Scream 7: Sidney Prescott Kembali, Apakah Jeritan Dari Masa Lalu Masih Terus Menghantui?

Kepulangan Neve Campbell sebagai Sidney Prescott selepas tidak muncul dalam filem keenam disambut baik. Kini menetap di Pine Grove, Indiana, Sidney cuba menjalani kehidupan tenang bersama suaminya, Mark dan anak remajanya, Tatum. Namun kemunculan pembunuh bertopeng Ghostface lagi dan lagi menghidupkan kembali mimpi buruk lama apabila siri pembunuhan mula berlaku di bandar tersebut. Ancaman itu akhirnya menyasarkan keluarga Sidney sendiri, memaksanya kembali berhadapan dengan trauma masa lalu. Dengan bantuan Gale Weathers, Sidney sekali lagi berjuang melindungi orang tersayang sambil membongkar identiti pembunuh yang bersembunyi di sebalik topeng Ghostface...

Read More  

Perspektif Baharu Legenda Klasik Frankenstein 'The Bride!' Romansa Gothic Gila Lahir Dari Mayat Dan Kesunyian

Menghidupkan semula kisah klasik Frankenstein dengan perspektif baharu. Berlatar Chicago era 1930-an, cerita mengikuti Frank yang meminta Dr. Euphronius mencipta pasangan hidup untuknya bagi mengakhiri kesunyian panjang. Permintaan itu melahirkan seorang wanita yang dikenali sebagai 'The Bride'. Namun selepas diberi kehidupan, wanita tersebut mula memahami kebebasan, identiti dan kuasa dirinya sendiri. Dibintangi Jessie Buckley dan Christian Bale bersama barisan pelakon hebat seperti Annette Bening dan Penélope Cruz, filem ini menggabungkan kisah cinta gothic, drama dan refleksi sosial tentang penciptaan, kebebasan wanita serta makna sebenar menjadi manusia...

Read More  

Komedi Ringan 'Panda Plan: The Magical Tribe' Menghiburkan Dan Mesra Keluarga

Jackie dan panda kesayangannya, Hu Hu, yang secara tidak sengaja bertemu dengan sebuah suku primitif tersembunyi di hutan. Suku tersebut percaya Hu Hu ialah makhluk suci yang mampu menyelamatkan mereka daripada malapetaka, manakala Jackie dipilih sebagai utusan untuk melaksanakan misi menawan puncak Awe Summit. Dalam perjalanan penuh aksi komedi dan konflik lucu, mereka berdepan pembunuh bayaran yang hilang ingatan serta cabaran yang menguji keberanian dan kesatuan. Filem ini menekankan nilai keluarga dan kerjasama dalam balutan pengembaraan ringan...

Read More  

Kompleks Namun Memikat, 'Crime 101' Kisah Pencuri Genius Bertembung Detektif Serius

Thriller jenayah berlatarkan Los Angeles, mengikuti Mike/Davis, pencuri perhiasan profesional yang menjalankan rompakan di sepanjang jalur U.S. Route 101 dengan aturan ketat untuk menghindari kekerasan dan meninggalkan bukti. Detektif Lou Lubesnick mula melihat pola dan memburu penjenayah meski ditekan atasan. Rencana rompakan besar semakin rumit apabila Davis terlibat dengan Sharon, broker insurans yang terperangkap dilema karier, serta kemunculan Ormon, pencuri muda impulsif. Garis pemburu dan buruan kian kabur, memaksa semua pihak memilih jalan yang menentukan nasib...

Read More  

Blades of the Guardians: Wuxia Klasik Bangkit Dengan Aksi Brutal Penuh Gaya Di Tengah Gurun

Berlatarkan Dinasti Sui dan mengikuti Dao Ma, seorang pemburu hadiah yang menerima misi mengiringi Zhishilang, buruan bertaraf tinggi, ke Chang’an. Perjalanan merentasi gurun itu mencetuskan perebutan antara pelbagai fraksi yang memburu ganjaran dan pengaruh. Dalam pertarungan penuh aksi, daripada kejar-kejaran berkuda hingga duel jarak dekat, Dao Ma berdepan dilema kehormatan dan kelangsungan hidup. Arahan Yuen Woo-Ping menggabungkan estetika wuxia klasik dengan pendekatan lebih gelap dan dewasa, menampilkan barisan pelakon lintas generasi termasuk Wu Jing, Nicholas Tse dan Jet Li...

Read More  

Huru-Hara Yang Kreatif 'Good Luck, Have Fun, Don't Die' Bicara Lantang Tentang Teknologi

“Good Luck, Have Fun, Don’t Die” arahan Gore Verbinski menandakan kembalinya beliau selepas hampir sedekad. Filem sci-fi komedi thriller ini mengisahkan seorang lelaki dari masa depan, lakonan Sam Rockwell, yang mendakwa dunia bakal runtuh dan memerlukan sekumpulan individu asing untuk menyelamatkannya. Dengan skrip tulisan Matthew Robinson, filem ini sarat humor gelap, sindiran terhadap budaya algoritma dan kecerdasan buatan, serta gaya visual yang agresif. Dibintangi Haley Lu Richardson, Juno Temple, Michael Peña dan Zazie Beetz, ia menggabungkan kekacauan, emosi dan komentar sosial dalam satu pengalaman sinematik yang liar dan sukar dilupakan...

