Mengangkat kisah Melor, seorang wanita yang selepas kematian ibunya terpaksa mewarisi saka keluarga, sebuah warisan gelap yang mula membelit hidupnya. Saat entiti itu kian mencengkam, Melor berpacu dengan masa untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada menanggung nasib sama. Berlatar Malaysia era 1950-an, filem ini menghadirkan seram yang berpaut pada mitos Nusantara, sambil menyingkap dilema keibuan dan pengorbanan. Diarahkan oleh Shamyl Othman (Rahsia), dengan skrip oleh Fariza Azlina Isahak (Kami The Movie, Songlap), Khadam dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan “Ratu Seram Indonesia” Aghniny Haque. Dihasilkan Red Communications dan Komet Productions dengan sokongan antarabangsa, naskhah ini menjanjikan pengalaman seram beremosi yang menjangkau sempadan budaya...

Read More  

Penyanyi berbakat besar di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Nadeera melakar sejarah baharu apabila dipilih oleh RTM untuk mewakili Malaysia ke ABU Song Festival 2025 yang bakal berlangsung pada 13 September di Tsonjin Boldog, Mongolia. Di pentas berprestij itu, Nadeera bakal mempersembahkan lagu hitnya “Bukan Lagi Kita”, sebuah karya yang melonjakkan reputasinya sebagai antara vokal terbaik generasinya. Bagi Nadeera, setiap nota yang dilantunkan adalah doa dan harapan buat tanah air. Pemilihan ini menjadi tanda kepercayaan terhadap bakat serta disiplin seninya, selain mengangkat semangat Malaysia di mata dunia. Disokong oleh Rocketfuel dan RTM, Nadeera melangkah penuh tekad untuk mengharumkan nama negara, sambil menghubungkan jiwa penonton Asia melalui bahasa universal muzik...

Read More  

Filem romantik fantasi arahan Yandy Laurens yang telah mencuri hati lebih daripada 3 juta penonton di Indonesia. Kisahnya mengangkat perjalanan cinta dengan sentuhan fantasi yang menyentuh nurani, menjadikannya karya paling laris dalam karier Yandy. Filem ini diumumkan pada 8 September 2025 sebagai wakil rasmi Indonesia ke Academy Awards (Oscar) 2026 dalam kategori Best International Feature Film, dipilih oleh Komite Seleksi Oscar Indonesia di bawah PPFI. Dibintangi Sheila Dara, Dion Wiyoko, bersama pelakon antarabangsa Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus, naskhah ini menampilkan kolaborasi produksi antara Indonesia dan Kroasia. Selepas kejayaan besar di tanah air, filem ini bakal menyapa pawagam Malaysia mulai 25 September 2025, dengan Primeworks Studio sebagai rakan pemasaran rasmi...

Read More  

Ilham tercetus daripada kolaborasi Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan ASWARA bersama Neo Gendang Records yang menggabungkan dua ikon rock tanah air, Edrie Hashim dan kumpulan Candy Malaysia. ASWARA menjadi lokasi sulung siri jelajah universiti ini, dengan objektif meraikan sumbangan legenda rock, membuka ruang pembelajaran praktikal kepada pelajar serta menghidupkan kembali minat generasi muda terhadap muzik rock tempatan. 'Pistol & Bunga' itu sendiri adalah sebuah metafora, Pistol melambangkan tenaga raw dan keberanian manakala Bunga, simbolik mawar yang lembut mewangi. Ujibakat khas diadakan untuk melahirkan sebuah band baharu yang bakal beraksi bersama Candy dan Edrie pada 20 September 2025 di Orchestra Hall ASWARA. Jelajah ini akan diteruskan ke UiTM Shah Alam pada Januari 2026 dan sedang dirancang untuk universiti lain di Malaysia...

Read More  

Lahir seiring fenomena Blood Moon, gerhana bulan penuh yang sering dikaitkan dengan mistik dan ritual hitam. Berlatar kepercayaan itu, filem ini mengisahkan seorang lelaki yang sejak kecil terjerat dalam legasi keluarganya yang mengamalkan ilmu hitam. Warisan gelap itu mula mencengkam hidupnya, memaksanya bergelut antara takdir dan usaha membebaskan diri. Kisahnya menyingkap makna qifarah, balasan terhadap dosa dan perbuatan syirik yang menyimpang dari jalan kebenaran. Adakah dia mampu memutuskan rantaian sumpahan, atau menjadi korban seterusnya dalam lingkaran hitam yang tidak berkesudahan? Diterbitkan Skop Productions dengan kerjasama MyWay Pictures dan Primeworks Studios, serta dibintangi Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Liyana Jasmay, Qifarah bakal menghantui pawagam bermula 9 Oktober 2025...

Read More  

Lebih kotor, lebih bising, lebih 'hidup', Roncas memilih untuk membentuk garis takdir mereka sendiri dengan mengusung identiti liar, tak terkawal dan jujur dalam setiap notasi. Seiring kempen promosi berskala lebih besar dari penstriman hingga merchandise khas kolaborasi jenama tempatan, MV rasmi “Jahal” pula dijangka melanjutkan perjalanan dalam jalur visual yang sama-sama gila dan berani. Diperkuatkan oleh sokongan Dana Kandungan Kreatif Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Venture, menjadikan Roncas salah satu wajah yang menolak sempadan muzik alternatif Malaysia. Setiap lagu hadir dengan darah dagingnya sendiri. Sinis, lantang, gelisah, namun tetap sarat harapan. Disinilah ruang bagi menyelami sisi paling tulen Roncas, tanpa kosmetik berlebihan, hanya bunyi jujur yang lahir dari jiwa...

