'Badak' Kisah Kasih Seorang Bapa Pekak Pada Satu-Satunya Anak Buat Mata Bengkak Dan Hati Sebak

Sunyi yang sering kita anggap sepi, dalam BADAK berubah menjadi bahasa cinta yang paling nyaring. Filem arahan M. Raihan Halim ini membawa kita ke dunia seorang bapa tunggal pekak, Badak, yang membesarkan anaknya Mirah dengan kasih tanpa suara. Hidup mereka sederhana di flat usang kota, namun bila Mirah mengejar dunia muzik hip-hop, dua dunia, senyap dan bising, mula bertembung. Dari situ lahir pertanyaan: sejauh mana kasih ayah mampu bertahan bila diuji impian anak? Sinematografi yang berani, lakonan penuh jiwa, serta simbolisme yang tajam menjadikan BADAK sebuah karya yang menyentuh emosi dan fikiran. Lebih daripada drama keluarga, ia cermin masyarakat tentang cinta, stigma, dan pengorbanan. Mulai 2 Oktober 2025, pawagam akan menjadi ruang kita menyelami cinta yang tidak memerlukan suara...

Read More  

Rasa Ngilu Tonton 'Kitab Sijjin & Illiyyin' Transformasi Realistik Psychopath Penuh Dendam

Yuli membesar dengan trauma dan luka lama setelah menyaksikan kedua orang tuanya mati kerana santau. Hidupnya semakin menderita ketika diasuh ibu tiri Ambar dan kakak tiri Laras yang memperlakukannya bak hamba. Trauma itu akhirnya berubah menjadi dendam membara. Bersama seorang dukun, Yuli menempuh jalan hitam dengan melakukan ritual santau yang mengerikan dengan menggunakan mayat segar sebagai medium untuk menuliskan nama korban. Satu persatu anggota keluarga Laras diserang, termasuk suami dan anak-anaknya. Namun, ritual itu berisiko: jika gagal, santau akan berbalik menghantam Yuli sendiri. Di tengah kengerian berdarah, Tika menjadi satu-satunya cahaya melalui iman, manakala ustaz Abuya tampil sebagai benteng terakhir menghadapi kengerian yang membawa maut tersebut...

Read More  

Retak Rumah Tangga Dalam Bayangan 'Sihir Pelakor' Sabdo Pandito

Ketenangan sebuah keluarga porak-peranda apabila Edi terjerat dalam godaan Rini, seorang pelanggan salon yang tanpa segan menggunakan ilmu hitam Sabdo Pandito demi merebut suami orang. Jumiati hanya mampu pasrah, sementara anak gadisnya, Vita, berjuang mempertahankan keluarga yang hampir musnah. Satu demi satu kejahatan iblis menghantui mereka, jin perempuan, bola api, dan perjanjian gelap yang mengancam nyawa. Namun kengerian terbesar bukan semata makhluk ghaib, tetapi luka pengkhianatan dan trauma emosional yang menyesakkan dada. Sihir Pelakor menyatukan seram, drama keluarga, dan sentuhan keagamaan, mengingatkan bahawa pertolongan sejati hanya datang dari Allah SWT...

Read More  

Terjebak Dalam Ilusi Tipu Helah Yang Kita Tak Nampak, Buat 'Magik Rompak' Jadi Gempak

Bekas ahli silap mata ternama, The Great Hadini, kembali ke gelanggang kehidupan dengan misi paling berisiko: mencuri rantai Hati Kesuma, permata legenda bernilai jutaan ringgit, dari kediaman seorang hartawan korup, Tan Sri Hamdan. Untuk menjayakan rancangan itu, Hadi berganding tenaga dengan trio pencuri “Night Spark”, masing-masing dipacu dendam dan rahsia sendiri. Pertunjukan silap mata dijadikan penyamaran sempurna bagi rompakan yang menuntut helah licik, kepantasan, dan keberanian. Namun, apabila pengkhianatan mula menyusup dari dalam kumpulan sendiri, kepercayaan runtuh, dan strategi mereka kian berantakan. Hadi harus mempertaruhkan seluruh kepintarannya demi menewaskan musuh, bertahan hidup, serta membongkar alasan sebenar di sebalik obsesinya terhadap permata itu...

