Air Mata Mualaf: Tafsir Sunyi Mencari Makna Diri Di Antara Iman, Keluarga Dan Trauma Luka

Anggie, seorang wanita Indonesia di Sydney yang melarikan diri dari hubungan penuh kekerasan. Saat tersungkur di hadapan sebuah masjid, suara lantunan Al-Quran dan kasih seorang pengurus masjid membuka pintu baru dalam hatinya sehingga Anggie mengambil keputusan memeluk Islam. Kepulangan ke kampung halaman bukan membawa damai, melainkan ujian: penolakan keluarga, bisik-bisik jiran, dan jurang antara identiti lama dan pilihan baru. Dengan visual yang menautkan pantai Sydney dan lorong sempit Jakarta, filem ini menyelami luka, penebusan, dan kekuatan iman yang tumbuh perlahan. Perjalanan Anggie adalah refleksi tentang bagaimana perubahan personal boleh memecah tetapi juga mengubahkan hati yang paling rapuh...

Read More  

Sosok Misteri Menghantui, 'Shutter' Remake Buat Penonton Serentak Seram Dan Simpati

Darwin, seorang jurugambar yang hidupnya runtuh selepas terlanggar seorang wanita misteri pada malam yang gelap. Sejak kejadian itu, sosok wanita ini muncul dalam setiap foto, mimpi dan ruang yang tidak dijangka, menghantui Darwin dan Pia tanpa henti. Herwin Novianto mencipta semula karya ikonik Thai 2004 dengan sentuhan emosi, menyuntik nuansa tempatan yang dekat dengan budaya dan trauma masyarakat Indonesia. Persembahan rapuh Vino G. Bastian, kehadiran kuat Anya Geraldine, dan Niken Anjani yang melengkapkan dinamika cerita menjadikan pembuatan semula ini kaya dengan perasaan. Shutter Indonesia membawa seram, simpati dan teguran sosial, menjadikannya pengalaman seram yang menggugah jiwa...

Read More  

'Now You See Me: Now You Don’t' Kembali Memukau Ilusi Dan Mengusik Realiti

Hadir sebagai bab ketiga yang meniupkan nafas baharu ke dalam waralaba silap mata paling digemari. Reunion Four Horsemen yang terdiri dari Atlas, Merritt, Henley dan Jack, dipertemukan dengan trio ilusi generasi muda yang penuh energi, liar, segar dan digital iaitu Charlie, Bosco dan June. Bersama-sama, mereka melancarkan misi mencuri Heart Diamond daripada Veronika Vanderberg, sosok jutawan kejam dan penuh manipulasi yang menyimpan rahsia gelap di sebalik kekayaannya. Kombinasi karektor lama dan baharu menjadikan filem ini terasa meriah, segar dan bergerak lincah, sementara permainan ilusi, aksi jenaka, serta twist cerdik menjadikan hampir 2 jam tontonan terasa begitu cepat berlalu...

Read More  

'Kang Solah x Nenek Gayung' Hidupkan Semesta Baharu Komedi Seram Dengan Hilai Tawa Tanpa Henti

Mengisahkan Solah Vincenzio, seorang tentera perang yang pulang ke kampung halamannya hanya untuk disangka sudah mati. Bersama tiga sahabatnya, Fajrul, Jaka dan Supra, ia terjebak dalam kekacauan yang bermula ketika sosok hantu legendaris Nenek Gayung muncul, mengancam pernikahan Dara dan adiknya, Iqbal. Di bawah arahan sutradara Herwin Novianto dan hasil tulisan Alim Sudio ini menggabungkan humor tak masuk akal, sentuhan drama, serta urban legend lokal menjadi satu tontonan yang menggelitik dan menyentuh. Dengan kemistri pelakon yang kuat dan visual yang hidup, filem ini menjadi babak baru bagi semesta Kang Mak, penuh hilai tawa, cinta, dan sedikit ngeri yang menghibur...

