Filem seram tempatan Khadam terus mencuri perhatian selepas tayangan perdananya apabila menerima pelbagai reaksi emosional daripada penonton. Bukan sekadar menawarkan pengalaman seram, filem arahan Shamyl Othman ini turut menyentuh isu pengorbanan ibu, warisan saka dan pilihan hidup yang membawa akibat besar kepada keluarga. Personaliti terkenal Yasmin Hani dan Sazzy Falak antara yang mengakui bahawa Khadam merupakan sebuah filem yang sukar ditonton dari perspektif seorang ibu kerana emosi yang dibawanya begitu mendalam dan menyakitkan. Dibintangi Aghniny Haque, Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim, filem ini mengangkat kisah yang dekat dengan masyarakat Melayu sambil menggabungkan elemen seram, psikologi dan drama keluarga dalam satu pengalaman yang meninggalkan kesan berpanjangan...

Read More  

Filem seram tempatan Khadam hadir dengan pendekatan yang berbeza apabila menggabungkan elemen saka, trauma generasi dan konflik kekeluargaan dalam sebuah naratif yang sarat emosi. Berlatarbelakangkan era 1950-an, filem arahan Shamyl Othman ini mengisahkan Melor, seorang ibu bisu yang terpaksa mewarisi saka keluarga yang akhirnya mula mengambil alih kehidupannya sedikit demi sedikit. Dibintangi pelakon Indonesia terkenal Aghniny Haque bersama Datuk Remy Ishak, Siti Khadijah Halim dan barisan pelakon berbakat lain, Khadam bukan sahaja menawarkan pengalaman seram yang mendebarkan, malah mengajak penonton menyelami persoalan tentang pengorbanan, tanggungjawab keluarga dan warisan yang tidak mampu ditolak. Filem ini mula menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 11 Jun 2026...

Read More  

Fenomena filem seram tempatan Polong terus memperlihatkan kekuatannya apabila berjaya mencatat kutipan RM12 juta hasil gabungan tayangan awal dan 11 hari tayangan rasmi di pawagam seluruh negara. Kejayaan tersebut membuktikan karya tempatan yang mempunyai identiti tersendiri masih mampu menarik perhatian penonton dalam jumlah yang besar. Diarahkan oleh Zulkarnain Azhar, Polong mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi menerusi gabungan elemen seram tradisional serta naratif psikologi yang lebih mendalam. Disokong oleh sambutan hangat penonton dan kejayaan Jelajah Bisikan Polong di Pantai Timur, filem ini terus menjadi bualan ramai serta mengukuhkan kedudukannya sebagai antara karya tempatan paling berjaya tahun ini...

Read More  

Menjelang tayangan rasmi filem seram Khadam pada 11 Jun, suasana Kuala Lumpur bertukar luar biasa apabila ratusan peminat membanjiri acara Twin Walk For Khadam yang berlangsung di sekitar KL Sentral dan TGV KLCC. Dengan mengenakan busana tradisional sedondon bersama pasangan masing-masing, para peserta menghidupkan konsep “kembar” yang menjadi identiti utama kempen filem tersebut. Acara berkenaan turut dimeriahkan kehadiran barisan pelakon termasuk Aghniny Haque, Siti Khadijah Halim, Zarra Zhaf dan Karl El yang meluangkan masa berinteraksi bersama peminat. Lebih istimewa, peserta turut berpeluang menjadi antara penonton terawal menyaksikan Khadam, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi positif yang semakin menghangatkan penantian menjelang tayangan rasmi...

Read More  

Fenomena filem seram tempatan Polong terus menunjukkan taringnya apabila berjaya mencatat kutipan RM10 juta hanya dalam tempoh singkat tayangan di pawagam seluruh negara. Selepas mencipta momentum awal dengan kutipan RM5.5 juta dalam empat hari pertama, naskhah arahan Zulkarnain Azhar itu kini melakar satu lagi pencapaian membanggakan hasil sokongan berterusan penonton Malaysia. Mengangkat kisah legasi ilmu hitam, dosa silam dan sumpahan yang merentasi generasi, Polong berjaya memikat penonton menerusi gabungan elemen seram tradisional tempatan dan naratif psikologi yang mendalam. Dibintangi Mimi Lana, Jun Lojong, Namron dan Nadiya Nisaa, filem terbitan Golden Star Pictures ini terus menjadi bualan hangat serta antara karya tempatan paling berjaya tahun ini...

Read More  

Filem 5 Bomoh hadir sebagai sebuah komedi satira yang bukan sahaja menghiburkan, malah menyentuh realiti masyarakat yang masih mudah terpengaruh dengan janji jalan pintas menuju kejayaan. Menampilkan gandingan mantap Dato’ Aaron Aziz, Scha Alyahya, Khairy Jamaluddin, Dato’ Afdlin Shauki, Johan dan Amy Search, filem arahan Syed Fariz ini mengisahkan seorang bapa yang terlalu obses mahu melihat anaknya berjaya sehingga sanggup mengembara mencari bomoh terbaik di seluruh negara. Namun pencarian tersebut membawa mereka kepada pelbagai penipuan yang mencetuskan kekecohan demi kekecohan. Di sebalik gelak tawa, 5 Bomoh mengangkat mesej penting tentang nilai usaha, ilmu dan doa sebagai asas sebenar dalam mencapai impian hidup...

