Menghirup Aroma Kenangan Dan Keindahan Ramadan Di 'Laman Tradisi' WTCKL 2026

WTCKL mempersembahkan Laman Tradisi Ramadan Buffet 2026 dari 23 Februari hingga 19 Mac di Level 2, Legar Putra, menawarkan lebih 200 menu dengan lima putaran sepanjang Ramadan. Hidangan merangkumi ayam, daging, kambing, 21 hidangan laut, 13 herba tradisi dan salad, 28 pencuci mulut, dan 11 minuman. Kolaborasi Nasi Kandar Saddam dan Mandy Al Yemen menambah kelazatan. Surau Ar-Rahman menyediakan ruang solat berjemaah. Harga dari RM100–RM138, pembelian melalui enam saluran rasmi. Program CSR Infaq Kasih 3.0 menyokong warga emas. Buffet ini menyatukan rasa, tradisi, doa, dan kebersamaan komuniti, menjadikan Ramadan pengalaman penuh makna...

Read More  

Kenangan 'Sajian Warisan Bonda' Dan Ramadan Bertemu Lagi di Park Inn by Radisson Putrajaya

Menghadirkan pengalaman buffet Ramadan halal yang mengangkat resipi keluarga turun-temurun, bermula 20 Februari hingga 18 Mac 2026. Menampilkan lebih 100 hidangan termasuk Kambing Golek, Satay dan Gulai Kawah di stesen masakan langsung, buffet 'Sajian Warisan Bonda' di Park Inn by Radisson Putrajaya ini dilengkapkan dengan empat pusingan menu, pencuci mulut tempatan dan antarabangsa, serta minuman menyegarkan. Persembahan muzik Aurora Buskers, kemudahan surau, lokasi berhampiran masjid, dan pakej staycation menjadikan pengalaman berbuka ini lengkap, selesa dan penuh makna Ramadan...

Read More  

Sunway Putra KL Hidang 'Santapan Ramadan Serantau' Pelayaran Rasa Menggoda Selera

Mengajak tetamu merentas rasa Asia Tenggara melalui bufet iftar 'Santapan Ramadan Serantau' di Sunway Putra Hotel KL yang menghimpunkan sajian ikonik dari negara-negara ASEAN. Dari pembuka selera segar hingga hidangan utama berempah dan pencuci mulut tradisional, pengalaman ini meraikan warisan kulinari serantau dengan teknik masakan asli dan bahan autentik. Stesen masakan langsung, pilihan makanan laut premium serta pakej penginapan eksklusif melengkapkan perjalanan Ramadan yang sarat makna. Dirangka untuk keluarga, korporat dan sahabat, Santapan Ramadan Serantau menjadi ruang kebersamaan yang menyatukan budaya, rasa dan kenangan sepanjang bulan mulia...

Read More  

‘Juadah Pasar Malam’ Restoran Rebung Chef Ismail: Sebuah Perjalanan Rasa Yang Menghidupkan Kenangan

Keindahan Ramadan sering membawa kita kembali kepada detik-detik kecil yang membentuk makna keluarga. Meja makan yang riuh, aroma juadah yang menghangatkan rumah, dan senyuman yang hadir tanpa dipaksa. Restoran Rebung Chef Ismail menghidupkan kembali keintiman itu melalui Bufet Hari Raya & Ramadan bertemakan “Juadah Pasar Malam”, berlangsung 27 Mac hingga 18 April 2026. Dengan tiga sesi setiap hari, tetamu menikmati gabungan hidangan raya dan menu pasar malam klasik. Harga berpatutan, masa fleksibel, serta kemudahan pembayaran pelbagai menjadikan bufet ini sebagai ruang berkumpul yang nyaman untuk keluarga, sahabat dan komuniti...

