Fenomena TARUNG: Unforgiven terus memacu laju apabila filem aksi tempatan ini berjaya mengutip RM20.3 juta selepas 19 hari tayangan di pawagam seluruh negara. Pencapaian itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling berjaya tahun ini, malah membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap karya aksi tempatan yang berkualiti. Diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan dibintangi Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae serta barisan pelakon hebat lain, filem ini turut mencetuskan fenomena menerusi siri jelajah promosi yang dibanjiri ribuan peminat. Sokongan berterusan di pawagam dan media sosial menjadikan TARUNG: Unforgiven lebih daripada sekadar sebuah filem, sebaliknya sebuah gerakan yang menyatukan pengkarya dan penonton dalam satu semangat yang sama...

Read More  

Kisah dua beradik, Firdaus dan Hakim, yang membesar dalam dunia berbeza selepas kematian tragis bapa mereka, Hameed, seorang legenda tinju terkenal. Firdaus memilih hidup dengan disiplin dan tanggungjawab keluarga, manakala Hakim membesar dengan luka emosi dan dendam yang terpendam. Konflik mula tercetus apabila seorang YouTuber dan peninju bernama Danial menghina legasi arwah bapa mereka secara terbuka, memaksa Hakim kembali ke tanah air demi mempertahankan maruah keluarga. Namun sebuah tragedi tidak dijangka menyebabkan Firdaus kembali semula ke gelanggang tinju untuk menyelamatkan legasi “The Furious”. Dibintangi Zul Ariffin dan Sky Iskandar, filem ini mula ditayangkan pada 28 Mei 2026...

Read More  

Hatta, bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas sebuah tragedi menghancurkan hidupnya. Demi menyelamatkan kakaknya, dia menerima tawaran Paduka Badrul untuk menyertai gelanggang pertarungan haram. Namun keadaan menjadi lebih rumit apabila Hatta mendapati lawannya ialah Isa, sahabat lama yang kini berubah menjadi musuh akibat dendam yang belum terpadam. Dalam dunia penuh kekerasan, manipulasi dan tekanan hidup, Hatta terpaksa berdepan masa lalu yang terus menghantuinya. Sarat dengan aksi intens, konflik emosi dan perjuangan manusia melawan takdir, TARUNG: Unforgiven membawa penonton menyelami hakikat bahawa gelanggang paling sebenar bukanlah pertarungan fizikal, tetapi kehidupan itu sendiri yang tidak pernah berhenti menguji manusia...

Read More  

Will, seekor kambing kecil yang mempunyai impian besar untuk menyertai liga profesional sukan roarball: permainan berintensiti tinggi yang dipenuhi haiwan paling kuat dan pantas. Walaupun rakan sepasukan memandang rendah kemampuannya, Will bertekad membuktikan bahawa keberanian tidak ditentukan oleh saiz. Versi Bahasa Inggeris edisi Malaysia menampilkan pelakon aksi terkenal Zul Ariffin sebagai suara watak Archie, menjadikannya pelakon Malaysia pertama menyumbang suara dalam filem animasi berbahasa Inggeris bersama barisan pelakon Hollywood. Diterbitkan oleh Sony Pictures Animation dan Stephen Curry, filem ini menggabungkan komedi, aksi dan semangat perjuangan. GOAT bakal menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 19 Mac 2026...

Read More  

Kisah pertemuan tiga jiwa yang terperangkap dalam kesunyian dan pilihan emosi yang rapuh. Farhan, seorang suami yang menjalani perkahwinan jarak jauh, berdepan kekosongan perasaan apabila isterinya, Sheila, berkorban menjaga ibu yang uzur di kampung. Kehadiran Noreen, wanita berdikari yang tampak memahami, perlahan-lahan meruntuhkan batas yang selama ini dijaga. Hubungan yang bermula tanpa niat tersembunyi berubah menjadi permainan emosi, cemburu dan pembenaran diri. Setiap keputusan membawa implikasi yang tidak mudah dipadam. Drama ini menelusuri persoalan kesetiaan, kejujuran dan harga yang perlu dibayar apabila perasaan dibiarkan menguasai pertimbangan...

