Gema Karaoke Iringi 'Vokal Telan Kaset' Legenda Di Konsert Mega Hitz 3 Dekad Vol. 1

Konsert ini berkonsepkan ‘back to the 80s’, memberikan pengalaman istimewa kepada peminat dengan persembahan yang mengembalikan kenangan manis zaman tersebut. Malam penuh gemilang itu menyaksikan barisan penyanyi legenda muzik tanahair mempersembahkan lagu-lagu hit mereka dalam bentuk solo yang memukau, selain menyajikan gabungan vokal hebat dalam segmen istimewa yang menyatukan mereka di atas satu pentas...

Read More  

Kemeriahan Malam Bollywood Di Kuala Lumpur Bersama Udit Narayan

Dengan repertoir meliputi 3 dekad kegemilangan, Udit Narayan mempertontonkan kepakaran vokal yang telah mengabadikan namanya dalam khazanah muzik dan perfileman Bollywood. Setiap komposisi yang dipersembahkan adalah manifestasi keunggulan seni yang telah mencorak landskap perfileman dan mengangkat nuansa nostalgia zaman membesar bersama Rahul, Anjali, Pooja, Rohit, Sonia, Priya dan ramai lagi watak-watak kesayangan filem Hindustan...

Read More  

Aura Afgan 'Sihir' 6,000 Jiwa Di Pulau Pinang, Tutup Tirai 2024

Menutup tirai 2024, penyanyi Indonesia Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan telah menghadiahkan peminat sebuah persembahan yang menggetarkan di Pulau Pinang. Dilangsungkan di SPICE Arena pada 28 Disember 2024, konsert ini merupakan hentian terakhir penyanyi hits "Terima Kasih Cinta" itu bagi tahun 2024. Lebih 6,000 peminat membanjiri konsert menyaksikan persembahan epik penyanyi Indonesia yang telah menjadi ikon muzik serantau ini...

Read More  

Intimasi Eksklusif 'Back To Basic' Misha Omar

Tampil dalam showcase ‘Misha Omar Back To Basic’ yang mengubati kerinduan peminat setianya, Misha Omar benar-benar membuatkan para peminat pulang dengan perasaan puas hati apabila menampilkan persembahan cukup energetik, menghiburkan dan penuh variasi berwarna-warni. Sokongan padu yang terjalin pada malam itu memberi rasa terharu sehingga Misha Omar mengalirkan air mata sekaligus memberi bayangan untuk konsert solo, mungkin?

Read More  

Tiada Dua, 'Hanya Satu' Datuk Nora Ariffin

Impian yang tersimpan selama 30 tahun akhirnya terlaksana dan sukses direalisasikan dengan konsert solo pertama, "Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)" di Stage 1 Theatre, PJPac, 1 Utama pada 18 Disember 2024 lalu. Konsert yang menghimpunkan 700 penonton ini menyajikan 18 lagu pilihan sepanjang kerjaya seninya. Memukau dengan lagu-lagu hits dan mencipta momen istimewa melalui duet bersama anak-anaknya dan teknologi AI digunakan untuk menghidupkan kembali suara Allahyarham Johan Nawawi...

Read More  

'Kembara Bunyi' Judika Dan Siti Nurhaliza Bersaksikan 24,000 Hadirin

Stadium Merdeka menjadi saksi kepada pertemuan 2 suara emas Nusantara dalam konsert 'The Journey of Sound' yang menghimpunkan seramai 24,000 penonton. Siti Nurhaliza dan Judika membawakan lebih 30 buah lagu dalam konsert berskala besar yang menyaksikan penonton hadir dengan tema pakaian putih dan denim. Turut diserikan dengan pertunjukan bunga api yang memukau dan pencahayaan istimewa dari Menara Merdeka 118 selama 5 minit...

