Gema Besar Di Ruangan Kecil, 'Simply Unplugged: Malam Echo' Intimasi Akustik Santai

Hadir sebagai sebuah ruang kecil yang memuatkan gema besar tentang suara, cerita dan kehangatan jiwa yang bersatu dalam sebuah bilik kafe yang sederhana tetapi sarat magis. Ditemani tiga figura muzik: Pesawat, Edrie Hashim dan Pat Candy, showcase ini membuka pintu kepada pengalaman akustik yang intim, raw dan penuh kejujuran. Dari nostalgia lagu-lagu lama Pesawat, pendedahan sisi penyanyi Edrie, hingga kelembutan vokal Pat yang memeluk penonton, setiap persembahan mengalir seperti journal emosi yang dibacakan tanpa malu. Malam Echo bukan hanya pertemuan muzik, tetapi sebuah perhentian untuk menyandarkan letih, menghirup suasana yang damai dan pulang dengan dada yang terasa lebih lapang...

Read More  

Lima Maestro Nusantara 'Tur Sama Sama' Kolaborasi Rentas Batas Genre, Emosi Dan Waktu

Malam 5 Disember 2025 yang menyatukan jiwa lima artis Indonesia iaitu Tulus, Kunto Aji, Sal Priadi, Dere dan Idgitaf dalam pertunjukan muzik yang merentasi batas genre, emosi dan waktu. Dari pembukaan medley penuh keghairahan hingga puisi yang meresap perlahan ke dada penonton, setiap segmen dirangka seperti perjalanan batin yang tenang tetapi berombak. Kolaborasi unik, pertukaran lagu, dan susunan semula karya memberikan pengalaman yang sukar dicarikan tandingannya. Pertemuan suara, cahaya, dan kejujuran menjadikan malam itu bukan sekadar persembahan, tetapi tempat penonton merawat hati, merayakan cinta dan merasai keindahan muzik yang hidup bersama-sama...

Read More  

'Dia Misha Omar' Sihir 4,000 Jiwa Dalam Ruang Rasa Sarat Aura Magika Dan Nostalgia

Menghimpunkan 4,000 peminat yang hadir menyaksikan perjalanan seni penyanyi ikonik ini melalui 21 lagu popularnya. Persembahan malam itu dibina dengan susunan muzik megah, visual minimalis dan vokal penuh rasa yang menjadi kekuatan utama Misha sejak dua dekad kariernya. Dari nostalgia Bunga-Bunga Cinta hingga fenomena baharu Break, setiap segmen disusun rapi, termasuk tribute indah kepada Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan dan momen manis bersama anaknya, Idris Ezzwa. Aura mesra Misha mendekati peminat, humornya, kedewasaan vokalnya serta kejujuran naratifnya menjadikan konsert ini perayaan cinta, seni dan ketahanan jiwa...

Read More  

GenKRU The Finale Bawa 15,000 Fanatika Naik Mesin Rentas Masa, Fefeeling Remaja Selamanya!

Menyuntik kembali ingatan zaman remaja dengan membuka pintu masa lalu yang telah lama tertutup, konsert GenKRU The Finale bukan sekadar penutup jelajah, tetapi sebuah perayaan emosi tentang sejarah, persahabatan dan legasi muzik Malaysia. Pelayaran menyeberangi dekad, di mana sorakan ribuan peminat kembali mengubat rindu terhadap era gemilang. Stadium Hoki Bukit Jalil malam itu berubah menjadi kapsul masa: lampu berkelip, tubuh bergoyang, dan suara menyatu dalam nyanyian lagu-lagu ikonik KRU. Meski masa telah berlalu, jiwa remaja, rasa cinta terhadap muzik, dan kenangan tetap hidup kuat, bergetar, bergema, dan menolak kita untuk percaya bahawa kenangan tidak akan pernah pudar...

