Nidji Kena Serbu Di Bukit Bintang Saat Introduksi Fasa 'New Chapter'

Lebih dari 1,000 Nidjiholic Malaysia membanjiri Bukit Bintang pada 4 November 2024 baru-baru ini ketika Nidji buat mini konsert percuma secara 'busking' terbuka kepada orang ramai. Sambutan cukup hangat dan meriah sehingga melimpah ke bahu jalan itu buat Bukit Bintang bergegar dengan nyanyian berjemaah pada melodi catchy "Sumpah Dan Cinta Matiku". Kejutan ini adalah seiring dengan rangkaian promosi Nidji 2.3, New Chapter yang akan julung kali menggelar konsert solo di Axiata Arena...

Read More  

Aizat Amdan 'Tegap Berdiri' Dengan Nuansa Baru Inspirasi Muay Thai

Mempamer cerminan refleksi kecintaan berkobar-kobar Aizat terhadap sukan Muay Thai dimana uniknya, inspirasi lagu ini lahir secara tidak sengaja ketika berdiskusi mengenai peristiwa terkini dan era keemasan bola sepak Malaysia sekitar tahun 1998, dan terdetik di hati Aizat, sekalipun kalah ‘di akhir nanti kau masih tegap berdiri’ yang menjadi kunci kepada lirik utama, membawa mesej yang kuat tentang daya tahan dan semangat juang...

Read More  

One Love Music 2024: Festival Muzik Serumpun Malaysia-Indonesia 12 Jam Tanpa Henti

Keterujaan semakin memuncak untuk acara muzik terbesar 'One Love Music 2024' (OLM2024) yang meraikan kuasa muzik untuk menyatukan segenap lapis masyarakat dengan nawaitu 'Satu Cinta'. Persembahan 12 artis ikonik selama 12 jam tanpa henti memberi gambaran sekilas tentang kemeriahan dan kegembiraan yang bakal terbentuk ketika himpunan muzik serumpun Malaysia-Indonesia bersatu...

Read More  

Naratif Emosi Muzikal Chlypdy Melalui Single 'Kelabu 2024'

Tampil berani mengeksplorasi emosi dalam bayangan kelabu kehidupan, Chlypdy mempertaruhkan "Kelabu" sebagai single terbaru yang mengusung naratif mendalam tentang penderitaan hidup, ketekunan serta harapan. Band indie rock kelahiran tahun 2019 itu mengambil masa 1 bulan untuk menghasilkan karya mendalam ciptaan Qalish Muqri yang dirakam, diadun dan menjalani proses mastering di studio Atas By Bijanfx. Menyerlahkan dedikasi Chlypdy dalam meneroka kelainan, melodi nan indah...

Read More  

Jom Gamit Rendisi Nostalgia Di Konsert Dato' Jamal Abdillah 'Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura'

Percaya dengan semua pengalaman, tarikan pesona dan untaian lagu-lagu hits yang telah dirakamkan sejak awal pembabitan sehingga kini, penganjuran Konsert Dato' Jamal Abdillah Sandarkan Pada Kenangan Mencari Azura akan menjadi sebuah medan pertemuan yang menggamit rendisi penuh nostalgia buat peminat. Kualiti dan jenama penghibur bersuara emas tidak akan pernah pudar...

Read More  

Tulus Cinta Kasih Seorang Ayah Terhadap Puterinya Dalam Filem "Babah"

Gabungan 2 video viral yang memberi inspirasi telah mencetuskan ilham kepada penghasilan produksi filem diberi judul 'Babah' oleh Nads Media Entertainment, dipetik dari kemistri ikatan kasih sayang dan rasa cinta mendalam antara seorang ayah dan anak perempuannya. Cinta pertama yang hadir dan cinta mati kesayangan sampai bila-bila. Takkan cukup lagu cinta manapun untuk melukiskan agungnya rasa...

Read More  

Konsert 'Memori Mungkin Berulang' Kolaborasi Perdana Tomok Dan Siti Nordiana

Kolaborasi unik antara Tomok dan Siti Nordiana bakal melakar detik bersejarah, tidak sekadar menjadi platform untuk menampilkan lagu-lagu popular mereka, tetapi turut membawa elemen tribute yang bakal menghidupkan semula kenangan indah era kegemilangan duet dan harmoni lagu-lagu berjiwa balada. Konsert istimewa ini dijangka mencuri tumpuan malam tersebut, menyuntik aura nostalgia...

Read More  

Nebiras Terbit Semula 'As The Sky Turns Black' Dalam Format Digipak CD Selepas 31 Tahun

Cukup dikenali sebagai pioneer muzik metal bawah tanah di Malaysia, Nebiras kembali selepas 'vakum' selama lebih 31 tahun untuk menghidupkan zaman kegemilangan mereka dengan penerbitan semula mini album 'As The Sky Turns Black' dalam format digipak CD. Dengan masih mengekalkan elemen klasik, dengan sentuhan rekabentuk baharu dan penambahbaikan kualiti audio untuk lebih mesra telinga bagi generasi baru dan yang terdahulu...

Read More  

Ledakan Aura Ernie Zakri: Tiket Konsert 'Sold Out' Dalam Masa 7 Jam

Tidak menjanjikan apa-apa yang 'terlalu besar', Ernie Zakri mahu penonton menikmati sesuatu yang baru dan mahu mencipta kenangan bersama para peminatnya. Terkejut dan tidak menyangka jualan tiket laris terjual dalam masa 7 jam, Ernie Zakri mahu kongsi perjalanan 'aura' itu sendiri kerana aura itu bukan tentang Ernie Zakri sahaja. Jatuh bangun, suka duka seorang Ernie Zakri yang pastinya semua orang boleh relate...

Read More  

Bunkface 'Memberontak' Guna Otak Luar Kotak

Hyper tahap kritikal menjadi punca musabab band Punk Rock Malaysia, Bunkface, kembali buat 'bising' lagi dengan produksi single terbaru mereka. Tampilan bunyi-bunyian riff gitar yang lebih 'keras' dan vibrant seiring dengan penyesuaian dalam cara penyampaian jalan cerita dan tema lagu 'Memberontak' itu sendiri, Bunkface mengakui mereka bukan anarkis, malah sebaliknya hanyalah sekadar happy loser pada bait-bait senikata taruhan terbaru mereka itu...

Read More  

Tayangan 'Kandungan Terbaik Sarawak' Secara Kolektif Di Viu

VIU, telah memperoleh 42 judul daripada TVS (TV Sarawak), menjadikan kandungan Sarawak tersedia secara kolektif buat pertama kalinya untuk pelanggan Viu. Perolehan ini juga membuka jalan bagi penciptaan kategori khas Sarawak di platform tersebut, membolehkan penonton menikmati warisan budaya dan seni Sarawak....

Read More  

Trio TBA Julung Kali Beraksi Di Konsert Khas Buat Peminat Malaysia

Dahulunya dikenali dengan nama Coboy Junior, trio asal Jakarta yang menggelarkan diri mereka dengan nama TBA (dipetik dari singkatan nama depan line-upnya iaitu Teuku Rizky, Bastian Steel dan Aldy Maldini) memilih pentas Zepp Kuala Lumpur pada tanggal 29 November 2024 untuk aksi perdana yang julung kali diadakan...

Read More