Perjalanan Dilan memasuki fasa baharu akhirnya mula diperlihatkan menerusi pelancaran poster dan treler rasmi Dilan ITB 1997. Selepas kisah cintanya bersama Milea menjadi fenomena, kali ini Dilan melangkah ke alam universiti dengan jiwa yang semakin matang dan pandangan hidup yang berubah. Kehadiran Ancika membawa warna baharu dalam kehidupannya, namun kenangan terhadap Milea masih menjadi sebahagian daripada perjalanan emosinya. Dibintangi Ariel NOAH, Niken Anjani dan Raline Shah, filem arahan Fajar Bustomi ini menampilkan sisi Dilan yang lebih dewasa tanpa menghilangkan sifat puitis yang membuatkan watak itu dicintai ramai. Dilan ITB 1997 dijadualkan menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 23 Julai 2026, membawa sebuah kisah tentang kehilangan, harapan dan keberanian untuk membuka hati sekali lagi...
Read More