Read More  

'Assalamualaikum Beijing: Lost in Ningxia' Tentang Jejak Cinta Hilang Menemukan Jalan Pulang

Aisyah percaya cintanya pada Arif adalah jawapan kepada segala doa-doanya. Namun satu hari, jejak Arif hilang, meninggalkan Aisyah dengan luka dan tanda tanya. Tugasnya sebagai wartawan televisyen membawanya ke Beijing, lalu ke Ningxia, sebuah wilayah yang seakan menyembunyikan takdir baru. Dalam pencarian penuh air mata, hadir Mo, lelaki keturunan Indonesia–Tionghoa yang sederhana namun hangat. Pertemuan mereka mula membuka pintu jiwa Aisyah yang selama ini terkunci. Tetapi tatkala Arif kembali tanpa diduga, Aisyah terjebak dalam dilema antara cinta lama yang pernah dia perjuangkan mati-matian atau perasaan baru yang hadir di saat terluka. Apakah melepaskan lebih suci daripada menggenggam?

Read More  

Tentang Hati Yang Patah, Hijrah Dan Pasrah Bertemu Dalam 'Assalamualaikum Baitullah'

Amira berdiri di tepi jurang hidup, hampir menyerah pada nasib yang begitu kelam dan redup. Takdir menghadirkan penyelamat misteri, membuka pintu hijrah, menyalakan cahaya yang tulus. Bersama sahabatnya Ica, dia mula belajar agama, bertemu Amel dan Barra yang membawa ujian cinta. Namun jalan hati tidak semudah doa, kerana Barra rupanya telah dijodohkan keluarga dengan Amel yang setia. Konflik segitiga penuh dilema, antara redha, ikhlas, dan makna doa yang nyata. Disutradarai Hadrah Daeng Ratu, adaptasi novel Asma Nadia ini mengalir, menyulam luka, cinta, dan kerinduan getir menuju Tanah Suci. Apakah Amira akan menemukan damai di Baitullah, atau air mata akan terus menjadi bahasa pasrah?

Read More  

'Legasi: Bomba The Movie' Tayangan Aksi Tentang Marabahaya Api, Konflik Emosi Dan Paparan Realiti Berani Mati

Menyelami dunia penuh cabaran pasukan bomba yang bukan sahaja berdepan dengan marabahaya api, tetapi juga konflik emosi, pengorbanan dan harga sebuah keberanian. Filem ini mengikuti kisah anggota bomba yang terpaksa memilih antara tanggungjawab terhadap keluarga dan sumpah setia pada profesi. Dengan aksi mendebarkan serta paparan realiti tugasan di lapangan, penonton dibawa menyaksikan keberanian yang sering tersembunyi di balik seragam merah. Lebih daripada sebuah filem aksi, ia adalah penghormatan kepada wira masyarakat yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain. Legasi Bomba The Movie menyerlahkan bahawa api boleh dipadam, namun legasi pengorbanan dan keberanian akan terus kekal membara...

Read More  

Lubang Duka, Liang Trauma Dan Bisikan Masa Lalu Ayah Dan Anak Dalam Rintik Misteri 'Indera'

Seorang bapa tunggal, membawa anak perempuannya, Sofia yang bisu sejak kecil, berpindah ke kampung terpencil pada tahun 1985 tepat ketika Insiden Memali menyemarak di sekitarnya. Mereka tinggal dengan seorang wanita Jawa misteri dan beberapa kanak‑kanak pelik, sementara satu perigi tua yang sunyi menyimpan bisikan dan bayangan masa lalu. Suasana yang tenang menyembunyikan rahsia: trauma, rasa bersalah, dan tokokperi cerita dalam cerita ala filem Melayu 60-an yang muncul tanpa sari kata. Visual di siang hari yang menyentil rasa, naratif perlahan yang menguji pelanggan sinematik, semuanya menjalin misteri yang sukar dileraikan. Akhirnya, adakah 'rumah baru' ini benar‑benar selamat atau hanya selimut sunyi untuk bayangan masa silam?