Read More  

Gabungan Jentera Ori 'The Real Cromok' Laung Gema Legasi

Tampil dengan satu misi: menghidupkan semula semangat muzik metal yang pernah menggegar pentas muzik tempatan pada dekad 90-an, 'The Real Cromok' menggabungkan jentera instrument original line-up asal yang pernah terlibat bersama Cromok seawal penubuhan pada tahun 1987. Setiap riff gitar berat menerjah mesin masa membawa peminat kembali ke zaman kegemilangan muzik keras 'underground' tanahair. Ramai mat metal teruja untuk menyaksikan Hillary dan Man Kidal menghuru-harakan pentas...

Read More  

Konsert Jiwa Epilog 2024: Dimensi Muzikal dari Jiwa

Menjadi saksi kepada pertemuan unik variasi genre muzik berbeza di atas satu pentas yang mempesona, konsert 'Jiwa Epilog 2024' mendeklarasikan kolaborasi tidak dijangka, pengalaman muzikal menggetarkan jiwa penonton. Setiap persembahan membuka ruang untuk pelbagai interpretasi perasaan, satu manifestasi kreativiti artis yang berani mencabar batasan konvensional muzik. Konsert ini menandakan evolusi muzik tempatan, di mana artis bebas mengeksplorasi pelbagai dimensi bunyi dan perasaan...

Read More  

Memperkasa Wanita Dalam Integrasi Budaya Serumpun Di Konsert Farmasi Soundzation 2024

Transformasi Megastar Arena KL menjadi pentas artistik di mana muzik dan inspirasi bertemu, apabila Konsert FARMASI Soundzation mengukir kenangan mendalam di kotak ingatan ribuan peminat pada tanggal 30 November 2024. Kehadiran 3 intan permata, Bunga Citra Lestari (BCL), Ghea Indrawari, dan Elly Mazlein menjadikan konsert sebagai platform untuk menyuarakan keperkasaan dan keindahan wanita, selaras visi jenama kosmetik antarabangsa FARMASI...

Read More  

Kemilau 9 Bintang Sumandak Sabah Di Malam Konsert Ceritera Hatiku

Mencetak sejarah baru, konsert ‘A Night With Sumandak Stars – Ceritera Hatiku’ anjuran Orange International Entertainment berkemilau gemilang dimeriahkan oleh penampilan 9 Sumandak Sabah popular di Malaysia mencetuskan suasana penuh keakraban, semangat cinta negara dan nostalgia. Bangga menjadi anak jati kelahiran Sabah, Marsha Milan, Azharina, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Bella Astillah, Salma, Ayu Damit, Didi Astillah dan Wani Kayrie sukses memukau ribuan penonton...

Read More  

Konsert Arijit Singh 'Healing' Banyak Jiwa Di Kuala Lumpur

Ada sesuatu pada Arijit Singh yang tidak ada pada penghibur lain, secara magisnya, dipersembahkan dalam marathon hampir 4 jam tanpa henti bikin 10,000 jiwa yang hadir terpesona dan 'healing' berjemaah. Superstar tersohor Bollywood itu sukses menyembuhkan berkeping-keping hati yang hancur meski bukan dia penyebab atau punca patah hati itu. Begitu ajaib dan mengkagumkan, dengan gitar ditangan, hanya seorang Arijit Singh berdiri di tengah pentas...

Read More  

Raisa Hadiahkan Momen Paling 'Teristimewa Di Kuala Lumpur'

Jika wanginya sahaja sudah mampu memindahkan dunia, maka kedatangan Raisa untuk kali ketiga, tanpa peduli, membawa bersama cinta yang sama indahnya, buat seluruh Megastar Arena KL bergema. Takkan terganti dan selalu dinantikan oleh peminat setianya di Malaysia, ke mana pun Raisa melangkah kerana dialah bintang yang teristimewa 'si paling mahir' telah mempersembahkan cerminan sempurna pada Konsert 'Raisa - Teristimewa Di Kuala Lumpur' seperti yang telah dijanjikan...

Read More