Mengisahkan Hafiz, seorang pelajar sarjana jurusan sosiologi yang menjalankan kajian tentang pelacuran di ibu kota. Penyelidikannya menemukan dia dengan Kamelia, wanita yang terjebak dalam dunia gelap tanpa pilihan. Tersentuh dengan kisah hidup Kamelia, Hafiz bertekad mahu membebaskannya daripada cengkaman Madam, seorang ibu ayam kejam. Namun, jalan menuju kebebasan tidak pernah mudah. Dalam perjalanan yang penuh cabaran, lahir rasa simpati, cinta dan pengharapan. Di sebalik dosa yang membelenggu, masih ada ruang untuk pengampunan dan hidayah. Arahan sulung Fattah Amin ini mengetengahkan naratif tentang manusia, penilaian, dan cahaya Tuhan yang bisa hadir walau dalam kegelapan paling tebal...

Read More  

Tatkala langit terakhir mula bergetar, Tanjiro Kamado dan para pendekar Demon Slayer Corps bersiap untuk pertarungan yang tidak pernah dijangka. Muzan Kibutsuji, musuh agung yang menghantui malam dan darah, akhirnya muncul di Ubuyashiki Mansion, membawa kemusnahan dan takdir yang tak terelakkan. Tanjiro, bersama para Hashira, tergelincir ke ruang asing ciptaan syaitan itu: Infinity Castle, benteng terakhir para iblis. Di sanalah, nasib manusia dan iblis bakal ditentukan. Di sanalah segala luka, kehilangan dan pengorbanan akan diuji. Dengan visual menakjubkan dan aksi tanpa henti, Demon Slayer: Infinity Castle menandakan babak akhir yang mendebarkan dalam saga agung ini...

Read More  

“Sumpah Setia” menyingkap sisi terpendam Bob Yusof sebagai penyanyi yang bukan hanya mengutamakan teknik vokal, tetapi juga kekuatan emosi dan penceritaan. Diterbitkan oleh Alternate Records dan dicipta oleh gandingan komposer muda Emeer Bak, Amsyar Razqa dan Yunus Zawawi, lagu ini bukan tentang cinta dua insan, tetapi penghargaan seorang anak kepada ibu bapa, sebuah tema yang jarang disentuh dalam balada moden. Lagu ini turut dipilih sebagai runut bunyi untuk drama Akasia TV3, Pasca Kau Pergi, menambahkan kedalaman pada naratifnya. Dengan susunan muzik yang syahdu dan lirik yang menyentuh hati, “Sumpah Setia” membawa dimensi baharu dalam dunia muzik tempatan, menyeru pendengar untuk merenung kembali makna cinta yang sebenar, cinta yang membesarkan, tanpa syarat...

Read More  

Kisah Sophia, gadis Muslim dari Pattani yang jatuh cinta dengan Bak Kai, jejaka Buddha dari Isan, Thailand. Bak Kai kemudian memeluk Islam demi memperisterikan Sophia, namun rancangan mereka digagalkan oleh abang Sophia, Bang Lee, yang trauma ditinggalkan ibu kerana lelaki dari daerah sama. Didorong luka silam, Bang Lee berusaha menghalang perkahwinan itu dengan pelbagai cara lucu dan drastik, hingga mencetuskan siri kejadian yang mengundang gelak tawa. Filem ini merakam sisi jarang dilihat masyarakat Muslim di Selatan Thailand dengan pendekatan jenaka yang menyentuh hati. Diterbitkan oleh Monwichit Entertainment dan diedarkan oleh Empire Film Solution, Isan Nikah menyingkap cinta, penerimaan dan pengorbanan dalam dunia yang tak selalu adil pada cinta lintas budaya...

Read More  

Karya kolaborasi antara penyanyi Halim dan rapper berjiwa puitis, Kmy Kmo. Dicipta oleh Kmy Kmo bersama HMstatenine, lagu ini menyampaikan kisah perjuangan jiwa yang selama ini terperangkap dalam persepsi orang lain. Ia mengetengahkan tema keberanian, kejujuran dan kebangkitan selepas dijatuhkan oleh fitnah serta tekanan masyarakat. Dengan gabungan elemen hip hop Melayu, pop balada dan naratif introspektif, lagu ini menyentuh pendengar yang pernah merasa bisu dalam suara orang ramai. Halim dan Kmy Kmo menyeru pendengar agar menanggalkan topeng, berdiri dengan harga diri dan kembali mencintai kebenaran dalam diri. Layar Boneka bukan hanya sebuah lagu, ia cermin untuk mereka yang mahu bangkit dan menyuarakan rasa yang terpendam terlalu lama...

Read More  

Mengangkat kisah lelaki yang berjauhan dari keluarga demi mencari rezeki. Lagu ciptaan sepenuhnya oleh vokalis Leo Azman ini menyentuh isu kepercayaan dalam hubungan jarak jauh, tentang sunyi yang sering disalahertikan sebagai bosan. Diterbitkan oleh Andi dari Fourtwnty (Indonesia) dan dirakam di Bijanfx Studio, lagu ini menyampaikan emosi dengan nada yang tenang namun menggigit. Sebelum pelancaran rasmi, lagu ini diperkenalkan melalui Jelajah Menuju MASDO 10 Tahun di sekitar Lembah Klang. Di bawah naungan Empayar Masdo Sdn. Bhd., LEV tampil sebagai suara baharu yang membawakan realiti tanpa hiasan palsu. Lagu ini adalah pelukan kepada mereka yang berjuang dalam diam dan pesan jujur kepada yang menunggu, Aku bukan bosan, cuma sedang berusaha...

