Anna Jobling kini berada di kemuncak sorotan apabila mendahului carta undian peminat untuk kategori Outstanding Asian Star – Malaysia di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025. Pada 1 Oktober ini, Anna akan berangkat ke Seoul, Korea Selatan, membawa harapan peminat serta panji negara di pentas antarabangsa. Kejayaannya tercetus melalui drama Hai Cinta, Dengarkanlah selepas mencipta fenomena dengan Melur Untuk Firdaus, menjadikan namanya bersinar hingga ke rantau Asia. Tonton turut meraikan pencapaian ini dengan promosi eksklusif ‘Koleksi Pujaan Hati’, langganan RM20 untuk tiga bulan menggunakan kod ANNAJOBLING. Acara anugerah berprestij ini berlangsung di Yeouido KBS Hall, Seoul pada 2 Oktober 2025, dengan siaran langsung di YouTube dan tayangan di SBS TV pada 3 Oktober...

Read More  

Muzik video rasmi Penjuara, runut bunyi hebat daripada Ejen Ali The Movie 2 nyanyian Hael Husaini, kini dilancarkan di YouTube rasmi Ejen Ali dan sudah menempatkan diri dalam Carta Muzik-Muzik 40. Menggandingkan babak-babak ikonik filem dengan kekuatan visual dan muzik, Penjuara menghidupkan semula detik penuh dramatik perjalanan Ali, termasuk misi taktikal MATA dan pertembungan sengit dengan Neonimus. Lagu ini menyerlah melalui beat bertenaga serta lirik yang meniup semangat yakin dan daya juang seorang wira. Hael menjelaskan, Penjuara melambangkan keberanian mara ke hadapan tanpa gentar cabaran. Kini perjuangan lagu ini diteruskan di pentas muzik, memerlukan undian peminat untuk mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40 dan seterusnya ke Anugerah Juara Lagu ke-40...

Read More  

Empat jiwa, empat suara yang pernah mengisi sejarah muzik tanah air kini bergabung dalam satu pentas bernama EMPAT. Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel hadir bukan sekadar sebagai penyanyi, tetapi sebagai lambang cinta dan dedikasi terhadap seni. Menjelang konsert istimewa di Mega Star Arena pada 18 Oktober 2025, peminat disajikan dengan sebuah acara eksklusif di Sungei Wang Plaza, tempat mereka berpeluang bertemu dan merasakan keintiman bersama idola. Suasana dipenuhi rasa syukur, harapan dan kehangatan, seolah menyatukan generasi lama dan baharu dalam satu ruang yang sama. EMPAT bukan sahaja mempersembahkan hiburan, tetapi menghidupkan kembali semangat, membangkitkan kenangan, dan menyalakan cahaya baharu dalam perjalanan muzik Malaysia..

Read More  

Mempertemukan 2 nama besar muzik tanah air, Kristal X dan Azlan & The Typewriter, dalam sebuah konsert istimewa di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026. Kristal X kembali membawakan lagu-lagu malar segar seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam yang sudah lama tidak dipersembahkan secara langsung. Azlan pula hadir dengan kekuatan vokalnya yang pernah mencipta fenomena melalui lagu Jangan Khianati Aku. Dianjurkan oleh Republic Mokhmah Records, konsert 'Rockolusi Kuasa Dua' ini menjadi simbol penyatuan 2 generasi pemuzik prolifik yang masih relevan dan terus dicintai. Peminat boleh mendapatkan tiket bermula RM168 hingga RM8000 untuk menyaksikan malam bersejarah yang dijangka menyemarakkan semula semangat rock tempatan...

