Melodi memperkenalkan video muzik “Lagu Raya Untukmu” nyanyian Hael Husaini sebagai karya istimewa sempena Aidilfitri 2026. Lagu ini menggabungkan elemen muzik moden dan klasik yang memberikan nuansa nostalgia serta kemeriahan suasana perayaan. Proses penghasilan lagu melibatkan kolaborasi kreatif antara Hael Husaini dan penerbit Iqie Hugh sebagai penulis lirik dan komposer bersama. Karya ini turut menjadi projek kerjasama antara Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment dalam menghasilkan lagu raya moden yang segar. Melalui vokal yang penuh emosi, Hael menyampaikan mesej kemaafan, kebersamaan dan penghargaan terhadap insan tersayang. Video muzik lagu ini kini boleh ditonton di YouTube melalui saluran rasmi Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment, selain menggalakkan peminat menghasilkan video kreatif menggunakan lagu tersebut...

Read More  

Merakam detik penting persembahan solo pertama DUKES menerusi DUKES Quest yang berlangsung pada 7 Februari 2026 di Drumasia, Sri Hartamas. Dengan sokongan Alternate Records, konsert ini tampil berkonsepkan tema zaman pertengahan, menggabungkan elemen teater dan muzik bagi mencipta pengalaman pentas yang imersif. Tiket yang habis terjual dalam dua minggu membuktikan sokongan peminat terhadap visi artistik DUKES. Persembahan merangkumi semua lagu asal mereka serta sebuah karya baharu daripada album akan datang. Pembuka tirai oleh Laisa daripada Fuad Duo memberi lengkung emosi sebelum DUKES mengambil alih pentas utama. Pelancaran barangan cenderamata rasmi turut menambah nilai peribadi kepada malam bersejarah ini...

Read More  

Single terbaharu Adira Suhaimi yang dipilih sebagai lagu tema drama Samarinda, "Bisik Asmara". Lagu balada ini mengangkat luahan seorang wanita yang terluka akibat pengkhianatan, disampaikan tanpa kemarahan, sebaliknya melalui rasa kehilangan dan harapan yang kian pudar. Dengan kawalan vokal yang halus dan penghayatan mendalam, Adira menterjemahkan emosi lagu secara jujur dan dekat dengan realiti. Digarap oleh Affan Mazlan dengan susunan muzik berjiwa gelap, berinspirasikan elemen kabaret serta bunyi era 60-an dan 70-an, "Rayu Hatiku" menandakan kolaborasi pertama Adira bersama Alternate Records. Lagu ini kini tersedia di semua platform digital dan menjadi pelengkap emosi kepada 'Bisik Asmara'...

Read More  

Luahan peribadi Mariam Saim tentang sebuah hubungan yang menggantung antara cinta dan perpisahan. Ditulis, digubah dan dinyanyikan sepenuhnya oleh Mariam, lagu ini bergerak dalam nuansa balada Indo-pop yang minima, memberi ruang kepada vokal dan lirik untuk berbicara jujur. Dengan sentuhan strings yang halus, lagu ini merakam usaha seseorang melepaskan masa lalu, meski kenangan masih mengikat. Proses penciptaannya menekankan keikhlasan emosi, termasuk rakaman vokal terakhir yang dipilih kerana ketulusannya. Sebagai OST drama Perempuan Tidak Ternikah di TV3, Cinta Gila memperkukuh naratif tentang luka, pilihan dan keberanian berdamai dengan perasaan sendiri...

Read More  

Hadir ke Malaysia Fest 2025 di Tumbalong Park, Sydney sebagai duta seni yang membawa haruman Borneo dan keindahan muzik Malaysia ke pentas antarabangsa. Di hadapan lebih 20,000 pengunjung, suaranya menebarkan nostalgia lewat lagu Hening Rindu dan Cinta, sebelum meluncur ke akar identitinya menerusi Sumandak Sabah, Pelangi Pasti dan Nalan Nalan. Persembahan yang diperkemas melalui koreografi kontemporari-tradisional memberi ruang kepada penonton untuk menyelami warna budaya Malaysia dengan lebih mendalam. Di sebalik sorakan komuniti Malaysia di Australia, Marsha Milan berkongsi rasa syukur dan bangga kerana diberi amanah membawa nama negara. Malaysia Fest sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai jambatan budaya yang menyatukan diaspora Malaysia di pentas global...

Read More  

Menyingkap sisi lelaki yang jarang diceritakan: sisi yang terluka, keliru dan dipersalahkan dalam hubungan toksik. Dicipta sepenuhnya oleh DUKES dengan lirik oleh Syed Rayyan Razzaq serta produksi AG Coco, lagu ini meneroka emosi yang terpendam; ketakutan, amarah dan usaha mencari suara sendiri. Sentuhan muzik indie yang dipengaruhi The Strokes dan Hujan memberi tenaga baharu, sementara naratifnya mengangkat pengalaman mereka yang sering tersepit dalam cinta yang tidak seimbang. DUKES mahu pendengar memahami bahawa keberanian untuk bersuara datang dalam pelbagai bentuk. “Melangkahi Aku” menjadi naskhah yang melantunkan kejujuran, membebaskan perasaan yang lama terperangkap. Kini tersedia di semua platform digital...

