'Assalamualaikum Beijing: Lost in Ningxia' Tentang Jejak Cinta Hilang Menemukan Jalan Pulang

Aisyah percaya cintanya pada Arif adalah jawapan kepada segala doa-doanya. Namun satu hari, jejak Arif hilang, meninggalkan Aisyah dengan luka dan tanda tanya. Tugasnya sebagai wartawan televisyen membawanya ke Beijing, lalu ke Ningxia, sebuah wilayah yang seakan menyembunyikan takdir baru. Dalam pencarian penuh air mata, hadir Mo, lelaki keturunan Indonesia–Tionghoa yang sederhana namun hangat. Pertemuan mereka mula membuka pintu jiwa Aisyah yang selama ini terkunci. Tetapi tatkala Arif kembali tanpa diduga, Aisyah terjebak dalam dilema antara cinta lama yang pernah dia perjuangkan mati-matian atau perasaan baru yang hadir di saat terluka. Apakah melepaskan lebih suci daripada menggenggam?

Read More  

Tentang Hati Yang Patah, Hijrah Dan Pasrah Bertemu Dalam 'Assalamualaikum Baitullah'

Amira berdiri di tepi jurang hidup, hampir menyerah pada nasib yang begitu kelam dan redup. Takdir menghadirkan penyelamat misteri, membuka pintu hijrah, menyalakan cahaya yang tulus. Bersama sahabatnya Ica, dia mula belajar agama, bertemu Amel dan Barra yang membawa ujian cinta. Namun jalan hati tidak semudah doa, kerana Barra rupanya telah dijodohkan keluarga dengan Amel yang setia. Konflik segitiga penuh dilema, antara redha, ikhlas, dan makna doa yang nyata. Disutradarai Hadrah Daeng Ratu, adaptasi novel Asma Nadia ini mengalir, menyulam luka, cinta, dan kerinduan getir menuju Tanah Suci. Apakah Amira akan menemukan damai di Baitullah, atau air mata akan terus menjadi bahasa pasrah?

Read More  

'Legasi: Bomba The Movie' Tayangan Aksi Tentang Marabahaya Api, Konflik Emosi Dan Paparan Realiti Berani Mati

Menyelami dunia penuh cabaran pasukan bomba yang bukan sahaja berdepan dengan marabahaya api, tetapi juga konflik emosi, pengorbanan dan harga sebuah keberanian. Filem ini mengikuti kisah anggota bomba yang terpaksa memilih antara tanggungjawab terhadap keluarga dan sumpah setia pada profesi. Dengan aksi mendebarkan serta paparan realiti tugasan di lapangan, penonton dibawa menyaksikan keberanian yang sering tersembunyi di balik seragam merah. Lebih daripada sebuah filem aksi, ia adalah penghormatan kepada wira masyarakat yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain. Legasi Bomba The Movie menyerlahkan bahawa api boleh dipadam, namun legasi pengorbanan dan keberanian akan terus kekal membara...

Read More  

Lubang Duka, Liang Trauma Dan Bisikan Masa Lalu Ayah Dan Anak Dalam Rintik Misteri 'Indera'

Seorang bapa tunggal, membawa anak perempuannya, Sofia yang bisu sejak kecil, berpindah ke kampung terpencil pada tahun 1985 tepat ketika Insiden Memali menyemarak di sekitarnya. Mereka tinggal dengan seorang wanita Jawa misteri dan beberapa kanak‑kanak pelik, sementara satu perigi tua yang sunyi menyimpan bisikan dan bayangan masa lalu. Suasana yang tenang menyembunyikan rahsia: trauma, rasa bersalah, dan tokokperi cerita dalam cerita ala filem Melayu 60-an yang muncul tanpa sari kata. Visual di siang hari yang menyentil rasa, naratif perlahan yang menguji pelanggan sinematik, semuanya menjalin misteri yang sukar dileraikan. Akhirnya, adakah 'rumah baru' ini benar‑benar selamat atau hanya selimut sunyi untuk bayangan masa silam?