Read More  

Kolaborasi istimewa lahir apabila Eira Syazira dari Malaysia dan Nabila Maharani dari Indonesia bergabung dalam single terbaharu berjudul Bawang Merah Bawang Putih. Dilancarkan pada 9 September 2025, lagu pop ciptaan penuh Trisuaka dengan susunan muzik oleh Ardy Goliath ini dirakam di Studio Trisna Music, Jogjakarta, menandakan kesatuan seni dua negara serumpun. Projek ini dijayakan dengan naungan ES Arjuna Management dan Positif Art Entertainment, serta tajaan penuh Candyta bersama rakan penaja lain. Video muziknya mengetengahkan kisah klasik Bawang Merah Bawang Putih dengan sentuhan sinematik penuh emosi. Kolaborasi ini menonjolkan keunikan dua generasi artis iaitu Eira dengan pengaruhnya sejak awal 2000an, dan Nabila sebagai bintang digital masa kini sekali gus menjadi jambatan budaya Malaysia-Indonesia melalui muzik...

Read More  

Hadir dengan wajah baharu melalui alter ego Si Penghulu, Cat Farish melancarkan single sulung 'Jandanyer Yeah Yeah' yang diperdengarkan mulai 22 Ogos 2025 di semua platform digital serta YouTube Luncai Emas. Lagu yang ditulis bersama Illegal dan dirakam di Platinum Studio ini diterbit serta diedar oleh Luncai Emas Sdn Bhd, meggabungkan hip hop, afrobeat dan loghat Perak menjadi karya unik. Lebih daripada hiburan, lagu ini merupakan penghormatan buat wanita bergelar janda yang bangkit penuh keyakinan selepas perpisahan. Si Penghulu lahir sebagai watak yang menyatukan akar budaya dengan dunia hip hop moden, malah mendapat inspirasi serta dorongan daripada isterinya, Shikin Maembong. Proses pembikinan yang memakan masa lebih 2 tahun akhirnya melahirkan karya matang yang melangkaui stereotaip dan membawa suara rakyat ke pentas urban...

Read More  

Fenomena digital terbaharu industri muzik Malaysia terpancar melalui ALPHA yang melancarkan video muzik "P Ramlee Saloma" pada 19 September 2025. Kumpulan 7 anggota hasil program Big Stage Alpha ini iaitu Rizal Rasid, Araff, Daniel Sher, Ray-D, Izat Ibrahim, Afiq Sky, Ariel Fesol memecahkan rekod dengan 22 juta strim dan tontonan merentasi platform digital dalam 2 bulan. Single kedua ALPHA menghormati warisan cinta ikonik P. Ramlee dan Saloma melalui alunan balada kontemporari yang menyentuh jiwa. Kejayaan ini menyusuli pencapaian "Monalisa (Bang Bang)" dan memposisikan mereka sebagai pelopor M-pop Malaysia di bawah Rocketfuel Entertainment. Pencapaian ini membuktikan kemampuan artis tempatan mendominasi ruang digital global sambil memelihara identiti budaya Malaysia...

Read More  

Qifarah, arahan Ghaz Abu Bakar, bakal menghantui pawagam pada 9 Oktober 2025 dengan gabungan seram, mistik dan psikologi yang pekat. Mengisahkan Yusoff (Remy Ishak), seorang lelaki yang cuba lari dari warisan ilmu hitam keluarganya. Kepulangannya dari Cairo demi menziarahi ayahnya, Ghazali (Esma Daniel) yang nazak, membuka pintu lama berisi dendam, rahsia, dan bayangan silam yang enggan pergi. Filem ini turut dibintangi Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Namron, Rita Nadira, Vanidah Imran, dan Rafique Iskandar, masing-masing membawa intensiti emosi mendalam. Sejak treler rasmi dilancar, Qifarah mencetuskan fenomena di media sosial dengan visual mendebarkan dan jumpscare menghentak dada. Lebih daripada hiburan, Qifarah menyingkap sisi gelap manusia, naskhah seram tempatan yang tidak wajar dilepaskan...