Read More  

Mengalun sebagai balada yang meruntun kalbu, menghadirkan gabungan istimewa Liza Hanim sebagai penyampai dan Tomok sebagai komposer, diperkasakan lirik puitis nukilan Fedtri Yahya. Dicipta sebagai OST bagi drama Akasia TV3 Sumpah Ibuku, karya ini memusatkan dilema kesetiaan, kepatahan hati serta pergolakan seorang wanita yang dikhianati oleh takdir. Proses rakamannya sarat dengan emosi apabila Liza sendiri mengalirkan air mata, menyelami setiap bait lirik seperti menyentuh luka yang pernah bertakung. Dengan melodi yang syahdu dan vokal yang bertenaga, Jeda Derita mengikat dunia drama dan realiti dalam satu naskhah yang menggetarkan jiwa...

Read More  

Membuka lembaran baharu dalam perjalanan seninya, 'Selingkuh' penuh keberanian, kejujuran dan letusan emosi yang tidak berselindung. Dicipta oleh Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush, lagu ini menggabungkan tenaga rock dengan sentuhan elektronik moden, menjadikan ia karya yang terasa raw namun segar. Jimi menyelami sisi manusiawi seorang yang dikhianati: antara marah dan redha, kecewa dan kebangkitan. Setiap bait lirik yang tajam seperti “duit habis kau sapu” bukan sekadar luahan hati, tetapi cermin kepada realiti cinta yang retak. Selingkuh membuktikan evolusi Jimi sebagai penyanyi yang tidak takut menyerlahkan emosinya di hadapan dunia, menjadikan kejujuran sebagai bentuk pemberontakan paling indah...

Read More  

Menghadirkan karya paling peribadi melalui 'Tangisan Seorang Pendosa', muzik video hitam putih arahan Izuan Mokhtar terbitan 71 Studios yang sarat dengan simbolisme dan keindahan visual. Dirakam di Pulau Pinang dan Raffles Lighthouse, karya ini membawa penonton menelusuri masa lalu dan masa depan seorang jiwa yang bergelut antara dosa dan penebusan. Kolaborasi bersama pengarah fotografi Mad Nor Kassim mencipta puitika visual yang menawan, dengan sinematografi yang menggugah emosi. Lagu ini turut menjadi runut bunyi rasmi drama fenomena Keluarga Itu di TV3...

Read More  

Dipilih sebagai runut bunyi rasmi drama 'Hospital Loveline' di Slot Akasia TV3, bagi Najmi, ini menjadi detik bersejarah kerana pertama kali terlibat dalam projek OST. Menariknya, lagu ini pernah “terperam” selama 2 tahun sebelum akhirnya diberi nafas baharu setelah pihak TV3 terpikat hanya dengan mendengar korusnya. ASING mengisahkan rasa janggal yang menyelinap selepas kehilangan insan tersayang, dari meja makan yang kini kosong hingga tawa yang berganti sunyi. Walaupun lahir dari tema kehilangan, melodinya tetap segar dengan nuansa akustik yang santai, rancak tetapi tetap mudah didengar. Lagu ini bukan sekadar pengakuan duka, tetapi juga pengingat bahawa rasa asing itu lumrah, tanda kita pernah dicintai...

Read More  

Karya terbaharu adik-beradik Heliza dan Hazwani Helmi, dicipta oleh Wan Saleh bersama Hazwani, dan diterbitkan oleh Alternate Records & Talents. Lagu ini mengangkat tema perjuangan, ketabahan dan kebergantungan kepada Allah, diinspirasikan oleh misi Global Sumud Flotilla ke Gaza. Proses rakaman dijalankan secara intensif dengan elemen Arab, harmoni koir dan pertukaran vokal dua bersaudara yang penuh jiwa. Lebih daripada sekadar lagu ketuhanan, 'Mengukir Takdir' menjadi refleksi spiritual tentang makna ujian dan keindahan berserah kepada takdir. Ia kini boleh distrim di semua platform digital dan menjadi simbol kekuatan insan yang memilih untuk tetap berjuang, walau di tengah getir kehidupan...

Read More  

Merealisasikan impian lama mereka melalui lagu duet pertama berjudul “Esok”, karya pop bernuansa lembut yang menggambarkan makna waktu, kehidupan dan harapan. Dihasilkan sepenuhnya oleh mereka tanpa produser luar, “Esok” dirakam di Faithful Music Studio dalam suasana peribadi dan jujur. Lagu ini menjadi refleksi dua dunia muzik yang berbeza namun berpadu harmoni. Selain hadir di semua platform digital, “Esok” turut dipilih sebagai runut bunyi rasmi (OST) bagi Tonton Original, Me.N.U lakonan Nabila Razali dan Andi Bernadee. Diterbitkan oleh Faithful Music dan Alternate Records Sdn Bhd, serta diedarkan oleh Universal Music Malaysia, “Esok” menjadi simbol penyatuan dua jiwa dalam satu melodi...

Read More