Read More  

Tentang Sisa-Sisa 'Memori' Ayah Dan Anak Di Skenario Waktu Yang Masih Tertinggal Sebelum Usai

Apabila Dr. Hassan, seorang doktor bersara, mula menunjukkan tanda-tanda awal Alzheimer, anak lelakinya Imran pulang ke kampung untuk menjaganya. Meski hubungan mereka telah lama renggang. Imran, yang sedang melalui krisis rumah tangga dan beban kerja di Singapura, terpaksa berdepan bukan sahaja dengan bapanya yang semakin lupa, tetapi juga dengan luka lama yang belum sembuh. Dalam usaha untuk membantu bapanya mengingati masa silam, Imran dibantu oleh sahabat lama, Mamat, yang memiliki memori fotografik. Di sebalik pantai Terengganu yang indah, mereka cuba menyulam semula hubungan keluarga yang pernah terputus. Memori ialah sebuah kisah menyentuh tentang pengampunan, kasih yang tertangguh, dan perjuangan menjaga insan yang kian kehilangan dirinya sedikit demi sedikit...

Read More  

Luka Lama Ditabur Garam Jadi Trauma Gelap Di 'Jalan Pulang'

Seorang ibu bernama Lastini bergelut dengan waktu dan takdir demi menyelamatkan anak perempuannya, Arum, daripada gangguan roh Marsinah, entiti ghaib yang merampas sedikit demi sedikit nyawa anak itu pada ulang tahunnya. Didorong oleh kasih sayang dan ketakutan, Lastini bersama 2 anak lain menjelajah ke pelosok nusantara mencari dukun dan ritual penyembuhan yang mampu menghentikan sumpahan. Namun semakin jauh mereka melangkah, semakin kabur batas antara realiti, trauma dan kepercayaan. Jalan Pulang adalah ratapan sunyi tentang kehilangan, dendam keluarga, dan warisan budaya yang penuh makna. Berbalut sinematografi kelam dan lakonan menusuk jiwa, filem ini menyentuh sisi terdalam jiwa dan menyoal semula makna ‘pulang’...

Read More  

Kembara Ngeri 'Ghost Train' Tanpa Destinasi Akhir, Terperangkap Derita Obsesi

Seorang YouTuber seram bernama Da-kyung memilih sebuah stesen kereta api terbengkalai untuk siaran langsung yang disangka akan viral. Namun sebaik kamera mula merakam, Gwanglim Station membuka sisi yang tak ingin ditemui manusia. Ghost Train, arahan Tak Se-woong, ialah sebuah kisah seram Korea yang menggabungkan mitos urban dan obsesi terhadap dunia digital. Dibintangi Joo Hyun-young, Jeon Bae-soo dan Choi Bo-min, filem ini menyusup perlahan-lahan ke bawah kulit dengan visual remang, sunyi yang berdengung dan jeritan yang tertinggal di lorong gelap. Lebih dari kisah hantu, ini tentang trauma, kehilangan dan ruang-ruang yang wajar dibiar sunyi. Sekali kau naik kereta api ini, tiada jalan untuk turun. Ghost Train kini menghantui layar dan memorimu...

Read More  

Dendam Malam Kelam: Medan Pemburuan Rasa Bersalah, Karma Dan Rahsia Silam

Sofia sudah mati. Tetapi jenazahnya hilang. 'Dendam Malam Kelam' menyulap ruang forensik menjadi medan pemburuan rasa bersalah, karma dan rahsia silam. Jefri, suami yang terikat cinta gelap dengan Sarah, cuba menyembunyikan kejahatannya namun hadirnya Detektif Arya membuka lembar kebenaran yang ingin diketahui. Dalam atmosfera filem noir yang dingin dan membakar perlahan, setiap watak berjuang melawan bayang-bayang sendiri. Adaptasi dari filem The Body, versi Indonesia ini hadir dengan nuansa lokal yang menghantui meski tiada hantu, tiada jeritan hanya keheningan, rasa bersalah, dan karma yang perlahan datang menyapa. Bila cinta menyimpang dari jalan yang benar, maka yang tinggal cuma kehancuran. Dan dendam… yang enggan mati...

Read More