Meneroka Koordinat Dunia Digital Dan Realiti Hidup Melalui Filem Biografi E-sukan Malaysia 'Soloz: Game of Life'

Menjanjikan pengembaraan unik yang menggabungkan realiti kehidupan dengan dunia permainan digital yang kian berkembang di Malaysia, filem ini mengisahkan tentang perjalanan seorang pemain permainan video dalam mengejar impiannya. Memaparkan budaya belia Malaysia kontemporari, selain turut mengetengahkan cabaran dan peluang dalam industri e-sukan yang sedang pesat membangun. Ia merupakan cerminan kehidupan moden di mana dunia maya dan realiti semakin bertindih, membentuk satu perspektif baharu dalam memahami kejayaan dan makna kehidupan...

Read More  

Panorama Sinematik 'Dajal: Satu Malam DiPedajal' Pertemuan Dimensi Audio-Visual Naratif Thriller

Majlis pelancaran eksklusif filem "Dajal: Satu Malam diPedajal" pada 8 Januari 2025, menampilkan 3 elemen utama: runut bunyi filem (OST), treler, dan dokumentasi di sebalik tabir. Diserikan dengan kehadiran konstelasi personaliti industri, meliputi barisan pelakon, dan tetamu jemputan, kemuncak majlis digarap melalui persembahan live runut bunyi filem 'Di Kala Malam', hasil kolaborasi perdana antara Metrowealth International Group (MIG) dan ikon Gen-Z, Zynnakal...

Read More  

Simbiosis Kreatif Sony Music Malaysia & Alternate Records Terjemah 'Pelangi' Amir Hasan

Mencuri perhatian penggemar muzik dengan single terbaharunya berjudul 'Pelangi' yang menjadi runut bunyi rasmi (OST) untuk drama bersiri slot Lestary TV3, "Cikgu Diva", Amir terus komited sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu yang sentiasa menonjolkan sisi kreatifnya dalam mengadun elemen muzik yang pelbagai. Dihasilkan dengan penuh dedikasi, “Pelangi” menggambarkan kisah cinta remaja yang penuh keindahan dan makna. Gabungan genre R&B, pop dan rap memberi “Pelangi” nuansa segar sesuai citarasa masakini...

Read More  

'Abah Saya, Uncle Mike' Junjung Nilai Keharmonian Antara Budaya Di Malaysia

Pengorbanan dan kasih sayang Uncle Mike membesarkan 3 anaknya selama 16 tahun telah menarik perhatian ramai sehingga meraih Anugerah Maulidur Rasul 2024 oleh YDP Agong Sultan Ibrahim. Bakal ditayangkan pada tahun istimewa pertembungan perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri buat pertama kali dalam tempoh 27 tahun, filem ini membawa mesej kuat tentang perpaduan, kepelbagaian budaya dan ikatan kekeluargaan merentasi sempadan bangsa dan agama di Malaysia...

Read More  

Konsert Hitster Vol. 1: Otai Sangat Menyengat Suntik Helaian Memori, 4 Vokalis Satukan Generasi

Buat julung kalinya, 4 legenda rock tanahair, Dato' Nash (Lefthanded), Zamani (Slam), Ameng (Spring) dan Jatt Ali (Black Dog Bone), bersatu di atas satu pentas dalam KONSERT HITSTER VOL. 1. Persembahan bersejarah ini akan berlangsung di The Star Theatre, Singapore pada 1 Februari 2025, membawakan hits-hits ikonik yang telah menjadi soundtrack kehidupan pelbagai generasi...

Read More  

'Nuri Terbang Malam' Melayang Sekali Lagi, Kali Ini Di Angkasa Seni Dato' M. Nasir

Dari lembaran sejarah 1903, permata warisan audio melayang anggun di angkasa kontemporari. Maestro tanahair, Dato' M. Nasir, dengan kehalusan jiwa seninya, memberi nyawa baharu kepada rakaman Melayu pertama yang terukir di piring hitam. Karya ini, yang mula disuarakan oleh seniman Wayang Semarang, Qasim, mendapat sentuhan terakhir Allahyarham Nafie Spider membawa lagu ini melayang di antara akar tradisi dan nafas kontemporari...

