'Banduan' Tempuh Malam Panjang Penuh Peluru, Racun Dan Dilema Hidup Atau Mati

Mengisahkan Dali, bekas banduan yang baru bebas selepas 10 tahun menghuni tirai besi. Dalam perjalanannya untuk bertemu anak perempuan yang belum pernah dijumpai, dia tanpa sengaja terseret dalam operasi polis yang bertukar menjadi perang berdarah melawan kartel dadah. Ditemani Inspektor Johari, Dali harus menempuh malam panjang penuh peluru, racun, dan dilema antara hidup atau mati. Arahan Kroll Azry ini menampilkan Dato’ Afdlin Shauki, Fadhli Masoot, Adlin Aman Ramlie dan Esma Daniel, serta menyatukan aksi mendebarkan dengan nilai kemanusiaan dan kasih seorang ayah. Filem adaptasi rasmi 'Kaithi' ini mula ditayangkan 6 November 2025 di Malaysia, Brunei, Singapura, Kanada dan Amerika Syarikat...

Read More  

Apabila Manusia Bertuhankan Nafsu, Maka Anda Dilarang Tak Tengok 'Malam Terlarang'

Berlatarkan tahun 1980-an di Kampung Pasir Larung, 'Malam Terlarang' mengisahkan keluarga Omar yang menyimpan rahsia gelap di sebalik wajah sempurna. Kematian misteri anak sulung mereka, Safar, membuka jalan kepada siri peristiwa mistik yang menyeret adiknya, Mawar dalam pencarian kebenaran penuh trauma dan ritual lama yang membangkitkan sumpahan Dewi Pamakbul. Omar, seorang ahli politik yang tenggelam dalam kuasa, dan Sarimah, isteri yang menanggung dosa silam, menjadi nadi kepada tragedi keluarga ini. Dihasilkan oleh Astro Shaw dan diarahkan oleh Nurhanisham “Labu” Muhammad, 'Malam Terlarang' ialah naskhah seram psikologi yang menggabungkan keindahan budaya Nusantara dengan kengerian nafsu serakah manusia...

Read More  

Wasiat Cinta Seorang Ayah Tersilap Tafsir Dalam '3 Hajat' Terakhir

Kisah yang meruntun hati tentang seorang anak yang kembali ke pangkuan ayahnya setelah sekian lama menjauh. Sang ayah, bekas banduan dengan sejarah kelam, kini mengidap sakit kronik. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau mewasiatkan 3 hajat yang belum tertunai. Si anak, seorang pelukis yang pernah gemilang tetapi kini hidup bergelut, terpaksa berdepan dilema dan penyesalan, lalu mencari kekuatan untuk menunaikan wasiat terakhir itu. Filem arahan Zul Huzaimy, dengan lakonan mantap Eman Manan, Amerul Affendi, Zul Huzaimy dan Dato’ Norman Abdul Halim, sarat dengan nilai kekeluargaan, sinematografi indah berlatar Terengganu, serta muzik yang menghentak emosi. Sebuah drama yang mengingatkan kita: kehilangan orang tua tidak pernah terganti, dan peluang untuk berdamai datang hanya sekali...

Read More  

Kehebatan 'Abah Saya, Uncle Mike' Filem Keluarga Paling Menyentuh Sehingga Raih Gemuruh Tepukan Dan Standing Ovation

Menelusuri lorong kehidupan yang penuh luka dan kasih, diinspirasikan daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, lelaki Cina yang membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu. Lakonan Andy Teh sebagai Uncle Mike begitu hidup hingga membuat kita terlupa siapa dirinya yang sebenar, sementara Idan Aedan sebagai Rafei menyerlahkan duka yang begitu raw hingga menikam dada. Setiap air mata, setiap jeritan, menjadi saksi betapa kasih sayang mampu merobohkan batas. Lagu "Lelah" nyanyian Mark Adam dan "7 Huruf" oleh Teeya Nasution menambah getar halus pada setiap babak, menjadikan pengalaman menonton semakin menghunjam jiwa. Usai tayangan, satu persoalan menggema di benak saya, masihkah kita berani mencintai tanpa melihat warna kulit dan agama?

