Bakal menjadi penutup paling membara kepada trilogi agung karya M. Nasir, konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 bertemakan 'Malam Ini Gua Rock'. Bukan pementasan biasa, tetapi ledakan nostalgia dan kuasa ciptaan sang sifu yang selama ini menjadi tulang belakang kepada lagu-lagu rock teragung Nusantara. Dari Sejati ke Pawana, M. Nasir akan membawakan sendiri lagu-lagu rock ciptaannya dalam gaya yang belum pernah dipertontonkan. Dihangatkan lagi dengan tema pakaian “Rock Cara Lu…Janji Rock”, Axiata Arena akan bergema pada 27 September 2025 dalam satu malam yang menjanjikan keterujaan luar jangka. Bersama Etiqa sebagai rakan strategik utama, ini bukan malam biasa. Ini adalah malam terakhir trilogi dan ia dijanjikan sebagai malam yang tak akan berulang. Jangan cuma tonton dari skrin. Hadir! Saksikan!

Read More  

Permata jazz-R&B Malaysia, Noryn Aziz, menghadirkan persembahan intim yang menyentuh jiwa di Auditorium DBKL pada 19 September 2025. 'This Is Noryn Aziz' merupakan refleksi autentik perjalanan artistik beliau yang merentasi beberapa dekad, menggabungkan kekayaan jazz, soul dan R&B dengan sentuhan Malaysia yang unik. Persembahan eksklusif ini dibahagikan kepada dua babak sinematik - Jazz & Soul yang menampilkan karya seperti "Kaki Kiriku" dan "Syurga Sempurna", diikuti babak Celebration yang meledak dengan R&B kontemporari dan nostalgia lagu-lagu seperti "Fantasi O Realiti". Hanya 500 penonton bertuah akan merasai kedekatan istimewa dengan legenda muzik ini dalam suasana yang penuh emosi dan kehangatan. Satu malam yang pasti dikenang abadi...

Read More  

Muncul sebagai suara baharu dalam dunia muzik folk dan indie Malaysia, Ki Misri bermula dari bilik kecil dan video TikTok, kini suaranya menembusi sempadan, dengan jutaan pendengar dari Malaysia hingga Indonesia. Ki menyulam lagu dari cerita komuniti dan pengalaman yang dibacanya di ruangan komen, menjadikan setiap karya terasa akrab, tulus dan menyentuh. Meski wajahnya kurang dikenali, audionya viral dan sering disangka milik penyanyi Indonesia. Kini bersama MAP Music, Ki melangkah ke pentas besar menerusi konsert Muzik Kita, membuktikan bahawa suara jujur tetap punya tempatnya. Lagu-lagunya bukan sekadar hiburan, tetapi suara hati yang merawat dan mengingatkan bahawa kesunyian juga punya irama...

Read More  

Bakal berlangsung pada tanggal 20 September 2025 di Mega Star Arena Kuala Lumpur, adalah sebuah pengembaraan sinematik yang menghimpunkan nostalgia, seni dan warisan. Dengan susun atur tempat duduk berdasarkan watak-watak ikonik filem P. Ramlee, penonton dibawa menyusuri babak-babak hidup seniman agung itu melalui muzik dan naratif pentas. Diterajui 60 pemuzik orkestra dan 4 maestro muzik ternama iaitu Dato’ Ramli MS, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap dan Michael Veerapen. Konsert ini turut menampilkan artis legenda seperti Jamal Abdillah, Ella, Liza Hanim dan generasi baharu termasuk Mimi Fly dan Nadeera. Acara ini adalah sebahagian daripada Projek Perdana P. Ramlee, bukan sekadar persembahan, tetapi kesinambungan cinta terhadap seorang tokoh seni abadi...

Read More  

Bakal berlangsung pada 2 Ogos 2025 di MAEPS Serdang Hall A menyatukan generasi pencinta muzik bawah tanah dari era 90-an hingga kini. Diterajui oleh Hard Global Ventures, acara ini menampilkan barisan artis legenda dan baharu termasuk Butterfingers, Monoloque, Ki Misri, Fugo, Fimie Don, Satwo, Heidi Moru, Salammuzik, serta band dari Indonesia, Nosstress. Menggabungkan semangat grunge, puisi dan ekspresi bebas, konsert ini mengangkat muzik sebagai wadah penyatuan merentas generasi. Aril Pilus sebagai penganjur mahu menjadikan acara ini ruang pendidikan muzik alternatif dan penghormatan antara generasi lama dan baharu. Persembahan istimewa termasuk lagu-lagu klasik Butterfingers, kemunculan tetamu khas Monoloque dan pelbagai gaya muzik menjanjikan malam yang penuh rasa, kenangan dan kebersamaan...

Read More  

Cakra Khan Divine Concert bakal menjadi pentas suci bagi suara yang lahir dari luka dan cinta. Selepas 11 tahun, penyanyi bersuara serak yang menyentuh ini kembali dengan album Divine, dan kini membawa magisnya ke dua kota: Singapura (18 Julai 2025) dan Kuala Lumpur (2 Ogos 2025). Peminat bakal dibawa mengembara melalui lagu-lagu baharu dan tembang ikonik seperti Kepada Hati, Mencari Cinta Sejati dan Kekasih Bayangan. Dianjurkan oleh Shiraz Projects, konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah pengalaman rohani. Bagi mereka yang percaya bahawa muzik mampu menjadi pelukan kepada jiwa, Divine Concert ialah malam yang wajib disaksikan dengan seluruh rasa...