Read More  

Tentang Sisa-Sisa 'Memori' Ayah Dan Anak Di Skenario Waktu Yang Masih Tertinggal Sebelum Usai

Apabila Dr. Hassan, seorang doktor bersara, mula menunjukkan tanda-tanda awal Alzheimer, anak lelakinya Imran pulang ke kampung untuk menjaganya. Meski hubungan mereka telah lama renggang. Imran, yang sedang melalui krisis rumah tangga dan beban kerja di Singapura, terpaksa berdepan bukan sahaja dengan bapanya yang semakin lupa, tetapi juga dengan luka lama yang belum sembuh. Dalam usaha untuk membantu bapanya mengingati masa silam, Imran dibantu oleh sahabat lama, Mamat, yang memiliki memori fotografik. Di sebalik pantai Terengganu yang indah, mereka cuba menyulam semula hubungan keluarga yang pernah terputus. Memori ialah sebuah kisah menyentuh tentang pengampunan, kasih yang tertangguh, dan perjuangan menjaga insan yang kian kehilangan dirinya sedikit demi sedikit...

Read More  

Luka Lama Ditabur Garam Jadi Trauma Gelap Di 'Jalan Pulang'

Seorang ibu bernama Lastini bergelut dengan waktu dan takdir demi menyelamatkan anak perempuannya, Arum, daripada gangguan roh Marsinah, entiti ghaib yang merampas sedikit demi sedikit nyawa anak itu pada ulang tahunnya. Didorong oleh kasih sayang dan ketakutan, Lastini bersama 2 anak lain menjelajah ke pelosok nusantara mencari dukun dan ritual penyembuhan yang mampu menghentikan sumpahan. Namun semakin jauh mereka melangkah, semakin kabur batas antara realiti, trauma dan kepercayaan. Jalan Pulang adalah ratapan sunyi tentang kehilangan, dendam keluarga, dan warisan budaya yang penuh makna. Berbalut sinematografi kelam dan lakonan menusuk jiwa, filem ini menyentuh sisi terdalam jiwa dan menyoal semula makna ‘pulang’...

Read More  

Kembara Ngeri 'Ghost Train' Tanpa Destinasi Akhir, Terperangkap Derita Obsesi

Seorang YouTuber seram bernama Da-kyung memilih sebuah stesen kereta api terbengkalai untuk siaran langsung yang disangka akan viral. Namun sebaik kamera mula merakam, Gwanglim Station membuka sisi yang tak ingin ditemui manusia. Ghost Train, arahan Tak Se-woong, ialah sebuah kisah seram Korea yang menggabungkan mitos urban dan obsesi terhadap dunia digital. Dibintangi Joo Hyun-young, Jeon Bae-soo dan Choi Bo-min, filem ini menyusup perlahan-lahan ke bawah kulit dengan visual remang, sunyi yang berdengung dan jeritan yang tertinggal di lorong gelap. Lebih dari kisah hantu, ini tentang trauma, kehilangan dan ruang-ruang yang wajar dibiar sunyi. Sekali kau naik kereta api ini, tiada jalan untuk turun. Ghost Train kini menghantui layar dan memorimu...

Read More  

Dendam Malam Kelam: Medan Pemburuan Rasa Bersalah, Karma Dan Rahsia Silam

Sofia sudah mati. Tetapi jenazahnya hilang. 'Dendam Malam Kelam' menyulap ruang forensik menjadi medan pemburuan rasa bersalah, karma dan rahsia silam. Jefri, suami yang terikat cinta gelap dengan Sarah, cuba menyembunyikan kejahatannya namun hadirnya Detektif Arya membuka lembar kebenaran yang ingin diketahui. Dalam atmosfera filem noir yang dingin dan membakar perlahan, setiap watak berjuang melawan bayang-bayang sendiri. Adaptasi dari filem The Body, versi Indonesia ini hadir dengan nuansa lokal yang menghantui meski tiada hantu, tiada jeritan hanya keheningan, rasa bersalah, dan karma yang perlahan datang menyapa. Bila cinta menyimpang dari jalan yang benar, maka yang tinggal cuma kehancuran. Dan dendam… yang enggan mati...