Read More  

Meraikan dekad gemilang dengan acara istimewa 'Polis Evo Wonda-Ful 10 Tahun' yang dikuasakan Kopi WONDA di TGV Cinemas, Astro Shaw menghimpunkan kesemua pelakon dari trilogi ini termasuk Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish, serta kru kreatif seperti pengarah Syafiq Yusof dan penulis Joel Soh. Sejak 2015, francais ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya francais tempatan yang bertahan satu dekad dengan kutipan menakjubkan: RM17.8 juta (2015), RM22.45 juta (2018), hingga RM54 juta untuk Polis Evo 3 (2023). Pencapaian digital turut memukau dengan 521 juta tontonan TikTok. Sambutan ini menandakan permulaan babak baharu dengan 'Evo: Mat Yam' untuk Astro Originals, sambil menawarkan pengalaman eksklusif WONDA kepada peminat melalui pakej Constable dan Sergeant yang memberikan peluang muncul dalam filem akan datang...

Read More  

Menyelami konflik generasi melalui isu yang diangkat dalam Tembuni Berdarah iaitu penggunaan amalan syirik dalam dunia estetika kecantikan moden. Sophia Albarakbah, yang berlatar belakang pendidikan perubatan, melakonkan watak Dr Izara yang berpegang teguh pada prinsip kerja keras untuk berjaya. Konflik bermula apabila neneknya Bok Miah mahu menggunakan ilmu hitam sebagai jalan pintas kejayaan. Adakah perceraian Dr Izara dengan Aidan ada kaitan dengan amalan gelap ini? Diterbitkan Lindo Production, filem yang turut dibintangi Shahirah Shahora, Riezman Khuzaimi dan Mia Nasir ini menawarkan pengalaman seram berbeza dengan lebih banyak elemen kejutan dan kurang dialog. Penggambaran 20 hari di Kuala Lumpur-Selangor menghasilkan filem yang menggabungkan realiti semasa dengan elemen supernatural tradisional...

Read More  

Setelah 3 dekad mengukir sejarah muzik Malaysia, Exists kembali dengan persembahan istimewa yang ditunda strategik. Konsert premium yang awalnya dijadualkan 4 Oktober kini dipindahkan ke 20 Disember 2025 di JioSpace, Petaling Jaya, bermula 8.30 malam. Penundaan ini membolehkan quintet Ujang, Ajai, Musa, Along dan Ezad memperhalusi setiap detail teknikal untuk memberikan pengalaman premium sebenar kepada peminat. Penganjur JioBuddy menjamin konsert ini akan melampaui persembahan biasa dengan suasana yang lebih intim dan berkualiti tinggi. Tiga pilihan tiket tersedia: Premium RM588, VIP RM488, dan Diamond RM368. Bonus istimewa menanti 100 peminat terpilih yang berpeluang sesi fotografi eksklusif bersama semua ahli kumpulan. Pembelian tiket: www.jiotix.asia atau talian WhatsApp +6011 1660 1122

Read More  

JJCM kembali dengan musim baharu bertemakan “Misi Mencari Kari”, bermula 14 September 2025, setiap Ahad jam 11.30 pagi di TV3. Hos Nadia Hasnan akan membawa penonton menjelajah pelbagai destinasi kulinari, dari kari berempah pekat yang menggamit selera, kari Melayu tradisional sarat warisan, hinggalah variasi moden diinspirasikan generasi baharu. Musim ini bukan sahaja menyingkap rasa, tetapi juga kisah di balik dapur dan resipi turun-temurun yang membentuk identiti Malaysia. Lebih menarik, penonton berpeluang menyertai peraduan interaktif ‘Misi Menangi Kari’ bersama penaja BABA’S – Kari Penuh Rasa, Hadiah Penuh Gaya! dengan hadiah mingguan menanti. JJCM kini tampil bukan hanya sebagai tontonan, tetapi pengalaman kolektif yang meraikan kreativiti, selera, dan cinta terhadap warisan kulinari negara...

Read More