Read More  

Sebuah video tular yang memaparkan kemalangan jet ski ketika sesi latihan filem Konspirasi membuka mata ramai tentang cabaran sebenar di sebalik pembikinan filem aksi tempatan. Insiden yang berlaku di Sungai Melaka itu melibatkan seorang stuntman yang mengalami kecederaan serius selepas pelanggaran tidak dijangka ketika latihan babak aksi bersama Dato’ Adi Putra. Walaupun terpaksa menjalani rawatan intensif dan pembedahan, mangsa kini dilaporkan semakin pulih selepas hampir tiga bulan melalui proses pemulihan. Kejadian tersebut sekali gus memperlihatkan pengorbanan besar pasukan produksi dan pelakon lagak ngeri yang sanggup berdepan risiko demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih realistik. Konspirasi diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara...

Read More  

Sebuah rahsia yang dikambus puluhan tahun akhirnya kembali menuntut harga. Polong, filem seram thriller arahan Zulkarnain Azhar, mengangkat kisah tentang warisan ilmu hitam, penyesalan dan sumpah yang merentasi generasi. Dibintangi Mimi Lana, Nadiya Nisaa, Namron, Fad Anuar, Jun Lojong dan Amir Nafis, filem ini mengikuti perjalanan seorang wartawan yang secara tidak sengaja membebaskan entiti iblis dikenali sebagai Polong ketika menyiasat sejarah gelap seorang bomoh pembunuh bersiri. Dalam usaha menghentikan malapetaka yang semakin mengganas, dia terpaksa bergantung kepada waris terakhir yang menyimpan rahsia legasi tersebut. Menggabungkan elemen seram tradisional dan ketegangan psikologi, Polong menawarkan pengalaman ngeri yang bukan sekadar menakutkan, tetapi turut menyentuh sisi paling gelap manusia...

Read More  

Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang berjudul 'Konspirasi' mengangkat genre political thriller, aksi dan siasatan siber. Filem ini mengisahkan operasi sulit SPRM untuk mendapatkan sebuah pelayan tersembunyi yang menyimpan data transaksi kewangan luar negara dan senarai ahli politik korup. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila data tersebut mula bocor ke media dan laman gelap sehingga mencetuskan krisis politik negara serta desas-desus tentang kewujudan pengkhianat dari dalam organisasi sendiri. Dibintangi Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Shiqin Kamal, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei 2026...

Read More  

Membawa kisah tentang rahsia ilmu hitam, trauma keluarga dan warisan gelap yang terus menghantui generasi seterusnya. Dengan pendekatan seram psikologi yang lebih perlahan dan emosional, filem ini menampilkan pelbagai babak disturbing yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton. Antara scene yang paling diperkatakan termasuk bunyi lagu misteri dari sebalik pintu, ritual mistik menyeramkan, pelarian Seroja di dalam hutan dan ending melibatkan Rosyam Nor yang sarat persoalan. Dibintangi Sarimah Ibrahim, Trisha Ooi dan Rosyam Nor, filem ini menggabungkan elemen mistik, tekanan emosi dan ketakutan psikologi dalam sebuah pengalaman seram yang terasa lebih dekat dengan realiti dan terus menghantui selepas tayangan tamat...

Read More  

Fatima, seorang wartawan muda bercita-cita tinggi yang secara tidak sengaja membongkar kisah silam Maria Hadi, seorang bomoh wanita bersiri yang pernah cuba menebus dosa di penghujung hayatnya. Namun pencarian terhadap kebenaran itu membuka sesuatu yang jauh lebih mengerikan apabila satu entiti mistik yang selama ini dipelihara dan cuba dikawal Maria kembali bebas. Dalam usaha menyiasat jenayah lampau, Fatima mula terperangkap dalam dunia penuh gangguan, trauma dan ketakutan yang semakin menghancurkan kewarasannya. Menggabungkan elemen mistik, jenayah dan psikologi, Polong membawa penonton menyelami sisi gelap ilmu hitam serta rahsia silam yang tidak pernah benar-benar mati dan terus menghantui manusia hingga ke hari ini...

Read More  

Mengangkat kisah penyiasatan, pengkhianatan dan perjuangan menegakkan keadilan dalam dunia yang dipenuhi rahsia serta perebutan kuasa. Di tengah sistem yang semakin korup dan penuh manipulasi, sekumpulan individu terpaksa berdepan ancaman luar dan konflik dalaman ketika cuba membongkar kebenaran yang mahu disembunyikan. Sarat dengan aksi taktikal, operasi berisiko tinggi dan permainan strategi penuh debaran, filem ini membawa penonton menyelami sisi gelap manusia apabila integriti mula diuji oleh kuasa dan kepentingan. Dibarisi pelakon hebat seperti Adi Putra, Hisyam Hamid, Sarimah Ibrahim dan Alicia Amin, Konspirasi hadir sebagai thriller aksi tempatan berskala besar yang menggabungkan emosi, suspense dan realiti tentang harga sebenar sebuah keadilan...

Read More