Limbungan: Tragedi Hitam 1975, Dedah Kisah Ngeri Serangan Harimau Jadian

Mitos tentang Harimau Jadian sememangnya cukup sinonim dan menjadi folklore di kalangan masyarakat Melayu lama. Kepercayaan mengenai wujudnya manusia yang mampu bertukar menjadi harimau jadian kerana mengamalkan ilmu hitam telah mencetus idea. Melalui filem terbaru Lil Studios Sdn. Bhd., sutradara Fazli Yasin berjaya mengangkat tema mistik ini ke layar perak dengan interpretasi menarik. Penonton dibawa menyelami dunia mitos tentang harimau jadian...

Read More  

Senada Dalam Episod Cinta, Khai Bahar Dan Wany Hasrita 'Berbagi Hati'

Membuat kejutan dengan single 'Berbagi Hati' yang menjadi runut bunyi drama "Berbagi Suami", Khai Bahar dan Wany Hasrita menampakkan kematangan selaku artis yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik. Sejak kemunculan sekitar tahun 2016, Khai dan Wany telah membina identiti muzik tersendiri, dan kolaborasi kali ini memperlihatkan kemahiran mereka dalam menyatukan suara senada dalam episod cinta...

Read More  

Impian Bollywood Kilafairy Tercapai, Sertai Konsert Udit Narayan

Umpama mimpi menjadi kenyataan, Kilafairy terpilih sebagai penyanyi wanita Malaysia terbabit dalam Konsert Udit Narayan In KL. Mahu arwah ibu jadi saksi pencapaian epik bersama legenda Bollywood terkemuka itu. Meski terkejut dan tidak percaya apabila dilamar pihak penganjur, dalam gemuruh dan takut kerana akan berkongsi pentas dengan satu nama besar, Kilafairy turut merasa bangga kerana ini merupakan penglibatan sulung dalam konsert Bollywood berskala besar, apa lagi membabitkan pesohor Udit Narayan...

Read More  

Hael Husaini Ukir Sejarah, Angkat Martabat Muzik Malaysia Di Pentas Global

Mengukir sejarah cemerlang dalam industri muzik Asia Pasifik melalui kemenangan spektakuler di AACA 24 di Singapura, Hael Husaini, berjaya mengangkat martabat muzik Malaysia ke pentas global. Kemenangan dalam kategori "Best Theme Song", menerusi lagu "Diam" yang merupakan tema muzik untuk drama "My Famous Ex-Boyfriend" amat signifikan kerana berjaya menewaskan pesaing kukuh dari Jepun. "Diam" menembus hati penonton dan juri profesional, bukti kukuh muzik Malaysia berpotensi bersaing di pentas antarabangsa...

Read More  

Himpunan Lagu Hits Hattan, Hazama Dan Black Dalam Konsert Hitam Manis

Rencana awal untuk konsert solo Dato' Hattan tetapi penyanyi lagu 'Memburu Rindu' itu lebih berminat untuk menghasilkan satu konsert bersama 2 rakan artisnya. Dato' Hattan memilih Hazama dan Black sebagai rakan pentas kerana telah lama mengenali talenta besar itu. Konsep 'Hitam Manis' dipilih kerana persamaan ciri yang ada pada trio ini iaitu berkulit hitam manis. Kemistri yang kuat antara mereka bertiga membuatkan masing-masing sudah memahami antara satu sama lain...

Read More  

Stacy 'Menyala' Dalam Siulan Melodi Paling Terkini

Hadir bagaikan puisi bernyawa, siulan melodi 'Menyala' bermula dari bisikan lembut, kemudian meledak dalam dentuman rock menggetarkan. Bersama Bunga Cantik dan Hang Nadim, Stacy menyulam cerita yang melampaui sekadar lirik. Melodi ini menjelma dari kreativiti murni, terinspirasi oleh kesungguhan dan imaginasi yang tak terbendung. Garapan melodi dalam rentak reggaeton, sentuhan rock, dan jejak dramatik nusantara membentuk simfoni kehidupan. Setiap not adalah jejak perjalanan mahakarya, terus menyala, terus berkobar, terus mengukir makna...

