'Pentas Barbarik Vol. 2' Menoreh Parut Indah, Muzik Keras Terus Bernafas Penuh Maruah

Menghimpunkan lebih 5,000 penonton di Mega Star Arena Kuala Lumpur dalam sebuah extravaganza rock yang gelap, terancang, dan berdisiplin. Ritual pembuka Drum Battle oleh Ainol, Black dan Jojet membuka malam 31 Januari 2026 dengan ketegasan, diikuti rangkaian lagu ikonik seperti Golok Kayu, Delilah, 18000 Sayap, Kasmaran, Enigma, Blues Ular Sawa, hingga penutup Peluru Cokelat dan Keris Tak Ada Sarung. Penampilan khas Mel menghidupkan Lena Diulit Intan dan Ranjang Mawar, manakala susunan instrumental serta solo bass memperkaya tekstur bunyi. Dengan produksi rapi oleh Republic Mokhmah Records dan Pentas Barbarik Sdn Bhd, malam ini menjadi pernyataan bahawa muzik berat tempatan terus bernafas dengan maruah dan keyakinan...

Read More  

Pergh! Bergegar Terok Panggung Anniversari Penangan Rock Padu Search & Spider!

Gegar Panggung di Panggung Anniversari mempertemukan kota dan warganya melalui muzik terbuka anjuran DBKL. Malam bermula dengan montaj visual, persembahan budaya “Jom Lepak KL”, serta aliran acara yang dikemudi Nadia Hasnan. ATTAP Band dan Tom Raja Farah memanaskan suasana sebelum Spider menghidangkan rangkaian lagu ikonik yang menyentuh ingatan kolektif. Search menutup malam dengan setlist penuh emosi daripada “Fantasia Bulan Madu” hingga “Pawana”, mengikat generasi lama dan baharu dalam satu suara. Konsert percuma ini mengangkat ruang awam sebagai medan seni yang inklusif: tanpa tiket, tanpa pagar, tanpa jarak emosi. Hasilnya, Panggung Anniversari bertukar menjadi tapak pertemuan sosial: tempat muzik menghubungkan manusia, memulihkan kenangan, dan menghidupkan semula jiwa kota...

Read More  

Malam 'Healing Nite 2026' Jadi Tempat Sembuh Jiwa 20,000 Hadirin Reset Emosi

Mempersembahkan pengalaman konsert yang berbeza: tenang, berlapik dan sarat emosi. Menghimpunkan Anuar Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Lyodra dan Kangen Band, konsert ini mengajak sekitar 20,000 penonton memperlahankan langkah dan mendengar dengan lebih jujur. Setiap persembahan disusun rapi, saling melengkapi tanpa berlumba mencuri perhatian. Konsep healing diterjemahkan secara menyeluruh melalui Healing Tent, kolaborasi kulinari, serta kehadiran Teratak Spa. Momen menyentuh melibatkan Mak Cik Rokiah, peminat setia Anuar Zain yang menghidap demensia, menambah lapisan kemanusiaan malam tersebut. Healing Nite 2026 membuktikan muzik mampu menjadi ruang terapi: perlahan, halus, dan membekas...

Read More  

Konsert Silang Negara Paling Energetik 2025 Raikan Persahabatan 'Nidji X Bunkface'

Berlangsung hampir 3 jam dengan energi dan emosi yang tidak putus, 'Nidji X Bunkface' mengikat kenangan penonton merentasi sempadan dan generasi. Bunkface membuka tirai dengan set bertenaga yang memperlihatkan kematangan mereka selepas lebih dua dekad berkarya, disokong lagu-lagu ikonik yang terus hidup dalam ingatan kolektif peminat. Nidji pula membawa nuansa lebih emotif melalui seleksi lagu yang membangkitkan rasa harapan, cinta dan persahabatan, sekali gus menghidupkan hubungan emosional antara band dan penonton. Susunan lagu yang teratur, sistem audio berkualiti tinggi serta interaksi jujur kedua-dua kumpulan menjadikan konsert ini pengalaman kolektif yang menyatukan pelbagai lapisan usia. Malam tersebut mengesahkan bahawa muzik Nusantara masih relevan dan berkuasa, tanpa perlu bersandar pada gimik berlebihan...

