Fenomena filem seram thriller tempatan Khadam terus mempamerkan momentum luar biasa apabila secara rasmi mencatat kutipan RM5 juta di pawagam seluruh Malaysia. Kejayaan itu mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem seram tempatan paling mendapat sambutan tahun ini hasil sokongan berterusan daripada penonton dan rakan media. Pihak produksi REDCOMM serta KOMET bersama barisan pelakon dan krew turut merakamkan penghargaan kepada semua yang membeli tiket serta menyokong filem tersebut sejak hari pertama tayangan. Bersempena hari Rabu yang menawarkan harga tiket lebih murah di kebanyakan pawagam, orang ramai diseru mengambil peluang untuk menyaksikan atau mengulangi pengalaman menonton Khadam, selain terus berkongsi reaksi mereka di media sosial menggunakan hashtag rasmi filem ini...

Read More  

Penyanyi dan penulis lagu terkenal dunia, Khalid, bakal kembali ke Malaysia menerusi It's Always Summer Somewhere Tour yang akan berlangsung di Idea Live Arena pada 9 Disember 2026. Selepas kejayaan jelajah Amerika Utara yang habis terjual di 23 bandar, Khalid membawa bersama era baharu muziknya yang diinspirasikan daripada album After The Sun Goes Down. Peminat boleh menikmati himpunan lagu popular seperti Location, Young Dumb & Broke, Better, Talk, Love Lies dan Eastside, selain karya-karya terbaharu. Sepanjang kerjayanya, Khalid telah mengumpulkan lebih 35.6 bilion penstriman, menerima tujuh pencalonan GRAMMY dan memenangi pelbagai anugerah berprestij. Jualan tiket umum bermula 16 Julai 2026...

Read More  

'Keramat Gunung Jerai' merupakan filem psikologi seram terbaharu yang bakal menemui penonton secara eksklusif di Tonton bermula 8 Julai 2026. Menjadi Tonton Originals pertama yang diperkenalkan menerusi model Transactional Video on Demand (TVOD) pada harga RM12, filem arahan sulung Luqman Hafidz ini mengisahkan tiga sahabat yang melakukan ritual terlarang di Gunung Jerai demi mengejar kejayaan, sebelum berdepan pembalasan mistik yang mengubah hidup mereka. Dibintangi Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, Iedil Dzuhrie Alaudin, Sara Ali, Akmal Asyraf dan Kis Aisha, naskhah terbitan Lumatic Films ini menggabungkan elemen seram, misteri, persahabatan dan penyesalan dalam sebuah penceritaan yang sarat dengan konflik emosi serta persoalan tentang harga sebenar sebuah keinginan..

Read More  

Canon Marketing Malaysia mengukuhkan komitmennya terhadap industri kreatif tempatan dengan melantik dua pengarah tersohor, Quek Shio Chuan dan Razaisyam Rashid, sebagai ahli baharu Program EOS Filmmaker 2026. Pelantikan ini memperluaskan barisan EOS Filmmaker daripada tiga kepada lima ahli, sekali gus memperkukuhkan usaha Canon dalam menyokong pembikin filem, pencipta kandungan dan profesional produksi melalui ekosistem pengimejan yang komprehensif. Quek terkenal menerusi filem Guang, The Ghost Bride dan Nisha, manakala Razaisyam diiktiraf melalui karya seperti CEO, Pusaka, Mandatori, Kahar: Kapla High Council dan Tarung: Unforgiven. Canon berharap program ini menjadi platform untuk memperkasakan bakat penceritaan visual Malaysia ke peringkat serantau dan global...

Read More  

Sempena ulang tahun Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Muzik Lab diperkenalkan buat pertama kali sebagai Hab Kreatif AJL40 yang membuka peluang kepada peminat menyelami dunia sebenar industri muzik Malaysia. Dibawakan oleh McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia, acara ini menghimpunkan sesi perkongsian bersama artis dan penggiat industri, persembahan secara langsung serta pengalaman eksklusif Meet & Greet untuk Mekdi Superfans. Antara artis yang bakal hadir ialah Amir Masdi, Ziana Zain, Shila Amzah dan Khai Bahar, dengan lebih banyak nama akan diumumkan. Berlangsung pada 11 Julai 2026 di McDonald's Pantai Sentral Park DT, Muzik Lab menjanjikan pengalaman lebih dekat kepada peminat untuk memahami kisah, inspirasi dan proses kreatif di sebalik muzik tempatan...

Read More  

Pemuzik, penyanyi dan penerbit terkenal dari Perancis, FKJ (French Kiwi Juice), bakal kembali ke Malaysia menerusi Tyber Tour yang akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Disember 2026. Konsert ini hadir bersempena pelancaran album studio ketiganya, Tyber, yang lahir daripada fasa transformasi peribadi dan kreatif selepas kejayaan album V I N C E N T. Turut memperkenalkan single baharu Soulmates, album ini menampilkan kolaborasi bersama Lucy Park, Baby Rose, Bas, Eryn Allen Kane dan Labrinth. Dikenali menerusi gabungan jazz, soul, funk dan elektronik, FKJ menjanjikan pengalaman persembahan yang penuh improvisasi serta visual imersif. Jualan tiket bermula dengan presale pada 6 Julai, sebelum jualan umum dibuka pada 9 Julai 2026...

