Hank Thompson, bekas bintang bola lisut sekolah menengah yang terpaksa melupakan impiannya akibat kecederaan, kini hidup sederhana bekerja di bar kecil New York dan ditemani kekasihnya. Segalanya berubah apabila jiran punk-rocknya, Russ , meminta Hank menjaga seekor kucing. Permintaan kecil itu membuka pintu ke neraka, Hank tiba-tiba diburu kumpulan gangster yang mahukan sesuatu daripadanya, tanpa dia tahu sebabnya. Di tengah kekacauan, Hank harus menggunakan naluri, keberanian dan setiap helah untuk bertahan hidup. Caught Stealing, arahan Darren Aronofsky berdasarkan novel Charlie Huston, menjanjikan aksi mendebarkan, komedi gelap dan lakonan hebat daripada barisan bintang ternama. Caught Stealing melintasi genre jenayah, thriller dan komedi gelap, membawa penonton ke akar kehidupan paling terpinggir di kota yang tak pernah tidur...

Read More  

Arena of Stars Genting Highlands bakal bergema hujung tahun ini dengan kepulangan trio legenda Hong Kong, Grasshopper (草蜢). Selepas tertunda akibat pembedahan otak yang dilalui Remus Choy, mereka kembali dengan semangat baharu dalam Re: GRASSHOPPER Concert Tour 2025 pada 27 Disember 2025. Konsert ini menjadi simbol pemulihan, penyatuan semula dan keazaman yang tidak pernah pudar, seiring dengan tema “Recover, Restart, Reunion, Rearrange.” Penonton bakal dihiburkan dengan lagu malar segar seperti Love Trap, Forget Love Samba dan Baby, I’m Sorry, serta karya terbaharu Old but Spicy ciptaan Remus. Dengan karisma, tarian bertenaga dan keintiman bersama peminat, Grasshopper menjanjikan sebuah malam yang merentasi generasi, menutup tirai 2025 dengan penuh gemilang...

Read More  

Bayangkan hati Denji degupnya dicampur darah dan mesin, di mana manusia dan iblis bergabung dalam satu bentuk – itulah Denji, kini dikenali sebagai Chainsaw Man, anggota Division Khusus 4 Devil Hunters. Kisah Reze Arc bermula selepas detik epik di penghujung musim pertama anime, ketika Denji menghabiskan masa bersama Makima, wanita yang dianggapnya seperti mimpi dan kemudian berteduh dari hujan, lalu bertemu Reze, gadis kafe berhati lembut yang senyuman dan rahsianya mampu menggoncangkan dunia Denji. Plot akan membawa penonton melalui medan peperangan antara iblis, pemburu iblis dan rahsia Reze sendiri yang semakin terserlah, cinta, pengkhianatan dan tanggungjawab hidup dalam dunia tanpa kompromi. Chainsaw Man – The Movie: Reze Arc membawa penonton ke dalam bab paling tragis dan emosional dalam perjalanan Denji, di mana cinta menjadi pedang bermata dua...

Read More  

Mengangkat kisah Melor, seorang wanita yang selepas kematian ibunya terpaksa mewarisi saka keluarga, sebuah warisan gelap yang mula membelit hidupnya. Saat entiti itu kian mencengkam, Melor berpacu dengan masa untuk menyelamatkan anak perempuannya daripada menanggung nasib sama. Berlatar Malaysia era 1950-an, filem ini menghadirkan seram yang berpaut pada mitos Nusantara, sambil menyingkap dilema keibuan dan pengorbanan. Diarahkan oleh Shamyl Othman (Rahsia), dengan skrip oleh Fariza Azlina Isahak (Kami The Movie, Songlap), Khadam dibintangi Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan “Ratu Seram Indonesia” Aghniny Haque. Dihasilkan Red Communications dan Komet Productions dengan sokongan antarabangsa, naskhah ini menjanjikan pengalaman seram beremosi yang menjangkau sempadan budaya...

