Wasiat, Jenazah, dan Cinta yang Diuji di Ambang Perpisahan: Sebuah Renungan Lewat 'Sah! Katanya...'

'Sah! Katanya...' membawa kita ke tengah keluarga yang porak-peranda akibat satu wasiat luar biasa. Marni, anak bongsu, harus menikah di hadapan jenazah ayahnya jika mahu si ayah dikebumikan. Wasiat ini meletupkan konflik dalam rumah yang masih dibalut duka, menguji cinta, kesetiaan, dan warisan tradisi. Marni terpaksa memilih antara cinta sejatinya, Adi, atau memenuhi pesan akhir ayah dengan menikahi Marno, lelaki pilihan keluarga. Sutradara Loeloe Hendra menggabungkan komedi absurd dengan renungan mendalam tentang hubungan, kehilangan, dan keikhlasan. Lakonan menyentuh Nadya Arina, Dimas Anggara dan Calvin Jeremy memperkuat naratif yang hangat dan manusiawi. ‘Sah! Katanya...’ bukan sekadar mengundang tawa, ia mengajak kita memikirkan makna sebenar cinta dan keluarga di ambang perpisahan...

Read More  

Kulit Wayang: Antara Bayang Bayang Gelap, Luka Lama Dan Trauma, Mainan Mistik 'Seni Berat' Signatur Dain Said

Kisah mendalam tentang kehilangan, warisan dan penebusan. Berlatar di sebuah kampung terpencil era 80-an, seorang tok dalang tua dihantui bayangan anaknya yang hilang. Kedatangan penyelidik dari Indonesia bersama anak kecilnya membongkar rahsia gelap yang lama terkubur. Fattah Amin tampil mengkagumkan dalam watak paling beratnya setakat ini, diiringi sinematografi menawan dan skor muzik yang menyentuh emosi. Sentuhan sutradara Dain Said sangat terasa puitis, simbolik dan perlahan-lahan meresap ke dalam hati. Filem ini menolak klise dan memilih jalan penuh makna. Jika anda rindukan naskhah Melayu yang berjiwa dan berlapis rasa, "Kulit Wayang" menanti anda di layar lebar...

Read More  

Memilih Kekal Ketika Yang Lain Pergi, Mengupas Erti Cinta Sebenar Dalam '1 Kakak 7 Ponakan'

'1 Kakak 7 Ponakan' mengisahkan Moko, seorang calon arkitek muda yang tiba-tiba terpaksa mengorbankan impian dan kehidupannya apabila kakak dan abang iparnya meninggal dunia dalam tragedi. Mereka meninggalkan 4 orang anak, termasuk bayi baru lahir bernama Ima, yang kini menjadi tanggungjawab penuh Moko. Dalam kekalutan dan tekanan sebagai generasi sandwich, Moko turut menjaga Ais, seorang remaja yang dititipkan oleh gurunya. Mujur, dia ditemani Maurin, teman yang setia di sisi. Filem ini menyelami erti keluarga, pengorbanan dan kasih tanpa syarat, dengan pendekatan drama realistik yang menyentuh jiwa. Diiringi sentuhan emosi, lakonan yang tulus, serta iringan lagu Sal Priadi, '1 Kakak 7 Ponakan' menjanjikan pengalaman sinematik yang mendalam dan membekas...

Read More  

In The Lost Lands: Romansa Pasca-Apokaliptik Dalam Fantasi Distopia

Filem sains fiksyen fantasi "In the Lost Lands" arahan Paul W.S. Anderson yang diadaptasi daripada cerpen George R.R. Martin tahun 1982 ini dibintangi Milla Jovovich sebagai Gray Alys, seorang ahli sihir yang ditakuti, dan Dave Bautista sebagai Boyce, seorang pengembara yang menjadi pemandunya. Jalan cerita berkisar tentang seorang ratu yang, dalam keinginannya mendapatkan cinta, menghantar Gray Alys ke kawasan berhantu bernama Lost Lands untuk memperoleh kuasa ajaib yang membolehkan seseorang berubah menjadi manusia serigala. Bersama Boyce, Gray Alys harus meredah dunia berbahaya yang dipenuhi makhluk gelap dan musuh yang tidak berperikemanusiaan, di mana setiap keinginan yang dipenuhi membawa akibat di luar jangkaan...

Read More