Alunan Keindahan 'Raya Penuh Erti', Karya Bermakna Sigma Replacement

Setelah 30 tahun berkarya, Sigma Replacement melancarkan lagu raya pertama mereka, "Raya Penuh Erti" komposisi oleh Yus Sigma, lagu ini menggambarkan indahnya suasana Aidilfitri dengan melodinya yang menyentuh dan lirik yang bermakna. Dirakam di Sigma Sound Studio dengan penglibatan semua ahli kumpulan, lagu ini menjadi pertemuan nostalgia rakan-rakan lama dan penjambatan generasi baru. Yang menariknya, proses rakaman menggabungkan 2 generasi apabila anak salah seorang ahli turut terlibat. Diterbitkan oleh Legasi Sigma Sdn Bhd, "Raya Penuh Erti" bukan sekadar lagu raya, tetapi bukti persahabatan dan dedikasi terhadap muzik yang telah bertahan 3 dekad...

Read More  

Nada-Nada Bahagia Syawal Wany Hasrita Bergema Dalam 'Raya Telah Tiba'

Penyanyi bersuara merdu, Wany Hasrita, kembali menghangatkan industri muzik tanah air dengan single Aidilfitri terbaharu bertajuk "Raya Telah Tiba" terbitan Sony Music Malaysia. Berbeza dengan lagu-lagu balada yang sering dibawakan, kali ini Wany tampil dengan irama yang lebih rancak, ceria dan kontemporari. Karya ciptaan Affan Mazlan ini menggabungkan elemen pop moden, sentuhan Melayu klasik dan nuansa rock yang menjadikannya unik. Lirik yang ditulis oleh Affan dan Danish Noraz menceritakan pengalaman masyarakat Malaysia sepanjang musim perayaan - dari cabaran berpuasa, kesibukan persiapan pulang kampung, hingga keterujaan bergaya dengan pakaian raya baharu...

Read More  

Trilogi Epik 'Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba Infinity Castle' Bakal Gemparkan Pawagam Global

Merupakan bahagian pertama trilogi terakhir siri anime fenomena global ini bakal ditayangkan secara eksklusif di pawagam Amerika Utara pada 12 September 2025, filem ini akan turut ditayangkan di Malaysia bermula 14 Ogos 2025. Cerita bermula apabila Muzan Kibutsuji muncul di Mansion Ubuyashiki semasa ahli Korps Pemburu Iblis sedang menjalani Latihan Hashira. Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya terperangkap di dalam Istana Tanpa Batas, kubu pertahanan utama para iblis. Di sinilah pertempuran terakhir antara Korps Pemburu Iblis dan tentera iblis akan berlangsung, mewakili klimaks perjuangan Tanjiro menyelamatkan adiknya Nezuko dan menghancurkan Muzan Kibutsuji...

Read More  

Lagu Dari Seluloid Volume 2: Arkib Digital Lagu-Lagu Teater Layar Melayu Era Kegemilangan 1950-1959

"LAGU DARI SELULOID VOLUME 2" merupakan projek pengarkiban dan pendigitalan yang diterajui oleh Mac Training Centre Sdn Bhd bersama Studio Funky Brigade. Inisiatif ini menyaksikan rakaman semula 10 lagu ikonik dari filem Melayu klasik era 1950-1959, antaranya "Merpati Dua Sejoli" (Bakti, 1950) hingga "Sang Ratu" (Raden Mas, 1959). Diilhamkan sebagai kesinambungan projek tahun lalu, usaha ini bertujuan menyelaraskan khazanah muzik dengan perkembangan digital kontemporari. Barisan penyanyi seperti Aqasha, Sharifah Zarina dan Ayu Damit menyampaikan interpretasi baharu terhadap karya-karya tersebut...

