Manoharan Periasamy Kembali Mengemudi Tourism Malaysia, Misi VM2026 Kini Bermula

Pelantikan YBhg. Datuk Manoharan Periasamy sebagai Pengerusi Tourism Malaysia menandakan satu fasa penting menjelang Visit Malaysia 2026. Berbekalkan lebih 30 tahun pengalaman dalam sektor pelancongan dan perkhidmatan awam, beliau pernah memegang pelbagai jawatan strategik termasuk mengetuai operasi promosi Malaysia di India selama lebih sedekad. Pelantikan ini dijangka memperkukuh hala tuju strategik Tourism Malaysia, khususnya dalam penyelarasan program promosi, penjenamaan destinasi dan kerjasama serantau. Dengan fokus terhadap pelancongan mampan serta pasaran antarabangsa berimpak tinggi, kepimpinan baharu ini diharap mampu memperkasa kedudukan Malaysia sebagai destinasi pilihan dunia menjelang VM2026...

Read More  

Kepimpinan Dan Haluan Baharu: Mohd Amirul Rizal Kemudi Tourism Malaysia Menjelang VM2026

Gelombang perubahan menyapa Tourism Malaysia dengan pelantikan YBrs. Encik Mohd Amirul Rizal bin Abdul Rahim sebagai Ketua Pengarah baharu berkuat kuasa 8 Disember 2025. Terbinanya pengalaman selama 23 tahun dalam dunia pemasaran dan promosi pelancongan menjadikan beliau figura yang tepat untuk membawa Malaysia ke pentas antarabangsa menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026). Dari pentadbiran Pejabat Negeri Terengganu hingga kepimpinan di Seoul, Korea Selatan, kariernya dikukuhkan oleh peranan strategik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital serta Ketua Sekretariat VM2026. Pelantikan ini mencerminkan keyakinan negara terhadap visi, kepakaran dan komitmen beliau untuk memperkasa industri pelancongan Malaysia memasuki era pertumbuhan baharu...

Read More  

Tourism Malaysia & Vivo Rangkul Teknologi Untuk Mengangkat VM2026 ke Pentas Dunia

Memeterai Memorandum Kolaborasi pada 9 Disember 2025, menandakan kerjasama strategik Tourism Malaysia dan Vivo untuk mengangkat promosi Visit Malaysia 2026 (VM2026) ke tahap global. Melalui penyatuan kepakaran pemasaran destinasi dan teknologi imejan mudah alih terkini Vivo, Malaysia bakal menampilkan kandungan visual yang lebih menarik untuk pengembara digital. Kolaborasi ini merangkumi pembangunan kandungan bersama, kempen pemasaran serantau serta aktiviti promosi di pasaran utama seperti China, India dan Asia Tenggara. Dengan sasaran 47 juta pelancong antarabangsa, kerjasama ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi wajib lawat bagi VM2026, terutama selepas negara mencatat 28.2 juta pelawat dari Januari–Ogos 2025...

Read More  

Tourism Malaysia Raih Asia Best Choice 2025: Anugerah Yang Mengangkat Martabat Destinasi Nusantara

Menerima penghormatan besar apabila dianugerahkan Asia Best Choice Tourism Organisation Award 2025 di Bandung, sebuah pengiktirafan yang mengangkat reputasinya sebagai organisasi pelancongan terunggul di rantau ini. Anugerah tersebut disampaikan kepada YBhg. Datuk Manoharan Periasamy dan diterima oleh Mr Hairi Mohd Yakzan, yang menegaskan bahawa kejayaan ini mencerminkan dedikasi pasukan Malaysia serta Indonesia dalam mempromosi Malaysia sebagai destinasi pilihan. Pencapaian ini menyusuli rekod lima tahun berturut-turut Tourism Malaysia sebagai National Tourism Organisation of the Year. Dari Januari hingga Ogos 2025, Malaysia mencatat 28.2 juta pelawat antarabangsa, peningkatan 14.5%. Dengan sasaran 47 juta pelawat menjelang Visit Malaysia 2026, Tourism Malaysia beriltizam memperkukuh strategi dan membina pengalaman pelancongan yang lebih berdaya tarikan...