Read More  

Menyingkap kisah tiga jiwa yang terperangkap dalam kesunyian, godaan, dan konflik perasaan. Noreen, wanita berdikari, menghadapi kekosongan batin yang semakin membesar ketika Farhan, suami jarak jauh Sheila, menjadi jiran sementara. Interaksi harian berkembang menjadi konflik emosi yang mempersoalkan batas moral dan kesetiaan. Sheila mula menyedari perubahan yang meruncingkan ketegangan antara tanggungjawab, cinta, dan pengorbanan. Dengan penceritaan matang, konflik psikologi mendalam, dan lakonan mantap, drama 20 episod ini menyorot realiti kesunyian dalam perkahwinan dan dilema hati manusia. Tayangan setiap Isnin–Khamis jam 10 malam di TV3 slot Samarinda, eksklusif di iQIYI satu jam selepas siaran...

Read More  

Terbukti terserlah apabila naskhah seram tempatan paling hangat tahun 2025 ini 'Malam Terlarang' meluncur jauh melepasi jangkaan, mengutip RM11 juta hanya dalam tempoh singkat. Fenomena ini bukan hadir tanpa sebab; kisahnya mencengkam dengan obsesi gelap ilmu hitam, rahsia keluarga yang membusuk perlahan, serta misteri kematian yang terus menghantui. Mawar, gadis 18 tahun dari Kampung Pasir Larung, terheret ke pusaran ngeri setelah kematian kakaknya, Safar, membuka pintu ke dunia yang tidak sepatutnya dijelajahi. Kejayaan kutipan besar ini menandakan satu perkara: penonton memilih filem ini bukan hanya untuk takut, tetapi untuk merasai perjalanan emosi yang menekan, menghantui dan terus melekat lama selepas tayangan berakhir...

Read More  

Mengukir kejayaan baharu apabila kutipannya mencecah RM10 juta, menjadikannya filem seram tempatan paling dominan tahun 2025. Naskhah terbitan Astro Shaw ini menghidupkan kisah gelap tentang keluarga yang dihimpit obsesi, rahsia dan ritual hitam, dipandu oleh watak Mawar si gadis muda yang tekad mencari jawapan di sebalik kematian kakaknya, Safar. Bersandarkan lakonan mantap barisan pelakon ternama seperti Zul Ariffin, Sofia Jane dan Shasha Abedul, filem ini membaurkan seram psikologi, budaya Nusantara dan tragedi keluarga dalam satu adunan sinematik yang meninggalkan gema emosi. Kejayaan kutipan ini juga mengangkat dedikasi tenaga produksi, pemasaran dan sokongan padu penonton yang terus memenuhi pawagam...

Read More  

Kegelapan yang menyelubungi Kampung Pasir Larung bukan sekadar bayangan malam, ia adalah gema dosa lama yang belum terhapus. Malam Terlarang, naskhah seram baharu terbitan Astro Shaw, mencatat kutipan pembukaan mencecah RM3 juta, memperlihatkan kebangkitan sinema seram tempatan yang berakar pada roh budaya dan ritual Nusantara. Gandingan Zul Ariffin dan Sofia Jane di bawah arahan pengarah baharu Labu, menyalakan semula kepercayaan bahawa ketakutan paling sejati adalah yang lahir dari jiwa manusia sendiri. Filem yang berlatarkan tahun 1980-an ini membawa penonton menelusuri rahsia keluarga, nafsu, dan pengorbanan di mana cinta, dendam, serta kepercayaan berjalin menjadi satu sumpahan....

Read More  

Menyingkap sisi gelap kepercayaan dan darah yang diwarisi di antara cinta, nafsu, dan sumpah yang tidak pernah padam. Berlatar tahun 1980-an di sebuah desa kecil bernama Kampung Pasir Larung, kisah ini menjejaki Mawar, gadis muda yang terpaksa menelusuri rahsia kematian kakaknya di tengah ritual laut yang mengikat roh dan manusia. Filem ini bukan sekadar menggetarkan jiwa dengan seram dan visual sinematik, tetapi juga menyelam ke dasar budaya Nusantara, menghidupkan legenda dewi laut bernama Pamakbul. Dengan lakonan memukau Shasha Abedul, Zul Ariffin dan Sofia Jane, Malam Terlarang membawa penonton menghayati makna sebenar ketika manusia bertuhankan nafsu...

Read More