Mmengisahkan Zakaria, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang hidup bersama ibu autistik dan neneknya. Tanpa kehadiran ayah, Zakaria membesar dalam suasana serba kekurangan, namun penuh kasih sayang. Apabila radio kesayangan ibunya rosak dan menimbulkan kekacauan emosi, Zakaria bertekad mahu membaikinya. Bersama kambing peliharaan bernama Maryam, dia mula menjual susu kambing lima kupang secawan demi mengumpul wang. Dalam perjalanan kecil ini, tersingkap ketabahan seorang anak yang tidak kenal putus asa, demi kebahagiaan ibu tercinta. Diarah oleh Janna Nick, telefilem ini menyentuh tema kasih, pengorbanan dan harga diri dalam bingkai kemiskinan dan kejujuran hidup...
Read More