Read More  

Temujanji Intim 'Premium' Diterjemah Molek Dalam Pelukan Rasa 'Exists Premium Live @ JioSpace'

Menghadirkan malam intim yang berteraskan kejujuran muzik, Exists Premium Live @ JioSpace PJ pada 20 Disember 2025 menyusun perjalanan emosi melalui setlist lengkap daripada “Mama Tolonglah Percaya” hingga “Alasanmu 2025”. Bertempat di ruang eksklusif dengan sekitar 900 penonton, memperlihatkan segmen akustik dengan kekuatan lagu tanpa perhiasan, manakala interaksi spontan menegaskan hubungan rapat band dan peminat. Vokal matang Ezad Lazim, susunan bunyi yang kemas dan disiplin persembahan menjadikan label “premium” terasa bermakna. Konsert ini berdiri sebagai pernyataan bahawa muzik yang jujur tidak pernah usang, ia terus bernyawa, menyatukan memori dan masa kini dalam pesona mewah Exists di satu malam yang bertaraf tinggi...

Read More  

Memoir Indah 'This Is UNIC: Live In Concert' Tercatat Penuh Kesedaran, Penuh Makna

Detik bersejarah buat kumpulan nasyid kontemporari UNIC apabila mereka mementaskan konsert solo penuh pertama selepas lebih dua dekad berkarya. Berlangsung di Idea Live Arena pada tanggal 20 Disember 2025 selama hampir dua jam setengah, konsert ini menyatukan lagu-lagu ikonik seperti Hanyut, Balqis, Hanya Tuhan Yang Tahu dan Ainul Mardhiah dalam susunan muzik moden yang matang dan berlapis. Dengan segmen reflektif menerusi Doa Dhuha dan Qunut Nazilah, serta penampilan khas Naufal Isa dan Nizam Laksamana, malam tersebut berubah menjadi pengalaman rohani dan emosional. Ia membuktikan bahawa nasyid mampu berdiri megah di pentas arus perdana tanpa mengorbankan nilai dan keikhlasan...

Read More  

Diterpa Ombak Emosi 'Kay Tse “TIDAL” World Tour 2025 - KL' Di Satu Malam Nan Serba Indah

Hentian pertama jelajah dunia Konsert Kay Tse “TIDAL” World Tour 2025 di Idea Live Arena, Petaling Jaya sempena 20 tahun perjalanan seninya. Dengan konsep berinspirasikan pasang surut kehidupan, Kay mempersembahkan hampir tiga jam persembahan bertenaga yang merangkumi lagu klasik dan material baharu. Malam tersebut turut diserikan kemunculan istimewa suaminya, Louis Cheung, yang berkongsi pentas dalam segmen duet serta persembahan solo. Kay juga mencipta momen intim apabila turun ke ruang penonton sambil menyanyi dan berinteraksi secara dekat. Dengan visual pentas yang berubah mengikut emosi lagu, busana yang menawan, serta vokal konsisten, konsert ini membuktikan Kay Tse kekal sebagai antara figura terpenting Cantopop serantau: jujur, matang dan relevan...

Read More  

Kembali Bernyawa Di Antara Nada: Semarak Seni Panggung Anniversari Dulu, Kini Dan Selamanya!

Kembali bernyawa menerusi pelancaran Semarak Seni @ Panggung Anniversari 2026, inisiatif tahunan anjuran DBKL yang menampilkan 40 acara pelbagai genre sepanjang tahun depan. Diresmikan melalui Konsert Nostalgia Hits yang menggamit kenangan, pentas bersejarah ini bukan sahaja dihidupkan semula tetapi ditransformasi menjadi nadi seni ibu kota yang segar. Dengan penglibatan artis legenda dan bakat baharu, serta pelbagai acara seperti teater, jazz, puisi, dan rock, inisiatif ini menyatukan warisan dan masa depan budaya bandar. Panggung ini tidak lagi sekadar bangunan, tetapi ruang hidup yang mencipta jejak baharu untuk generasi seni akan datang...

