SE7EN has reached a significant milestone after signing a Memorandum of Understanding (MOU) with K-ICON Malaysia, a strategic move aimed at strengthening talent development and opening pathways into the international entertainment industry. According to K-ICON Malaysia founder Ricky T, the group's selection was driven not only by their talent, but also by the exceptional character, discipline, and chemistry demonstrated by all seven members, despite having trained together for only three weeks before performing in South Korea. The collaboration, which also involves the Global K-Pop Idol Development Association (GKIDA), will focus on talent development, industry networking, commercial opportunities, and access to global performance platforms. SE7EN's participation in The Future Idol Stage 2026 in Seoul further reinforced their potential as one of the emerging faces of Malaysian Hallyu on the international stage...

Read More  

Bakal menghimpunkan komuniti Pantai Timur dan anak-anak Kelantan dari seluruh negara menerusi sebuah konsert mega yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Mengangkat tema “Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate”, acara ini bukan sahaja menampilkan persembahan artis popular seperti Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella, malah turut meraikan warisan budaya Kelantan melalui elemen seni tradisional seperti Dikir Barat dan Wayang Kulit. Dianjurkan oleh Natriya Enterprise, Irama Entertainment dan Ikarl Project, konsert ini bertujuan mengangkat identiti serta kebanggaan rakyat Kelantan dalam sebuah acara berskala besar yang penuh nostalgia, hiburan dan semangat kebersamaan...

Read More  

Selepas bertahun-tahun menjadi impian peminat heavy metal tempatan, LOVEBITES akhirnya mengumumkan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Kumpulan heavy metal wanita dari Jepun yang dianggotai Asami, Midori, Miyako, Fami dan Haruna itu terkenal sebagai antara nama paling berpengaruh dalam dunia metal moden. Dengan pencapaian di festival antarabangsa seperti Wacken Open Air, Download Festival dan Graspop Metal Meeting, kehadiran mereka dilihat sebagai detik bersejarah buat komuniti metal Malaysia. Konsert anjuran Rockstage Entertainment itu dijangka menampilkan produksi bertaraf antarabangsa serta deretan lagu ikonik yang telah mengangkat LOVEBITES sebagai fenomena global...

Read More  

Muncul sebagai antara fenomena televisyen terbesar tahun 2026 apabila berjaya menyatukan penonton Malaysia dalam usaha merungkai misteri pembunuhan Ahyan. Sejak ditayangkan pada Mei lalu, siri premium terbitan Astro Shaw 'Good Boys Go To Heaven' mencetuskan gelombang teori dan perbincangan hangat di media sosial sehingga ramai penonton berada dalam “mod detektif”. Dengan lebih 58 juta tontonan, 9.5 juta capaian digital serta kedudukan dalam Top 10 Netflix selama enam minggu berturut-turut, siri ini membuktikan kekuatan penceritaan tempatan yang berani dan berbeza. Dibintangi Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amerul Affendi dan Sky Iskandar, siri ini turut mengangkat isu trauma serta kesihatan mental yang menyentuh emosi penonton...

Read More  

Kempen 'Tonton Non Stop, On Top!' terus mencuri perhatian apabila hampir 1,000 pelanggan TontonUp sudah mula menyertai saingan mengumpul mata untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000. Sepanjang pusingan pertama yang berlangsung sehingga 28 Jun 2026, peserta boleh mengumpul mata dengan menonton pelbagai drama Korea dan tempatan terpilih. Tonton turut memperkenalkan ciri Turboost yang menawarkan mata berganda bagi kandungan tertentu pada setiap hujung minggu. Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk Nissan Kicks e-Power, GAC Emkoo, dua unit Wuling Bingo EV, telefon pintar Oppo dan lebih seribu baucar tunai Watsons. Kempen ini sekali gus menjadikan pengalaman penstriman lebih interaktif, menyeronokkan dan penuh ganjaran buat penonton Malaysia...

Read More  

Bermula sebagai projek iQIYI Original, Griya: Rahsia Seorang Lelaki kini muncul sebagai antara kisah kejayaan penstriman paling luar biasa di Malaysia apabila berjaya mengungguli carta iQIYI Malaysia sebelum menduduki tangga nombor satu Netflix Malaysia. Siri tersebut turut kekal dalam kelompok lima rancangan TV paling popular di Netflix selama enam minggu berturut-turut. Menggabungkan elemen suspens psikologi, misteri dan konflik emosi, Griya dipuji kerana tampil berbeza daripada kebanyakan drama Melayu konvensional. Menurut iQIYI Malaysia, kejayaan siri itu membuktikan bahawa penonton tempatan semakin terbuka kepada penceritaan yang lebih segar dan berani. Pada masa sama, pencapaian Griya menjadi simbol kepada potensi besar karya serta harta intelek Malaysia untuk bersaing dalam arena penstriman serantau dan global...

