Bila Taksub Mahu Anak Cemerlang, Bermulalah Misi Paling Huru-Hara Dalam '5 Bomoh'

Rashdan, seorang usahawan perkhidmatan menyelam yang terlalu taksub mahu melihat anaknya, Nisa, berjaya cemerlang dalam peperiksaan SPM sehingga sanggup menjelajah mencari bomoh-bomoh terkenal dari seluruh negara. Berbeza dengan isterinya, Sakinah yang percaya kepada ilmu, usaha dan doa, Rashdan lebih yakin kepada amalan warisan yang diwarisi sejak kecil. Perjalanan mereka menemukan pelbagai watak bomoh yang eksentrik, lucu dan penuh helah. Melalui satira komedi yang ringan, filem ini menyentuh isu kepercayaan tahyul, tekanan akademik, obsesi ibu bapa terhadap kejayaan anak dan budaya penipuan yang masih wujud dalam masyarakat hari ini...

Read More  

Hancur Di Sebalik Topeng Harmoni, 'Suamiku Lukaku' Pancing Emosi Bikin Satu Panggung Marah

Amina, seorang wanita yang terperangkap dalam perkahwinan penuh penderitaan bersama Irfan Khalid. Di mata masyarakat, Irfan kelihatan sebagai suami dan bapa yang baik, namun di sebalik pintu rumah, dia menjadi sumber ketakutan yang menghancurkan kehidupan isteri dan anak mereka, Nadia. Ketika Amina berjuang menjaga anak yang sakit sambil menanggung penderaan fizikal, emosi dan psikologi, kemunculan Zahra, seorang peguam yang memperjuangkan hak wanita, membuka ruang harapan buatnya. Filem ini mengangkat realiti keganasan rumah tangga dengan jujur, menyentuh emosi dan meninggalkan kesan mendalam kepada penonton...

Read More  

Dimensi Aneh 'Backrooms' Perangkap Psikologi Dibina Dari Trauma, Kesunyian Dan Ketakutan

Sebuah pintu misteri muncul di ruang bawah tanah sebuah galeri perabot, membawa kepada dimensi aneh bernama Backrooms: lorong tanpa penghujung yang dipenuhi dinding kuning kusam, karpet lembap dan bunyi lampu pendarfluor yang berdengung tanpa henti. Ketika salah seorang pesakitnya hilang secara misteri selepas memasuki ruang tersebut, seorang ahli terapi nekad menjejakinya demi menyelamatkan nyawa lelaki itu. Namun semakin jauh dia melangkah, semakin realiti mula terlerai perlahan-lahan. Lorong-lorong itu bukan sekadar tempat kosong, tetapi perangkap psikologi yang dibina daripada trauma, kesunyian, memori dan ketakutan manusia sendiri. Keluar mungkin bukan lagi satu pilihan...

Read More  

Bijaknya Sekumpulan Detektif Biri-Biri Selesaikan Misteri Dalam 'The Sheep Detectives'

Sekumpulan biri-biri berkumpul setiap malam mendengar kisah misteri yang dibacakan oleh gembala kesayangan mereka, George. Namun segalanya berubah apabila George ditemui mati dalam keadaan mencurigakan. Yakin bahawa mereka sudah mempelajari cukup banyak ilmu penyiasatan daripada cerita-cerita yang pernah didengari, sekumpulan biri-biri memulakan misi mencari pembunuh sebenar. Dalam perjalanan merungkai misteri tersebut, mereka berdepan rahsia lama, kehilangan yang menyakitkan, prasangka sesama sendiri dan hakikat tentang kematian yang selama ini tidak pernah mereka fahami. The Sheep Detectives menggabungkan elemen misteri, humor, keluarga dan emosi dalam sebuah pengembaraan yang luar biasa menyentuh hati...

Read More  

Pengembaraan 'The Mandalorian & Grogu' Nyalakan Semula Magis Galaksi Star Wars

Mengajak penonton menyertai pengembaraan baharu Din Djarin dan Grogu dalam sebuah misi yang kelihatan mudah, namun bertukar menjadi perjalanan penuh bahaya, aksi dan kejutan. Ketika berdepan ancaman daripada musuh lama serta campur tangan keluarga Hutt yang kembali mencetuskan konflik, hubungan antara Mandalorian dan anak angkat kecilnya menjadi nadi utama penceritaan. Dengan visual memukau, skor muzik yang menggetarkan dan pelbagai rujukan kepada dunia Star Wars klasik, filem arahan Jon Favreau ini menawarkan pengalaman yang menyeronokkan, ringan dan penuh hati untuk peminat lama mahupun penonton baharu...

Read More  

Apabila Zombie Sudah Mulai Bijak Dan Boleh Berfikir, ‘Colony’ Menjadi Mimpi Paling Ngeri

Membawa genre zombie ke wilayah yang lebih segar dan mengganggu. Arahan Yeon Sang-ho, pengarah di sebalik fenomena Train to Busan, filem ini memaparkan wabak yang tercetus ketika persidangan bioteknologi berlangsung dalam sebuah bangunan pencakar langit di Seoul. Namun ancaman kali ini jauh berbeza. Zombie-zombienya bukan makhluk yang bergerak tanpa arah, sebaliknya mampu berfikir, berkoordinasi dan belajar daripada kesilapan. Dengan aksi mendebarkan, sinematografi cemerlang dan idea tentang masyarakat yang terlalu bergantung kepada jaringan serta teknologi, Colony hadir sebagai thriller survival yang menghiburkan, pintar dan cukup relevan dengan dunia hari ini...

