Gelombang Ke-2 Tiket Konsert GENKRU 'Sapu Bersih' Dalam Masa 45 Minit!

GENKRU sekali lagi membuktikan status ikonik mereka apabila tiket konsert hari ke-2 habis dijual dalam masa hanya 45 minit - pencapaian yang lebih pantas berbanding hari pertama yang mengambil masa satu jam. Keputusan untuk mengadakan konsert hari ke-2 dibuat setelah melihat permintaan tinggi dari peminat. Pengumuman tentang konsert tambahan pada 4 Mei 2025 disambut dengan sambutan luar biasa apabila tiket habis terjual dalam masa yang lebih singkat...

Read More  

Aksi Silat Bertemu Fiksyen Moden Dalam Filem 'Strike: Silat Cult Master'

Terinspirasi dari permainan video arked era 90-an, filem ini menjanjikan aksi pertarungan yang mengujakan. Katana Film membawakan pendekatan baharu dalam filem seni mempertahankan diri dengan menggabungkan silat tradisional dan unsur fiksyen moden. Filem ini bertujuan membuka lembaran baharu dalam industri perfileman Malaysia sambil mengangkat martabat seni silat di mata dunia...

Read More  

Konsert 'MegaHitz 3 Dekad Vol. 1': Suara Emas 9 Legenda Merangkai Nostalgia

Pentas Zepp Kuala Lumpur akan merakam detik keemasan pada pertemuan 9 ikon muzik tanahair dalam 'Konsert MegaHitz 3 Dekad Vol.1 pada 25 Januari 2025, membawakan 22 lagu hits yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu. Bakal menghidupkan kembali 3 dekad kegemilangan muzik Malaysia melalui persembahan solo dan kolaborasi istimewa artis-artis lagenda dari pelbagai genre termasuk pop, rock, dan balada...

Read More  

Tsunami Tiket Konsert GENKRU 'Sold Out' Sekelip Mata!

Icon Entertainment melaporkan kejayaan menggemparkan apabila tiket konsert GENKRU telah habis dijual pada pukul 12 tengah hari, hanya dalam masa 1 jam selepas jualan dibuka pada pukul 11 pagi. Menurut Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, sambutan yang diterima amat memberangsangkan dengan seramai 10,000 peminat telah bersiap sedia seawal 8.30 pagi untuk membeli tiket. Ini adalah satu penghargaan dan respons positif untuk artis tanah air. Atas permintaan yang tinggi, Icon Entertainment akan mengumumkan konsert hari kedua tidak lama lagi...

Read More  

Konsert Rentas Masa Ditunda Tanda Solidariti Mangsa Banjir

'Konsert Rentas Masa: Satu Evolusi Muzik' yang sepatutnya berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 31 Disember 2024 telah ditangguhkan ke tarikh baru 31 Januari 2025 susulan bencana banjir yang melanda beberapa negeri di Malaysia. Penangguhan dibuat berdasarkan amaran MetMalaysia tentang kemungkinan gelombang kedua banjir. Skuad Rentas Masa akan bekerjasama dengan Wings Motor Gang Society (WMGS) untuk misi bantuan mangsa banjir...

Read More  

Astro Shaw Buka Lembaran Baharu Empayar Sinema Malaysia

Astro Shaw telah mengumumkan inisiatif baharu mereka iaitu "Astro Shaw Cinematic Universe" yang akan menghimpunkan IP blockbuster filem terbitan mereka dalam bentuk filem dan siri premium. Bermula 2025, beberapa filem akan dilancarkan, membawa kepada penggabungan filem pada tahun 2028, mencipta sejarah baru untuk sinema Malaysia. Berbeza dengan universe superhero lain, ia akan meneroka pelbagai genre dan naratif yang saling berkait...