Read More  

Gila, Ganjil Tetapi Tulus, Dia Bukan Batman, Dia Borhan, Dia 'Keluang Man'!

Di sebalik dinding sunyi Hospital Tumpoi, seorang lelaki bernama Borhan mencari semula siapa dirinya dalam ingatan yang terpecah, dalam jiwa yang retak oleh pengkhianatan darah sendiri. Dibesarkan oleh Ahmad bersama Shamsir, hidup Borhan berubah sekelip mata bila satu peluru memadamkan kasih, menghidupkan dendam. Luka lama tak sembuh, lalu dia mencipta satu watak. 'Keluang Man' bukan untuk dunia percaya, tapi untuk dirinya terus bertahan. Dalam bayang-bayang trauma, dia menjadi wira yang tidak diminta, tapi diperlukan. Dibungkus nostalgia dan suara hati yang tertahan sejak era 90-an, filem ini adalah kisah tentang keberanian melawan gelap dalam diri. Dalam dunianya yang huru-hara, Borhan belajar bahawa kekuatan sejati bukan datang dari topeng… tetapi dari luka yang diterima dengan redha. Kerana kadang-kadang, kita hanya perlu sedikit gila… untuk tetap waras dalam dunia yang tak mahu mengerti...

Read More  

Pergelutan Jiwa Tentang Cinta, Taubat Dan Kekuatan Memaafkan Dalam Filem Aksi Seram 'Qodrat 2'

Mengisahkan perjuangan Ustaz Qodrat dalam usaha menyelamatkan isterinya, Azizah, yang pernah tersesat bersekutu dengan iblis demi menyelamatkan anak mereka, Alif. Kini, Azizah cuba kembali ke jalan Tuhan, namun diganggu oleh iblis As-Suala yang enggan melepaskannya. Qodrat perlu menghadapi kerasukan beramai-ramai, kilang yang dipenuhi ritual pesugihan, serta tekanan emosi yang menyeksa jiwa. Filem ini memaparkan kekuatan spiritual, cinta sejati yang diuji, dan keinsafan yang perlahan tumbuh. Disulami elemen seram, aksi, dan mesej agama, Qodrat 2 menunjukkan bahawa cahaya kebaikan tetap menyala meski dilitupi gelap kehidupan dan ujian batin yang mendalam...

Read More  

Kahar: Kapla High Council Padat Koreografi Aksi Intens, Ajak Cegah Buli

Lari dari genre kebiasaan filem Malaysia, KKHC dengan beraninya meneroka beberapa perkara yang membentuk jiwa seorang lelaki jadi memberontak. Padat dengan rangkaian pertarungan memukau, halatuju kreatif dan lakonan luarbiasa menyerlah menjadikannya tontonan wajib bagi peminat siri asal dan antusias filem aksi. Eksplorasi tajam isu buli, kekerasan, kekuasaan, dan kelangsungan hidup - perjalanan biografi asal-usul seorang legenda....

Read More  

Don Dukun: Filem Seram Komedi Ala 'Ghostbuster' Versi Malaysia

Astro Shaw siap sedia untuk meneruskan legasi komedi seram 'Hantu Kak Limah' yang pernah gempar dengan kejayaan luarbiasa pada tahun 2018, kali ini mempertaruhkan filem 'Don Dukun' yang sedang rancak menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia sejak 31 Oktober 2024 yang lalu. Sehingga catatan ini ditulis, 'Don Dukun' telah menambat hati penonton dengan jumlah kutipan sebanyak RM3 juta dalam tempoh hanya 6 hari tayangan...

Read More  

‘The Experts’ Tampil Aksi Heist Keluarga Penuh Bergaya

Menyentuh tentang balas dendam, kemaafan dan persefahaman yang bercampur-baur ditengah-tengah tension dan konflik antara 5 beradik. Inilah satu peluang dalam satu rompakan terakhir buat satu keluarga...

Read More