Read More  

Dari Mangsa Jadi Mafia, 'I'm Not Gangster' Kisah Komedi Tentang Kuasa Yang Tersalah Alamat

Ah Loong, pekerja kedai serbaneka yang sering dipandang rendah, secara tidak sengaja menyelamatkan ketua sindiket “Yi Qi” lalu diwariskan kod rahsia untuk menjadi pemimpin baharu. Dengan logika biasa dan pendekatan luar norma, dia berjaya mengembangkan operasi kumpulan tersebut dan akhirnya merasai nikmat kuasa serta penghormatan. Namun konflik dalaman, pengawasan polis dan sabotaj musuh mula mengancam kedudukannya. Ketika rahsia dan salah faham terbongkar melalui satu plot twist besar, Ah Loong terpaksa memilih sama ada terus hidup di bawah identiti yang dipinjam atau mempertaruhkan segalanya demi kebenaran dan kebebasan dirinya...

Read More  

Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?: Jujur, Perih, Namun Membuka Ruang Untuk Berteduh

Seorang ibu tunggal bernama Sarah terperangkap antara maruah dan belas ihsan apabila memilih tinggal sebumbung dengan bekas suami yang uzur bersama isteri baharu. Keputusan itu mengundang tentangan anaknya, Laila, yang memendam luka perceraian. Di bawah arahan Jay Sukmo, naskhah kolaborasi Indonesia–Malaysia ini menelusuri pengkhianatan, kemaafan dan kebangkitan jiwa melalui doa yang perlahan-lahan memulihkan retak batin. Dibintangi Revalina S. Temat dan Annisa Kaila, filem ini hadir di pawagam Malaysia bermula 5 Februari 2026, merangkum emosi keluarga dengan ketelitian sinematik dan keberanian untuk melepaskan...

Read More  

Ketika Tiada Pertolongan Yang Akan Pernah Tiba, 'Send Help' Buat Penonton Terkesima

Sutradara Sam Raimi menggabungkan thriller psikologi, survival seram dan komedi gelap. Rachel McAdams sebagai Linda Liddle, karyawan ambisius yang sering diremehkan dan Dylan O’Brien sebagai Bradley Preston, boss seksis terdampar di pulau terpencil selepas pesawat mereka terhempas ketika perjalanan bisnes ke Bangkok. Hierarki runtuh; instinct bertahan hidup menyalakan konflik kehendak, kuasa dan kecerdikan. Visual energetik Raimi, sinematografi Bill Pope, suntingan Bob Murawski serta skor Danny Elfman membina atmosfera mencengkam dengan gore intens. Filem ini menyentuh budaya buli di tempat kerja, dinamika kuasa, dan harga yang dibayar demi kelangsungan hidup...

Read More  

'Sampai Titik Terakhirmu' Bukti Bahawa Ternyata Cinta Sejati Itu Wujud Dan Masih Ada

Merakam perjalanan cinta Shella dan Albi yang bermula daripada pertemuan sederhana, lalu tumbuh melalui detik manis harian. Kehidupan mereka berubah apabila Shella disahkan menghidap kanser ovari. Rawatan berpanjangan merampas tenaga dan mimpi, menguji keteguhan hubungan mereka. Di tengah ketakutan akan kehilangan, Albi memilih bertahan dan menyertai setiap langkah perjuangan Shella, sementara keluarga menjadi sokongan teras yang tidak berbelah bahagi. Diangkat daripada kisah benar Albi Dwizky dan Allahyarhamah Shella Selpi Lizah, filem ini menampilkan emosi yang jujur, visual puitis, serta runut bunyi yang mengikat rasa. Kisah ini mengingatkan bahawa cinta yang setia mampu bertahan meski waktu kian singkat...

Read More  

Ketika AI Menjadi Algojo, 'Mercy' Uji Moral, Empati, Batas Keadilan Dan Kepercayaan

Membawa penonton ke Los Angeles masa depan, saat sistem peradilan digerakkan AI bernama Mercy yang berfungsi sebagai hakim, juri, dan sekaligus algojo. Detektif LAPD Chris Raven yang dahulunya menyokong mahkamah ini tiba-tiba terjaga sebagai tertuduh pembunuhan isterinya sendiri. Diberi tempoh sembilan puluh minit, Raven menelusuri bukti digital, menghubungi saksi, dan membongkar konspirasi serta bias data untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Format screenlife membina ketegangan waktu nyata, menyoal batas keadilan algoritma, privasi, dan harga kepercayaan terhadap mesin ketika empati manusia semakin terhimpit...

Read More  

Primate 2026: Kisah Ngeri Berdarah Chimpanzi Berubah Ganas Terkena Virus Penyakit Anjing Gila

Kisah sekumpulan anak muda yang bercuti di sebuah rumah mewah di Hawaii, tanpa menyedari ancaman yang tersembunyi di sebalik keindahan tropika. Ben, chimpanzi peliharaan keluarga yang pintar, berubah ganas selepas dijangkiti rabies (virus anjing gila), mencetuskan siri serangan brutal yang mengorbankan satu demi satu mangsa. Lucy Pinborough bersama ayahnya yang pekak dan bisu terpaksa bertarung demi kelangsungan hidup, menggunakan apa sahaja yang ada. Dengan pendekatan praktikal tanpa CGI, filem arahan Johannes Roberts ini menawarkan seram serangan haiwan yang ngeri, penuh darah dan penuh intensiti...

Read More