Read More  

Antara Realiti Dan Halusinasi, 'SUKMA' Kupas Perjalanan Batin Manusia Menelusuri Obsesi

Bukan seram yang menjeritkan takut, tapi satu perjalanan ke dalam batin manusia menelusuri hasrat, obsesi, dan bayang yang tak mudah dijelaskan. Digarap oleh sutradara Baim Wong, filem ini menyingkap rahsia sebuah keluarga yang hidupnya terbalik selepas menemukan cermin kuno di rumah baharu mereka. Dibintangi oleh Luna Maya, Fedi Nuril, Oka Antara, dan Christine Hakim, kisahnya bergerak antara realiti dan halusinasi, antara cinta dan dendam. Ratih Kumala menulis naskhah yang menggali sisi kelam manusia: keinginan untuk kekal muda, cantik, dan sempurna. Dengan visual suram, emosi rapuh, dan lakonan yang menggetarkan, Sukma berdiri sebagai karya yang memaksa kita melihat bukan sekadar hantu di sebalik cermin, tetapi diri sendiri yang menatap dari seberang...

Read More  

Bisikan Maut 'Death Whisperer 3' Bawa Penonton Teroka Alam Mistik 'Bongsanodbiang'

Bab penutup trilogi 'Death Whisperer' ini membawa penonton ke sisi tergelap hidup Yak, lelaki yang berjuang melupakan trauma masa lalu. Namun ketenangan itu musnah apabila adik bongsunya, Yee hilang secara misteri dan diculik oleh mazhab rahsia yang menyembah kekuatan kegelapan dan roh sesat. Yak, dibantu Sarjan Paphan menjejaki sebuah desa terkutuk 'Bongsinodbiang' yang menyimpan rahsia purba dan kutukan keturunan. Di situlah mereka berhadapan dengan roh berjubah hitam, ritual berdarah, dan bisikan kematian yang menuntut penebusan. Death Whisperer 3 menutup saga ini dengan kombinasi horor, mitologi dan drama keluarga yang sarat dengan emosi, pengorbanan dan pertanyaan spiritual tentang batas antara hidup, dosa dan warisan yang tidak terhapus...

Read More  

'Pamali: Tumbal' Larangan Sentuh Apa Yang Bukan Hakmilik Atau Di Timpa Petaka

Mengisahkan Putri yang mencari ibunya yang hilang selepas terjebak dengan 'uang tumbal'. Bersama dua rakannya, Cecep dan Kiki, dia menelusuri desa penuh misteri, di mana toyol dan kuntilanak hitam menjadi simbol pemujaan sihir yang menelan jiwa manusia. Dengan sentuhan humor dan drama keluarga, sutradara Bobby Prasetyo menyeimbangkan seram dan kemanusiaan. Adaptasi dari game 'Pamali: The Little Devil' ini adalah filem ketiga dalam semesta Pamali, mmenyajikan kisah yang sarat mitos dan pantang larang, dihidupkan melalui sinematografi dingin, suara bergetar, dan karektor yang berakar pada realiti sosial. Dalam durasi 95 minit, kisahnya membuat penonton merenung: adakah kita masih setia pada warisan larangan, atau telah terjerat oleh keinginan yang kita cipta sendiri?

Read More  

Konflik Trauma Punca 'Dia Bukan Ibu', Seram Yang Datang Dari Dalam Keluarga Bukan Hantu

Adaptasi dari thread viral karya @JeroPoint, 'Dia Bukan Ibu' mengisahkan keluarga kecil yang berdepan mistik selepas berpindah ke rumah baru. Yanti perlahan-lahan berubah dari ibu penyayang menjadi sosok asing yang menakutkan. Anak-anaknya, Vira dan Dino mula menyedari sesuatu yang gelap telah mengambil alih tubuh ibu mereka. Disutradarai Randolph Zaini dan diterbitkan MVP Pictures, film ini menggabungkan unsur mistik, trauma keluarga, dan simbolisme sosial tentang tekanan terhadap perempuan. Dengan sinematografi menyesakkan dan lakonan luar biasa Artika Sari Devi, 'Dia Bukan Ibu' menjadi seram psikologi yang menggoncang emosi dan menyentuh sisi terdalam keibuan manusia...

