Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru kini akan berlangsung di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2026 selepas perubahan lokasi dan tarikh diumumkan oleh Hitman Solutions bersama Ella. Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan pengalaman yang lebih selesa, intim dan imersif buat para peminat yang bakal meraikan ulang tahun ke-60 ikon rock negara itu. Lebih bermakna, Setia SPICE Arena merupakan lokasi yang mempunyai nilai sentimental tersendiri buat Ella kerana pernah menjadi saksi kejayaan konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang menghimpunkan lebih 14,000 peminat. Konsert ini turut menampilkan Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai artis jemputan istimewa...

Read More  

Selepas dua dekad mewarnai industri muzik tanah air dengan karya yang sarat mesej, emosi dan jiwa rakyat, Faizal Tahir bakal meraikan perjalanan seninya menerusi konsert istimewa 'Faizal Tahir: Suara Rakyat' yang akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 3 Oktober 2026. Dianjurkan oleh Hitman Solutions dengan kerjasama Faithful Music, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah refleksi perjalanan seorang karyawan yang telah melahirkan pelbagai karya ikonik sepanjang 20 tahun kariernya. Menghimpunkan lagu-lagu dari era Mahakarya Cinta hingga album terbaharu Jati Diri, malam tersebut dijangka menjadi pertemuan penuh emosi antara Faizal Tahir dan peminat yang setia menemaninya sejak awal perjalanan seni beliau...

Read More  

Latihan Pestapora Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional dengan menghimpunkan artis popular Malaysia dan Indonesia dalam sebuah festival rentas budaya berskala besar. Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, festival ini menampilkan nama besar seperti Tulus, Juicy Luicy, Mahalini, Rhoma Irama, Masdo dan Aisha Retno. Festival ini turut menjanjikan kolaborasi eksklusif rentas genre dan generasi, sekali gus memperkukuhkan hubungan budaya serta muzik serumpun antara Malaysia dan Indonesia...

Read More  

Konsert 'Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru' akan berlangsung pada 25 Julai 2026 di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan. Penganjuran ini merupakan kesinambungan kejayaan konsert terdahulu di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menghimpunkan lebih 55,000 penonton. Edisi kali ini membawa konsep “homecoming” sempena ulang tahun ke-60 Ella dan kepulangannya ke negeri kelahiran. Konsert ini turut mengangkat kempen Peace, Love, Rindu yang menggabungkan hiburan dengan kebajikan, di mana sebahagian hasil jualan tiket akan disalurkan kepada badan amal. Tiket ditawarkan serendah RM39 dengan jualan awal bermula 8 Mei 2026 dan jualan umum pada 11 Mei 2026...

Read More  

Bakal berlangsung pada 15 Ogos di Stadium Hoki Nasional, dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, Latihan Pestapora Malaysia 2026 merupakan edisi kedua selepas kejayaan besar tahun lalu yang menarik lebih 25,000 pengunjung termasuk 10,000 pelawat antarabangsa. Menggabungkan artis dari Malaysia dan Indonesia, festival ini akan menampilkan lebih 15 artis selama 12 jam tanpa henti. Pengalaman festival turut dipertingkatkan dengan lebih 50 vendor makanan dan pelbagai aktiviti menarik. Tiket “Blind Sale” kini dibuka dengan harga RM129 bagi kategori General Admission. Latihan Pestapora terus menjadi platform penting dalam menyatukan peminat muzik serantau melalui pengalaman yang unik dan imersif...

Read More  

Majlis “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” yang berlangsung pada 29 Januari 2026 di Sunway Pyramid menjadi tanda penghargaan Ratu Rock negara kepada rakan media yang setia menyokong perjalanan seninya lebih tiga dekad. Acara ini turut menandakan pengumuman rasmi artis jemputan bagi konsert berskala stadium Majlis Tertinggi Rockqueen Ella, iaitu Amir Masdi, Sam Bunkface, Tam Spider dan The Boys. Konsert yang bakal berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil ini membawa makna emosi, kebajikan dan legasi, disokong produksi bertaraf antarabangsa oleh Hitman Group. Dengan konsep pentas Separa Bulan dan barangan rasmi eksklusif, konsert ini menjanjikan pengalaman bersejarah buat peminat...

Read More  

Mengisyaratkan kembalinya Ella ke pentas mega pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Majlis Tertinggi Rockqueen dipersembahkan oleh Hitman Solutions dan Rockqueen. Acara ini menzahirkan tema kemanusiaan “Peace, Love & Rindu”, sebuah trilogi nilai yang mencerminkan perjalanan seni Ella menjelang usia 60. Dengan harga tiket mampu milik, setiap pembelian turut menyumbang kepada tabung pilihan penonton: Peace, Love atau Rindu. Konsert ini bakal menampilkan produksi berskala besar, visual premium dan energi seorang legenda yang hampir 4 dekad tidak pernah patah semangat. Ella berharap persembahan ini menjadi sumbangan amal, inspirasi generasi muda, dan perayaan jiwa rock yang tidak pernah padam...

Read More  

Alunan Qawwali yang abadi bakal menggema di Malaysia apabila maestro tersohor, Rahat Fateh Ali Khan, tampil bersama puteranya, Shahzaman Ali Khan, dalam persembahan bersejarah buat pertama kali di tanah air. Konsert ini menjanjikan pengalaman rohani dan musikal yang mempesona, menyingkap warisan keluarga Khan yang telah menakluki pentas dunia. Rahat, pewaris legasi Nusrat Fateh Ali Khan, akan berpadu suara dengan Shahzaman, mempersembahkan himpunan karya agung yang membalut jiwa dengan getar syahdu. Peminat berpeluang menyaksikan dua generasi bersatu dalam satu malam penuh magis, diwarnai emosi dan spiritualitas yang mendalam. Pemegang kad Mastercard menikmati akses pra-jualan dan tempat duduk pilihan, peluang eksklusif yang tidak wajar dilepaskan...

Read More  

Kini berpindah lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil, festival 'Latihan Pestapora Malaysia 2025' pada 26 Julai, menampilkan Sheila On 7, Nadin Amizah dan ALVN sebagai tambahan barisan artis Fasa 2. Gabungan legenda dan suara baharu ini menjadikan festival ini sebagai jambatan budaya antara Indonesia dan Malaysia. Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, festival ini turut menampilkan barisan artis Fasa 1 seperti Pamungkas, Hindia, .Feast, DOLLA, Bunkface dan ramai lagi. Tiket Fasa 2 akan mula dijual 9 Jun, dengan kategori tempat duduk baharu diperkenalkan. Festival ini disokong pelbagai rakan strategik seperti ERA, Universal Music, Batik Air dan Tapao Fest. Lebih daripada sekadar konsert, ia adalah perayaan irama dan kenangan yang menyatukan dua negara serumpun dalam satu malam penuh jiwa...

Read More