Spider bakal meraikan lebih tiga dekad perjalanan seni mereka menerusi konsert berskala besar, 'Spideraya' yang dijadual berlangsung pada 26 September 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Dianjurkan oleh B7 Resources Sdn Bhd, acara tersebut diangkat sebagai sebuah “perayaan” yang menghimpunkan keseluruhan evolusi muzik Spider daripada era Ngam Ho sehingga Ankabut. Menurut pihak penganjur, Spider dipilih kerana kekuatan katalog muzik dan pengaruh mereka yang masih relevan merentasi generasi. Vokalisnya, Tam, pula menegaskan Spideraya bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pengalaman yang diharap meninggalkan impak kepada peminat serta industri hiburan tempatan. Konsert ini dijangka menjadi antara acara rock tempatan paling dinantikan pada tahun 2026...

Read More  

Bakal menghimpunkan komuniti Pantai Timur dan anak-anak Kelantan dari seluruh negara menerusi sebuah konsert mega yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Mengangkat tema “Suaro Kito, Jiwo Kito – 100% Ori Kelate”, acara ini bukan sahaja menampilkan persembahan artis popular seperti Eda Ezrin, Rosalinda, Adik Waniey, Man Khan, Den Manjo, Fendi Kenali dan Aris Capella, malah turut meraikan warisan budaya Kelantan melalui elemen seni tradisional seperti Dikir Barat dan Wayang Kulit. Dianjurkan oleh Natriya Enterprise, Irama Entertainment dan Ikarl Project, konsert ini bertujuan mengangkat identiti serta kebanggaan rakyat Kelantan dalam sebuah acara berskala besar yang penuh nostalgia, hiburan dan semangat kebersamaan...

Read More  

Selepas bertahun-tahun menjadi impian peminat heavy metal tempatan, LOVEBITES akhirnya mengumumkan konsert sulung mereka di Malaysia menerusi Lovebites: Outstanding Tour Live In Kuala Lumpur pada 4 Oktober 2026 di Zepp Kuala Lumpur. Kumpulan heavy metal wanita dari Jepun yang dianggotai Asami, Midori, Miyako, Fami dan Haruna itu terkenal sebagai antara nama paling berpengaruh dalam dunia metal moden. Dengan pencapaian di festival antarabangsa seperti Wacken Open Air, Download Festival dan Graspop Metal Meeting, kehadiran mereka dilihat sebagai detik bersejarah buat komuniti metal Malaysia. Konsert anjuran Rockstage Entertainment itu dijangka menampilkan produksi bertaraf antarabangsa serta deretan lagu ikonik yang telah mengangkat LOVEBITES sebagai fenomena global...

Read More  

Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella: Homecoming Edisi 60 Permata Biru kini akan berlangsung di Setia SPICE Arena, Pulau Pinang pada 22 Ogos 2026 selepas perubahan lokasi dan tarikh diumumkan oleh Hitman Solutions bersama Ella. Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan pengalaman yang lebih selesa, intim dan imersif buat para peminat yang bakal meraikan ulang tahun ke-60 ikon rock negara itu. Lebih bermakna, Setia SPICE Arena merupakan lokasi yang mempunyai nilai sentimental tersendiri buat Ella kerana pernah menjadi saksi kejayaan konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota yang menghimpunkan lebih 14,000 peminat. Konsert ini turut menampilkan Datuk Ramli Sarip dan Ziana Zain sebagai artis jemputan istimewa...

Read More  

Program Indie Vibes @ Panggung Anniversari Siri 3 kembali menghidupkan pentas muzik bebas tempatan menerusi sebuah acara yang menghimpunkan lima kumpulan indie aktif tanah air dalam suasana santai dan terbuka di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Selepas kejayaan dua siri terdahulu yang menampilkan pelbagai warna muzik alternatif, edisi ketiga ini mempertaruhkan Teh Tarik Senja, The Penthemix, Zerophobia, Paylark dan The Rudean untuk menghiburkan pengunjung pada 13 Jun 2026. Dianjurkan menerusi inisiatif Semarak Seni oleh DBKL, program ini bukan sahaja menjadi ruang persembahan buat pemuzik bebas, malah berfungsi sebagai jambatan yang menghubungkan komuniti seni dengan masyarakat. Menariknya, acara ini terbuka kepada orang ramai secara percuma dan menjanjikan petang penuh kreativiti serta energi muzik tempatan...

Read More  

Keterujaan menjelang konsert "Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala Lumpur" semakin memuncak apabila kumpulan legenda Indonesia itu bersedia meraikan tiga dekad perjalanan seni mereka bersama peminat Malaysia pada 5 September 2026 di Idea Live Arena. Selepas melahirkan deretan lagu ikonik yang menjadi teman pelbagai generasi, Ungu kini mahu menghadiahkan sebuah persembahan yang bukan sahaja meraikan muzik, tetapi juga kenangan, persahabatan dan hubungan istimewa yang terjalin bersama peminat selama 30 tahun. Lebih menarik, penyanyi terkenal Marsha Milan dipilih sendiri oleh anggota Ungu sebagai artis jemputan khas. Dengan jualan tiket yang sudah mencecah 50 peratus serta pelbagai kejutan eksklusif yang sedang dirancang, malam tersebut dijangka menjadi antara konsert Nusantara paling bermakna tahun ini...