Read More  

Menyulam Melodi 'Terpikat' Bersama MissAlvy

Mengungkap kisah rindu seorang 'crush' dan menggambarkan bagaimana media sosial boleh menjadi wahana bagi seorang pereka konten untuk mengekspresikan perasaan mendalam melalui muzik perdananya, dengan fokus pada tema "crush" atau jatuh cinta. MissAlvy memberikan sentuhan emosi mendalam melalui "Terpikat" menambahkan nuansa romantis pada naratif muzikal. Menggarap generasi musisi baru yang kreatif, "Terpikat" menawarkan perspektif segar melalui single bertema "crush" ini yang menjadi bukti dinamika ekosistem musik kontemporari...

Read More  

Malam Laguan Puisi: Bunyian Irama dan Prosa, Apresiasi Karya Sasterawan Negara

Panggung Eksperimen ASWARA bakal menjadi pentas bagi sebuah eksperimentasi seni yang bukan biasa biasa pada tanggal 8 Februari 2025. Akan bergema suara-suara puitis, di mana muzik dan puisi bersatu dalam harmoni indah di satu malam yang diberi nama 'Malam Laguan Puisi'. Di sini, puisi ditulis dengan tinta emosi akan dilagukan oleh artis-artis tersohor seperti Aqasha, Azizul Hakim, Ayu Damit, dan Leaisme. Membawa penonton menyelami makna di sebalik setiap puisi, memberi nyala rasa di hati...

Read More  

6 Sebab Wajib Hadir Festival Drums And Percussion Malaysia 2024

Festival muzik penuh warna-warni, membawa bersama alat muzik Drum, Gendang dan Perkusi, demi mencipta irama dan bunyi merangkumi berbilang budaya dan harmoni ini bakal menjadi pentas himpunan para pemuzik memikul pukulan dan irama, mengukir cerita muzikal membelah keheningan. FDPM 2024 akan menjadi wadah di mana setiap derap, setiap hentakan, setiap degupan menjadi bahasa tersendiri: sebuah simfoni yang bernyawa dari tangan-tangan maestro...

Read More  

Tawan Hati Penonton Indonesia, Hael Husaini Dan Nadeera Gemilang Di Pentas Antarabangsa

Persembahan Hael Husaini dan Nadeera mencipta simfoni melalui diplomasi melodi, merentasi sempadan negara yang membelai jutaan hati pada tanggal 29 dan 30 November 2024. Begitu terpesonanya Indosiar dan penganjur Asian TV Awards, mereka menuntut untuk satu lagi pertemuan tambahan pada malam ke-2, dek kerana belum mencukupi untuk memuaskan dahaga penonton...

Read More  

Dari Penglipurlara, Hazama Naiktaraf Ke 'Pujangga' Pasca 11 Tahun

Pendekatan berani Hazama dengan melahirkan album penuh pada saat pemuzik memilih hadir bersama single demi single kerana mahukan ianya menjadi sejarah dan sesuatu yang kekal relevan dalam kariernya bukan hanya sebagai penyanyi tetapi juga pemuzik dan penerbit album. Suatu realiti, pastinya bukan mimpi, sang penglipurlara menaiktaraf ke 'Pujangga' selepas 11 tahun tanpa album studio, yang terakhir pada 2013, Hazama siap sedia memasuki gelanggang seni...

Read More  

Konsert Rock Kapak 2: Kesinambungan Impak Gemilang Era Muzik Rock 80an

Konsert Rock Kapak 2 bakal menjadi tonggak penutup muzik rock tahun 2024, menawarkan satu malam penuh nostalgia dalam euforia semangat rock sejati. Hasil kerjasama strategik antara Attah Music, Mentari Merah Entertainment, dan Scorpion Bikers ini menjanjikan satu persembahan yang bakal menghidupkan segala kenangan terindah muzik rock Malaysia dengan barisan 3 kumpulan rock terulung, Gamma - Gravity dan Rockapak Band...

Read More