Ketika Luka Menjelma Jadi Dendam, 'Nar’Sata: Sekutu Setan' Tidak Lagi Kenal Erti Belas Kasihan

Hadir sebagai antara filem thriller gore tempatan paling berani pernah diterbitkan MIG. Mengangkat kisah Balqis, seorang wanita yang hidupnya dihancurkan oleh trauma, penderaan dan kekerasan seksual, filem arahan Pierre Andre ini bergerak sebagai perjalanan dendam yang perlahan-lahan berubah menjadi mimpi ngeri berdarah. Sarat elemen gore, sihir gelap, psikologi dan emosi manusia yang rosak, filem ini bukan hanya mahu menakutkan penonton, tetapi mengajak kita melihat bagaimana penderitaan mampu mengubah manusia menjadi sesuatu yang mengerikan. Lakonan Trisha Ooi, Mawar Rashid dan Fadlan Hazim pula menjadi tulang belakang kepada naskhah gelap yang penuh amarah ini...

Read More  

Sarat Aksi Berdarah, 'Ikatan Darah' Bicara Tentang Sanggup Hancur Demi Lindungi Orang Tersayang

Hadir sebagai filem aksi brutal yang mengangkat kekuatan wanita, pencak silat dan harga sebuah keluarga dalam dunia jenayah bawah tanah yang kejam. Mengisahkan Mega, bekas atlet silat yang terpaksa kembali bertarung demi menyelamatkan adiknya daripada hutang dan ancaman gangster, filem ini sarat dengan aksi berdarah, emosi dan pengorbanan yang menyakitkan. Arahan Siddhartha Tata membawa visual pertarungan yang realistik dan ganas, sementara lakonan Livi Ciananta benar-benar menghidupkan luka serta kemarahan wataknya. Di sebalik segala darah dan kekerasan, Ikatan Darah sebenarnya berbicara tentang manusia yang sanggup hancur demi melindungi orang yang mereka sayang...

Read More  

'Esok Tanpa Ibu' Titip Pesan Jangan Ketagih Teknologi Sehingga Hubungan Manusiawi Sepi

Kesunyian selepas kehilangan ibu diterjemahkan dengan begitu lembut tetapi menyakitkan menerusi Esok Tanpa Ibu, sebuah drama keluarga futuristik yang menyentuh isu hubungan manusia dan kecerdasan buatan. Filem arahan Ho Wi Ding ini mengikuti Rama, remaja yang cuba menghidupkan semula kehadiran ibunya melalui AI bernama i-BU selepas ibunya koma dan meninggal dunia. Dibintangi Ali Fikry, Dian Sastrowardoyo dan Ringgo Agus Rahman, filem ini menyelami duka, keretakan hubungan ayah-anak dan ketagihan manusia terhadap teknologi moden. Dengan sinematografi lembut, muzik menyayat hati dan emosi yang terasa sangat nyata, filem ini meninggalkan luka halus yang sukar dilupakan...

Read More  

Manusia Dalam Bayang Kelabu, 'In The Grey' Membuktikan Kesetiaan Lebih Mahal Daripada Wang

Letupan bazoka, desingan peluru, helikopter yang diburu di langit gelap dan wajah-wajah penuh rahsia menjadikan In The Grey sebuah naskhah aksi bergaya yang bergerak pantas tanpa memberi ruang untuk penonton bernafas lama. Guy Ritchie kembali dengan identiti sinematiknya yang licik, penuh dialog tajam dan strategi berlapis. Dibintangi Henry Cavill, Jake Gyllenhaal dan Eiza González, filem ini membawa kisah sekumpulan agen elit yang cuba merampas semula wang berbilion dolar daripada seorang diktator kejam. Walaupun plotnya tidak terlalu kompleks, tenaga aksi, chemistry pelakon dan suasana dunia gelap yang penuh pengkhianatan membuatkan filem ini sangat menghiburkan dari awal hingga akhir...

Read More  

“Get Over Here” Membelah Nostalgia, 'Mortal Kombat II' Akhirnya Bawa Penonton Masuk Ke Arena Sebenar

Dentuman darah, tulang yang patah, sorakan penonton dan nostalgia zaman PlayStation bercampur menjadi satu pengalaman liar menerusi Mortal Kombat II. Filem arahan Simon McQuoid ini akhirnya membawa penonton masuk ke pertarungan Mortal Kombat sebenar antara Earthrealm dan Outworld. Kemunculan Karl Urban sebagai Johnny Cage menjadi nadi utama filem dengan aura sarkastik, lucu dan penuh gaya yang mencuri perhatian seluruh pawagam. Walaupun jalan ceritanya sederhana dan tidak terlalu mendalam, aksi brutal, fatality gore tanpa tapisan serta kemunculan watak-watak ikonik seperti Scorpion, Kitana dan Shao Kahn menjadikan filem ini sebuah pesta fan service yang memuaskan untuk peminat Mortal Kombat sejak era arked lagi...

Read More  

Ketika Air Jadi Pintu Kematian, 'Salmokji: Whispering Water' Tak Benarkan Sesiapa Pulang Dengan Tenang

Mengikuti Soo-in dan kru produksi yang kembali ke Tasik Salmokji untuk melakukan penggambaran semula rakaman street view selepas kamera mereka menangkap imej misteri menyeramkan. Namun semakin mereka menyiasat gangguan tersebut, semakin banyak kejadian aneh mula berlaku. Bisikan dari tengah air, kehilangan kru secara misteri dan legenda tentang waduk yang dibina di atas kubur besar lama perlahan-lahan membuka rahsia gelap Salmokji. Ketika trauma lama dan ketakutan mula menguasai mereka, Soo-in terpaksa berdepan sesuatu yang lebih mengerikan daripada hantu — tempat yang seolah-olah tidak pernah membenarkan sesiapa pulang dengan selamat...