Read More  

Kembali merangkul pentas sebenar buat pertama kalinya menerusi ELITE LIVE ‘25 setelah sekian lama hanya dikenang melalui siaran radio dan video digital. Pada 20 September 2025, lima figura ikonik iaitu Linda, Sasha, Watie, Abby dan Azza bakal mempersembahkan rangkaian lagu-lagu yang pernah menjadi nadi generasi 90-an di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Dianjurkan oleh Icon Entertainment, konsert ini bukan sekadar sambutan ulang tahun ke-30 ELITE, tetapi juga penzahiran cinta dan penghargaan kepada peminat setia. Tiket mula dijual 26 Jun 2025 di www.ticket2u.com.my/elite. Sebuah malam yang dijanjikan penuh gemerlap, emosi dan memori yang bakal disulam kembali antara pentas, penyanyi dan hati yang pernah bergetar bersama...

Read More  

Membuka tirai fasa pertamanya dengan sosok istimewa dari Jakarta, Bilal Indrajaya, sebagai peluru perdana, Panggung Purnama dijadualkan berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur, di bawah anjuran UdaraLaskhar. Bilal, yang dikenali menerusi lagu Biar, serta kolaborasi bersama Noh Salleh dan Romantic Echoes, dipilih kerana kekuatan seninya yang menyentuh dan aura puitis yang mengesankan. Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi perayaan rasa dan hubungan emosi antara pengkarya dan pendengar. Panggung Purnama akan diteruskan dengan fasa kedua dan finale yang akan diumumkan kelak. Jangan lepaskan peluang menyertai malam yang dijanjikan sebagai momen tak terlupa dalam takwim muzik tanah air...

Read More  

3 dekad membina jaring muzik yang penuh warna dan bisa, Spider kini keluar dari sarang dengan versi paling jujur mereka, Spider Unplugged. Bak labah-labah yang sabar merajut benang, setiap lagu akan dipersembahkan dalam bentuk akustik yang tulus, mengendap pelan-pelan ke dasar jiwa. Konsert ini akan berlangsung di Mega Star Arena Kuala Lumpur pada 25 Oktober 2025, dianjurkan oleh Naga Legend Entertainment, menampilkan Tam, Aie, Iss dan Pown dalam persembahan yang menekankan keindahan sunyi dan kekuatan getar sebenar. Ini sebuah malam untuk terjerat dalam jaring kenangan yang selama ini menggantung di antara suara dan rasa...

Read More  

Sebuah penghormatan penuh jiwa kepada seniman agung negara, Tan Sri P. Ramlee, yang bakal berlangsung pada 20 September 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Tanahair Films di bawah payung Projek Perdana P. Ramlee, konsert ini menggabungkan elemen klasik, kontemporari dan sinematik dengan gubahan 30 karya agung oleh empat maestro tersohor, Dato’ Ramli MS, Datuk Mokhzani Ismail, Helen Yap dan Michael Veerapen. Penonton bakal disajikan persembahan ikonik oleh Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Datuk Zainalabidin, Liza Hanim dan ramai lagi, termasuk penampilan khas 3impersonator P. Ramlee. Konsert ini adalah simbol warisan budaya yang terus hidup, merentas masa dan menyatu generasi melalui seni yang tidak pernah padam nilainya...

Read More  

Menyusup ke ruang rahsia dunia perisikan Masraya, mengangkat kisah Surya Gabriel, seorang perisik wanita berkaliber yang dihantar menyusup ke dalam jaringan pemberontak. Namun, misinya menjadi rumit apabila hubungan dengan aset yang direkrut berubah menjadi dilema peribadi. Di antara pengkhianatan, manipulasi, dan tekanan dalaman, Surya terperangkap antara tugas dan naluri hatinya. Dibayangi trauma, tekanan mental dan realiti yang tak terduga, dia harus memilih antara integriti atau emosi. Siri ini mengetengahkan kekuatan wanita dalam dunia lelaki, serta membongkar isu tersembunyi seperti kesihatan mental dan ketidakseimbangan kuasa. Honey Trap adalah kisah ketegangan psikologi, identiti yang tercalar, dan keberanian seorang wanita berdiri teguh dalam dunia yang tidak pernah jujur padanya...

Read More  

Bakal menghimpunkan emosi, puisi dan nyanyian dalam sebuah malam yang penuh makna pada 19 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Konsert ini menandakan kemunculan kali ketiga solois Indonesia yang penuh jiwa ini ke pentas Malaysia, membawa lagu-lagu hits dari album “RIUH” serta karya terbaru dari album keduanya, “Hitam Putih”. Album ini menggambarkan fasa hidup Feby Putri yang penuh perenungan antara kehilangan, kekuatan dan penemuan diri. Gabungan lirik jujur dan susunan muzik yang mendalam bakal menyentuh perasaan penonton. Dengan tiket berkonsep unik seperti HALU, USIK dan DIRI, konsert ini adalah pengalaman emosi yang akan terus dikenang. Sebuah malam syahdu untuk hati yang pernah retak dan pulih lagi dan lagi...

Read More