Masih Teguh Carta Teratas Seorang Bintang, 'M. N47IR Cipta 4' Tetap Buat Bulu Roma Meremang!

Percaya atau tidak, malam yang paling indah selalunya bukan malam yang dirancang dengan sempurna. Sebaliknya, malam spontan yang membiarkan takdir menulis jalan ceritanya sendiri. Itulah yang berlaku sepanjang hampir empat jam berdansa di Konsert DATO' M.N47IR CIPTA 4. Lagu-lagu hadir mengikut susunan. Namun kenangan lahir tanpa amaran. Satu demi satu. Sedikit demi sedikit. Kemunculan Awie, Melly Goeslaw, Siti Nurhaliza dan Ziana Zain menjadikan malam itu semakin istimewa. Pada akhirnya khalayak sedar, yang akan dibawa pulang bukan sekadar melodi, tetapi detik-detik spontan yang tidak mungkin berulang lagi...

Read More  

Saat Langit Bukit Jalil Menjadi Rumah Kita, Hujan Hidupkan Semula Dua Dekad Sebuah Generasi

Dua puluh tahun bukan angka kecil buat sebuah band indie yang lahir daripada mimpi anak muda. Konsert Hujan XX: #Hujan20Tahun bukan sekadar meraikan usia, tetapi menjadi sebuah pertemuan besar antara ribuan Raingers dengan lagu-lagu yang membesarkan jiwa mereka. Selama hampir empat jam, Hujan menghidangkan 45 buah lagu merentasi seluruh era perjalanan muzik mereka dengan produksi yang kemas, emosi yang tulus dan tenaga yang tidak pernah surut. Pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai konsert solo band indie dengan kehadiran penonton terbesar pula menjadikan malam itu lebih bermakna—malam apabila sejarah dan kenangan bertemu pada pentas yang sama...

Read More  

Kerana Masih Ada 'Cinta Yang Tertinggal', Dewa 19 Buat Baladewa & Baladewi Tak Mahu Pulang

Konsert Dewa 19 “Cintaku Tertinggal Di Malaysia” di Unifi Arena menjadi sebuah perayaan nostalgia yang menghimpunkan ribuan peminat muzik Nusantara. Menampilkan Ari Lasso, Virzha, Ello dan Ahmad Dhani, malam itu dipenuhi lagu-lagu malar segar seperti Arjuna, Pupus, Roman Picisan, Kangen dan Separuh Nafas. Pembukaan mantap daripada Padi Reborn menambah kemeriahan sebelum Dewa 19 mengambil alih pentas selama hampir tiga jam. Dengan visual elegan, tata cahaya yang memukau serta lautan nyanyian bersama, konsert ini menjadi perjalanan emosional yang menghubungkan kenangan lama dengan rasa cinta yang masih hidup hingga hari ini...

Read More  

Zepp KL Tenggelam Dalam Demam Centyl, Naykilla Cipta Malam Yang Sukar Padam

Konsert solo Naykilla, Centyl in My Playground di Zepp Kuala Lumpur membuktikan bahawa fenomena Hip Dut bukan lagi sekadar trend media sosial. Dengan hampir 2,000 peminat memenuhi ruang dewan, Naykilla bersama DJ JEMSII menghadirkan malam penuh warna, kebebasan dan energi muda yang sukar dijelaskan dengan kata-kata. Disokong kemunculan RYO, Yung Caters dan Sophia Razak, konsert ini bergerak seperti sebuah pesta muzik moden yang meraikan persahabatan, ekspresi diri dan identiti generasi baharu. Daripada Bahasa Tubuhmu hingga Garam dan Madu, setiap lagu menjadi jambatan yang menyatukan ribuan suara dalam satu malam yang sukar dilupakan...

Read More  

GenKRU The Finale Bawa 15,000 Fanatika Naik Mesin Rentas Masa, Fefeeling Remaja Selamanya!

Menyuntik kembali ingatan zaman remaja dengan membuka pintu masa lalu yang telah lama tertutup, konsert GenKRU The Finale bukan sekadar penutup jelajah, tetapi sebuah perayaan emosi tentang sejarah, persahabatan dan legasi muzik Malaysia. Pelayaran menyeberangi dekad, di mana sorakan ribuan peminat kembali mengubat rindu terhadap era gemilang. Stadium Hoki Bukit Jalil malam itu berubah menjadi kapsul masa: lampu berkelip, tubuh bergoyang, dan suara menyatu dalam nyanyian lagu-lagu ikonik KRU. Meski masa telah berlalu, jiwa remaja, rasa cinta terhadap muzik, dan kenangan tetap hidup kuat, bergetar, bergema, dan menolak kita untuk percaya bahawa kenangan tidak akan pernah pudar...

Read More  

'Malam Ini Gua Rock' Terbakar Menyala, CIPTA 3 Kekal Bergema Di Nadi Fanatika M. N46IR Selamanya

Tanggal 27 September 2025, Axiata Arena menyimpan gema yang sukar terpadam. CIPTA 3: Malam Ini Gua Rock adalah sebuah peristiwa seni yang menyatukan ribuan jiwa di bawah panji-panji Rock. Dari dentuman awal “Isi Atau Kulit” hingga laungan klimaks “Apokalips” dan versi mengejut “Pawana”, setiap segmen membawa naratif berbeza. Kritik sosial, puisi cinta, renungan falsafah, hingga seruan perjuangan. Namun detik yang paling membekas hadir saat “Sentuhan Listrikmu” dilantunkan, membuat arena hening dalam lautan cahaya dan air mata. Lebih 3 jam, 18 lagu, dan barisan pemuzik elit menjadikan malam itu sebuah manifestasi tentang bagaimana seni sejati tidak pernah lapuk dimamah masa. M. Nasir sekali lagi membuktikan dirinya roh muzik nusantara yang tak terganti...