Read More  

Selepas dua dekad mewarnai industri muzik tanah air dengan karya yang sarat mesej, emosi dan jiwa rakyat, Faizal Tahir bakal meraikan perjalanan seninya menerusi konsert istimewa 'Faizal Tahir: Suara Rakyat' yang akan berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 3 Oktober 2026. Dianjurkan oleh Hitman Solutions dengan kerjasama Faithful Music, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah refleksi perjalanan seorang karyawan yang telah melahirkan pelbagai karya ikonik sepanjang 20 tahun kariernya. Menghimpunkan lagu-lagu dari era Mahakarya Cinta hingga album terbaharu Jati Diri, malam tersebut dijangka menjadi pertemuan penuh emosi antara Faizal Tahir dan peminat yang setia menemaninya sejak awal perjalanan seni beliau...

Read More  

Sempena sambutan 40 tahun Anugerah Juara Lagu, TV3 mempersembahkan Konsert Tonton Soundstage, sebuah pengalaman muzik eksklusif yang tampil dengan konsep seating concert buat pertama kalinya. Berlangsung pada 12 Jun 2026 di Zepp Kuala Lumpur, konsert ini menghimpunkan Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana dalam sebuah malam yang meraikan legasi lagu-lagu ikonik AJL. Berbeza daripada konsert biasa, pendekatan baharu ini memberi peluang kepada penonton menikmati persembahan secara lebih dekat, selesa dan mendalam dengan fokus kepada kekuatan vokal, susunan muzik secara langsung serta emosi di sebalik setiap karya. Konsert ini turut menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju Anugerah Juara Lagu ke-40 yang bakal berlangsung tahun ini...

Read More  

Latihan Pestapora Malaysia 2026 bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional dengan menghimpunkan artis popular Malaysia dan Indonesia dalam sebuah festival rentas budaya berskala besar. Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, festival ini menampilkan nama besar seperti Tulus, Juicy Luicy, Mahalini, Rhoma Irama, Masdo dan Aisha Retno. Festival ini turut menjanjikan kolaborasi eksklusif rentas genre dan generasi, sekali gus memperkukuhkan hubungan budaya serta muzik serumpun antara Malaysia dan Indonesia...

Read More  

Bakal kembali ke Malaysia menerusi Two Door Cinema Club 15th Anniversary Tour yang berlangsung pada 19 Ogos 2026 di Mega Star Arena. Konsert ini meraikan ulang tahun ke-15 album ikonik Tourist History yang akan dipersembahkan secara penuh buat peminat tempatan. Album tersebut pernah melonjakkan nama band dari Ireland Utara itu menerusi lagu popular seperti What You Know, Undercover Martyn dan Something Good Can Work. Selain persembahan penuh album tersebut, peminat turut bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu hit lain sepanjang perjalanan seni mereka. Tiket rasmi mula dijual pada 23 Mei 2026 menerusi platform Ticket Empire...

Read More  

RockHauz Volume 1 merupakan sebuah movement muzik yang diwujudkan untuk menghidupkan semula semangat Rock N Roll di Malaysia, khususnya dalam kalangan generasi muda. Diasaskan oleh Pidut daripada BigTones atas cadangan Edrie Hashim daripada Wings, RockHauz diwujudkan sebagai platform dan komuniti untuk band-band rock tempatan serta peminat muzik tersebut berkumpul. Edisi pertama bakal berlangsung pada 13 Jun 2026 di BE KL dengan penampilan Suav, The Alif, BigTones dan The Rudean serta kemunculan khas Edrie Hashim sebagai simbol sokongan terhadap legasi Rock N Roll generasi baharu...

Read More  

Bakal berlangsung pada 27 Jun 2026 di IdeaLive Arena, Petaling Jaya dengan menghimpunkan dua nama besar muzik rock dan metal tempatan iaitu Cromok dan Barbarik buat pertama kali di atas satu pentas. Dianjurkan oleh KARL Legacy bersama Pentas Barbarik, konsert ini turut menampilkan segmen tribute khas buat kumpulan legenda Kembara dengan susunan muzik lebih segar dan moden. Penonton juga bakal disajikan dengan kolaborasi eksklusif serta persembahan single baharu daripada kedua-dua kumpulan. Dengan gabungan konsep digital stage moden dan persembahan rock lebih organik, Black On White dijangka menjadi antara konsert rock tempatan paling dinanti tahun ini...

Read More