Azar Azmi kembali menjadi perhatian selepas kemunculan semulanya dalam drama Bulan Henti Bicara berjaya meraih lebih satu juta tontonan di TikTok dalam tempoh kurang 24 jam. Video yang dimuat naik oleh Bambam Studios memaparkan momen emosional Azar ketika kembali ke lokasi penggambaran selepas tujuh tahun berehat daripada dunia lakonan. Pelakon itu dilihat sebak dan mengalirkan air mata ketika melangkah masuk ke set sehingga mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang meluahkan rasa rindu terhadapnya. Drama terbitan Treputree Production itu turut menampilkan Azhan Rani, Ezzanie Jasny dan Ali Reza...

Read More  

Bakal kembali ke Malaysia menerusi Two Door Cinema Club 15th Anniversary Tour yang berlangsung pada 19 Ogos 2026 di Mega Star Arena. Konsert ini meraikan ulang tahun ke-15 album ikonik Tourist History yang akan dipersembahkan secara penuh buat peminat tempatan. Album tersebut pernah melonjakkan nama band dari Ireland Utara itu menerusi lagu popular seperti What You Know, Undercover Martyn dan Something Good Can Work. Selain persembahan penuh album tersebut, peminat turut bakal dihiburkan dengan rangkaian lagu hit lain sepanjang perjalanan seni mereka. Tiket rasmi mula dijual pada 23 Mei 2026 menerusi platform Ticket Empire...

Read More  

Kisah dua beradik, Firdaus dan Hakim, yang membesar dalam dunia berbeza selepas kematian tragis bapa mereka, Hameed, seorang legenda tinju terkenal. Firdaus memilih hidup dengan disiplin dan tanggungjawab keluarga, manakala Hakim membesar dengan luka emosi dan dendam yang terpendam. Konflik mula tercetus apabila seorang YouTuber dan peninju bernama Danial menghina legasi arwah bapa mereka secara terbuka, memaksa Hakim kembali ke tanah air demi mempertahankan maruah keluarga. Namun sebuah tragedi tidak dijangka menyebabkan Firdaus kembali semula ke gelanggang tinju untuk menyelamatkan legasi “The Furious”. Dibintangi Zul Ariffin dan Sky Iskandar, filem ini mula ditayangkan pada 28 Mei 2026...

Read More  

Selepas lebih empat dekad menjadi fenomena budaya pop global, Masters of the Universe kembali ke layar perak dalam versi aksi nyata yang lebih megah, emosional dan penuh spektakel. Diarahkan oleh Travis Knight, filem ini mengisahkan perjalanan Putera Adam yang kembali ke Eternia selepas 15 tahun terpisah daripada dunia asalnya untuk berdepan pemerintahan kejam Skeletor. Dibintangi Nicholas Galitzine, Camila Mendes, Jared Leto dan Idris Elba, filem ini menggabungkan aksi berskala besar, elemen fantasi klasik dan perjalanan seorang wira mencari jati diri. Dengan visual yang mengagumkan serta penghormatan kepada legasi asal He-Man, filem ini dijangka menjadi antara naskhah fantasi paling dinanti tahun 2026...

Read More  

RockHauz Volume 1 merupakan sebuah movement muzik yang diwujudkan untuk menghidupkan semula semangat Rock N Roll di Malaysia, khususnya dalam kalangan generasi muda. Diasaskan oleh Pidut daripada BigTones atas cadangan Edrie Hashim daripada Wings, RockHauz diwujudkan sebagai platform dan komuniti untuk band-band rock tempatan serta peminat muzik tersebut berkumpul. Edisi pertama bakal berlangsung pada 13 Jun 2026 di BE KL dengan penampilan Suav, The Alif, BigTones dan The Rudean serta kemunculan khas Edrie Hashim sebagai simbol sokongan terhadap legasi Rock N Roll generasi baharu...

Read More  

Zynakal kembali dengan single terbaharu berjudul NIAT, sebuah lagu emosional yang mengangkat tema ketakutan untuk mencintai dan persoalan tentang keikhlasan dalam hubungan moden. Lagu ini menggambarkan konflik dalaman seseorang yang mahu membuka hati tetapi masih dihantui trauma dan pengalaman lalu. Dengan susunan muzik minimal serta lirik yang dekat dengan realiti generasi muda hari ini, NIAT tampil sebagai karya yang relatable buat pendengar yang pernah melalui hubungan tidak pasti. Lagu ini turut memperlihatkan sisi kreatif Zynakal sebagai komposer, penulis lirik dan mixing engineer, bersama penerbit Wongie7 dan mastering engineer Ian Koren. NIAT kini boleh distrim di semua platform digital rasmi...