Read More  

Mahu Watak Dominan, Siti Saleha Jelmakan Chempaka Humaira Dalam 'Dia Imamku'

"Dia Imamku" mengisahkan tentang Chempaka Humairah, seorang graduan London yang sombong dan berlidah tajam. Kini bekerja sebagai pengurus di syarikat keluarga, Humairah sering bersikap angkuh kerana rasa tidak yakin dan dahagakan perhatian ibu bapa yang lebih mengutamakan kakaknya. Pertemuan pertamanya dengan Amir (Budin), seorang pemuda kampung yang jujur, menanam bibit kebencian dalam dirinya. Humairah juga bermusuh dengan Dahlia, cucu Nek Bunga. Selepas satu insiden, Humairah mula menyedari keikhlasan hati Amir. Sayangnya, hati Amir telah tertutup, walau sebanyak mana pun Humairah merayu dan memohon kemaafan...

Read More  

Dapur Goodday Perkenalkan Konsep 'Tengok Hari Ini & Esok Boleh Beli'

Program realiti drama masakan pertama di Malaysia diberi judul 'Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton' dengan konsep "Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli" ditayangkan di Astro Ria mulai 1 Mac 2025 pada 5.30 petang sepanjang Ramadan. Program ini menampilkan watak-watak popular dari drama "Khun:sa" iaitu Che Ton (Sherry Alhadad), Sarimah (Zarina Zainoordin) dan Tuyah (Ezu Hashim). Sarimah dan Tuyah yang kembali ke bumi selepas diculik UFO diberi misi oleh lelaki misteri untuk membuat kebaikan dalam 29 hari. Setiap resipi menggunakan susu Goodday, dan penonton boleh membeli hidangan yang sama di bazaar Ramadan Stadium Shah Alam dari 2-29 Mac. Program turut menampilkan tetamu jemputan iaitu watak-watak ikonik tanah air dari filem dan drama popular...

Read More  

Filem Seram 'Polong' Kisah Hantu Belaan Balas Dendam Kematian Tuannya

Golden Star Pictures mempersembahkan filem seram perdananya "POLONG", kisah seram tentang Maria Hadi, seorang pengamal ilmu hitam yang di penghujung hayatnya mencuba mencari pengampunan. Keputusannya melepaskan polong belaan kepada orang yang salah menciptakan bencana ketika makhluk ghaib ini bangkit untuk membalas dendam setelah kematian tuannya. Sumpah laknat yang ditinggalkan Maria kini harus ditanggung oleh para pewarisnya. Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar dan dibintangi Mimi Lana, Fad Anuar, Namron, June Lojong, dan Nadiya Nisaa, "POLONG" bukan sekadar filem seram biasa, tapi eksplorasi tentang dosa masa lalu, legasi turun-temurun, dan akibat tidak terhindar dari perbuatan tercela. Penggambaran dimulai Mei 2025...

Read More  

'Ultraman The Ultra Tour' Jana Semangat Wira Galaksi Ke Seluruh Negara

'Ultraman The Ultra Tour' secara rasmi dilancarkan di Sunway Pyramid pada 27 Februari 2025, hasil kerjasama antara Tsuburaya Fields Entertainment International, One Universal Production, dan Sunway Malls. Acara ini memecahkan rekod ASEAN dengan perhimpunan 270 penggemar berpakaian Ultraman. Jelajah ini akan merentasi 7 pusat beli-belah Sunway seluruh Malaysia, menawarkan sesi ramah mesra bersama Ultra Heroes, Inflatable Playland, demonstrasi permainan Gigabash, dan barangan eksklusif Ultraman. Pelancaran turut disertai oleh Yuki Totsuka, pelakon Ultraman Arc, dan memasukkan elemen tanggungjawab sosial dengan sumbangan kepada 2 rumah kebajikan sempena Ramadhan. Acara ini menggabungkan nostalgia, hiburan interaktif, dan semangat komuniti bagi penggemar pelbagai generasi di Malaysia...