Read More  

'Badak' Kisah Kasih Seorang Bapa Pekak Pada Satu-Satunya Anak Buat Mata Bengkak Dan Hati Sebak

Sunyi yang sering kita anggap sepi, dalam BADAK berubah menjadi bahasa cinta yang paling nyaring. Filem arahan M. Raihan Halim ini membawa kita ke dunia seorang bapa tunggal pekak, Badak, yang membesarkan anaknya Mirah dengan kasih tanpa suara. Hidup mereka sederhana di flat usang kota, namun bila Mirah mengejar dunia muzik hip-hop, dua dunia, senyap dan bising, mula bertembung. Dari situ lahir pertanyaan: sejauh mana kasih ayah mampu bertahan bila diuji impian anak? Sinematografi yang berani, lakonan penuh jiwa, serta simbolisme yang tajam menjadikan BADAK sebuah karya yang menyentuh emosi dan fikiran. Lebih daripada drama keluarga, ia cermin masyarakat tentang cinta, stigma, dan pengorbanan. Mulai 2 Oktober 2025, pawagam akan menjadi ruang kita menyelami cinta yang tidak memerlukan suara...

Read More  

Rasa Ngilu Tonton 'Kitab Sijjin & Illiyyin' Transformasi Realistik Psychopath Penuh Dendam

Yuli membesar dengan trauma dan luka lama setelah menyaksikan kedua orang tuanya mati kerana santau. Hidupnya semakin menderita ketika diasuh ibu tiri Ambar dan kakak tiri Laras yang memperlakukannya bak hamba. Trauma itu akhirnya berubah menjadi dendam membara. Bersama seorang dukun, Yuli menempuh jalan hitam dengan melakukan ritual santau yang mengerikan dengan menggunakan mayat segar sebagai medium untuk menuliskan nama korban. Satu persatu anggota keluarga Laras diserang, termasuk suami dan anak-anaknya. Namun, ritual itu berisiko: jika gagal, santau akan berbalik menghantam Yuli sendiri. Di tengah kengerian berdarah, Tika menjadi satu-satunya cahaya melalui iman, manakala ustaz Abuya tampil sebagai benteng terakhir menghadapi kengerian yang membawa maut tersebut...

Read More  

Retak Rumah Tangga Dalam Bayangan 'Sihir Pelakor' Sabdo Pandito

Ketenangan sebuah keluarga porak-peranda apabila Edi terjerat dalam godaan Rini, seorang pelanggan salon yang tanpa segan menggunakan ilmu hitam Sabdo Pandito demi merebut suami orang. Jumiati hanya mampu pasrah, sementara anak gadisnya, Vita, berjuang mempertahankan keluarga yang hampir musnah. Satu demi satu kejahatan iblis menghantui mereka, jin perempuan, bola api, dan perjanjian gelap yang mengancam nyawa. Namun kengerian terbesar bukan semata makhluk ghaib, tetapi luka pengkhianatan dan trauma emosional yang menyesakkan dada. Sihir Pelakor menyatukan seram, drama keluarga, dan sentuhan keagamaan, mengingatkan bahawa pertolongan sejati hanya datang dari Allah SWT...

Read More  

Terjebak Dalam Ilusi Tipu Helah Yang Kita Tak Nampak, Buat 'Magik Rompak' Jadi Gempak

Bekas ahli silap mata ternama, The Great Hadini, kembali ke gelanggang kehidupan dengan misi paling berisiko: mencuri rantai Hati Kesuma, permata legenda bernilai jutaan ringgit, dari kediaman seorang hartawan korup, Tan Sri Hamdan. Untuk menjayakan rancangan itu, Hadi berganding tenaga dengan trio pencuri “Night Spark”, masing-masing dipacu dendam dan rahsia sendiri. Pertunjukan silap mata dijadikan penyamaran sempurna bagi rompakan yang menuntut helah licik, kepantasan, dan keberanian. Namun, apabila pengkhianatan mula menyusup dari dalam kumpulan sendiri, kepercayaan runtuh, dan strategi mereka kian berantakan. Hadi harus mempertaruhkan seluruh kepintarannya demi menewaskan musuh, bertahan hidup, serta membongkar alasan sebenar di sebalik obsesinya terhadap permata itu...

Read More