Fenomena Projek: High Council kini melangkah ke satu dimensi baharu menerusi KUDRAT 1968, prekuel yang mengangkat kisah permulaan sistem hierarki rahsia yang menjadi nadi kepada dunia High Council. Lebih menarik, Astro Shaw memperkenalkan pendekatan "Satu Cerita, Dua Format", yang pertama seumpamanya di Malaysia, apabila penonton bakal disajikan empat episod siri premium Astro Originals sebelum filemnya ditayangkan di pawagam. Dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith, naskhah terbitan PASAL Productions ini menjanjikan pengalaman penceritaan yang lebih mendalam, memperluaskan legasi High Council dengan perspektif segar serta naratif yang lebih berlapis...

Read More  

Sorakan di stadium tidak pernah lahir daripada pemain semata-mata. Di sebalik setiap jaringan, setiap kemenangan dan setiap detik mendebarkan, wujud ribuan penyokong yang setia meniupkan semangat tanpa mengenal waktu. Bersempena musim bola sepak dunia, WONDA Kopi Tarik, jenama kopi tempatan No. 1 Malaysia, melancarkan kempen "Semarakkan Sokongan Bersama WONDA" bagi meraikan budaya bola sepak yang telah menyatukan rakyat Malaysia sejak sekian lama. Kempen ini merangkumi iklan sinematik bersama Astro Shaw, siri dokumentari Kisah Di Sebalik Harimau, segmen khas di FLYFM, aktiviti digital serta pelbagai ganjaran eksklusif. Lebih daripada sekadar kempen pemasaran, WONDA meraikan semangat kebersamaan yang hidup dalam setiap sorakan penyokong negara...

Read More  

Sebuah kisah keberanian yang pernah mengharumkan nama Malaysia kini bersedia menawan layar perak menerusi TERBANG, filem terbaharu arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh. Diterbitkan oleh Astro Shaw, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September 2026, bersempena sambutan Hari Malaysia. Pelancaran treler dan poster rasminya membuka tirai kepada sebuah naskhah yang mengangkat semangat perjuangan, perpaduan dan kebanggaan terhadap tanah air. Dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Diana Danielle, Nam Ron dan barisan pelakon hebat lain, TERBANG menggabungkan aksi rali mendebarkan, emosi kekeluargaan serta semangat berpasukan dalam sebuah perjalanan yang membuktikan bahawa keberanian sebenar lahir apabila seseorang berani bangkit daripada kegagalan..

Read More  

Kadangkala cinta hadir dalam cara yang paling tidak disangka. Itulah yang dibawa oleh 'Mojoku Hilang!', filem romantik komedi terbaharu arahan Min Lim yang menemukan Mimi Lana dan pelakon Indonesia Adipati Dolken buat pertama kali di layar perak. Berlatarbelakangkan keindahan Perlis, filem ini mengisahkan kehilangan seekor lembu viral bernama Mojo yang tanpa disedari menjadi titik perubahan hidup seorang pemuda bandar dan gadis kampung yang mempertahankan tanah warisan mereka. Di sebalik jenaka yang menghiburkan, naskhah terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan ARGO Films ini mengangkat nilai cinta, pengorbanan, komuniti dan harapan. Mojoku Hilang! mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Julai 2026...

Read More  

Karya tempatan kini bukan sekadar menghiburkan, malah semakin membuktikan nilainya sebagai medium pemasaran yang berkesan. Kejayaan itu diterjemahkan apabila Astro Shaw dan Astro Gempak meraih tujuh pengiktirafan di MARKies Awards Malaysia 2026, menerusi filem Malam Terlarang, Abah Saya Uncle Mike dan program Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton. Pencapaian tersebut mengiktiraf keberkesanan kolaborasi kreatif bersama jenama seperti Wonda Coffee, 7UP, Mirinda dan Goodday dalam menghasilkan kempen yang bukan sahaja menarik perhatian, malah memberi impak kepada pengguna. Kejayaan ini memperlihatkan bagaimana penceritaan tempatan mampu berkembang melangkaui layar perak dan televisyen, menjadi jambatan yang menghubungkan emosi penonton dengan strategi pemasaran yang relevan, kreatif serta berkesan dalam landskap industri moden...

Read More  

Bakal menemui penonton Malaysia mulai 25 Jun 2026 dengan pendekatan seram yang berbeza daripada kebiasaan. Diarahkan oleh Charles Gozali, filem ini mengisahkan Darso, seorang penghibur jalanan yang kehilangan isteri akibat pembunuhan kejam sebelum jasad isterinya dirasuki entiti purba yang lahir daripada satu sumpahan. Dibintangi Marthino Lio, Clara Bernadeth, Derby Romero dan Dayinta Melira, naskhah ini bukan sekadar mengangkat elemen mistik dan ritual Indonesia, malah menyentuh isu kemiskinan, ketidakadilan sosial serta kehilangan yang mampu mengubah manusia menjadi "raksasa". Sebagai sebahagian daripada Universe Qodrat, Badut Gendong turut membuka laluan kepada pengembangan dunia sinematik yang lebih besar pada masa hadapan...