Read More  

Hadir Dengan Pesona Tersendiri, 'Kata Hati' Romantik Komedi Ringan, Manis Dan Jujur

Hadir sebagai sebuah rom-com moden yang manis, lucu dan penuh kehangatan, mengangkat kisah seorang pelakon yang sedang meningkat naik dan seorang pemandu e-hailing yang melihat dirinya sebagai manusia biasa, bukan selebriti. Filem arahan Nadiah Hamzah ini menyentuh sisi cinta, kemasyhuran dan pencarian identiti dalam dunia yang terlalu sibuk mengejar perhatian. Dengan lakonan natural daripada Nia Atasha dan Yusof Hashim, serta dialog yang mengundang senyum tanpa dipaksa, Kata Hati terasa seperti helaian novel cinta yang hidup di layar perak. Ringan, tulus dan dekat dengan realiti kehidupan masa kini...

Read More  

Dalam Gelap Panggung Macam Ada Suara Main Bisik-Bisik, Aura Mistik 'Polong' Serius Buat Rasa Takut Nak Balik

Membawa penonton menyusuri lorong gelap antara dosa, penyesalan dan dendam yang enggan mati. Terinspirasi daripada kisah yang pernah menggegarkan negara, filem arahan Zulkarnain Azhar ini mengisahkan seorang wartawan penyiasat yang tanpa sengaja membebaskan kuasa mistik lama ketika menjejaki jejak seorang wanita pengamal ilmu hitam. Dengan sinematografi memukau, atmosfera awal 2000-an yang autentik dan lakonan luar biasa daripada June Lojong, Mimi Lana serta Nadiya Nissa, Polong menawarkan pengalaman seram yang bukan hanya mengganggu jiwa, tetapi turut menyentuh hati. Sebuah naskhah yang menggabungkan ketakutan, kehilangan, kasih sayang dan akibat daripada dosa silam...

Read More  

Jangan Pandu Waktu Malam, ‘Passenger’ Jadikan Jalan Raya Mimpi Ngeri Tak Berpenghujung

Membawa penonton menyusuri perjalanan gelap dua insan yang memilih kehidupan nomad dalam sebuah van, sebelum satu kemalangan ngeri mengubah segalanya. Apa yang bermula sebagai pengembaraan mencari kebebasan bertukar menjadi mimpi buruk apabila mereka menyedari sesuatu yang menumpang bersama mereka pulang dari lokasi tragedi itu. Dengan arahan penuh ketelitian daripada André Øvredal, filem ini menggabungkan elemen thriller, seram dan drama hubungan secara berkesan. Disokong sinematografi memukau, reka bunyi yang menghantui dan lakonan meyakinkan Jacob Scipio serta Lou Llobell, Passenger menjadi pengalaman seram yang membuat penonton sentiasa gelisah hingga kredit penutup...

Read More  

Setiap Tumbukan Meledak, 'The Furious: Pertaruhan Maruah' Buat Satu Panggung Bergema Sorak!

Pertarungan di gelanggang hanyalah permukaan kepada luka sebenar yang dipikul Firdaus dalam The Furious: Pertaruhan Maruah. Dibintangi Zul Ariffin bersama Sky Iskandar, Ikmal Amry, Marissa Yasmin dan Zamarul Hisham, filem arahan Heng Aik Siong ini membawa kisah dua beradik yang kembali bersatu selepas nama arwah ayah mereka dihina dan maruah keluarga dipijak. Dengan elemen boxing yang intens, drama keluarga yang menyentuh dan koreografi pertarungan yang memukau, The Furious menjadi antara filem aksi tempatan paling mengejutkan tahun ini. Sarat emosi, penuh semangat brotherhood dan tidak meleret, filem ini membuat penonton bersorak, terdiam dan akhirnya jatuh cinta pada setiap tumbukan...

Read More  

Naskhah Sarat Kejutan 'Konspirasi' Gabung Thriller politik, Konflik emosi Dan Aksi Penuh Debaran

Gelora politik, serangan siber dan rahsia pengkhianatan menjadi nadi utama filem Konspirasi arahan Ghaz Abu Bakar. Mengangkat dunia penguatkuasaan SPRM, filem ini membawa penonton menyelami operasi membanteras rasuah berskala besar yang mengancam keselamatan negara. Ketika seorang penggodam misteri mula membocorkan maklumat sulit pemberi maklumat dan ahli politik mula bermain kuasa, sekumpulan pegawai SPRM terpaksa bertarung dengan tekanan, pengkhianatan dan ancaman yang datang dari segenap arah. Dibintangi Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Shiqin Kamal, Konspirasi menggabungkan thriller politik, konflik emosi dan aksi penuh debaran dalam sebuah naskhah yang sarat suspens serta mengejutkan...

Read More  

Fleak: Seekor Makhluk Kecil Mengajar Erti Bangkit Semula Setelah Hidup Hilang Cahaya

Fleak hadir sebagai filem animasi penuh emosi yang menggabungkan dunia fantasi, kehilangan dan kekuatan keluarga dalam sebuah pengembaraan yang hangat dan menyentuh hati. Mengisahkan Thomas, kanak-kanak yang kehilangan keupayaan berjalan selepas kemalangan tragis, hidupnya berubah apabila bertemu Fleak, makhluk kecil dari dimensi lain yang membawanya ke dunia penuh warna dan magis. Filem arahan Jens Moller ini bukan sahaja memukau melalui visual imaginatif, tetapi turut menyentuh tema penerimaan diri, trauma dan hubungan adik-beradik dengan sangat lembut. Fleak menjadi naskhah yang membuat penonton ketawa, sebak dan kembali percaya bahawa harapan masih wujud dalam saat paling gelap hidup manusia...

Read More