Read More  

Charter Flight Warsaw-Langkawi: Gerbang Baharu Pasaran Eropah Tengah Untuk Malaysia

Penerbangan charter sulung LOT Polish Airlines menghubungkan Warsaw dan Langkawi pada 30 Oktober 2025, menandakan permulaan musim sejuk yang memberangsangkan bagi sektor pelancongan Malaysia. Dikendali menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner, penerbangan mingguan ini beroperasi hingga Mac 2026 di bawah kempen JP Winter Charter 2025/2026 oleh pengendali pelancongan Poland, ITAKA. Disokong melalui inisiatif Geran Sepadan Penerbangan Antarabangsa dan Charter (GSPC), kerjasama Tourism Malaysia, LADA dan LOT Polish Airlines ini mencatatkan kejayaan gemilang dengan 5,345 penumpang pada musim 2024/2025, mengatasi sasaran awal sebanyak 33%. Kedatangan pelancong Poland meningkat 40.5% pada 2025, mencerminkan potensi pasaran Eropah Tengah dan Timur menjelang Visit Malaysia 2026...

Read More  

Tourism Malaysia dan YTL Hotels Jalin Kerjasama Strategik Sempena Visit Malaysia 2026

Tourism Malaysia dan YTL Hotels menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 30 Oktober 2025 bagi memperkukuh promosi pelancongan Malaysia menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026). Kerjasama ini menyatukan kepakaran promosi global Tourism Malaysia dengan rangkaian hospitaliti YTL Hotels yang memiliki 35 hartanah di seluruh dunia. Melalui pelbagai kempen bersama, termasuk co-branding dan cross-marketing, usaha ini menyasarkan 47 juta pelancong antarabangsa menjelang VM2026. YTL Hotels turut mempromosikan kempen ini melalui agensi PR di UK, AS, Australia, Eropah, Singapura, Korea Selatan dan China. MoU ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang kaya budaya dan pesona...

Read More  

Ketika Lensa Merakam Jiwa Negara: 4 Juara Malaysia Photo Hunt 2025 Terukir Namanya

Balai Seni Negara menyaksikan detik bersejarah apabila empat nama cemerlang dinobatkan sebagai juara Malaysia Photo Hunt 2025. Pertandingan megah bertemakan "Surreal Experiences" ini mengumpul 2,310 foto dan 121 video dari rakyat Malaysia, pemastautin asing serta pelawat antarabangsa. Mohd Nazri Sulaiman, Toh Jern Yoong, Kelvin Pudun Denis dan Mrutyaunjai Sanjay Parab muncul sebagai pemenang dalam kategori masing-masing, membawa pulang pakej percutian mewah 4 hari 3 malam. Dengan jumlah hadiah mencecah RM400,000, inisiatif Tourism Malaysia ini membuktikan kekuatan seni visual sebagai medium promosi pelancongan yang autentik dan memukau...

Read More  

Merancang Destinasi Impian: Tourism Malaysia Gerakkan Sesi Strategik Global Kempen VM2026

Menuju kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026), Tourism Malaysia menggerakkan langkah strategik melalui Sesi Libat Urus Strategik Antarabangsa yang berlangsung dari 28 hingga 30 September 2025 di Kuala Lumpur. Dihadiri oleh pengarah-pengarah luar negara dari 29 pejabat antarabangsa serta rakan industri penerbangan, sesi ini menjadi platform memperkukuh hala tuju pelancongan negara ke peringkat global. Turut hadir, YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, yang menegaskan misi menjadikan Malaysia bukan sekadar destinasi, tetapi pengalaman yang mengubah jiwa. Dengan kerjasama FINAS, MyCEB, MM2H dan pelbagai agensi strategik lain, Tourism Malaysia menyusun naratif baharu pelancongan berasaskan kelestarian dan budaya. VM2026 dijangka menjadi simbol kebangkitan industri pelancongan Malaysia di mata dunia...

Read More