Read More  

Menyingkap kisah Kalsum, seorang gadis tabah yang memilih untuk menjaga adiknya Rose Ameena, anak istimewa sindrom Down yang dibuang keluarga sendiri kerana dianggap sial. Dalam kepayahan hidup, Kalsum berjuang mempertahankan kasih sayang yang tersisa, meski jalan penuh ranjau. Kehadiran Qiuzi, mekanik sederhana namun berhati luhur, seakan memberi sinar baharu, membawa kelembutan dan pengharapan. Namun kedamaian itu tidak bertahan lama apabila muncul Hayden Hayyan, lelaki kompleks yang menyimpan luka dan amarah, lalu menggoncang kehidupan mereka. Di antara hijau yang menenteramkan dan merah yang meresahkan, penonton dibawa menelusuri roller coaster emosi, menyaksikan perjuangan cinta, pengorbanan, dan keberanian seorang anak kecil yang hanya mendambakan rumah tanpa luka...

Read More  

Me.N.U membawa penonton menyusuri perjalanan Lisa, seorang wanita yang berani mempertahankan impian menjadi chef meskipun berdepan tentangan keluarga dan cabaran yang menekan jiwa. Tekadnya makin diuji apabila kerjayanya tergugat selepas membela rakan sekerja, lalu dia berusaha membuka restoran sendiri. Namun, hasrat itu terhalang apabila pinjamannya ditolak oleh Haris, seorang pegawai bank yang kemudian menjadi lawannya dalam setiap pertengkaran. Di sisi Haris, wujud kisah lain: rancangannya melamar Alya Nova (Puteri Awani) tidak kesampaian, membuka ruang hubungan yang perlahan berubah antara dia dan Lisa. Dalam dilema cinta, impian dan keluarga, Lisa perlu memilih jalan hidupnya. Drama 10 episod ini adalah kisah tentang cinta, keberanian dan semangat untuk terus berdiri...

Read More  

Melangkah ke era baharu apabila rasmi bernaung di bawah label ternama Rocketfuel Entertainment. Perjalanan segar ini disambut dengan dua karya penuh jiwa, “Emas”, balada mellow bernuansa rock yang sudah dilancarkan bersama video muzik rasmi, serta “Bayangan”, runut bunyi eksklusif untuk filem aksi Magik Rompak yang bakal menghentak pawagam mulai 11 September 2025. “Emas” menjadi simbolik titik mula buat Sharul, tanda kerjaya muziknya melakar permulaan baharu yang lebih besar. Sementara itu, “Bayangan” yang ditulis bersama rakan seiring, Aepul Roza, mengandungi kekuatan melodi dan naratif, menjadikan ia pilihan tepat sebagai OST filem berskala besar. Dengan sokongan Rocketfuel, Sharul yakin dapat membawa muziknya ke tahap lebih tinggi, menembus hati pendengar serantau dengan vokal bertenaga dan karya tulus penuh emosi...

Read More  

Kembali menyapa peminat dengan dua hadiah istimewa, single segar “Kaki Kiriku” dan persembahan intim This Is Noryn Aziz Showcase pada 19 September 2025 di Auditorium DBKL. Lagu ciptaan Reza Salleh dan Hin Ee Jeng ini membawa misi kecil Noryn untuk mengangkat bahasa dan budaya melalui muzik, dengan gabungan Jazz Joget Revival yang rancak, klasik dan penuh jiwa. Uniknya, "Kaki Kiriku" menggunakan permainan tongue twister Melayu, menjadikan bahasa sebagai elemen hiburan yang menyeronokkan. Muzik video arahan Revo memperlihatkan Noryn anggun dalam kebaya, simbol keanggunan dan warisan wanita Melayu. Showcase pula menjanjikan malam dua babak, Jazz & Soul serta R&B Celebration menghadirkan perjalanan muzik peribadi Noryn yang sarat emosi, perayaan budaya, dan refleksi jujur tentang siapa dirinya sebagai seniman dan anak Malaysia...

Read More  

Hello Bam Bam ialah drama TikTok CSR yang sarat emosi, mengangkat kisah tentang trauma, depresi dan perjuangan kasih sayang. Ceritanya berputar pada Awin seorang khunsa yang pernah melalui penderaan dan buli hingga meninggalkan luka batin. Hidupnya berubah apabila bertemu Deddy yang memberinya ruang untuk bermula semula, lalu dipertemukan dengan Jojo, seorang tomboy yang juga berperang dengan duka silam. Kehadiran Bam Bam, seorang kanak-kanak terbiar yang hampir diperdagangkan oleh ayahnya (Sofi Jikan), mengikat mereka sebagai sebuah “keluarga baharu”. Walaupun dihimpit kemiskinan dan ancaman musuh seperti Black (Kodi Rasheed) dan Cik Wawa (Maria Farida), mereka tetap melawan dengan kekuatan cinta, solidariti dan harapan yang tidak pernah padam...

Read More  

Konsert Fenomena Samurai menghimpunkan dua legenda rock Malaysia, Search dan XPDC, dalam sebuah penyatuan epik pada 13 Disember 2025 di Stadium Sarawak, Kuching. XPDC yang dianggotai Izo, Lola, Eddie, Arif dan Mamu, bersama Search yang diterajui Din dan Kid, akan menghidupkan kembali semangat rock yang pernah menggoncang tanah air sejak era 80-an. Konsert ini dianjurkan oleh Seni Simfoni dan Bintang Batu Event, dengan sokongan Rampage Studioworks dan penaja Yellowhello, menitikberatkan mutu bunyi, persembahan serta kualiti keseluruhan produksi. Tiket telah mula dijual pada harga promosi bermula RM90 hingga RM250, manakala harga normal dari RM129 hingga RM359. Fenomena Samurai adalah detik bersejarah yang wajib diraikan oleh semua peminat Search dan XPDC...

Read More