Read More  

Columbia Pictures melancarkan poster karakter rasmi untuk 'The Social Reckoning', thriller dramatik yang menjadi karya pendamping kepada The Social Network. Ditulis dan diarahkan oleh Aaron Sorkin, filem ini diinspirasikan daripada kisah benar Frances Haugen, bekas jurutera Facebook yang bekerjasama dengan wartawan The Wall Street Journal, Jeff Horwitz, untuk mendedahkan dokumen dalaman yang akhirnya dikenali sebagai The Facebook Files. Dibintangi Mikey Madison, Jeremy Allen White, Wunmi Mosaku, Betty Gilpin, Billy Magnussen, Bill Burr dan Jeremy Strong, filem ini mengangkat tema keberanian, etika serta kuasa media sosial dalam dunia moden. The Social Reckoning akan ditayangkan secara eksklusif di pawagam Malaysia bermula 8 Oktober 2026..

Read More  

Yuka Kharisma mempertaruhkan kekuatan vokalnya menerusi 'Mantra' runut bunyi rasmi (OST) filem seram psikologi Nar'sata: Sekutu Setan. Dicipta oleh Farouk Roman dengan lirik hasil Senna, lagu ini mengangkat tema kehilangan, pergolakan jiwa, harapan dan kekuatan batin manusia. Menurut Yuka, Mantra mempunyai "nyawa" yang tersendiri dan mampu berdiri sebagai sebuah karya tanpa bergantung kepada filem. Demi memastikan penyampaiannya benar-benar selari dengan naratif, beliau mendalami jalan cerita dan konflik emosi watak dalam filem tersebut sebelum proses rakaman. Yuka berharap Mantra bukan sahaja menguatkan pengalaman sinematik penonton, malah menjadi karya yang dekat di hati pencinta muzik tempatan...

Read More  

Penyanyi baharu Heidi Moru mempertaruhkan sisi emosinya menerusi Dendam, lagu runut bunyi rasmi (OST) filem Nar'sata: Sekutu Setan ciptaan Luca Sickta. Heidi mengakui lagu tersebut mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan kehidupannya kerana liriknya mencerminkan emosi yang sedang dilaluinya ketika menerima tawaran berkenaan. Bagi menghidupkan karya itu, beliau turut menghayati watak Balqis, protagonis filem yang dibelenggu kehilangan dan dendam. Selain menjadi cabaran dari segi teknik vokal, Dendam juga menjadi medium penyembuhan buat Heidi, yang berharap lagu ini mampu menemani pendengar menghadapi kesedihan dengan lebih reda. Lagu ini kini menjadi nadi emosi utama kepada filem Nar'sata: Sekutu Setan...

Read More  

Viu Original 'Bidadari Tanpa Syurga' mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila watak Azlan lakonan Dato' Aaron Aziz dikaitkan dengan isu narcissistic abuse, gaslighting dan penyalahgunaan agama dalam hubungan. Segalanya bermula selepas satu hantaran di Threads oleh pengguna @leaazman menjadi tular dan mengundang ribuan komen daripada netizen yang berkongsi pengalaman sebenar berdepan pasangan toksik. Ramai menyifatkan watak Azlan berjaya menggambarkan manipulasi emosi yang sering berlaku dalam kehidupan sebenar, sekali gus membuka kesedaran tentang pentingnya mengenali tanda-tanda hubungan tidak sihat. Turut dibintangi Nadiya Nisaa, drama ini kini distrim secara eksklusif di Viu dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat...

Read More  

Kuala Lumpur SKA Syndicate mengumumkan bahawa persembahan pembukaan Jelajah Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2026 di Junk Cafe, Petaling Street terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, pihak pengurusan menegaskan bahawa penundaan ini hanya melibatkan lokasi berkenaan dan keseluruhan jelajah tetap diteruskan seperti yang dirancang. Mereka turut merakamkan penghargaan kepada peminat, rakan media dan komuniti muzik atas sokongan berterusan terhadap inisiatif yang mendapat sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik di bawah Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures. Tarikh baharu persembahan akan diumumkan melalui saluran media sosial rasmi Kuala Lumpur SKA Syndicate dalam masa terdekat...

Read More  

Showcase Jiwa Rasa Nizam Laksamana & Kawan-Kawan (5.0) kembali pada 3 Oktober 2026 di Noah Grand Ballroom, Taman Melawati, membawa misi menggabungkan hiburan dan kebajikan demi membantu anak-anak autisme, OKU serta pesakit kanser kanak-kanak. Diterbitkan oleh Zara Event Management bersama Nizam Laksamana Production, acara ini menghimpunkan barisan artis seperti Tam Spider, Zamani Slam, Hazama, Haiza, Azmani, UNIC dan DJ Muaz yang tampil atas semangat sukarela demi menjayakan misi amal tersebut. Menurut penerbit Zulremy Daud, sebahagian hasil jualan meja dan tajaan akan disalurkan kepada NGO yang membantu golongan sasar. Bertemakan "Dalam Hiburan Ada Kebaikan", showcase ini membuktikan bahawa muzik mampu menjadi medium menyebarkan kasih sayang dan harapan kepada masyarakat...

Read More