Viu Original 'Bidadari Tanpa Syurga' mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila watak Azlan lakonan Dato' Aaron Aziz dikaitkan dengan isu narcissistic abuse, gaslighting dan penyalahgunaan agama dalam hubungan. Segalanya bermula selepas satu hantaran di Threads oleh pengguna @leaazman menjadi tular dan mengundang ribuan komen daripada netizen yang berkongsi pengalaman sebenar berdepan pasangan toksik. Ramai menyifatkan watak Azlan berjaya menggambarkan manipulasi emosi yang sering berlaku dalam kehidupan sebenar, sekali gus membuka kesedaran tentang pentingnya mengenali tanda-tanda hubungan tidak sihat. Turut dibintangi Nadiya Nisaa, drama ini kini distrim secara eksklusif di Viu dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat...

Read More  

Filem seram komedi 5 Bomoh terus mengukuhkan momentumnya apabila siri Jelajah 5 Bomoh menerima sambutan hangat daripada peminat di beberapa lokasi terpilih sekitar Lembah Klang. Kehadiran ramai pengunjung daripada pelbagai lapisan umur membuktikan keterujaan masyarakat terhadap filem yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Jelajah tersebut memberi peluang kepada peminat untuk bertemu secara dekat dengan barisan pelakon termasuk Datuk Aaron Aziz, Dato’ Afdlin Shauki, Datuk Amy Search, Johan, Ozlynn dan Ungku Hariz. Selain sesi bergambar dan autograf, pengunjung turut dihiburkan dengan perkongsian pengalaman di sebalik tabir pembikinan filem. Sambutan luar biasa ini sekali lagi membuktikan daya tarikan unik yang dimiliki 5 Bomoh...

Read More  

Viu Original 'Bidadari Tanpa Syurga' menyatukan semula dua pelakon yang pernah mencipta fenomena menerusi 'Adam & Hawa', Dato’ Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa, dalam sebuah drama kekeluargaan yang berani mengangkat isu agama, kuasa dan poligami dari sudut yang lebih mendalam. Siri 12 episod arahan Jamal Khan ini mengisahkan kehidupan Azlan, seorang tokoh NGO yang dihormati masyarakat tetapi berdepan konflik besar selepas mengambil keputusan berpoligami. Di sebalik persoalan tentang tanggungjawab dan kepercayaan, drama ini turut menelusuri perjalanan emosi Farhah yang dilakonkan Nadiya Nisaa, watak yang menurutnya memberi kesan mendalam sehingga terbawa-bawa sepanjang 31 hari penggambaran. Bidadari Tanpa Syurga mula ditayangkan secara eksklusif di Viu pada 11 Jun 2026...

Read More  

Filem 5 Bomoh hadir sebagai sebuah komedi satira yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh realiti masyarakat yang masih mudah terpengaruh dengan janji jalan pintas menuju kejayaan. Menampilkan gandingan mantap Dato’ Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaluddin, Dato’ Afdlin Shauki, Johan dan Amy Search, filem arahan Syed Fariz ini mengisahkan seorang bapa yang terlalu obses mahu melihat anaknya berjaya sehingga sanggup mengembara mencari bomoh terbaik di seluruh negara. Namun pencarian tersebut membawa mereka kepada pelbagai penipuan yang mencetuskan kekecohan demi kekecohan. Di sebalik gelak tawa, 5 Bomoh mengangkat mesej penting tentang nilai usaha, ilmu dan doa sebagai asas sebenar dalam mencapai impian hidup...

Read More  

Filem satira komedi arahan Syed Fariz yang mengangkat kisah lima bomoh dengan perangai pelik dan pendekatan luar biasa sehingga mencetuskan pelbagai kekecohan. Menerusi teaser watak rasmi yang baru dilancarkan, filem ini memberi bayangan tentang dunia penuh huru-hara, penipuan dan situasi tidak dijangka yang bakal menghiburkan penonton di pawagam nanti. Dibintangi Aaron Aziz, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Khairy Jamaluddin, Afdlin Shauki dan ramai lagi, filem ini dijangka menjadi antara komedi tempatan paling kecoh dan luar jangka tahun ini dengan gabungan satira sosial dan humor yang dekat dengan realiti masyarakat semasa...

Read More  

Kisah seorang bapa yang terlalu mahu melihat anaknya memperoleh keputusan cemerlang SPM sehingga sanggup mempercayai bomoh scammer yang menjanjikan jalan pintas luar biasa. Bermula dengan tawaran “1A RM100”, keadaan perlahan-lahan bertukar menjadi huru-hara apabila keluarga tersebut semakin terperangkap dalam pelbagai kejadian pelik dan di luar jangkaan. Sarat dengan elemen satira, komedi dan sindiran sosial, filem ini membawa kisah tentang obsesi masyarakat terhadap kejayaan akademik serta bagaimana manusia mudah dimanipulasi oleh janji palsu. Dibintangi Aaron Aziz, Scha Alyahya, Ungku Hariz dan Khairy Jamaluddin, 5 BOMOH tampil sebagai komedi tempatan penuh kekecohan yang menggabungkan humor absurd dengan realiti kehidupan masyarakat moden hari ini...

Read More  

Kisah Sofia yang hidupnya musnah selepas dikhianati kekasih dan sahabat baiknya sehingga dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya. Selepas dibebaskan, Sofia bangkit dengan satu tekad untuk membalas dendam. Dalam perancangannya, dia mengahwini Datuk Muzaffar, seorang ahli perniagaan berpengaruh yang juga bapa kepada bekas kekasihnya. Tindakan ini meletakkan Sofia dalam kedudukan sebagai mentua kepada musuh lamanya, sekali gus mencetuskan konflik baharu yang lebih kompleks. Dendam, kuasa dan emosi saling bertembung dalam sebuah keluarga elit yang penuh manipulasi. Drama ini bersiaran di Astro Prima bermula 4 Mei 2026, setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka...

Read More  

Meraih kutipan pembukaan mengkagumkan sebanyak RM3 juta di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Kejayaan gemilang ini membuktikan versi semula jadi karya pengarah Kroll Azry bukan sahaja diterima baik penonton, malah berjaya memberikan penghormatan kepada karya asal yang menjadi fenomena di India pada 2019. Penonton dari pelbagai latar budaya dan bangsa memuji jalan cerita, mutu produksi serta lakonan mantap para pelakon termasuk Dato' Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, dan Dato' Afdlin Shauki. Penerbit Eksekutif Kalyana Devan menyatakan kegembiraannya melihat filem remake Tamil pertama ke Bahasa Melayu ini berjaya menggabungkan kekuatan penceritaan penuh emosi dengan aksi berperisa tempatan, menyeru penonton belum menonton untuk hadir ke pawagam...

Read More  

Adaptasi Malaysia bagi filem box office Tamil “Kaithi”, membawa kisah Dali, bekas banduan yang baru dibebaskan selepas 10 tahun, mencari peluang bertemu anak perempuannya buat pertama kali. Namun, takdir mempertemukannya dengan satu malam berdarah apabila dia terperangkap dalam misi menyelamat pasukan polis yang diracun dan dijadikan tebusan oleh kumpulan samseng. Diterajui oleh Dato’ Aaron Aziz bersama Dato’ Rosyam Nor dan Dato’ Afdlin Shauki, filem arahan Kroll Azry ini menggabungkan elemen aksi, kasih sayang dan penebusan dalam satu naskhah yang menggugah emosi. 'Banduan' mulai ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Kanada dan Amerika Syarikat bermula 6 November 2025...

Read More