Read More  

'Wasiat' Falah Mengguris Hati Seluruh Malaysia

Malam ini, 19 Disember 2024, tepat jam 10 malam di Astro Ria, tirai akan dilabuhkan buat kali terakhir untuk 'Andai Tiada Dia'. Sediakan tisu dan hati yang kukuh, kerana episod ini dijangka akan membawa penonton melalui rollercoaster emosi yang tidak terduga. Jangan abaikan pesanan terakhir Falah - marilah kita temani Suri dalam perjalanan terakhirnya mencari kebenaran dan keadilan. Dalam episod yang menghancurkan hati setiap penonton, Falah disahkan mati otak, nafasnya kini bergantung pada mesin semata-mata...

Read More  

'Bisikan Dosa' Bakal Menghantui Pawagam Januari 2025

Disasarkan menjadi filem Box Office pembuka 2025 selepas kejayaan filem 'Khong Khaek', bercerita tentang Sarimah yang berpindah ke Kuala Lumpur selepas kehilangan anak dan dikhianati bekas suami. Bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Ayden, dia mula diganggu oleh roh Zara, isteri Ayden yang telah meninggal dunia. Menampilkan elemen unik seperti plot twist tak diduga, kesan solekan istimewa, elemen jumpscare yang dirancang teliti serta fokus pada isu khurafat dan syirik...

Read More  

Triad: Satu Nafas, Tiga Nada, Satu Pentas Serentak

Untuk pertama kali dalam sejarah muzik, legenda Rock Malaysia, Dato' Awie, dengan keperkasaan vokal menggegar, akan membuat kemunculan mega dalam konsert revolusi diberi gelar TRIAD. Bakal memimpin 3 band rock terulung: Wings, Search KidDin dan Dragon Malaya, Dato' Awie yang cukup terkenal dengan vokal hebatnya akan tampil sebagai nafas utama mengemudi 3 nada di atas satu pentas secara serentak. Juga bakal mencatat sejarah dalam The Malaysian Book of Records kerana tidak pernah ada lagi konsert seumpamanya...

Read More  

Ledakan Konsert GENKRU 3 Mei 2025: Kembalinya Trio Gergasi

Mengumumkan sesuatu yang di luar jangkaan: Konsert GENKRU! Bukan sekadar konsert biasa, ia adalah kembalinya 3 figura tersohor yang bakal kembali menggegar pentas muzik tempatan. Peminat setia kini berpeluang menyaksikan kemegahan KRU secara langsung di pentas AXIATA ARENA pada 3 MEI 2025 yang bakal menjadi saksi sejarah - saat legenda muzik Malaysia sekali lagi menunjukkan kelasnya. Tiket boleh di beli mulai 20 Disember 2024, semangat sudah boleh diasak - KRU kembali!

Read More  

Limbungan: Tragedi Hitam 1975, Dedah Kisah Ngeri Serangan Harimau Jadian

Mitos tentang Harimau Jadian sememangnya cukup sinonim dan menjadi folklore di kalangan masyarakat Melayu lama. Kepercayaan mengenai wujudnya manusia yang mampu bertukar menjadi harimau jadian kerana mengamalkan ilmu hitam telah mencetus idea. Melalui filem terbaru Lil Studios Sdn. Bhd., sutradara Fazli Yasin berjaya mengangkat tema mistik ini ke layar perak dengan interpretasi menarik. Penonton dibawa menyelami dunia mitos tentang harimau jadian...

Read More  

Senada Dalam Episod Cinta, Khai Bahar Dan Wany Hasrita 'Berbagi Hati'

Membuat kejutan dengan single 'Berbagi Hati' yang menjadi runut bunyi drama "Berbagi Suami", Khai Bahar dan Wany Hasrita menampakkan kematangan selaku artis yang telah lama berkecimpung dalam industri muzik. Sejak kemunculan sekitar tahun 2016, Khai dan Wany telah membina identiti muzik tersendiri, dan kolaborasi kali ini memperlihatkan kemahiran mereka dalam menyatukan suara senada dalam episod cinta...

Read More