Read More  

Terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara. Bermula dengan rasa ingin tahu penonton, filem arahan Zulkarnain Azhar itu berkembang menjadi antara naskhah paling diperkatakan tahun ini hasil ulasan positif, reaksi tular di media sosial dan sokongan kuat dari mulut ke mulut. Menurut Zulkarnain, pencapaian tersebut merupakan hasil usaha seluruh pasukan produksi, para pelakon dan sokongan penonton Malaysia yang tidak putus-putus. Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd., Polong menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis. Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara...

Read More  

Muncul sebagai antara fenomena televisyen terbesar tahun 2026 apabila berjaya menyatukan penonton Malaysia dalam usaha merungkai misteri pembunuhan Ahyan. Sejak ditayangkan pada Mei lalu, siri premium terbitan Astro Shaw 'Good Boys Go To Heaven' mencetuskan gelombang teori dan perbincangan hangat di media sosial sehingga ramai penonton berada dalam “mod detektif”. Dengan lebih 58 juta tontonan, 9.5 juta capaian digital serta kedudukan dalam Top 10 Netflix selama enam minggu berturut-turut, siri ini membuktikan kekuatan penceritaan tempatan yang berani dan berbeza. Dibintangi Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amerul Affendi dan Sky Iskandar, siri ini turut mengangkat isu trauma serta kesihatan mental yang menyentuh emosi penonton...

Read More  

Terus mencipta momentum luar biasa apabila berjaya mengumpul kutipan RM14.2 juta sejak ditayangkan di pawagam seluruh negara. Pencapaian tersebut meletakkan filem arahan Zulkarnain Azhar itu semakin hampir ke satu lagi penanda aras penting iaitu RM15 juta. Menggabungkan elemen ilmu hitam, trauma warisan keluarga dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong berjaya menarik perhatian penonton menerusi penceritaan yang sarat emosi dan atmosfera seram yang mengganggu fikiran. Dibintangi Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis, filem ini terus menerima pujian daripada penonton serta penggiat industri, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling berjaya tahun ini...

Read More  

Filem aksi terbaharu arahan Adrian Teh, 'Chelot' melakar pencapaian luar biasa apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi kategori Babak Aksi ‘Single Take’ Terpanjang Dalam Filem. Rekod tersebut dicapai menerusi rakaman aksi tanpa henti sepanjang 5 minit 19 saat yang melibatkan laluan sejauh 1.9 kilometer menggunakan hanya satu kamera. Pembikinan babak berkenaan menuntut persiapan selama 150 hari, 60 jam raptai serta penglibatan 300 kru produksi dan 50 buah kenderaan prop. Diterbitkan oleh ACT 2 Pictures, GSC, Astro Shaw, SunStrong Entertainment dan Marvelous Culture & Film, Chelot menandakan kepulangan Adrian Teh ke genre aksi selepas kejayaan MALBATT: Misi Bakara dan dijangka menemui penonton di pawagam tahun ini...

Read More  

Fenomena filem seram tempatan Polong terus memperlihatkan kekuatannya apabila berjaya mencatat kutipan RM12 juta hasil gabungan tayangan awal dan 11 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara. Kejayaan tersebut membuktikan karya tempatan yang mempunyai identiti tersendiri masih mampu menarik perhatian penonton dalam jumlah yang besar. Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, Polong mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi menerusi gabungan elemen seram tradisional serta naratif psikologi yang lebih mendalam. Disokong oleh sambutan hangat penonton dan kejayaan Jelajah Bisikan Polong di Pantai Timur, filem ini terus menjadi bualan ramai serta mengukuhkan kedudukannya sebagai antara karya tempatan paling berjaya tahun ini...

Read More  

Fenomena filem seram tempatan Polong terus menunjukkan taringnya apabila berjaya mencatat kutipan RM10 juta hanya dalam tempoh singkat tayangan di pawagam seluruh negara. Selepas mencipta momentum awal dengan kutipan RM5.5 juta dalam empat hari pertama, naskhah arahan Zulkarnain Azhar itu kini melakar satu lagi pencapaian membanggakan hasil sokongan berterusan penonton Malaysia. Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong berjaya memikat penonton menerusi gabungan elemen seram tradisional tempatan dan naratif psikologi yang mendalam. Dibintangi Mimi Lana, Jun Lojong, Namron dan Nadiya Nisaa, filem terbitan Golden Star Pictures ini terus menjadi bualan hangat serta antara karya tempatan paling berjaya tahun ini...

Read More