'The Undertaker 2: World After Death' Saji Kombinasi Drama Dan Komedi Kisah Pengurus Jenazah

Kematian sering dianggap penamat, namun 'The Undertaker 2: World After Death' memilih melihatnya sebagai permulaan kepada seribu persoalan yang tidak pernah mampu dijawab manusia. Menerusi gabungan elemen seram, komedi dan drama, filem arahan Thiti Srinuan membawa penonton menyelusuri sebuah desa yang digemparkan dengan kebangkitan semula Nenek Joy selepas dipanah petir. Di sebalik gelak tawa yang tidak putus, terselit kisah tentang kehilangan, penerimaan dan kerinduan yang sukar dilepaskan. Filem ini tidak memaksa kita mempercayai alam selepas mati, tetapi perlahan-lahan mengajar bahawa hidup yang masih berbaki jauh lebih berharga daripada mengejar sesuatu yang sudah tiada...

Read More  

Tiba Giliran 'Supergirl' Naik Panggung, Kara Zor-El Tidak Lahir Untuk Jadi Bayang Superman

Kembara Kara Zor-El dalam Supergirl membuka lembaran baharu buat DC Universe dengan kisah yang lebih intim, emosional dan sarat pencarian makna kehilangan. Selepas meninggalkan Krypton yang musnah, Kara terheret dalam misi memburu Krem of the Yellow Hills demi menyelamatkan Krypto serta menemani Ruthye menuntut keadilan atas kematian keluarganya. Di sebalik pengembaraan kosmik yang penuh warna, filem ini mengangkat trauma, identiti dan hubungan kekeluargaan yang membentuk seorang adiwira. Walaupun tidak menawarkan aksi luar biasa sepanjang masa, lakonan Milly Alcock memberi nyawa kepada Supergirl yang lebih matang, impulsif dan penuh kelemahan manusiawi...

Read More  

'The Bay' Buat Penonton Fikir Banyak Kali Sebelum Terjun Ke Laut Dalam Lagi

Percutian ke Thailand yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar menjadi perjuangan hidup dan mati dalam The Bay. Emma dan sahabatnya, Lani, menghadiri majlis perkahwinan destinasi sebelum menerima pelawaan seorang lelaki tempatan untuk menyertai lawatan ke kawasan perlindungan jerung. Malangnya, bot yang mereka naiki mengalami kerosakan dan mula karam di tengah lautan yang dipenuhi jerung harimau. Terperangkap tanpa bantuan, kedua-duanya terpaksa bergantung kepada naluri, keberanian dan harapan untuk terus hidup. Filem arahan Phil Volken ini menggabungkan elemen survival, thriller dan ketegangan psikologi dalam durasi 87 minit yang padat dan mendebarkan...

Read More  

Tiada Lagi Wira, 'The Death of Robin Hood' Hanya Kisah Seorang Lelaki Berdamai Dengan Dosanya

Berlatarkan penghujung hayat legenda paling terkenal England, The Death of Robin Hood menampilkan sisi Robin yang tidak pernah diceritakan sebelum ini. Setelah bertahun-tahun hidup sebagai pemberontak yang digeruni, Robin kini berdepan kecederaan parah, rasa bersalah dan bayangan dosa yang tidak pernah benar-benar meninggalkannya. Ketika berusaha mencari kedamaian di sebuah biara terpencil, masa lalunya kembali mengejar bersama dendam yang belum selesai. Dibintangi Hugh Jackman dan Jodie Comer, filem arahan Michael Sarnoski ini mengangkat persoalan tentang penyesalan, pengampunan dan harga sebenar sebuah legenda, dalam karya yang jauh lebih muram, matang serta menyentuh daripada kisah Robin Hood yang pernah kita kenali...

Read More  

Apabila Hutang Dibayar Jiwa, 'Riba' Bawa Amaran Menggentarkan, Sarat Luka Dan Pengajaran

Ketika kehidupan semakin menghimpit dan jalan keluar kelihatan semakin sempit, manusia sering diuji dengan pilihan yang memisahkan iman daripada keputusasaan. Itulah nadi utama Riba, filem seram Indonesia arahan Adhe Dharmastriya yang menggabungkan elemen mistik, drama keluarga dan pengajaran spiritual dalam sebuah naskhah yang meninggalkan kesan mendalam. Berinspirasikan kisah benar daripada thread viral Getih Anak, filem ini membawa penonton menyelami perjalanan seorang ayah yang sanggup menggadaikan segalanya demi menyelamatkan keluarganya daripada hutang. Hasilnya bukan sekadar pengalaman seram, tetapi sebuah renungan tentang harga sebenar sebuah ketamakan...

Read More  

Ketika Luka Jadi Dendam, Lahir 'Badut Gendong' Sang Mimpi Ngeri Dalam Qodrat Universe

Bayangkan seorang lelaki yang kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Isteri yang sedang sarat mengandung diragut takdir, manakala kehidupan yang serba daif terus menghimpit tanpa belas kasihan. Itulah permulaan perjalanan Darso dalam Badut Gendong, sebuah naskhah seram terbaharu arahan Charles Gozali yang memperluaskan dunia Qodrat Universe. Menggabungkan elemen tragedi, mitos, aksi dan seram psikologi, filem ini menelusuri bagaimana kesedihan yang dipendam mampu melahirkan sesuatu yang jauh lebih menggerunkan daripada makhluk halus. Berlatarkan desa terpencil era 1980-an, Badut Gendong menawarkan pengalaman sinematik yang menggabungkan emosi, gore dan kengerian dalam satu perjalanan yang sukar dilupakan...