Read More  

Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang berjudul 'Konspirasi' mengangkat genre political thriller, aksi dan siasatan siber. Filem ini mengisahkan operasi sulit SPRM untuk mendapatkan sebuah pelayan tersembunyi yang menyimpan data transaksi kewangan luar negara dan senarai ahli politik korup. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila data tersebut mula bocor ke media dan laman gelap sehingga mencetuskan krisis politik negara serta desas-desus tentang kewujudan pengkhianat dari dalam organisasi sendiri. Dibintangi Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Shiqin Kamal, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 21 Mei 2026...

Read More  

Bakal berlangsung pada 27 Jun 2026 di IdeaLive Arena, Petaling Jaya dengan menghimpunkan dua nama besar muzik rock dan metal tempatan iaitu Cromok dan Barbarik buat pertama kali di atas satu pentas. Dianjurkan oleh KARL Legacy bersama Pentas Barbarik, konsert ini turut menampilkan segmen tribute khas buat kumpulan legenda Kembara dengan susunan muzik lebih segar dan moden. Penonton juga bakal disajikan dengan kolaborasi eksklusif serta persembahan single baharu daripada kedua-dua kumpulan. Dengan gabungan konsep digital stage moden dan persembahan rock lebih organik, Black On White dijangka menjadi antara konsert rock tempatan paling dinanti tahun ini...

Read More  

Filem aksi arahan Razaisyam Rashid yang kini mencipta fenomena besar di pawagam Malaysia apabila berjaya mencatat kutipan RM15.7 juta dalam tempoh 11 hari tayangan. Filem ini kekal mendominasi carta Top 10 GSC di tangga pertama sejak hari pertama tayangan. Dibintangi Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf dan Sharifah Sakinah, TARUNG: Unforgiven mengangkat dunia pertarungan penuh emosi, maruah dan perjuangan hidup dengan aksi yang lebih realistik menerusi penglibatan petarung sebenar seperti Jai JMT dan Ijam Asri. Kejayaan filem ini turut menjadikannya antara fenomena budaya pop tempatan paling hangat diperkatakan ketika ini...

Read More  

Filem satira komedi arahan Syed Fariz yang mengangkat kisah lima bomoh dengan perangai pelik dan pendekatan luar biasa sehingga mencetuskan pelbagai kekecohan. Menerusi teaser watak rasmi yang baru dilancarkan, filem ini memberi bayangan tentang dunia penuh huru-hara, penipuan dan situasi tidak dijangka yang bakal menghiburkan penonton di pawagam nanti. Dibintangi Aaron Aziz, Scha Alyahya, Ungku Hariz, Khairy Jamaluddin, Afdlin Shauki dan ramai lagi, filem ini dijangka menjadi antara komedi tempatan paling kecoh dan luar jangka tahun ini dengan gabungan satira sosial dan humor yang dekat dengan realiti masyarakat semasa...

Read More  

Membawa kisah Peter Parker empat tahun selepas peristiwa 'Spider-Man: No Way Home', di mana dia kini hidup sepenuhnya bersendirian selepas memadamkan dirinya daripada ingatan semua orang yang disayanginya. Dalam dunia yang tidak lagi mengenali Peter Parker, dia mengabdikan hidup sebagai Spider-Man sepenuh masa demi melindungi New York. Namun tekanan yang semakin memuncak mula mencetuskan perubahan fizikal misteri yang mengancam kewujudannya sendiri. Dalam masa sama, satu siri jenayah aneh mula membawa kepada kemunculan ancaman baharu paling berbahaya pernah dihadapinya. Dibintangi Tom Holland, Zendaya dan Sadie Sink, filem arahan Destin Daniel Cretton ini bakal membuka era Spider-Man yang lebih matang, emosional dan gelap dalam Marvel Cinematic Universe...

Read More  

Bayangan terbaharu dalam dunia Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU) yang memperkenalkan dimensi misteri dan konflik baharu selepas kejayaan “ASCU: The Beginning”. Video berdurasi 1 minit 52 saat ini menampilkan karakter misteri serta kemunculan sebuah kitab bersimbol segitiga yang mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan peminat. Diarahkan oleh Mshaffuan dan Sofyank di bawah seliaan Pengarah Kreatif ASCU, Alfie Palermo, video ini turut diperkuat dengan sinematografi Nicholas Chin. Astro Shaw juga memperkenalkan platform digital “Spill The Beans” bersama Kopi WONDA bagi membolehkan peminat membongkar petunjuk tersembunyi dan easter eggs berkaitan ASCU. Video rasmi kini ditayangkan di semua platform media sosial Astro Shaw...

Read More