Read More  

Penyanyi muda kelahiran Sabah, Boboy, tampil dengan single baharu berjudul Tanpa Ada Kepastian, sebuah balada emosional yang mengangkat realiti hubungan tanpa status dan hala tuju yang jelas. Lebih istimewa, lagu tersebut mempunyai kaitan rapat dengan pengalaman peribadinya sendiri yang pernah terperangkap dalam hubungan penuh ketidakpastian. Dicipta oleh Ilham Baso, lagu ini membawa kisah tentang harapan, penantian dan keberanian untuk melepaskan apabila cinta tidak lagi menawarkan kejelasan. Boboy turut mengakui hampir menitiskan air mata ketika sesi rakaman kerana terlalu menghayati emosi lagu tersebut. Dengan susunan muzik yang menyentuh dan lirik yang dekat dengan kehidupan ramai pendengar, Tanpa Ada Kepastian hadir sebagai teman buat mereka yang sedang bergelut dengan cinta yang tidak pasti...

Read More  

Terus mencipta kejutan apabila berjaya meraih kutipan RM2.6 juta hanya dalam tempoh tujuh hari tayangan di seluruh negara. Kejayaan tersebut menjadi bukti kukuh bahawa sokongan penonton terhadap karya seram tempatan semakin meningkat dan berada pada tahap memberangsangkan. Menurut Shamyl Othman, pencapaian itu bukan sekadar angka, sebaliknya lambang penghargaan penonton terhadap usaha seluruh pasukan produksi. Tidak bergantung kepada elemen jumpscare semata-mata, Khadam dipuji kerana menawarkan pengalaman seram yang lebih segar dan berkesan. Dibintangi Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim, Jun Lojong, Zarra Zhaf dan Karl El, filem ini turut mengumumkan Jelajah Pantai Timur sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang menyokong kejayaan luar biasa tersebut...

Read More  

'Spider-Man: Brand New Day' membuka lembaran baharu dalam kehidupan Peter Parker selepas peristiwa besar yang berlaku dalam Spider-Man: No Way Home. Empat tahun berlalu dan Peter kini menjalani kehidupan yang sunyi selepas memilih untuk memadamkan dirinya daripada ingatan semua orang yang pernah dicintainya. Ketika menumpukan sepenuh masa sebagai Spider-Man untuk melindungi New York, tekanan yang semakin memuncak mula mencetuskan perubahan luar biasa terhadap dirinya. Pada masa yang sama, kemunculan satu corak jenayah misteri membawa kepada ancaman baharu yang jauh lebih berbahaya daripada apa yang pernah dihadapinya sebelum ini. Dibintangi Tom Holland, Zendaya dan Sadie Sink, filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 30 Julai 2026...

Read More  

Bakal menghimpunkan lebih 200 artis, pemuzik, komposer, penerbit dan pemain industri dalam Konvensyen Penggiat Muzik pada 21 Jun 2026 di Saloma Kuala Lumpur. Konvensyen ini dianjurkan oleh Karyawan sebagai platform terbuka untuk membincangkan pelbagai isu yang terus membelenggu industri muzik tempatan termasuk royalti, kecerdasan buatan (AI), pendidikan muzik, geran, konsert dan pemasaran digital. Hasil perbincangan tersebut akan dirumuskan dalam bentuk memorandum sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai cadangan pembaharuan industri. Antara isu yang dijangka mencuri perhatian ialah dakwaan jurang besar agihan royalti yang menyaksikan kutipan hampir RM700 juta dalam tempoh 15 tahun berbanding sekitar RM20 juta yang disalurkan kepada badan artis...

Read More  

Drama 'Ikatan Terlarang' terus mencetuskan perbualan hangat apabila watak Lukman lakonan Hisyam Hamid semakin dibenci penonton susulan tindakan curangnya terhadap isteri sendiri bersama kakak ipar yang juga sahabat baik keluarga. Walaupun dipuji kerana berjaya menghidupkan karakter yang penuh sisi negatif, Hisyam menegaskan bahawa curang adalah perkara yang tidak boleh diterima dalam kehidupan sebenar. Dalam masa sama, Erysha Emira berkongsi cabaran menjayakan babak tampar yang menjadi tular sehingga menyebabkan tangannya lebam. Diterbitkan oleh I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd. dan ditulis oleh Oka Aurora, drama ini mengangkat kisah pengkhianatan, rahsia keluarga serta perjuangan seorang wanita bangkit selepas dikhianati insan paling dipercayainya...

Read More  

Di sebalik suasana menyeramkan yang ditampilkan dalam filem Khadam, tersimpan satu kisah luar biasa tentang rumah Melor yang menjadi lokasi utama penceritaan. Demi mendapatkan visual yang benar-benar menepati kehendak skrip, pasukan produksi sanggup memindahkan sebuah rumah lama dari Raub, Pahang ke Perak selepas gagal menemui lokasi yang sesuai di sekitar Lembah Klang. Rumah tersebut dibuka satu persatu, dilabel dengan teliti dan dipasang semula bagi mengekalkan identiti asalnya. Proses itu turut memberi peluang kepada pasukan seni produksi memperhalusi susun atur rumah mengikut keperluan penggambaran. Hasilnya, rumah Melor muncul sebagai antara elemen paling ikonik dalam Khadam, sekali gus membuktikan tahap komitmen luar biasa produksi dalam menghasilkan pengalaman sinematik yang autentik...

Read More