Read More  

Gema Besar Di Ruangan Kecil, 'Simply Unplugged: Malam Echo' Intimasi Akustik Santai

Hadir sebagai sebuah ruang kecil yang memuatkan gema besar tentang suara, cerita dan kehangatan jiwa yang bersatu dalam sebuah bilik kafe yang sederhana tetapi sarat magis. Ditemani tiga figura muzik: Pesawat, Edrie Hashim dan Pat Candy, showcase ini membuka pintu kepada pengalaman akustik yang intim, raw dan penuh kejujuran. Dari nostalgia lagu-lagu lama Pesawat, pendedahan sisi penyanyi Edrie, hingga kelembutan vokal Pat yang memeluk penonton, setiap persembahan mengalir seperti journal emosi yang dibacakan tanpa malu. Malam Echo bukan hanya pertemuan muzik, tetapi sebuah perhentian untuk menyandarkan letih, menghirup suasana yang damai dan pulang dengan dada yang terasa lebih lapang...

Read More  

Lima Maestro Nusantara 'Tur Sama Sama' Kolaborasi Rentas Batas Genre, Emosi Dan Waktu

Malam 5 Disember 2025 yang menyatukan jiwa lima artis Indonesia iaitu Tulus, Kunto Aji, Sal Priadi, Dere dan Idgitaf dalam pertunjukan muzik yang merentasi batas genre, emosi dan waktu. Dari pembukaan medley penuh keghairahan hingga puisi yang meresap perlahan ke dada penonton, setiap segmen dirangka seperti perjalanan batin yang tenang tetapi berombak. Kolaborasi unik, pertukaran lagu, dan susunan semula karya memberikan pengalaman yang sukar dicarikan tandingannya. Pertemuan suara, cahaya, dan kejujuran menjadikan malam itu bukan sekadar persembahan, tetapi tempat penonton merawat hati, merayakan cinta dan merasai keindahan muzik yang hidup bersama-sama...

Read More  

'Dia Misha Omar' Sihir 4,000 Jiwa Dalam Ruang Rasa Sarat Aura Magika Dan Nostalgia

Menghimpunkan 4,000 peminat yang hadir menyaksikan perjalanan seni penyanyi ikonik ini melalui 21 lagu popularnya. Persembahan malam itu dibina dengan susunan muzik megah, visual minimalis dan vokal penuh rasa yang menjadi kekuatan utama Misha sejak dua dekad kariernya. Dari nostalgia Bunga-Bunga Cinta hingga fenomena baharu Break, setiap segmen disusun rapi, termasuk tribute indah kepada Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan momen manis bersama anaknya, Idris Ezzwa. Aura mesra Misha mendekati peminat, humornya, kedewasaan vokalnya serta kejujuran naratifnya menjadikan konsert ini perayaan cinta, seni dan ketahanan jiwa...

Read More  

GenKRU The Finale Bawa 15,000 Fanatika Naik Mesin Rentas Masa, Fefeeling Remaja Selamanya!

Menyuntik kembali ingatan zaman remaja dengan membuka pintu masa lalu yang telah lama tertutup, konsert GenKRU The Finale bukan sekadar penutup jelajah, tetapi sebuah perayaan emosi tentang sejarah, persahabatan dan legasi muzik Malaysia. Pelayaran menyeberangi dekad, di mana sorakan ribuan peminat kembali mengubat rindu terhadap era gemilang. Stadium Hoki Bukit Jalil malam itu berubah menjadi kapsul masa: lampu berkelip, tubuh bergoyang, dan suara menyatu dalam nyanyian lagu-lagu ikonik KRU. Meski masa telah berlalu, jiwa remaja, rasa cinta terhadap muzik, dan kenangan tetap hidup kuat, bergetar, bergema, dan menolak kita untuk percaya bahawa kenangan tidak akan pernah pudar...

Read More