Read More  

Premiera Hotel KL Bawa Tetamu Menyusuri Rasa Lewat 'Lambaian Ramadan Dekat Di Hati'

Kembali menghidupkan kemeriahan iftar dengan tema “Lambaian Ramadan Dekat Di Hati”, Premiera Hotel Kuala Lumpur menawarkan pengalaman yang sarat rasa dan nilai kekeluargaan. Tahun ini lebih istimewa dengan kehadiran Seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud sebagai duta buffet, mengangkat aura nostalgia dan elegannya. Dari Kari Kepala Salmon hingga Kambing Panggang, setiap hidangan dirangka sebagai perjalanan rasa yang menghangatkan jiwa. Alunan ghazal Balle-Balle, kemudahan surau, dan suasana ballroom yang menenangkan menjadikan pengalaman berbuka lebih sempurna. Bufet berlangsung 19 Februari–18 Mac 2026 sebagai ruang untuk meraikan, menghargai dan kembali kepada diri...

Read More  

Rasa Hangat Ramadan Diraikan Bersama Di Sajian Serantau Kapitan Cafe, Santa Grand Signature KL

Mempertemukan rasa tradisi dengan sentuhan hotel kontemporari dalam suasana mesra dan selesa, Sajian Serantau Buffet Ramadan di Kapitan Cafe, Santa Grand Signature Kuala Lumpur bermula 6.30 petang hingga 10.00 malam, menampilkan hidangan serantau berasaskan resipi kampung yang nostalgik, disusun kemas untuk dinikmati tanpa tergesa. Tawaran harga Early Bird RM103 nett, kadar biasa RM140 nett, serta harga istimewa RM70 nett untuk kanak-kanak dan warga emas menjadikannya sesuai untuk keluarga dan iftar korporat. Keistimewaan tambahan ialah sesi sahur dari 4.30 hingga 5.45 pagi, menjadikan lokasi ini destinasi Ramadan sehenti di tengah Kuala Lumpur. Pengalaman ini meraikan kebersamaan, kesederhanaan, dan rasa pulang yang hangat...

Read More  

Durian King TTDI Kembali Beroperasi, Permulaan Semula Selepas 14 Bulan Terhenti

Setelah tertutup selama 14 bulan akibat salah faham lesen, Durian King TTDI akhirnya kembali menyapa pelanggan setia yang merindukan suasana lamanya. Gerai ikonik sejak 2015 ini mengembalikan hidangan terkenal seperti cendol durian bersaiz besar serta durian premium seperti Black Thorn dan Musang King. Pembukaan semula ini direalisasi melalui proses rayuan dan sokongan pelbagai pihak termasuk Pejabat Ahli Parlimen Segambut, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Kementerian Pertanian. Kini memasuki usia sedekad, Durian King TTDI meneruskan komitmen terhadap integriti, ketelusan dan peluang pekerjaan kepada anak muda tempatan. Dengan harga durian yang lebih rendah berikutan lambakan hasil, gerai ini melangkah semula sebagai destinasi utama pecinta durian seluruh Lembah Klang...

Read More  

Jelajah 5 Rasa MiCasa: Ramadan Menghubungkan Citarasa, Warisan dan Kelembutan Jiwa

Berbuka puasa bersama keluarga di MiCasa All Suite menjanjikan pengalaman rasa yang merentasi sempadan. 5 negara Asia dijelmakan dalam satu bufet bercirikan warisan dan keaslian rasa. Chef Adrian menata menu Sajian 5 Rasa (Melayu, Cina, India, Thai, Indonesia) dengan rempah asli Mahsuri Dagang; dari Kerabu Maggi yang tajam, Som Tam pekat, sehingga Lamb Madras yang sarat rempah. Aksi masakan secara langsung, stesen carving kambing panggang, serta pengakhiran manis seperti Pulut Mangga dan ABC memperkaya majlis Ramadan. Harga promosi awal memberi ruang untuk keluarga merasakan kelazatan bertaraf hotel tanpa perlu berlebih; suasana miCasa pula memeluk setiap meja dengan keramahan dan keselesaan...