Read More  

Penyanyi berbakat besar di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Nadeera melakar sejarah baharu apabila dipilih oleh RTM untuk mewakili Malaysia ke ABU Song Festival 2025 yang bakal berlangsung pada 13 September di Tsonjin Boldog, Mongolia. Di pentas berprestij itu, Nadeera bakal mempersembahkan lagu hitnya “Bukan Lagi Kita”, sebuah karya yang melonjakkan reputasinya sebagai antara vokal terbaik generasinya. Bagi Nadeera, setiap nota yang dilantunkan adalah doa dan harapan buat tanah air. Pemilihan ini menjadi tanda kepercayaan terhadap bakat serta disiplin seninya, selain mengangkat semangat Malaysia di mata dunia. Disokong oleh Rocketfuel dan RTM, Nadeera melangkah penuh tekad untuk mengharumkan nama negara, sambil menghubungkan jiwa penonton Asia melalui bahasa universal muzik...

Read More  

Filem romantik fantasi arahan Yandy Laurens yang telah mencuri hati lebih daripada 3 juta penonton di Indonesia. Kisahnya mengangkat perjalanan cinta dengan sentuhan fantasi yang menyentuh nurani, menjadikannya karya paling laris dalam karier Yandy. Filem ini diumumkan pada 8 September 2025 sebagai wakil rasmi Indonesia ke Academy Awards (Oscar) 2026 dalam kategori Best International Feature Film, dipilih oleh Komite Seleksi Oscar Indonesia di bawah PPFI. Dibintangi Sheila Dara, Dion Wiyoko, bersama pelakon antarabangsa Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan dan Mathias Muchus, naskhah ini menampilkan kolaborasi produksi antara Indonesia dan Kroasia. Selepas kejayaan besar di tanah air, filem ini bakal menyapa pawagam Malaysia mulai 25 September 2025, dengan Primeworks Studio sebagai rakan pemasaran rasmi...

Read More  

Ilham tercetus daripada kolaborasi Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan ASWARA bersama Neo Gendang Records yang menggabungkan dua ikon rock tanah air, Edrie Hashim dan kumpulan Candy Malaysia. ASWARA menjadi lokasi sulung siri jelajah universiti ini, dengan objektif meraikan sumbangan legenda rock, membuka ruang pembelajaran praktikal kepada pelajar serta menghidupkan kembali minat generasi muda terhadap muzik rock tempatan. 'Pistol & Bunga' itu sendiri adalah sebuah metafora, Pistol melambangkan tenaga raw dan keberanian manakala Bunga, simbolik mawar yang lembut mewangi. Ujibakat khas diadakan untuk melahirkan sebuah band baharu yang bakal beraksi bersama Candy dan Edrie pada 20 September 2025 di Orchestra Hall ASWARA. Jelajah ini akan diteruskan ke UiTM Shah Alam pada Januari 2026 dan sedang dirancang untuk universiti lain di Malaysia...

Read More  

Lahir seiring fenomena Blood Moon, gerhana bulan penuh yang sering dikaitkan dengan mistik dan ritual hitam. Berlatar kepercayaan itu, filem ini mengisahkan seorang lelaki yang sejak kecil terjerat dalam legasi keluarganya yang mengamalkan ilmu hitam. Warisan gelap itu mula mencengkam hidupnya, memaksanya bergelut antara takdir dan usaha membebaskan diri. Kisahnya menyingkap makna qifarah, balasan terhadap dosa dan perbuatan syirik yang menyimpang dari jalan kebenaran. Adakah dia mampu memutuskan rantaian sumpahan, atau menjadi korban seterusnya dalam lingkaran hitam yang tidak berkesudahan? Diterbitkan Skop Productions dengan kerjasama MyWay Pictures dan Primeworks Studios, serta dibintangi Remy Ishak, Sharifah Sakinah dan Liyana Jasmay, Qifarah bakal menghantui pawagam bermula 9 Oktober 2025...

