Mengisahkan Syawal, anak yatim yang mencari ayah kandungnya dan menemukan kebenaran pahit yang menggoncang dunia kecilnya. Disutradarai oleh Bahri Umar, ditulis oleh Tommy Loh dan diterbitkan oleh Sha’s Media, drama ini menggabungkan emosi dan kejujuran dalam 15 episod. Turut dibintangi oleh Scha Elinnea, Azhar Sulaiman, Fezrul Khan, Jasmin Hamid, Syahmie Thsaqeef, dan Shalma Eliana, ia ditayangkan mulai 23 Oktober 2025 setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di TV3 (slot Samarinda) dan 24 jam lebih awal di Tonton. Bintang Di Langit Syawal adalah perjalanan mencari kasih, memaafkan masa lalu dan menemukan cahaya dalam gelap yang paling panjang...

Read More  

Dua dekad selepas fenomena 'Ada Apa Dengan Cinta?', kisah cinta ikonik itu kembali bernafas dalam versi baharu berjudul 'Rangga & Cinta', arahan Riri Riza. Mengisahkan pertemuan antara Cinta, pelajar popular yang penuh semangat, dan Rangga, pelajar pendiam yang mencintai puisi, filem ini menerokai perjalanan dua jiwa muda yang saling menemukan diri melalui kata-kata dan emosi. Dengan lakonan mantap Leya Princy dan El Putra Sarira serta sentuhan penerbit Mira Lesmana, Toto Prasetyanto dan Nicholas Saputra, filem ini membawa gabungan keindahan puisi, muzik dan visual yang menggamit kenangan AADC, namun dengan jiwa moden yang segar. Rangga & Cinta bakal ditayangkan di seluruh Malaysia mulai 6 November 2025...

Read More  

Perayaan dua dekad perjalanan kumpulan nasyid tersohor UNIC, “This Is UNIC: Live In Concert” akan berlangsung pada 20 Disember 2025 di Idea Live Arena, Kuala Lumpur. Diterajui oleh Bazli, Dr. Fitri dan Fakhrul, konsert anjuran Triple Am Global ini menampilkan persembahan berkonsepkan perjalanan spiritual dan muzik dari era awal hingga kini. Penonton bakal menikmati lagu-lagu ikonik seperti “Hanya Tuhan Yang Tahu” dan “Ainul Mardhiah” dengan susunan baharu, serta kemunculan artis jemputan istimewa. Lebih daripada hiburan, konsert ini adalah manifestasi cinta, kenangan dan semangat dakwah yang tidak pernah pudar dalam dunia nasyid moden...

Read More  

Membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya, 'Selingkuh' penuh keberanian, kejujuran dan letusan emosi yang tidak berselindung. Dicipta oleh Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush, lagu ini menggabungkan tenaga rock dengan sentuhan elektronik moden, menjadikan ia karya yang terasa raw namun segar. Jimi menyelami sisi manusiawi seorang yang dikhianati: antara marah dan redha, kecewa dan kebangkitan. Setiap bait lirik yang tajam seperti “duit habis kau sapu” bukan sekadar luahan hati, tetapi cermin kepada realiti cinta yang retak. Selingkuh membuktikan evolusi Jimi sebagai penyanyi yang tidak takut menyerlahkan emosinya di hadapan dunia, menjadikan kejujuran sebagai bentuk pemberontakan paling indah...

Read More  

Bakal berlangsung pada 1 Februari 2026, jam 8.20 malam di Axiata Arena Bukit Jalil. Diterbitkan oleh ICON Entertainment, konsert ini meraikan dua dekad setengah perjalanan seni kumpulan nasyid terkenal Inteam, yang dianggotai oleh Hazamin, Syahril, Rahim dan Hisyam. Selain persembahan istimewa lagu-lagu hit mereka seperti Nur Kasih dan Kerana Cinta, 6 pembeli tiket bertuah bakal memenangi pakej umrah tajaan Jay Ibrahim Al Islam Travel & Tour bernilai RM8,999 setiap seorang. Harga tiket bermula dari RM168 hingga RM488 dan boleh didapato di ticket2u.com.my bermula 24 Oktober 2025. Konsert ini menjanjikan malam penuh makna, zikir, dan kenangan...

Read More  

Setiap kesalahan meninggalkan jejak, dan setiap jiwa berdosa akan menemui qifarahnya. Filem Qifarah, arahan Ghaz Abu Bakar, menelusuri sisi tergelap manusia, antara kejahatan, penyesalan, dan pembalasan yang tak terelak. Diterajui oleh Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Liyana Jasmay, naskhah ini menghidangkan pengalaman sinematik yang sarat emosi dan penuh kejutan. Dengan sinematografi yang menawan, bunyi yang menggigit jiwa serta plot twist yang tidak disangka, Qifarah menjelmakan ketakutan dalam bentuk paling manusiawi. Lebih daripada kisah hantu, ia adalah renungan terhadap dosa dan karma yang menanti. Kini menghantui pawagam seluruh Malaysia, jangan biarkan ia berlalu tanpa anda menyelaminya...