Read More  

Shell Café Perkenal 5 Perisa Premium Donut Baharu untuk Nikmati On-the-Go

Menghadirkan sentuhan manis yang membangkitkan mood dan memberi nafas baharu kepada pengalaman persinggahan harian. Setiap donut hadir dengan identiti tersendiri daripada kemewahan Cookies & Cream, kehangatan Nutty Hazel, keriangan Strawberry Jelly, kesegaran Apple Glaze hingga ke elegansi Cocoa Delight. Dibuat menggunakan bahan premium seperti coklat Belgium dan vanila Madagascar, kesemuanya bebas perisa dan warna tiruan. Shell Café mengangkat misi menjadikan setiap kunjungan sebagai ruang untuk berehat, bukan sekadar berhenti. Sebagai pelengkap, promosi istimewa seperti “Buy 2 Donuts, Free Drink” serta ganjaran Shell App menambahkan lagi kemeriahan pelancaran ini...

Read More  

Pesta Cahaya, Citarasa dan Doa: Jom Raikan Deepavali di ibis KLCC Lewat ‘Lights & Flavours’

Membawa tetamu menyelusuri perjalanan gastronomi dari Ahmedabad ke Kuala Lumpur, ‘Lights & Flavours – A Diwali Celebration’ di ibis Kuala Lumpur City Centre bermula 18 hingga 31 Oktober 2025, bufet istimewa di Kampung Kitchen menampilkan 2 chef jemputan dari Novotel Ahmedabad iaitu Chef Shravan Kumar Sharma dan Chef Ajaypal Singh yang mempersembahkan keaslian masakan India seperti Butter Chicken, Rogan Josh dan Pani Puri. Dihidangkan dalam suasana meriah dengan tarian Bollywood, muzik langsung dan dekorasi berinspirasikan Deepavali, pengalaman ini menonjolkan kehangatan budaya, rasa dan kebersamaan. Dengan harga bermula RM45 dan pelbagai diskaun menarik, Lights & Flavours menjadi perayaan cahaya yang menyalakan selera dan hati...

Read More  

Dragon Hot Pot Lebar Sayap Ke Malaysia, Terima Pengiktirafan ASEAN Records Menjelang VM2026

Gelombang kehangatan dari Melbourne kini hadir ke Kuala Lumpur apabila Dragon Hot Pot membuka cawangan pertamanya di Low Yat Park, Bukit Bintang. Menggabungkan tradisi ‘malatang’ pedas Sichuan dengan konsep moden yang mesra Muslim, restoran berkeluasan 2,600 kaki persegi ini menandakan langkah berani ke pasaran Malaysia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan 162 pilihan bahan segar dan 10 asas sup hasil ramuannya yang dimasak lebih 12 jam, Dragon Hot Pot diiktiraf oleh ASEAN Records sebagai jenama mala hot pot Australia dengan pilihan terbanyak di rantau ini. Dirasmikan oleh Tourism Malaysia dan dimeriahkan persembahan budaya serta promosi istimewa, kehadiran Dragon Hot Pot bukan sahaja meraikan citarasa global tetapi juga menyemarakkan arena gastronomi tempatan...

Read More  

SHANTEA Dessert Lancar Cawangan Pertama di Mid Valley, Perkenal Manisan Warisan Sentuhan Moden

Kini menawan Mid Valley Megamall dengan cawangan pertamanya, SHANTEA Dessert memperkenalkan seleksi manisan berakar pada tradisi tetapi dilahirkan semula dalam olahan moden. Menu istimewa seperti Taufufah Bloom, Musang King Coco Cloud, Mango CocoMochi Hug, dan Orh Nee Cendol menghadirkan keseimbangan antara rasa nostalgia dan inovasi. Minuman eksklusif seperti Coconut Pistachio Soft Cloud dan Rosy Glow Tomato Soft Cloud pula menutup pengalaman dengan sentuhan ringan yang menyegarkan. Dengan falsafah Honest Ingredients, Heritage at Heart, Modern Delight, SHANTEA mengangkat warisan seperti sarang burung, gum peach, dan kolagen sisik ikan, lalu menyusunnya dalam sajian kontemporari yang memikat jiwa...

Read More