Read More  

Melengkapkan trilogi ikonik sang legenda, bakal berlangsung pada 27 September 2025 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, Cipta 3 menampilkan tema “Malam Ini Gua Rock”. Lebih istimewa, seorang penonton bertuah akan memenangi sebuah Harley-Davidson Softail STD FXST bernilai RM114,000 lengkap dengan insurans daripada Etiqa, rakan strategik utama malam tersebut. Penonton digalakkan tampil dengan gaya bebas mengikut tema “Rock Cara Lu… Janji Rock”. Tiket pra-jualan eksklusif tersedia melalui aplikasi Etiqa+, manakala jualan umum bermula 4 Julai 2025. Konsert anjuran oleh Icon Entertainment dengan sokongan Harley-Davidson dan Etiqa, menjanjikan malam yang penuh energi..

Read More  

Meraikan cinta dan rindu terhadap tanah kelahirannya melalui Misompuru: Borneo Album Listening Session yang bakal berlangsung pada 13 Julai 2025 di RXP, REX KL. Misompuru, bermaksud "keramaian" dalam bahasa Dusun, menjadi ruang untuk peminat menyelami roh Borneo melalui muzik, seni dan tradisi. Album ini, lahir dari jiwa Marsha sendiri, memuatkan 5 lagu yang mencerminkan identiti Sabah dan Sarawak dengan irama unik dan penuh rasa. Acara ini juga memperkukuh kedudukan Marsha di persada antarabangsa, menjadikan Misompuru lebih dari sekadar album, ia adalah suara warisan yang kini mendunia...

Read More  

Gambaran retak hati seorang adik, Darlina, yang terpaksa mengalah dalam segala hal demi kakaknya Damia yang kurang upaya dan dimanjakan keluarga. Konflik bermula apabila Taufiq, lelaki yang dicintainya turut diminati oleh Damia. Darlina tersepit antara mengorbankan cintanya atau mempertahankan kebahagiaannya sendiri. Di balik drama cinta ini, ada kisah nenek yang ingin menebus dosa, adik-beradik yang tamak, dan satu kemalangan yang mengubah segalanya. Drama ini mengangkat tema pengorbanan, kekeluargaan dan keikhlasan, menyentuh emosi penonton dengan watak-watak yang hidup dan konflik yang menggugah rasa. Saksikan kisah tragis ini di Astro Prima mulai 30 Jun 2025...

Read More  

Kisah 3 remaja berlatar belakang budaya berbeza yang membesar di Pantai Timur Malaysia, 'Sayang' sebuah naratif yang menyulam kasih, kefahaman dan keharmonian dalam kepelbagaian. Hasil arahan pertama Tang Hsiang-Chu dari Taiwan dalam arena filem cereka, setelah lebih 2 dekad mengenali Malaysia melalui lensa dokumentari. Naskhah ini menelusuri pengalaman hidup yang berlapis budaya dan bahasa. Diterbitkan oleh pasukan produksi lintas negara termasuk Astro Shaw, More Entertainment dan TAICCA. Dengan kekuatan teknikal bertaraf antarabangsa serta skrip yang mendapat pengiktirafan, filem ini menyentuh makna cinta dalam konteks hubungan antara manusia dan budaya, serta mengangkat keindahan yang tersembunyi di timur Semenanjung Malaysia...

Read More  

Mengisahkan Amelie, wanita moden yang berkahwin dengan Bazlee, lelaki kampung yang terlalu rapat dengan keluarganya. Kehidupan rumah tangga yang diimpikan bertukar kecoh apabila Amelie terpaksa menyesuaikan diri dengan budaya berbeza, adik-beradik ipar yang manja, dan kemunculan semula cinta lama suaminya. Drama bergenre komedi ringan 'Selamat Pengantin Haru' ini bergaya mockumentary ini menampilkan gelagat lucu namun sarat makna tentang kompromi, kasih sayang dan cabaran rumah tangga. Dibintangi Janna Nick dan Dini Schatzmann, drama 13 episod ini bakal mengisi slot Akasia bermula 9 Julai 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3...

Read More  

Seorang guru sains bernama Ryland Grace terjaga di dalam kapal angkasa di hujung semesta, bersendirian dan tanpa memori. Namun apabila ingatannya mula kembali, dia menyedari bahawa dialah satu-satunya harapan terakhir manusia. Misinya: menyelamatkan matahari daripada terus mati dan menghancurkan kehidupan di Bumi. Berbekalkan ilmu, keberanian dan naluri bertahan, Ryland berhadapan dengan ujian yang mustahil. Namun di tengah kekosongan antara bintang, dia menemui sesuatu yang tak dijangka. Satu bentuk persahabatan yang mengubah segalanya. Filem ini menggabungkan sains, jiwa dan sinematik hebat...

Read More