OKU Fest 2.0 Pemangkin Kejayaan Kesenian Insan Istimewa

Dengan memilih tema “My Ability is Stronger Than My Disability”, festival seni OKU FEST 2.0 bertujuan membuktikan bahawa kekurangan bukanlah penghalang, tetapi kekuatan luar biasa yang wajar diterokai dan diraikan, disamping mengubah persepsi tentang kekurangan menjadi kekuatan tersendiri. Festival ini terbuka secara percuma kepada orang ramai tanpa mengira latar belakang. Pengunjung digalakkan hadir untuk menyokong rakan-rakan istimewa dan menyaksikan keindahan seni yang dipersembahkan...

Read More  

'Haramain' Album Inspirasi Spiritual Tanah Suci Terkini Dari Hafiz Hamidun

Dunia muzik nasyid kembali bersemarak dengan inspirasi pengalaman spiritual Hafiz Hamidun di 2 kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah, dan merupakan hasil kerjasama kreatif dengan penulis lirik berpengalaman seperti ITO Lara, Fedtri Yahya, serta Hafiz sendiri. Album terbitan Sony Music Malaysia ini diproduksi dengan nawaitu untuk membangkitkan rasa rindu dan keinginan untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah melalui karya ini...

Read More  

Rahang Tajam Macam 'Aiman Tino' Buat Wani Kayrie Kurang Tidur

Single terbaru yang sangat 'catchy' terutama pada bahagian korus buat mudah melekat di ingatan pendengar sementelah lagi terdapat elemen kemelayuan pada bahagian bridge lagu berentak rancak pop rock berjudul 'Aiman Tino' menambah identiti unik yang membezakannya dengan karya-karya Wani Kayrie sebelum ini. Berkisarkan perasaan suka atau ‘crush’ terhadap seorang lelaki dengan imej comel yang mengingatkan kepada penyanyi Aiman Tino adalah tema yang dipilih menerusi senikata lagu, disesuaikan dengan rentak rancak...

Read More  

Runut Bunyi Filem Kahar: Kapla High Council "KUDETA" Tampilkan Vokal Amir Ahnaf

Dalam suasana yang sudah sedia hype penuh keterujaan, Amir Ahnaf menambahkan lagi kemeriahan para antusias filem 'Kahar: Kapla High Council', dengan tampil sebagai pelantun lagu tema filem yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Video lirik lagu berjudul 'KUDETA' ini dilancarkan pada tanggal 22 November di seluruh platform penstriman digital. menterjemahkan naratif filem dengan berbicara tentang transisi dan kebangkitan dari penderitaan menuju kemenangan serta membawa mesej dan pesanan moral tentang 'keganasan bukanlah jalan penyelesaian'...

Read More  

Konsert Jiwa: Epilog 2024 Muncul Sebaik Usai Jiwa Kacau Dan Jiwa Malaysia

Usai menyulam kenangan indah melalui Konsert Jiwa Kacau dan Jiwa Malaysia, MND Sport & Events kembali mengukir cerita muzik terbaru dengan Konsert Jiwa: Epilog 2024. Stadium Malawati Shah Alam bakal menjadi pentas magikal di mana Fabio Asher dari Indonesia berkongsi pentas bersama Spider, 6ixth Sense dan Yuna dijangka menjadi tumpuan utama. Konsert Jiwa: Epilog 2024 ini adalah satu perjalanan emosi melakar kenangan abadi, malam epilog penuh jiwa dan semangat muzik membara...

Read More  

30 Artis Karyawan Terima Sumbangan Prihatin Dari Yayasan Pekema

Yayasan Pekema telah bermurah hati memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada 30 orang artis di bawah naungan Karyawan Malaysia yang terdiri daripada penyanyi, pelakon veteran, dan individu yang kini sedang mengalami keuzuran. Acara penyerahan sumbangan ini merupakan apresiasi yang sangat bererti bagi para seniman yang telah banyak berjasa dalam dunia seni tanahair serta telah mengabdikan seluruh hidup untuk menghibur melalui karya seni yang memberikan impak besar bagi industri hiburan Malaysia...

