oleh: zizi hashim
Ruang Balai Seni Negara berubah menjadi panggung kehormatan tatkala Tourism Malaysia menggelar Majlis Penyampaian Hadiah Malaysia Photo Hunt 2025. Sebuah perayaan yang meraikan kepiawaian empat insan kreatif yang berjaya menangkap esensi keindahan negara melalui perspektif lensa mereka. Pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan, dari 1 Jun hingga 31 Ogos 2025, telah menjelma menjadi medan pembuktian bagi para pencinta fotografi dan videografi.
Bertemakan "Surreal Experiences", inisiatif megah ini merangkul penyertaan luar biasa: 2,310 karya fotografi dan 121 rakaman video berdurasi 30 hingga 60 saat yang memvisualisasikan keajaiban destinasi pelancongan Malaysia. Keterbukaan pertandingan ini menjadi daya tariknya tersendiri. Rakyat Malaysia, pemastautin asing, mahupun pelawat antarabangsa diberi peluang sama rata untuk berkongsi interpretasi visual mereka. Syarat penyertaan yang mensyaratkan bukti autentik resit penginapan di premis berlesen, tiket tarikan pelancongan, atau tempahan pengangkutan domestik bagi memastikan setiap karya lahir dari pengalaman melancong yang genuine.
YBrs. En Lee Thai Hung, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Tourism Malaysia, tampil meraikan para juara mewakili Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Empat Hadiah Utama berupa pakej percutian mewah 4 hari 3 malam untuk 4 orang diserahkan kepada individu-individu cemerlang yang telah dinilai oleh barisan panel hakim profesional.
Empat juara tersebut adalah Mohd Nazri Sulaiman yang menggenggam trofi Kategori Kamera – Foto, membuktikan ketajaman matanya menangkap momen extraordinary melalui teknologi konvensional. Toh Jern Yoong pula menguasai Kategori Kamera – Video, menghadirkan naratif visual bergerak yang memukau dan penuh emosi. Manakala Kelvin Pudun Denis menjuarai Kategori Telefon Pintar – Foto, menunjukkan bahawa kreativiti tidak terbatas pada peralatan mahal semata. Dan Mrutyaunjai Sanjay Parab merebut gelaran Kategori Telefon Pintar – Video, membuktikan kuasa teknologi mudah alih dalam mencipta konten berkualitas sinematik.
Kemeriahan majlis turut diperkayakan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori dan sub kategori. Kerjasama strategik bersama Perodua Malaysia, Canon, Sony, Samsung, OPPO dan Huawei menjadikan jumlah keseluruhan hadiah pertandingan ini mencapai angka mengagumkan: RM400,000.
Sokongan padu dari pelbagai pihak turut mewarnai kejayaan Malaysia Photo Hunt 2025. Perodua Malaysia, Batik Air, Sabah Tourism Board, Tourism Melaka, Tourism Johor, Langkawi Development Authority (LADA), Penang Global Tourism, Sarawak Forestry Corporation, PULSE Group, KL Tower, The Waterfront Hotel Kuching, A'Famosa Resort, dan Yeos Malaysia Sdn. Bhd. berganding bahu sebagai rakan penaja, membuktikan komitmen kolektif terhadap agenda pelancongan negara.
Malaysia Photo Hunt 2025 mengukuhkan tesis bahawa seni visual berfungsi sebagai katalis yang ampuh bagi industri pelancongan. Inisiatif seumpama ini mengkatalisis pertumbuhan pelancongan domestik dan antarabangsa, sekaligus mengangkat martabat bakat seni visual tempatan ke persada yang lebih gemilang.
Melalui Tourism Malaysia – agensi di bawah naungan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya – Malaysia terus dipromosikan sebagai destinasi pelancongan pilihan. Sejak penubuhannya, Tourism Malaysia telah berkembang menjadi pemain dominan dalam industri pelancongan antarabangsa. Penganjuran kempen Melawat Malaysia 2026 bakal meraikan kelestarian industri pelancongan negara selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).
Selain itu, Tourism Malaysia turut menyokong Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) ke arah merealisasikan Tahun Melawat IMT-GT 2023-2025 bagi mempromosikan wilayah serantau sebagai destinasi pelancongan tunggal. Malaysia Photo Hunt 2025 bukan sahaja pertandingan, ia adalah manifestasi impian, dedikasi dan cinta terhadap tanah air yang diabadikan melalui setiap piksel dan frame.