Read More  

KRU Lakar Sejarah Baru, Umum Tambah Konsert Hari Ke-3, 10 Mei 2025

KRU mencetak bukan hanya rekod peribadi tetapi sejarah industri hiburan tanah air saat tahun 2025 dibuka apabila KONSERT GENKRU bukan dilaksanakan sehari atau dua tetapi TIGA hari! Betapa besar empayar dan pengaruh yang pernah dan masih lagi dimiliki KRU atau Kumpulan Rap Unggul ini melangkaui generasi dan peminat muzik sejak penubuhannya pada 1992. Demi memenuhi hajat peminat, sebulat suara diumumkan tambahan sehari lagi KONSERT GENKRU pada 10 MEI 2025...

Read More  

Drama Bersiri 'Din Tiger' Berani Bongkar Jenayah 'Scam'

Mengupas dunia gelap penipuan siber melalui kisah 'Din Tiger', seorang pakar scam dalam talian yang ingin meninggalkan kehidupan gelapnya demi membina masa depan yang lebih baik bersama keluarga. Drama 8 episod ini mengisahkan cabaran Din yang membuka kedai gajet sebagai langkah permulaan kehidupan baharu. Namun, perjalanannya tidak semudah yang disangka apabila dia terjerat dalam satu kes berat. Situasi menjadi lebih rumit apabila Boss Mario/Tan Sri Aliff enggan melepaskan cengkamannya terhadap Din...

Read More  

Peluang Terakhir Untuk Cemerlang Di Pentas ALI24

Di sebalik gegak gempita industri muzik arus perdana, terdapat satu komuniti yang terus berkarya dengan jiwa yang merdeka – para pemuzik indie Malaysia. Kini, pentas ALI24 menanti untuk mengangkat suara mereka ke tahap yang lebih tinggi. Tahun ini, di bawah kepimpinan Ahmed Faris Amir dan Jennifer Thompson, ALI24 membawa misi yang sama dengan semangat yang lebih membara. ALI bukan sekadar tentang anugerah: ia adalah pengiktirafan terhadap keberanian berkarya di luar garisan, menghasilkan muzik yang mencerminkan jiwa sebenar anda...

Read More  

Soma Merangkul Legasi S. Atan Menerusi 'Perjalanan'

Manifestasi 'Perjalanan' artistik seorang Soma atau nama asalnya Rosmah S.Sengari yang merentasi masa, menghubungkan 2 generasi komposer tersohor tanahair dipersembahkan dalam bentuk mini album memuatkan 5 buah lagu baru dan mesra telinga. Bukan sekadar koleksi lagu, album yang diberi judul 'Perjalanan' ini adalah jambatan antara legasi dan inovasi, menghubungkan karya terakhir legenda Allahyarham Datuk S.Atan dengan sentuhan kontemporari Belle Fatah...

Read More  

Mira Filzah Sebagai Elina Selami Dilema Seorang Isteri Dalam 'Curang Tanpa Niat'

Membawakan watak Elina, bekas profesional memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Mira Filzah menyelami dilema seorang isteri dalam drama 32 episod ini, mengisahkan pergolakan rumah tangga Elina apabila suaminya, Eshaal, terlibat dalam hubungan terlarang dengan rakan sekerja, Astrid. Konflik utama drama tertumpu pada pengorbanan kerjaya demi keluarga, pengkhianatan suami, pergolakan emosi memberi peluang kedua dan cabaran membina semula kepercayaan...

Read More  

Showcase Pelancaran Album 'Quasssar' Dari The Fatalis

Siap sedia untuk satu malam yang next level apabila The Fatalis membawa riff signatur Fuzz-berat dan Rock Alternatif bertemu dengan vibe Indie segar dari Hawa dan gegaran Mat Bunga Doom dan Hard Rock karya Ibnu Rizla. Dan ketika arkitektur klasik bersatu dengan muzik berat, confirm mencipta satu malam yang penuh memori. Jangan lepaskan fusion warisan dan Rock yang epik! Mahu menjadi suara generasi yang mencari autensiti dalam dunia yang semakin palsu, itulah The Fatalis!

Read More