Read More  

Aslin, wanita yang ditemui parah akibat kemalangan, terbangun tanpa ingatan dan mula menjalani hidup sebagai isteri kepada Uzzam Zulkarnaen, lelaki yang keras hati dan penuh amarah. Namun takdirnya berputar apabila dia menyedari dirinya bukan Aslin, tetapi Airina, dan rumah tangga yang dibinanya hanyalah ilusi penuh muslihat. Antara cinta yang hancur dan dendam yang belum padam, mereka berdua terperangkap dalam permainan takdir dan dosa lama. Dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Emma Maembong, drama arahan Harris Fadzillah ini diterbitkan oleh SR One Sdn. Bhd. dan Siti Rosmizah, serta disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria melalui slot MegaDRAMA...

Read More  

Dua jiwa dari dunia berbeza yang disatukan oleh cinta, lalu diuji oleh takdir dan keimanan. Asyiqeen, gadis yang dibesarkan tanpa bimbingan agama, memikul beban hidup sambil mencari makna kasih sebenar. Pertemuannya dengan Ivan, lelaki kacukan yang hidup tanpa arah spiritual, membuka jalan kepada sebuah perjalanan batin tentang cinta, agama, dan pengampunan. Adaptasi daripada novel Liza Nur ini menggabungkan emosi, kerohanian dan realiti, dibintangi barisan pelakon ternama termasuk Dato’ Ziela Jalil, Fadilah Mansor, Shamsul Ghau Ghau dan Steve Yap...

Read More  

Langkah terbaharu Langkasuka dalam perjalanan muzik mereka dengan 'Baju Yang Baru', lagu yang merangkul makna kasih, sabar dan pembaharuan diri. Dicipta dan ditulis oleh Zuhaili, dirakam di home studio dengan sentuhan mixing oleh Fai dan mastering oleh Aliy, karya ini mengambil masa 5 bulan untuk disiapkan. Melalui liriknya yang puitis, Langkasuka menyampaikan mesej lembut tentang cinta dan keluarga, seolah memberi pelukan kecil kepada setiap insan yang sedang belajar memahami erti kasih. Lagu ini turut mendapat kerjasama promosi dan edaran digital daripada Empayar Masdo dan akan dilancarkan di semua platform digital mulai 17 Oktober 2025...

Read More  

Menyingkap pengembaraan gila tiga sahabat iaitu Paly, Jany dan Wady yang hanya mahu bercuti menaiki motorhome, namun takdir mengheret mereka ke kancah kekacauan selepas pertemuan dengan gadis Ukraine bernama Lola. Apa yang bermula dengan tawa berubah menjadi huru-hara penuh aksi apabila mereka diburu penjahat dan dihujani insiden luar jangkaan. Arahan sutradara Indra Putra (Sanji) dan terbitan Wawa Global Sdn. Bhd., Klepet menggabungkan elemen komedi, aksi dan persahabatan dalam satu perjalanan yang sarat makna, mengingatkan bahawa dalam hidup, kekal waras kadang lebih sukar daripada menjadi gila. Tayangan di pawagam seluruh Malaysia bermula 27 November 2025...

Read More  

Mempertemukan kembali dua legenda nasyid tanah air iaitu The Zikr dan Nazrey Johani, bersama vokalis Yabang (bekas anggota Khalifah) dalam satu kolaborasi penuh makna. Lagu ikonik ciptaan Nazrey Johani dan Ustaz Pahrol Mohd Juoi ini diberi nafas baharu dengan susunan muzik moden tanpa menghilangkan roh ketuhanan yang menjadi terasnya. Dilancarkan pada 26 September 2025 di bawah Rusa Islamic dan Smart Audio Music, karya ini menandakan kebangkitan Nazrey selepas mengharungi ujian kesihatan, sekaligus menghidupkan semula semangat The Zikr bersama anggota asalnya. 'Mengemis Kasih' adalah zikir dalam bentuk lagu, sebuah doa yang dinyanyikan dengan penuh cinta, mengajak pendengar mengenang kasih yang tak pernah padam meski masa terus berlari...

Read More  

Menghadirkan karya paling peribadi melalui 'Tangisan Seorang Pendosa', muzik video hitam putih arahan Izuan Mokhtar terbitan 71 Studios yang sarat dengan simbolisme dan keindahan visual. Dirakam di Pulau Pinang dan Raffles Lighthouse, karya ini membawa penonton menelusuri masa lalu dan masa depan seorang jiwa yang bergelut antara dosa dan penebusan. Kolaborasi bersama pengarah fotografi Mad Nor Kassim mencipta puitika visual yang menawan, dengan sinematografi yang menggugah emosi. Lagu ini turut menjadi runut bunyi rasmi drama fenomena Keluarga Itu di TV3...

Read More