Read More  

Euforia Kenangan, Aura ELITE LIVE ’25 Masih Menyala, Legasi Tak Pudar, Terlerai Rindu Peminat

ELITE LIVE ’25 yang berlangsung pada 20 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre menjadi saksi kembalinya Linda, Sasha, Watie, Abby dan Azza selepas lebih dua dekad. Malam penuh emosi ini menghidupkan semula lagu-lagu ikonik seperti Ladiva, Mengerti, Aku Siapa Kau Siapa hingga Trauma dan G.I.G., membuat ribuan penonton seolah-olah kembali ke era 90-an. Kehadiran Alpha dan X-Factor menambah lapisan magis, terutama ketika duet Di Pintu Syurga mencipta momen yang membuat dewan berdiri. Walaupun usia dan masa sudah jauh berlari, vokal dan aura mereka masih teguh, membuktikan warisan muzik pop wanita Malaysia tetap berdenyut. Lebih daripada nostalgia, ia adalah malam penyatuan generasi, perayaan kenangan, serta pengakuan bahawa kisah ELITE belum selesai...

Read More  

Malam Prom Nite 'Ada Apa Dengan Melly' Bukan Perpisahan Tetapi Sampai Jumpa Lagi

Ingin saya lukis semua manis dan magis pada sebuah malam yang luar biasa itu Di tengah-tengah kerumunan lautan manusia yang membanjiri Axiata Arena pada malam 31 Mei 2025, saya berdiri tegak dalam balutan gaun gemerlap mengikut tema. Jantung berdegup lebih kencang dari kebiasaan. Di sebelah, sahabat -sahabat rapat media menjadi saksi kepada malam yang akhirnya melengkapkan trilogi perjalanan cinta saya terhadap Melly Goeslaw. Sebuah malam yang mencantum semula kepingan hati yang pernah retak oleh lirik-lirik Melly Goeslaw. Bukan kerana nostalgia semata, tetapi kerana ada sesuatu tentang Melly, tentang caranya membingkai cinta, kehilangan dan harapan, yang terlalu dekat untuk diabaikan. Klimaks kepada kisah 3 tahun berturut-turut di mana Melly menjelma bukan sebagai penyanyi, namun pendamping emosi...

Read More  

Empat Malam Penuh Bersejarah Meraikan KRU Lima Dekad, Satu Suara, Satu Jiwa Di Axiata Arena

Empat malam di Axiata Arena menjadi saksi sebuah perjalanan yang menghidupkan semula kenangan, menggamit hati yang pernah tumbuh bersama lagu-lagu KRU. Dari "Fanatik" hingga "Awas", setiap bait membawa rasa, menyulam semula cerita lama dalam warna baharu. Persembahan visual yang gah, kolaborasi lintas generasi, dan momen tribute kepada Sudirman mencipta malam-malam yang tak mudah dilupakan. Lagu-lagu dari album Kaset membuktikan KRU masih segar dan relevan, manakala kemunculan ELITE dan medley ciptaan KRU menambah kemegahan. Ini bukan sekadar konsert, tetapi penghormatan kepada satu era, satu generasi. KRU tidak sekadar kembali, mereka menyentuh, menyala, dan mengingatkan siapa kita yang pernah hidup bersama irama mereka. Sebuah perayaan jiwa...

Read More  

M. Nasir Sukses 'Cipta Raya' Yang Sempurna Di Malam Konsert 14 Syawal Bersama Ribuan Peminat

Mempertemukan keajaiban seni M. Nasir dengan semangat Aidilfitri di Zepp Kuala Lumpur, konsert 'Cipta Raya' mengubah ruang persembahan menjadi dimensi magis melalui permainan cahaya, visual digital, dan persembahan emosi. Lagu-lagu seperti "Satu Hari di Hari Raya" dan "Bonda" dihidupkan dengan sentuhan baru, manakala momen Palestin mencetuskan kesedaran kolektif penonton. Keunikan konsert dipertegas dengan jamuan kuih raya tradisional, mewujudkan suasana kemesraan. M. Nasir membuktikan dirinya bukan sekadar legenda nostalgia, tetapi pengkarya yang masih relevan, menjadikan 'Cipta Raya' bukan hanya konsert tetapi refleksi kolektif yang menyentuh dasar jiwa...

Read More  

Raikan CIPTA 2: Satu Hari Di Rumah Terbuka Hari Raya Dato' M. N45IR

Lokakarya diteruskan pada kesinambungan aturcara kedua di rumah terbuka hari raya dalam cetusan prodigy sensasi dan extraordinary seorang 'Sifu Seni' melalui notasi melodi dan simfoni bunyi eksotik unik gemersik yang epik. Dan tatkala jerit pekik 8,000 pecinta irama berkembang gema di Axiata Arena, semuanya masih tak mampu lari dari cahaya indah cipta pertama, bersambung pula di langit cemerlang cipta kedua. Bakalkah ada nikmat gembira cipta ketiga? jeng jeng jeng...

Read More  

Raikan CIPTA: Kembara Seni 45 Tahun Dato’ M. N45IR

45 tahun, bukanlah darmawisata singkat, seorang ‘Sifu Seni’ dengan anugerah talenta extraordinary, tetap kekal merendah diri. Padahal setiap melodi, setiap bunyi, setiap notasi dan setiap simfoni yang dicipta pasti bikin sensasi dan cetus prodigy tersendiri...

Read More