaya dan trauma masyarakat Indonesia. Persembahan rapuh Vino G. Bastian, kehadiran kuat Anya Geraldine, dan Niken Anjani yang melengkapkan dinamika cerita menjadikan pembuatan semula ini kaya dengan perasaan. Shutter Indonesia membawa seram, simpati dan teguran sosial, menjadikannya pengalaman seram yang menggugah jiwa...

Read More