Read More  

Antara Rasa Bersalah Dan Memaafkan Diri Sendiri, 'Tarung: Unforgiven' Sarat Emosi Padat Aksi

Hatta, bekas juara silat yang meninggalkan gelanggang selepas tragedi hitam menyebabkan lawannya maut ketika pertandingan. Trauma dan rasa bersalah membuatkan Hatta menjauh daripada dunia pertarungan sehingga kakaknya, Aishah, disahkan menghidap penyakit kritikal yang memerlukan kos rawatan tinggi. Demi menyelamatkan kakaknya, Hatta kembali memasuki dunia pertarungan haram bawah tanah yang dikawal organisasi MARGA. Namun kepulangannya ke gelanggang menemukan semula musuh lama bernama Isa yang menyimpan dendam terhadapnya. Pertarungan demi pertarungan akhirnya memaksa Hatta berdepan masa silam, rasa bersalah dan perjalanan memaafkan dirinya sendiri...

Read More  

Gohan: Kisah Anjing Jalanan Yang Mengajar Erti Kasih Sayang, Kehilangan Dan Kesetiaan

Kisah perjalanan seekor anjing jalanan putih diberi nama 'Gohan', berhidung merah jambu yang berpindah dari satu kehidupan ke satu kehidupan lain selama sedekad. Melalui tiga bab berbeza, Gohan membina hubungan mendalam bersama seorang jurutera Jepun yang kesepian, pekerja Burma yang penuh empati, dan keluarga muda di Bangkok. Setiap pertemuan membawa makna tentang kasih sayang, kehilangan, kesetiaan dan proses menyembuhkan luka kehidupan. Dengan gaya penceritaan yang lembut serta penuh emosi, filem produksi GDH 559 ini mengangkat hubungan manusia dan haiwan secara sangat manusiawi. Gohan menjadi pengalaman sinematik yang perlahan, menyentuh dan sukar dilupakan...

Read More  

Sorry Tau, 'Libang Libu' Dibuatnya Tonton Filem Sulung Bobby Husaini, Gelak Sakan!

Kisah suasana kecoh di sebuah kampung di Perak apabila sebuah produksi filem datang menjalani penggambaran bersama pelakon terkenal, Amir Daniel. Kehadiran mereka mencetuskan pelbagai konflik melibatkan penduduk kampung, termasuk pertembungan budaya dan cara hidup. Dalam masa yang sama, dua beradik, Alid dan Man Filem, berdepan krisis keluarga apabila tanah pusaka mereka tergadai akibat masalah kewangan. Gabungan elemen komedi, drama dan satira sosial menjadikan filem ini dekat dengan realiti kehidupan. Libang Libu membawa penonton melalui pengalaman gelisah, lucu dan emosional dalam sebuah kisah santai tetapi penuh makna....

Read More  

Memang Luar Jangkaan! Filem Seram Berdarah Karya Joko Anwar 'Ghost in the Cell' Bertukar Jadi Ketawa Gila

Dimas, seorang wartawan yang dipenjara selepas dituduh membunuh majikannya. Di penjara Labuhan Angsana, dia berdepan dengan dunia penuh kekerasan dan penjenayah berbahaya. Namun keadaan menjadi lebih pelik apabila tahanan mula dibunuh secara misteri oleh entiti ghaib. Mangsa dipercayai dipilih berdasarkan aura negatif mereka. Untuk terus hidup, para tahanan terpaksa berpura-pura menjadi baik dengan beribadah dan berkesenian. Dalam masa sama, pelbagai konflik dan sindiran sosial terselit dalam cerita ini, menjadikan ia gabungan unik antara seram, komedi dan kritikan terhadap sistem masyarakat...

Read More  

Biopik Sarat Emosi, Aura Legenda 'Michael' Bagaikan Hidup Kembali, Tak Pernah Mati

Kisah perjalanan hidup Michael Jackson dari zaman kanak-kanak bersama Jackson 5 hingga menjadi Raja Pop dunia. Dibintangi oleh Jaafar Jackson dan diarahkan oleh Antoine Fuqua, filem ini menampilkan sisi kejayaan, tekanan keluarga, serta konflik dalaman yang membentuk dirinya. Hubungan dengan ayahnya, pengaruh tokoh penting seperti Quincy Jones, serta momen besar seperti insiden Pepsi 1984 turut dipaparkan. Filem ini juga menyentuh isu kesihatan seperti vitiligo dan sisi kemanusiaan Michael. Dengan gabungan persembahan muzik, emosi dan naratif realistik, filem ini memperlihatkan harga sebenar di sebalik kemasyhuran dan pilihan hidup yang kompleks...

Read More  

Eksplorasi Tentang Dosa Masa Lalu, 'Kafir: Gerbang Sukma' Belum Selesai Balas Dendam

Sri dan keluarganya yang kembali ke kampung selepas menerima khabar ibunya sakit tenat. Kepulangan itu membuka kembali kisah lama yang pernah menghantui mereka lapan tahun lalu. Tingkah laku aneh datuk dan nenek, serta kejadian pelik yang semakin menjadi-jadi, membawa mereka ke dalam lingkaran misteri yang semakin gelap. Sri akhirnya berdepan dengan dosa silamnya. Amalan ilmu hitam yang pernah dilakukannya demi cinta. Seram kali ini bukan sekadar gangguan ghaib, tetapi juga balasan terhadap kesalahan yang belum tertebus. Persoalannya, mampukah mereka menyelamatkan diri sebelum semuanya terlambat?

Read More