Read More  

Lebih kotor, lebih bising, lebih 'hidup', Roncas memilih untuk membentuk garis takdir mereka sendiri dengan mengusung identiti liar, tak terkawal dan jujur dalam setiap notasi. Seiring kempen promosi berskala lebih besar dari penstriman hingga merchandise khas kolaborasi jenama tempatan, MV rasmi “Jahal” pula dijangka melanjutkan perjalanan dalam jalur visual yang sama-sama gila dan berani. Diperkuatkan oleh sokongan Dana Kandungan Kreatif Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Venture, menjadikan Roncas salah satu wajah yang menolak sempadan muzik alternatif Malaysia. Setiap lagu hadir dengan darah dagingnya sendiri. Sinis, lantang, gelisah, namun tetap sarat harapan. Disinilah ruang bagi menyelami sisi paling tulen Roncas, tanpa kosmetik berlebihan, hanya bunyi jujur yang lahir dari jiwa...

Read More  

Menyingkap kisah Kalsum, seorang gadis tabah yang memilih untuk menjaga adiknya Rose Ameena, anak istimewa sindrom Down yang dibuang keluarga sendiri kerana dianggap sial. Dalam kepayahan hidup, Kalsum berjuang mempertahankan kasih sayang yang tersisa, meski jalan penuh ranjau. Kehadiran Qiuzi, mekanik sederhana namun berhati luhur, seakan memberi sinar baharu, membawa kelembutan dan pengharapan. Namun kedamaian itu tidak bertahan lama apabila muncul Hayden Hayyan, lelaki kompleks yang menyimpan luka dan amarah, lalu menggoncang kehidupan mereka. Di antara hijau yang menenteramkan dan merah yang meresahkan, penonton dibawa menelusuri roller coaster emosi, menyaksikan perjuangan cinta, pengorbanan, dan keberanian seorang anak kecil yang hanya mendambakan rumah tanpa luka...

Read More  

Me.N.U membawa penonton menyusuri perjalanan Lisa, seorang wanita yang berani mempertahankan impian menjadi chef meskipun berdepan tentangan keluarga dan cabaran yang menekan jiwa. Tekadnya makin diuji apabila kerjayanya tergugat selepas membela rakan sekerja, lalu dia berusaha membuka restoran sendiri. Namun, hasrat itu terhalang apabila pinjamannya ditolak oleh Haris, seorang pegawai bank yang kemudian menjadi lawannya dalam setiap pertengkaran. Di sisi Haris, wujud kisah lain: rancangannya melamar Alya Nova (Puteri Awani) tidak kesampaian, membuka ruang hubungan yang perlahan berubah antara dia dan Lisa. Dalam dilema cinta, impian dan keluarga, Lisa perlu memilih jalan hidupnya. Drama 10 episod ini adalah kisah tentang cinta, keberanian dan semangat untuk terus berdiri...

Read More  

Melangkah ke era baharu apabila rasmi bernaung di bawah label ternama Rocketfuel Entertainment. Perjalanan segar ini disambut dengan dua karya penuh jiwa, “Emas”, balada mellow bernuansa rock yang sudah dilancarkan bersama video muzik rasmi, serta “Bayangan”, runut bunyi eksklusif untuk filem aksi Magik Rompak yang bakal menghentak pawagam mulai 11 September 2025. “Emas” menjadi simbolik titik mula buat Sharul, tanda kerjaya muziknya melakar permulaan baharu yang lebih besar. Sementara itu, “Bayangan” yang ditulis bersama rakan seiring, Aepul Roza, mengandungi kekuatan melodi dan naratif, menjadikan ia pilihan tepat sebagai OST filem berskala besar. Dengan sokongan Rocketfuel, Sharul yakin dapat membawa muziknya ke tahap lebih tinggi, menembus hati pendengar serantau dengan vokal bertenaga dan karya tulus penuh emosi...

Read More