Read More  

Ummu Sibyan Datang Lagi Merasuk Anak-Anak Saat Mentari Tenggelam Dalam 'Waktu Maghrib 2'

Menjentik nostalgia paling mengerikan dan dalam masa yang sama mengingatkan: ada sebab kenapa orang tua dulu pesan jangan bermain saat matahari tenggelam. Senja bukan lagi waktu tenang, tetapi titik mula sebuah malapetaka. Sekumpulan remaja bermain sumpah saat azan maghrib berkumandang, tanpa sedar mereka telah membangkitkan kembali jin Ummu Sibyan yang penuh dendam. Kengerian bermula, kerasukan, kehilangan, dan bayang-bayang ghaib mula menghantui. Adi, yang pernah selamat dua dekad lalu, kembali untuk berhadapan dengan mimpi lamanya yang belum pulih. Meski masih menyimpan kekurangan dari segi mitologi, Waktu Maghrib 2 tetap sebuah pengalaman seram yang kuat, menyatu dengan budaya dan memperingatkan kita, maghrib bukan masa untuk bermain-main...

Read More  

Ada 'Pemangsa' Yang Lebih Bahaya, Lebih Gila, Lebih Rakus Dari Haiwan Dalam 'Dangerous Animals'

Dalam laut yang kononnya tampak tenang, tersembunyi jiwa yang lebih buas daripada jerung. Mengisahkan tentang Bruce Tucker, seorang pemandu pelancong yang menyamar sebagai wira laut namun sebenarnya pembunuh bersiri yang menjadikan jerung sebagai senjata sadistik. Zephyr, gadis tabah pencinta ombak, menjadi sasaran terbarunya. Tetapi dia bukan mangsa biasa, dia adalah jiwa yang terbakar oleh masa silam, dan dia tahu bagaimana untuk bertahan. Filem ini bukan sekadar kisah ngeri, ia adalah renungan terhadap kegelapan naluri manusia. Di antara jeritan yang tenggelam dalam dentuman muzik pesta dan laut yang membisu, filem ini membawa kita menyelam ke dalam psikosis manusia, ke tempat di mana rakus dan kejam berselindung di sebalik senyuman. Siapa sebenarnya haiwan paling berbahaya?

Read More  

Martabat Misi Berdarah: Apabila Ekstra Dah Tak Mahu Jadi Pelakon Tambahan Sahaja, Huru Hara Jadinya!

Lima pelakon tambahan dengan impian kecil tiba di set penggambaran di sebuah pulau terpencil. Apa yang mereka sangka hanyalah peluang berlakon sebagai ‘ekstra’ berubah menjadi misi penuh huru-hara apabila insiden tak diduga menyebabkan pelakon utama cedera. Kekosongan itu diisi oleh Tok Batin misteri yang rupa-rupanya ketua penjenayah. Kekacauan bermula, meledakkan babak-babak jenaka, sindiran sinis industri dan realiti pahit di sebalik dunia lakon layar. Martabat: Misi Berdarah ialah sebuah naskhah komedi aksi yang menyentuh, merayakan insan-insan belakang tabir yang jarang diberi sorotan. Sebuah penghormatan buat mereka yang tak pernah berdiri di tengah pentas, tapi tetap menjadi nadi sebuah karya. Filem ini menjanjikan tawa, kejutan dan hati yang tersentuh...

Read More  

Diangkat Dari Kisah Cinta Raim Laode, Filem 'Komang' Memang Terlalu Indah Dari Sekadar Kata-Kata

Mengangkat kisah benar cinta komika Raim Laode dan isterinya, Komang Ade Widiandari, dari sudut perbezaan budaya dan agama, Komang berlatarkan keindahan Baubau dan Bali. Filem ini mengikuti Ode (Keisha Alvaro), pemuda Muslim dari Buton, yang jatuh cinta pada Ade (Aurora Ribero), gadis Hindu dari Bali. Hubungan mereka diuji oleh restu keluarga, kehadiran lelaki lain (Arya), dan impian Ode di Jakarta. Disutradarai Naya Anindita, Komang menyentuh emosi dengan lakonan jujur, visual puitis, dan elemen toleransi yang mengalir lembut. Adegan-adegan kecil penuh makna, dari makanan yang dihormati hingga simbol mainan lumba-lumba menjadikan filem ini lebih dari sekadar romantik. Ia adalah puisi tentang cinta, restu, dan ketulusan dalam perbezaan...

Read More