Read More  

BAALE - FORTUNA Live in Kuala Lumpur Bakal Melukis Bintang Malam Di Denting Nada Zepp KL

Kembali bersinar dengan wajah baharu bernama 'BAALE' Iqbaal Ramadhan dibelai lembut angin kenangan Coboy Junior dan dirajut dalam legenda Dilan, kini suaranya bersemi dalam taman britpop yang sangat dinanti-nantikan. Album "FORTUNA" – yang tercipta dari kesepian dan harapan akan bergema di segenap ruangan Zepp Kuala Lumpur pada malam 15 Jun 2025. Peminat Malaysia yang selama ini hanya memeluk suaranya melalui awan digital, kini berpeluang menghirup udara yang sama dengan sang pencipta melodi. Miebird Projects telah merangkai mimpi pertemuan dengan seleksi 4 kategori tiket dari RM198 hingga RM398 menunggu dibuka pintu dimensinya. Malam itu, nasib baik (fortuna) akan menulis puisi muzikalnya di kanvas Zepp KL menanti untuk dilukis dengan warna-warna fortuna...

Read More  

Diva Sabah Bawa Konsert 'Aku Stacy' Ke Tanah Kelahiran 21 Jun 2025

Stacy mengumumkan konsert solo mega pertamanya, 'AKU STACY', yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 21 Jun 2025. Dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment dengan tajaan U-Mobile, konsert itu merupakan penghormatan kepada peminat yang menyokong kerjayanya selama 17 tahun. Penyanyi kelahiran Penampang, Sabah yang dikenali sebagai 'Ratu Tari Malaysia' itu menjanjikan persembahan yang menggabungkan pelbagai genre muzik, visual menarik dan elemen fesyen yang unik. Stacy terlibat secara mendalam dalam aspek kreatif konsert itu. Sebagai pemenang pelbagai anugerah muzik, Stacy mahu menjadikan konsert di tanahair ini sebagai pengalaman istimewa dengan tempoh persembahan paling lama dan kejutan istimewa buat penonton Sabah...

Read More  

'Projek Seni Nogoghi 9' Buka Ruang Kreatif Pencetus Seni Generasi Muda Di Negeri Sembilan

Dengan inisiatif untuk mencungkil bakat muda Negeri Sembilan, 'Projek Seni Nogoghi Negeri 9' yang dinaungi oleh YAM Tunku Zain Al-'Abidin ibni Tuanku Muhriz dan dipimpin oleh Datuk Zainalabidin. Program ini menggabungkan pertandingan 'Nogoghi Ado Bakat' dan bengkel pendidikan untuk pelajar berumur 13-17 tahun. Bermula Mac-April 2025 dengan penyertaan dalam talian, diikuti pertandingan Mei-Julai 2025 yang akan memilih 21 peserta dari 7 daerah untuk merebut gelaran Juara Negeri. Disokong oleh JPNS, JKKN, dan Kementerian Pelancongan, projek ini bertujuan mengembangkan kemahiran seni dan komunikasi belia. Acara kemuncak akan menampilkan konsert edutainment dengan panel tokoh muzik terkenal seperti Michael Veerapen, menjanjikan platform perkembangan bakat yang holistik...

Read More  

'Penantian' Versi Lah Ahmad Suntik Nafas Baru Khazanah Lagu Melayu Dalam Projek '100 Lagu 100 Tahun'

Di antara tiupan masa yang terus menderu, "Penantian" bangkit bagai permata yang digilap semula. Melodi indah karya Zubir Ali yang dahulu menggema pada 1981, kini terjelma dengan nafas kontemporari di tangan Azmeer. Suara Lah Ahmad menjadi sayap baharu buat syair rindu yang pernah mengharum di kalbu. "Semakin mendengar, semakin indah menggenggam jiwa," bisiknya penuh makna. Dalam pelukan projek "100 Lagu 100 Tahun", khazanah muzik seabad dipetik dari lembaran sejarah, diabadikan dalam gubahan audio, visual dan buku meja kopi, agar generasi baharu dapat merasai getaran seni yang pernah menawan jiwa nenek moyang mereka...

Read More