Kisah Ngeri Di Sebalik Rahsia Rumah Sewa Yang Menuntut Nyawa Dalam 'Rego Nyowo'

Ketika Lena, seorang mahasiswi dari Jakarta, berpindah ke Malang untuk tinggal bersama abangnya Benhur di sebuah rumah sewa murah milik pasangan tua, Bu Astri dan Pak Wiryo, segalanya tampak terlalu sempurna. Rumah sewa itu tenang, makan malam disediakan setiap minggu, dan sewa pun tidak membebankan. Namun suasana mula berubah ketika seorang penghuni lain mengalami mimpi-mimpi aneh, dan berita tentang pocong gantung mula tersebar. Seram semakin nyata dan mengancam nyawa. Lena, yang awalnya skeptikal, terperangkap dalam pusaran ilmu hitam yang menjadikan setiap penghuni sebagai "bayaran". Diadaptasi dari thread viral “Kosan Berdarah”, Rego Nyowo menghidangkan kisah seram psikologi yang menyentuh soal pengorbanan, dendam dan sisi gelap manusia dalam keheningan rumah tumpangan yang penuh rahsia...

Read More  

Apabila Cinta Melekat Terlalu Erat, 'Together' Buat Satu Panggung Menggelupur Tenat

Cinta itu indah, hingga ia menuntut terlalu banyak. Bila 2 jiwa berpaut terlalu erat, yang tinggal cuma tubuh yang mula menolak. Tim dan Millie lari ke desa, mahu menambat retak, namun yang datang ialah mimpi ngeri tanpa wajah. Dalam sejuk gua dan sunyi belantara, cinta berubah menjadi obsesi, lalu menjelmakan diri dalam bentuk paling grotesk. Satu tubuh, dua roh, tiada jalan pulang. Together bukan kisah cinta biasa. Ia menghidang ngeri dengan rasa jijik, dan asmara yang perlahan-lahan membunuh. Alison Brie dan Dave Franco bersinar sebagai pasangan yang terlampau serasi hingga menakutkan. Filem ini menggamit emosi dan logik sekaligus, tentang batas cinta, ketakutan berpisah, dan erti kehilangan diri dalam nama 'kita'. Cinta yang terlalu erat, bukan lagi rahmat. Tubuh saling menelan, jiwa jadi kabur...

Read More  

Gangguan Bunyi Dari Atas Dan Sebalik Dinding Bikin Sakit Otak Dalam 'Noise'

Selepas berpindah ke apartment baru bersama adiknya Joo Hee, Joo Young mendapati dirinya terperangkap dalam mimpi ngeri apabila Joo Hee tiba-tiba hilang tanpa jejak. Dalam usaha mencari, dia dibantu oleh Ki Hoon, teman lelaki adiknya. Namun, apa yang bermula sebagai pencarian biasa perlahan-lahan bertukar menjadi pengalaman seram yang meresap ke dalam minda dan jiwa. Gangguan bunyi misteri dari tingkat atas, nota ancaman jiran yang menakutkan, serta kehadiran lelaki pelik di tingkat bawah membuatkan segalanya menjadi kabur antara realiti dan halusinasi. Keadaan bertambah rumit apabila Joo Young, yang mengalami masalah pendengaran, mula mengalami perkara aneh yang pernah dialami adiknya. Noise mengupas sisi gelap kehidupan kota, menjadikan bunyi sebagai senjata paling mengerikan...

Read More  

Menggali Luka, Mencari Cinta, dan Menerima Takdir, Dilema Ibu Tunggal Dalam 'Tabayyun'

Zalina, seorang ibu tunggal yang cekal, membesarkan anak lelakinya, Arka, sambil berdepan stigma masyarakat dan rahsia silam yang membelenggu. Hidupnya berubah apabila Arlo, anak majikannya, jatuh cinta padanya. Namun cinta mereka diuji oleh jurang darjat, perjodohan yang telah diatur, dan tentangan keras daripada ibu Arlo, Samira. Ketika masa lalu Zalina mula terbongkar, mereka semua terpaksa berdepan kebenaran yang selama ini disembunyikan. Tabayyun bukan hanya kisah cinta, tetapi juga pelajaran tentang pengampunan, penerimaan, dan pentingnya mencari kebenaran sebelum menjatuhkan hukuman, terutama dalam dunia yang terlalu cepat menghakimi...

Read More  

Sitaare Zameen Par: Kisah Cabar Minda, Cermin Diri Dan Cetusan Cinta Yang Buat Kita Celik Cahaya Jiwa

Jurulatih bola keranjang yang ego dan keras hati, diberi tanggungjawab melatih sekumpulan pemain muda dengan Syndrome Down. Apa yang mulanya dianggap tugas remeh, berubah menjadi perjalanan menyentuh yang menggugat persepsi dan membuka mata Gulshan terhadap makna sebenar kehidupan. Diterajui Aamir Khan dan diarahkan RS Prasanna, filem ini menggabungkan humor tulus, emosi mendalam dan lakonan autentik daripada pelakon neurodivergen. Dengan sokongan padu Genelia Deshmukh dan skor muzik menyentuh oleh Shankar-Ehsaan-Loy, Sitaare Zameen Par menjulang mesej inklusiviti, empati dan keberanian menjadi diri sendiri. Lebih dari sekadar drama sukan, ia adalah kisah transformasi yang menyentuh kalbu dan menjadikan anak-anak ‘berbeza’ sebagai cahaya yang mengajar kita melihat dunia dengan jiwa yang lebih terbuka...

Read More  

Kisah Benar Emma Schmidt Lewat Upacara Usir Syaitan 1928 Dalam 'The Ritual'

Tahun 1928, kes seorang wanita muda bernama Emma Schmidt, dan keputusan yang hampir mustahil untuk dihadam oleh akal moden iaitu ritual exorcism yang harus dilakukan demi menyelamatkan Emma. Dua paderi, seorang sedang berada dalam krisis dengan imannya dan seorang lagi menghadapi masa lalu yang bergelora, mesti mengatasi perbezaan mereka untuk melakukan pengusiran syaitan yang berisiko. Apa yang terjadi selepas itu bukan sekadar pertarungan antara iman dan ketakutan, antara suara Tuhan dan jeritan syaitan, tetapi juga antara dua lelaki yang mewakili dua zaman. Satu berpegang pada disiplin lama, satu masih berharap ada ruang bagi belas kasihan. Dan dalam pergelutan itu, terkurunglah Emma, tersepit antara tubuh yang memberontak dan jiwa yang perlahan-lahan menghilang...

Read More  

Sebelum 7 Hari: Apabila Serakah Masa Lalu Menuntut Janji

Tari dan Kadar terpaksa berhadapan misteri gelap dipendam ibu mereka, Anggun, apabila janji silam datang menuntut hutang. Ketenangan hidup adik-beradik ini musnah selepas mereka menerima isyarat misteri yang membongkar rahsia kelam keluarga mereka. Dalam tempoh 7 hari yang mencengkam, mereka terpaksa menyingkap lapisan demi lapisan rahsia ibunya sambil cuba menyelamatkan diri daripada ancaman kuasa ghaib yang semakin mendesak. Setiap detik berlalu membawa mereka lebih dekat kepada kebenaran yang mengejutkan. Mereka dalam perlumbaan dengan masa untuk mencari jalan penyelesaian sebelum tamat tempoh 7 hari yang ditetapkan, atau menanggung akibat hutang mistik yang belum dijelaskan...

Read More