Read More  

Showcase 'Misha Omar Back To Basic' Tunai Doa Dan Mimpi Peminat Setelah Hiatus 3 Tahun

Sebagai tanda apresiasi buat peminat yang setia menyokong karier seninya yang kini mencecah 2 dekad, Misha Omar menyifatkan showcase Back To Basic ini menjadi ‘pemanas’ dalam merealisasikan impian besarnya untuk mengadakan konsert berskala besar pada masa mendatang kerana ingin memulakan langkah kecil sebelum mencetak sejarah yang lebih besar...

Read More  

Layak Ke Pentas AJL 39, Hael Dan Nadeera Terus Unggul

Setelah lebih sedekad menanti peluang untuk tampil di pentas AJL, impian Nadeera akhirnya tercapai apabila namanya diumumkan sebagai finalis melalui lagu hitnya, “Bukan Lagi Kita”, ciptaan Hael Husaini dan komposer Iqie Hugh. Manakala bagi Hael pula, penyertaannya dalam AJL39 dengan lagu “Diam” memberi makna yang tersendiri. Mereka berdua telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan berprestij dalam industri muzik Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39)...

Read More  

Vanessa Reynauld Menenun Magis dengan 'Anyam Kayangan'

Semakin murah dan meriah rezeki Vanessa Reynauld (bekas pemenang Anugerah Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2022) nampaknya. Tidak lama beberapa bulan terdahulu, melahirkan single terbaharunya berjudul "Erti Rindu", penyanyi bersuara emas itu kembali diberi penghormatan menenun magis lontaran vokalnya melalui runut bunyi "Anyam Kayangan", lagu bernuansa balada ciptaan khas oleh Bajai & Co dengan nukilan lirik dari Adrianna Cinta menjadi lagu tema dan runut bunyi asli (OST) sebuah siri fantasi seram terbaharu berjudul ‘Kayangan’...

Read More  

Perayaan Ambang Tahun Baru 2025 Bersama Konsert Rentas Masa

Mengangkat tema 'Satu Evolusi Masa' sebagai cerminan perubahan atau perkembangan arus muzik merentasi zaman ke zaman, Konsert Rentas Masa mengajak kebersamaan dalam menikmati hiburan santai seisi keluarga pada temujanji merayakan ambang tahun baru 2025 yang mendatang. Konsep intimasi kekeluargaan ini bakal membawa hadirin kepada penghayatan evolusi muzik berperingkat bermula dari era 60an, 70an, 80an, 90an dan sterusnya yang terkini, era Millenium...

Read More  

Nidji Kena Serbu Di Bukit Bintang Saat Introduksi Fasa 'New Chapter'

Lebih dari 1,000 Nidjiholic Malaysia membanjiri Bukit Bintang pada 4 November 2024 baru-baru ini ketika Nidji buat mini konsert percuma secara 'busking' terbuka kepada orang ramai. Sambutan cukup hangat dan meriah sehingga melimpah ke bahu jalan itu buat Bukit Bintang bergegar dengan nyanyian berjemaah pada melodi catchy "Sumpah Dan Cinta Matiku". Kejutan ini adalah seiring dengan rangkaian promosi Nidji 2.3, New Chapter yang akan julung kali menggelar konsert solo di Axiata Arena...

Read More  

Aizat Amdan 'Tegap Berdiri' Dengan Nuansa Baru Inspirasi Muay Thai

Mempamer cerminan refleksi kecintaan berkobar-kobar Aizat terhadap sukan Muay Thai dimana uniknya, inspirasi lagu ini lahir secara tidak sengaja ketika berdiskusi mengenai peristiwa terkini dan era keemasan bola sepak Malaysia sekitar tahun 1998, dan terdetik di hati Aizat, sekalipun kalah ‘di akhir nanti kau masih tegap berdiri’ yang menjadi kunci kepada lirik utama, membawa mesej yang kuat tentang daya tahan dan semangat juang...

Read More