Read More  

Getar Malam 'Hela Nafasku' Bersatu Dalam Aura Magis Cradle Dan Ramli Sarip Memancar Pesona

Berlangsung dalam suasana hangat di sebuah hotel yang dipenuhi penonton yang mendambakan pengalaman muzik yang lebih mendalam. Malam dimulakan dengan rangkaian lagu daripada Cradle, termasuk Ku Mencari, Ikrar Ku, Pesona, Lara, Bangkit, dan Ayuh, setiap satu membawa nuansa emosi yang berbeza, daripada pencarian lembut hingga optimisme yang membangkitkan. Kemunculan Dato’ Ramli Sarip menambah keagungan malam dengan persembahan Istilah Bercinta dan Panah Beracun. Puncaknya muncul melalui duet memukau Teratai oleh Eiz x Cradle. Keseluruhan showcase menjadi pertemuan generasi, pengayaan jiwa, serta perjalanan muzik yang menyentuh dan tidak mudah dilupakan...

Read More  

Bangkitnya Semangat Sang Samurai, XPDC Metalkestra Gempur Zepp KL, Full House!

Nadi rock Malaysia hidup kembali dengan persembahan yang menyentuh, ganas dan monumental. Lebih 2,000 peminat menyaksikan XPDC mengalirkan legasi tiga dekad melalui gabungan metal dan orkestra yang memperhalus setiap lagu menjadi karya baharu yang lebih megah dan penuh jiwa. Momentum konsert berlangsung seperti ritual penyatuan antara generasi; daripada dentuman “Samurai” dan “Bahalol”, sehingga kemunculan istimewa Ali XPDC yang memecahkan kesunyian hati peminat. Persembahan tribute oleh Adeen membawa aura rawan yang meresap jauh ke sanubari. Dengan produksi bertaraf antarabangsa, bunyi yang rapi serta semangat pahlawan muzik yang tidak luntur, XPDC Metalkestra berdiri sebagai sebuah perayaan legasi, keberanian, dan cinta terhadap seni yang tidak pernah hilang...

Read More  

Sinaran Warna Empat Dekad 'Sheila Majid: 40 Years In Music' Diraikan Gah Dan Gilang-Gemilang

Tanggal 9 November 2025 jadi saksi keabadian seni Ratu Jazz Nusantara. Lebih 9,000 pengunjung bikin Axiata Arena Bukit Jalil padat, demi menyaksikan persembahan nyanyian 25 lagu lagenda selama 3 jam. Dato' Sheila, di usia 60 tahun, membuktikan kegemilangannya masih utuh dengan sokongan 10 pemuzik berbakat termasuk Datuk Acis dan Mac Chew sebagai pengarah muzik. Kemunculan Kayda Aziz, anak sulungnya, menandakan pewaris legasi kegemilangan tersebut. Produksi bertaraf antarabangsa oleh Altus Prohouse dan TopGallant Show, dengan sistem bunyi Mac Chew dan Jenny Chin serta pencahayaan Steve Ho, mencipta pengalaman sinematik yang gah. Malam bersejarah ini membuktikan Dato' Sheila kekal relevan dan tidak terganti dalam dunia muzik tanahair...

Read More  

Gema 24 Lagu Ikonik Dalam Nada Akustik 'Spider Unplugged' Sukses Tanpa Efek Elektronik, Tanpa Gimik!

Fanatika setia dan Spider bersatu dalam malam penuh jiwa 'Spider Unplugged' di Mega Star Arena KL pada tanggal 25 Oktober 2025. Dengan konsep akustik tanpa kesan elektronik, Tam Mustafah, Aie, Iss, dan Pown mempersembahkan 24 lagu ikonik termasuk “Relaku Pujuk”, “Cinta Dewa Dewi” dan “Mungkinkah Terjadi”. Dihidupkan oleh susunan muzik Firdaus Mahmud dan Rafi Mohd, serta seksyen string Sabrina Azman dan Ahmad Munir, konsert ini menjadi refleksi dua dekad perjalanan Spider. Tiada gimik, tiada topeng, hanya keikhlasan dan muzik yang membentuk kenangan. Ia bukan persembahan, tetapi pertemuan semula antara masa lalu, kini dan harapan...