Read More  

'Disclosure Day' Ajak Pertikai Kebenaran, Sci-Fi Thriller Konspirasi Spielberg Paling Berani

Misteri tidak pernah benar-benar hilang. Ia hanya menunggu masa untuk muncul semula. Itulah denyut utama 'Disclosure Day', karya fiksyen sains terbaharu arahan Steven Spielberg yang menggabungkan misteri, konspirasi, politik dan drama kemanusiaan dalam sebuah perjalanan sinematik yang memukau. Emily Blunt memimpin barisan pelakon sebagai Margaret Fairchild, seorang pembaca berita cuaca yang tanpa sengaja terheret ke dalam rangkaian fenomena luar biasa yang dikaitkan dengan kewujudan makhluk asing. Semakin hampir kepada kebenaran, semakin besar risiko yang menanti. Disclosure Day bukan sekadar kisah tentang alien, tetapi tentang manusia, kepercayaan dan keberanian menghadapi hakikat yang mungkin mengubah dunia selama-lamanya...

Read More  

'Semua Akan Baik Baik Saja' Hidang Kisah Hangat Tentang Keluarga Saling Memikul Beban Bersama

Kehilangan sering datang tanpa amaran. Begitulah yang menimpa keluarga Wida apabila Mentari, anak sulung kesayangan mereka, pergi buat selama-lamanya. Pemergian itu meninggalkan ruang kosong yang sukar diisi, memaksa adik lelakinya, Langit, mengambil tanggungjawab menjaga tiga anak saudaranya yang turut bergelut dengan duka mereka sendiri. Dalam usaha mencari semula keseimbangan hidup, setiap ahli keluarga berdepan luka batin, rahsia dan pergolakan yang selama ini terpendam. Melalui tangisan, tawa, kemarahan dan kasih sayang yang tidak pernah putus, mereka perlahan-lahan belajar bahawa kehilangan bukanlah pengakhiran. Kadangkala, daripada runtuhan itulah sebuah keluarga menemukan semula makna untuk terus hidup...

Read More  

Koreografi Aksi Brutal Tanpa Henti, 'The Furious' Filem Seni Bela Diri Terbaik Dekad Ini

Wang Wei yang nekad merentas Asia Tenggara demi mencari anaknya yang hilang akibat terjerat sindiket pemerdagangan manusia. Dalam pencarian penuh bahaya itu, beliau bergandingan dengan Navin, seorang wartawan yang sedang membongkar rangkaian jenayah sama. Jejak yang mereka susuri membawa kepada dunia gelap yang dipenuhi kumpulan penjenayah, pengkhianatan dan pertarungan tanpa belas kasihan. Arahan Kenji Tanigaki ini menampilkan barisan bintang aksi Asia seperti Xie Miao, Joe Taslim dan Yayan Ruhian dalam sebuah filem laga yang mengutamakan koreografi pertarungan, ketangkasan fizikal dan adrenalin yang berdenyut tanpa henti dari awal hingga akhir...

Read More  

Menjaga Atau Membelenggu? 'Khadam' Makan Tuan Buat Penonton Serentak Seram Dan Pilu

Melor, seorang wanita bisu yang terperangkap dalam warisan saka turun-temurun yang telah lama menghantui keluarganya. Ketika ancaman semakin menghimpit, Melor terpaksa berdepan pilihan sukar demi melindungi anak-anak dan keluarganya daripada kitaran ketakutan yang diwariskan sejak generasi terdahulu. Dengan latar desa Melayu era 1950-an yang suram dan penuh misteri, filem arahan Shamyl Othman ini menggabungkan seram psikologi, drama keluarga dan simbolisme budaya dalam sebuah naratif yang menyentuh emosi. Dibintangi Aghniny Haque dan Remy Ishak, Khadam menawarkan pengalaman sinema yang meresahkan, mendalam dan sukar dilupakan...

Read More  

Filem Seram Thailand Ala Jumanji, 'Ghost Board' Mengheret Ketakutan Sehingga Subuh

Sekumpulan remaja yang dihukum kerana ponteng sekolah dihantar ke sebuah kuil terpencil untuk menjalani aktiviti kemasyarakatan dan meditasi. Tanpa sengaja, mereka menemui sebuah permainan papan kuno yang tersembunyi di bawah tapak patung Buddha lama. Segalanya berubah apabila salah seorang daripada mereka menggolekkan dadu dan mengaktifkan permainan tersebut. Setiap giliran membuka pintu kepada roh-roh pendendam dan entiti misteri yang semakin ganas menjelang waktu subuh. Untuk terus hidup, mereka perlu menamatkan permainan sebelum matahari terbit. Namun semakin jauh permainan berlangsung, semakin kabur garis antara realiti, ketakutan dan kematian yang sedang menunggu...

Read More  

Demi Kuasa Grayskull, Nostalgia 'Masters Of The Universe' Kembali Menggempur Eternia!

Prince Adam dibesarkan di Bumi tanpa mengetahui asal-usul sebenarnya sebagai pewaris kerajaan Eternia. Selepas 15 tahun terpisah daripada dunianya, Sword of Power membawanya pulang ke Eternia yang kini berada di bawah pemerintahan kejam Skeletor. Demi menyelamatkan keluarganya dan seluruh alam semesta, Adam harus menerima takdir sebagai He-Man, manusia terkuat di alam semesta. Dengan bantuan Teela, Man-At-Arms, Cringer dan sekutu-sekutu lain, dia berdepan peperangan epik yang menentukan masa depan Castle Grayskull. Sebuah pengembaraan fantasi yang sarat aksi, persahabatan, pengorbanan dan keberanian untuk menjadi wira yang sebenar...

Read More