Read More  

Vokal Padu Satu Keluarga, 'Empat Live In KL 2025' Gemilang Di Bawah Satu Cahaya

Ketika Mega Star Arena menjadi saksi pertemuan empat suara terindah negara, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel, terciptalah malam yang lebih besar dari sekadar konsert. Empat Live in Kuala Lumpur 2025 bukan hanya pentas nyanyian, tetapi ruang di mana kasih, sejarah dan kejujuran seni saling bertaut. Dengan 21 lagu dibawakan sepenuh jiwa, konsert keluarga pertama di Malaysia ini menghimpun generasi dan rasa dalam satu pernafasan yang sama. Di bawah pengarahan Jennifer Thompson dan Sze Wan, lebih 4,500 penonton menyaksikan bagaimana empat nama ini menenun cinta dan kenangan ke dalam setiap not, menjadikannya perayaan terbesar muzik tempatan tahun ini...

Read More  

Ribut Warna, Irama dan Nada: AirAsia Hausboom Festival 2025, Nadi Baharu Budaya Nusantara

Mengangkat semangat generasi dan warisan muzik Malaysia ke tahap baharu, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink berlangsung di MAEPS Serdang pada 11 dan 12 Oktober, festival 2 hari ini menampilkan 33 artis dari Malaysia dan Indonesia termasuk Dato’ M. Nasir, Ella, Dato’ Jamal Abdillah, Noh Salleh, Kunto Aji, Feby Putri dan Bernadya. Bertemakan “Paint The Town Red”, festival ini menyatukan muzik, fesyen, seni dan makanan dalam satu pesta budaya penuh tenaga. Dari pentas utama hingga reruai lokal, setiap detik di Hausboom Festival menjadi saksi kepada evolusi budaya dan semangat anak muda yang terus menyala dalam denyut Nusantara...

Read More  

BabyMetal Hipnotis Fanatika Dengan Dentum Eksplosif Dan Visual Imersif Dalam Sorak Sorai Kolektif

Zepp KL menyaksikan trio Jepun itu memukau ribuan penonton dengan persembahan penuh tenaga dan visual futuristik. Dari “BABYMETAL DEATH” hingga “Road of Resistance”, setiap lagu menjadi bab perjalanan spiritual antara kecomelan dan kekuatan metal. METALVERSE membuka tirai dengan debut antarabangsa yang gah, menandakan gelombang baharu muzik metal Jepun. Kolaborasi bersama Slaughter to Prevail, Bloodywood, Spiritbox dan Poppy menjadikan malam itu pengalaman lintas budaya yang menakjubkan. Di bawah kilauan lampu dan lautan batang cahaya, BABYMETAL mengukuhkan kedudukan mereka sebagai ikon global Kawaii Metal...

Read More  

'Malam Ini Gua Rock' Terbakar Menyala, CIPTA 3 Kekal Bergema Di Nadi Fanatika M. N46IR Selamanya

Tanggal 27 September 2025, Axiata Arena menyimpan gema yang sukar terpadam. CIPTA 3: Malam Ini Gua Rock adalah sebuah peristiwa seni yang menyatukan ribuan jiwa di bawah panji-panji Rock. Dari dentuman awal “Isi Atau Kulit” hingga laungan klimaks “Apokalips” dan versi mengejut “Pawana”, setiap segmen membawa naratif berbeza. Kritik sosial, puisi cinta, renungan falsafah, hingga seruan perjuangan. Namun detik yang paling membekas hadir saat “Sentuhan Listrikmu” dilantunkan, membuat arena hening dalam lautan cahaya dan air mata. Lebih 3 jam, 18 lagu, dan barisan pemuzik elit menjadikan malam itu sebuah manifestasi tentang bagaimana seni sejati tidak pernah lapuk dimamah masa. M. Nasir sekali lagi membuktikan dirinya roh muzik nusantara yang tak terganti...

Read More